Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Nuffnang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nuffnang. Papar semua catatan

Isnin, 29 April 2013

Nuffnang ada problem ke?


Saya heran kenapa tiba2 saya bukak akaun Nuffnang, ada plak 5 CPUV baru... Tapi yang jadi masalahnya..  semuanya dah credited..! Yang tak boleh tahan, siap yang tahun lepas hokay!! hahhah.. Earning pulak, sekadar cukup nak beli coklat je.. (",)... Hairan, adakah Nuffnang ada masalah ek... Tapi pe2 pun, thanks dekat Nuffnang..!

Ohya, semalam dah cashout Nuffnang dengan earning RM 51.78.. sedang menanti 2 cek dari Nuffnang.. CPUV dekat blog utama dah takda.. tapi dekat blog GA ada 6 tengah running.. Opsttt takmo jeles hokay... kat blog GA, takkan ada earning tinggi punya.. seposen pun tak sampai setiap satu CPUV.. hahha

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 28 Mac 2013

Earning Nuffnang dah zero


Hari ni saya dah cashout untuk kali ke 9.. Bulan lepas nak cashout tapi earning plak tak cukup 50, takleh cashout.. so, bulan ni terus cashout dengan earning RM 158.47.. Rezeki Alisha & Aqilah la ni.. (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Rabu, 20 Mac 2013

CPUV ke 13 & 14 untuk 2013


BE @ CPUV Colgate Optic White tu, dah tunggu masa nak credited je tu... dari Jumaat lagi iklan dia dah tak keluar... Dapatlah kumpul RM 33.70.. tapi kalau campur CTR Bonus tu lagi best... dapatlah 40++... tapi tu la, bila dah credited, CTR Bonus tu mesti tak cukup 0.20%.. tu yang asyik hilang je... takpalah, bersyukur dengan apa yang dapat.. (",)

Petang tadi saya check Nuffang tengok saya ada dapat BE Digi Internet IFA plak.. (",) Tapi tu la, tulis date 18/03.. sedangkan masa 18/03 tu, batang idung Digi pun tak nampak kat blog saya... 19/03 tu baru nampak... tak kisahlah bila pun kan.. janji ada... kikii

Alhamdulillah sekarang ni, BE tak pernah putus.. bertambah rezeki anak2.. (",) Ohya, selain dari BE Digi Internet IFA, saya pun ada dapat BE Kleenex dekat blog GA.. Alaa kat blog GA tu, earning dia untuk beli gula2 je.. bukannya aktif pun.. (",)  

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 14 Mac 2013

Pendrive 32gb untuk Alisha & Aqilah



Puas hati dah beli pen drive 32 gb.. hihi.. Actually saya beli pendrive ni untuk isi segala video Alisha & Aqilah.. yela, sebab pendrive yang ada saiz kecik, so, bila nak tengok video.. kejap2 tukar pendrive je... bila saiz besar camni, senang, guna satu pendrive je (",)

Saya beli dengan harga RM70... guna duit Nuffnang.. Setakat ni, dah 4 barang kot saya beli guna duit Nuffnang.. Laptop mainan, basikal, DVD player Blu-Ray & pendrive... semuanya untuk anak saya yang comel2 tu la.. (",) Memang saya dah set, duit Nuffnang & Exabytes akan beli untuk barang2 "kehendak" budak berdua tu... manakala duit entry berbayar & duit sewa tapak iklan, guna untuk beli barang2 "keperluan" macam susu... Kewangan harus dirancang sebaik yang mungkin... kikikii (^_^)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Rabu, 13 Mac 2013

Betoi2 sayang opah nampaknya...

Alisha ni rapat betoi dengan opah dia.. U all bayanglah, 3 malam saya duk Chemor, 3 malam jugaklah dia tidur dengan opah.. saya ajak dia tidur dengan saya, dia tak nak.. so, saya tidur berdua je lah dengan Aqilah... (",).. Bukan setakat tidur malam,  tidur siang hari pun, kalau opah dia tak g keje, dia nak jugak tido dengan opah dia tu.. takda opah, pandai pulak tidur sorang2 depan TV.. hihiii

Alisha ni, suka menangis tau tengah2 tidur tu.. macam mengigau pun ada.. bila tidur dengan opah, opah dialah yang tepuk @ dodoi dia balik nak bagi dia tidur semula.. (^_^) Lagi satu, mana opah dia pergi, dia nak ikut.. opah angkat baju pun nak ikut.. opah masuk tandas pun nak ikut.. adehhh... ahhahah.. Tapi yang paling best, Alisha suka ikut opah main air.. hahha.. Pantang nampak opah main air @ basuh halaman rumah, mulalah dia buat2 nak mandila.. nak basuh kakilah.. bila seluar dah basah, tu la peluang dia nak join opah jugak... kah kah kah... panjang akai si anak solehah ni tau.. kikikiii

Opah pulak, rajin melayan Alisha.. Alisha pulak, walau opah dia marah dia & dia menangis tapi yang dia peluk time menangis tu, opah dia jugak.. ahhaha.. dia peluk orang yang marah dia.. hihii.. Nampak sangat hati alisha ni lembut.. dia rasa bersalah sebab orang yang dia sayang, marah dia.. (^_^) Alaaa kadang my mum bukan betoi2 marah pun, saja buat2 marah nak tengok akai cucu dia.. hihii

Saya harap kenangan ni, akan terus jadi ingatan buat alisha sampai dia besar.. biar dia ingat semasa dia kecik, betapa opah dia sayangkan dia & betapa manjanya dia dengan opah.... Adehhh tiba2 plak saya rasa sedih.. yela, kita semua makin tua.. termasuk mak abah saya..

P/s : BE ke 12 dah singgah di blog GA (Pusat Pungutan Zakat)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Ahad, 10 Mac 2013

Huggies Dry Pants Terbaekkk...!!

STICKY MODE 48 HOURS SPONSORED POST

Dengan status saya sebagai suri rumah sepenuh masa, saya memang perlu buat semua kerja dengan cepat... Yela, pukul 1 tengahari, my dear dah balik lunch dekat rumah.. Bukan setakat masak je nak cepat, tapi pakaikan pampers anak pun harus cepat... hihii... Nasib baiklah saya dah jumpa penyelesaian nak pakaikan pampers anak dengan HANYA AMBIK MASA 30 SAAT!! Wah, so fast... seminit pun tak sampai... (",)

Eh, u all tahu ke pampers apa yang saya maksudkan?? Apa lagi kalau bukan pampers HUGGIES DRY PANTS : TUKAR UNTUK LEBIH SENANG DIPAKAI (CHANGE FOR BETTER CONVENIENCE ).. Pampers Huggies Dry Pants ni, memang sangat2 senang dipakai... Yela, dah gaya macam kita pakai seluar je... hihii


Huggies Dry Pants ni sangat-sangat sesuai untuk anak-anak yang tengah aktif...!! Macam aqilah ni haa... baru je lepas pakaikan pampers.. terus dia berpusing nak meniarap... nasib guna pampers HUGGIES DRY PANTS : TUKAR UNTUK LEBIH SENANG DIPAKAI (CHANGE FOR BETTER CONVENIENCE )... Sarung je macam seluar.. dah siap..!! Kalau pampers biasa yang jenis zreeettttt zreeeettttt tu, mahunya baru sebelah saya lekat, lagi sebelah tak sempat nak lekat, terus si comel aqilah ni meniarap... hehee (^_^)  


Si kakak macam Alisha ni pun boleh guna pampers HUGGIES DRY PANTS : TUKAR UNTUK LEBIH SENANG DIPAKAI (CHANGE FOR BETTER CONVENIENCE )... Pampers Huggies Dry Pants ada 3 saiz tau... saiz M, L & XL.. Macam alisha ni, dia guna saiz L or XL... 


Aqilah ni pulak, saiz M memang sangat2 sesuai dengan dia.. tak ketat & tak longgar... Nak pakaikan aqilah pampers pun, sangat-sangat senang... Hanya 3 langkah je... KOYAK, SALIN & LEPAS..

Nak lebih paham, u all tengok gambar atas tu.. U all hanya perlu koyakkan pampers di bahagian tepi @ kanan & kiri HUGGIES DRY PANTS : TUKAR UNTUK LEBIH SENANG DIPAKAI (CHANGE FOR BETTER CONVENIENCE ).. Bila dah koyak, u all ambik pampers HUGGIES DRY PANTS : TUKAR UNTUK LEBIH SENANG DIPAKAI (CHANGE FOR BETTER CONVENIENCE ) yang baru, & pakaikan macam u all pakaikan seluar dekat anak u all.. lepas tu, apa lagi.. lepaskanlah anak u all untuk terus meneroka rumah u all tu (",)


Macam Alisha & Aqilah ni, dorang ni sangat suka bermain tau... tengoklah tu, bukan main lagi duk peluk antara satu sama lain.. hihiii.. Time dorang main macam ni.. saya tak perlu risau yang tilam saya akan basah sebab pampers dorang bocor.. malah, saya boleh tersenyum lebar tengok dorang main.. Mana taknya, pampers HUGGIES DRY PANTS : TUKAR UNTUK LEBIH SENANG DIPAKAI (CHANGE FOR BETTER CONVENIENCE ) dah ada 'sistem pengunci' untuk menghalang kebocoran...!!


Aqilah pun bukan main lagi happy dapat pakai pampers HUGGIES DRY PANTS : TUKAR UNTUK LEBIH SENANG DIPAKAI (CHANGE FOR BETTER CONVENIENCE ).. yela, Aqilah rasa sangat-sangat selesa menggunakannya... Tambah-tambah lagi, Huggies adalah jenama lampin pakai buang yang pertama di Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat menghalang ruam lampin..!! Tiada ruam, tiada tangisan.. malah anak u all akan sentiasa happy..!! (",)

Jangan cakap aqilah je happy... Saya ni terlebih-lebih lah happy...!! hihii... Sebab dapat jimatkan masa saya untuk pakaikan pampers Aqilah... dengan hanya 30 saat, aqilah dah siap pakai pampers & boleh meneroka satu rumah... hihii... Pampers yang mudah di pakai.. dengan hanya koyak, salin & lepas


Untuk pengetahuan u all jugak, pampers HUGGIES DRY PANTS : TUKAR UNTUK LEBIH SENANG DIPAKAI (CHANGE FOR BETTER CONVENIENCE ) mempunyai peregang yang lembut di bahagian tepi... so, ia akan bantu anak-anak kita selesa ketika guna pampers... part yang paling best, ia menghalang kesan merah walaupun anak-anak kita aktif bergerak... Macam Aqilah ni la, asyik bersenam angkat kaki je kerjanya... hahahaa


Pada u all yang masih tercari-cari, pampers pakai buang yang dapat menghalang kebocoran & dapat mencegah ruam, pampers HUGGIES DRY PANTS : TUKAR UNTUK LEBIH SENANG DIPAKAI (CHANGE FOR BETTER CONVENIENCE ) lah jawapannya!!... Confirm anak u all akan tidur lena.. bukan setakat anak, u all pun akan tidur lena sebab tak perlu berjaga untuk salin pampers yang baru... Eh jap, kalau u all nak kene berjaga tukar pampers pun, bukannya lama kan... tak sampai seminit dah siap...!! Hanya dengan 3 langkah.. koyak, salin & lepas.. tapi kalau time anak tidur... "lepaskan" anak ke tempat anak tidurlah yer... (",)


Pada u all yang nak  try guna pampers HUGGIES DRY PANTS : TUKAR UNTUK LEBIH SENANG DIPAKAI (CHANGE FOR BETTER CONVENIENCE ) ni, boleh mintak sample di Website Huggies.. lepas u all try bagi anak u all guna pampers HUGGIES DRY PANTS : TUKAR UNTUK LEBIH SENANG DIPAKAI (CHANGE FOR BETTER CONVENIENCE ), pasti u all akan tertarik untuk terus menggunakannya... Yela, senang nak bagi anak pakai.. hanya, tukar, salin & lepas (",) Jika u all nak tahu lebih lanjut lagi pasal Huggies, u all boleh terjah Fanpage Huggies... Tak rugi jika u all, LIKED Huggies sebab banyak info yang u all boleh dapat (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 7 Mac 2013

Sanofi Lactacyd dah metered : Earning paling banyak setakat ni (^_^)


Saya memang dah agak dah yang BE SANOFI LACTACYD ni akan metered minggu ni.. bukan pe, dari minggu lepas lagi, earning dia duk takat tu je tak gerak2... (",) Apa2 pun, Alhamdulillah sebab earning BE SANOFI LACTACYD setakat ni yang paling tinggi pernah saya cecah.... lebih dari RM50... Tak sia2 tips yang saya lakukan sebelum ni... (",) Target saya untuk dapatkan ratus plak bagi 1 BE.. tapi tak tahulah tahun bila baru dapatkan... sekarang ni, berangan je la dulu... muahahhaha


tekan SINI untuk perkongsian bersama

Ahad, 3 Mac 2013

Roadshow HUGGIES DRY PANTS "Tukarlah untuk lebih senang dipakai"

 Pasti u all dah lama kenal jenama HUGGIES kan?.. Mahunya tak kenal, dekat TV asyik duk tayang je iklan HUGGIES ni.. hihii.. Untuk pengetahuan u all, HUGGIES ni adalah salah satu jenama penjagaan bayi & kanak-kanak yang terkemuka di Malaysia


Kalau bercakap bab lampin pakai buang, tak perlu diperkenalkan lagi.. Yela, lampin pakai buang & lampin seluar jenama HUGGIES ni SANGAT BAGUS sebab HUGGIES dapat membantu kita dalam mengekalkan kulit anak kita tu sentiasa sihat.. takda nak kulit merah-merah ke, ruam ke.. kita pun senang hati sebab anak kita sentiasa happy!! Hehee...
HUGGIES memang sentiasa memahami kita ibu-ibu yang ada anak2 yang aktif ni.. Anak yang aktif, bukan senang nak bagi pakai pampers tau... Time kita nak bagi pakai tu, time tu la mereka ni nak pusing ke kanan la, pusing kiri la... Haihhh.. Tapi sekarang, masalah tu dapat diselesaikan dengan HUGGIES sebabnya HUGGIES TELAH MENGELUARKAN PRODUK HUGGIES DRY PANTS..!! (",)

Meh nak story kat u all, apa itu HUGGIES DRY PANTS... Tagline Huggies Dry Pants adalah "Koyak, Salin & Lepas".. (",) Alaa senang cakap camnilah... Bila u all nak tukar lampin anak u al tu, u all just koyak je lampin tu di bahagian tepi lampin, lepas tu salin lampin yang baru & lepaskan anak u all untuk terus meneroka rumah u all tu... hihii.. Mesti u all berminat nak try bagi anak u all guna kan.. Jangan risau, sebab HUGGIES tengah buat ROADSHOW HUGGIES DRY PANTS sekarang ni tau... Jom baca maklumat dekat bawah ni (",)

ACARA : Roadshow HUGGIES DRY PANTS "Tukarlah untuk lebih senang dipakai"
TEMPAT : Ruang Legar Mydin USJ
MASA : 25 Februari 2013 (Isnin) hingga 03 Mac 2013 (Ahad)
PENGUMUMAN ISTIMEWA : Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 saat Huggies
ACARA PENUTUP : 03 Mac 2013 (Ahad) pada pukul 8 malam hingga pukul 9 malam

AKTIVITI :
  • Hiburan seisi keluarga dengan persembahan, promosi hebat, hadiah percuma, permainan, pertunjukan silap mata dan pebagai lagi aktiviti yang menarik!
  • Singgah di booth Huggies untuk dapatkan sampel percuma Huggies Dry Pants & rebut peluang untuk menang pelbagai hadiah!
  • Sesi cabaran tukar lampin 30 saat Huggies Dry Pants yang diadakan setiap hari pada pukul 10:30 pagi, 2:00 petang & 8:00 malam

U all yang berdekatan, jangan lepaskan peluang untuk ke Roadshow HUGGIES DRY PANTS "Tukarlah untuk lebih senang dipakai".. & menyertai acara yang HUGGIES telah sediakan.. Pasti u all akan rasa seronok bersama keluarga tersayang..!! Datanglah beramai-ramai..!! (",) Untuk maklumat lanjut, u all boleh layari www.huggies.com.my atau www.facebook.com/Huggies.Malaysia. Untuk u all yang tak dapat pergi ke Mydin USJ, u all boleh jugak mintak sampel HUGGIES DRY PANTS di http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx


tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 28 Februari 2013

Rekod peribadi blog


Untuk rekod peribadi blog saya.. petang semalam lebih kurang pukul 4 lebih kot.. Terkejut saya tengok online users dekat blog saya pada masa tu 74 orang.. takdalah banyak sangat tapi bagi saya, untuk blog saya ni.. kira banyaklah jugak.. ekekke.. sebab selalu saya tengok online users 20+ ke 30+ ke 40+ ke... tapi semalam 70+.. (",).. Ohya, tak sangka jugak yang pageviews blog saya dah melebihi 500K.. (^_^)



Saya masa tengok jumlah online users tu pelik gak la.. yela, nape tiba2 ramai orang kan.. tengok dekat Nuffnang, tak dapat detect.. Time tu plak, kebetulan saya bukak FB & terbaca status Scarfsweethoney... Oooo baru saya tau.. ianya disebabkan oleh Scarsweethoney share link entry review saya dekat facebook.. (^_^)


Selain dari rasa eppy tengok jumlah users online, saya pun happy sebab, UV blog saya minggu ni dah hampir nak maintain 2000++ UV.. (",)

P/s : Alhamdulillah, sedikit sebanyak usaha saya nampak hasil (^_^).. Thanks dekat u all yang tak jemu2 bagi sokongan (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Rabu, 27 Februari 2013

Nuffnang dah call semula... (^_^)

Saya happy sangat.... Alhamdulillah... memang rezeki anak2 sayalah..!! Kalau pagi tadi saya gtau u all yang Nuffnang call tapi saya tak jawab kan... & berharap Nuffnang akan call balik hari ni... Dengan takdir Tuhan, Nuffnang call saya balik.. baru je jap2 tadi.. hihii

Alhamdulillah, saya dapat SPONSORED POST yang pertama dari Nuffnang... (^_^) Syukur sangat2.. murah rezeki Alisha & Aqilah... Tak tahu nak tulis apa pulak dah.. sebab tengah happy senyum sampai ke telinga.. hihii

P/s : Alhamdulillah.. makin dapat membantu my dear dengan berblog (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Dapat panggilan dari Nuffnang

Semalam Nuffnang telefon saya..!! Terkejut tau sebab tak percaya Nuffnang telefon.. hihii.. Tapi lagi FRUST sebab tak jawab panggilan tu.. huwaaaaa... Actually petang semalam, saya ada dekat dapur, handphone pulak dalam bilik.. So, kalau handphone berbunyi, memang sah2 saya tak dengarlah kan... Bila saya ambik handphone, tengok ada missed call dari no KL.. Saya pun call la balik....

Perbualan saya & NUFF ni, guna 2 bahasa tau, Nuff cakap omputeh, saya melayu + omputeh... sebab saya tak reti nak speaking London..ahhahha... Orang cakap saya paham, saya nak cakap balik tu tak reti.. ekkekek (^_^).. Tapi perbualan, dekat bawah ni, saya tulis melayu je la yer.. hihii

ME : Hello, Awak ada call saya ke tadi

NUFF : Sape ni.. U yang call sini or u dapat missed call dari nombor ni?

ME : Saya dapat missed call dari nombor ni.. Baru je kejap tadi.. pukul 6:16 petang...

NUFF : Apa nama awak & apa no handphone awak?

ME : Nama saya Noorzarina & no handphone ................

NUFF : (Maybe duk tulis apa yang saya cakap.. lepas tu dia cakap..) Ok, saya pun tak tahu sapa yang call tadi.. tapi u tunggulah, maybe esok dia akan call balik

ME : Ok.. btw, boleh saya tahu, u dari mana yer?

NUFF : Nuffnang

ME : (Saya macam tak paham & tak clear dengan sebutan dia..).. Eh, apa tu?

NUFF : Blog advertising

ME : Ooo Nuffnang.. Ok2.. thanks (Suara terus ceria.. hahha)

Lepas dah putuskan panggilan, saya rasa terkejut sangat sebab tiba2 Nuffnang call.. Saya duk pikir2, ntah2 Nuffnang nak bagi "job"... hahahha... Tapi bila malam tu, saya bw, terbaca plak entry FIZA yang Nuffnang call dia sebab nak bagi Sponsored Post...!! Huwaaaaaaaaaa... ke Nuffnang call saya pun sebab nak bagi sponsored post jugak... Alaaaa.. time tu rasa ruginya.. dah la ini yang saya tunggu2 selama ni.. ahhahha... Lepas ni, saya taknak berjauhan dengan handphone dah la.. ekekekke... Kalau ada rezeki, Nuffnang telefon la saya balik hari ni, kalau takda, takpala.. tunggu je rezeki akan datang... hihii (^_^)
tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 26 Februari 2013

Tips tambah earning CPUV @ BE

Kalau u all dapat BE mesti u all nak earning BE u all tu banyak kan.. macam sayalah.. hahha.. *jujurkan... Untuk pengetahuan u all, earning CPUV @ BE akan meningkat mengikut UV kita..!! TAPI, jangan salah paham... kalau UV harian kita tinggi tak bermakna earning BE kita pun banyak tau.. SEBABNYA earning CPUV @ BE akan bergerak apabila orang masuk blog kita KETIKA IKLAN CPUV @ BE tengah "berjoget2" dekat blog masa tu...!!

Kalau ramai orang masuk blog u all pun, tapi time tu iklan CPUV @ BE tu, tak muncul kat blog u all, earning tak gerak jugak... thats y u all harus cari strategi camne nak suruh orang masuk time iklan CPUV @ BE ni ada di blog u all.. (",) Saya share dengan u all, apa yang saya lakukan... walaupun earning satu CPUV @ BE saya tu tak banyak sangat, tapi lepaslah beli pampers anak.. heheh

Firstly, saya duk wat kaji selidik dulu tengok iklan CPUV @ BE saya tu, tunjukkan diri di blog saya ni pukul berapa.. Nak ingatkan u all, SETIAP CPUV @ BE, WAKTU DORANG ADA KAT BLOG KITA NI TAK SAMA... Saya bagi contoh, iklan DIGI saya sebelum ni, dia tayang muka dari pukul 12 tengah malam hingga 9:30 pagi.. lepas tu tak keluar2 dah... iklan SANOFI plak, dia duk tayangkan diri dari pukul 12 tengah malam hingga pukul 10 pagi... tapi dari pukul 10 pagi hingga pukul 12 tengah malam tu, dia ada gak tayangkan diri tapi SANGAT2 SEKEJAP + KADANG2 JE BERLAKU..!! Macam CPUV @ BE saya yang terbaru ni (COLGATE), dah pukul 10 lebih pagi pun, dia duk tayangkan diri je dekat blog saya ni.. (^_^)

Second, bila u all dah tahu, time iklan CPUV @ BE u all tu keluar dekat blog u all.. apa lagi, cepat2lah tarik pembaca terjah blog u all.. antara yang saya lakukan.. SAYA UP KAN ENTRY...!! Bila entry dah publish... orang mesti akan terjah blog kita kan.. so, elok sangatlah time tu, iklan CPUV @ BE, tengah 'berjoget2' & pembaca pulak tengah serbu.. automatik earning CPUV @ BE meningkat.. hihii

Inilah cara yang saya buat.. minggu lepas baru saya mengkaji pasal ni.. bila dah berjaya, haruslah share dengan u all kan.. hihii... Thats y kalau u all perasan, sebelum ni, pukul 12 tengah malam, mesti ada entry yang saya publish & sebelum pukul 10pagi, dah 3 4 entry saya publish.. heheh.. So, lepas ni, saya perlu kaji tengok iklan CPUV @ BE COLGATE ni pulak, pukul berapa dia keluar dekat blog saya ni.. (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Patah tumbuh hilang berganti


Pagi tadi saya bukak Nuffnang, tengok BE DIGI IPHONE 5, dah pun credited.. memang dah agak pun.. yela, dah 3 4 hari earning BE tu tak gerak2.. (",).. Alhamdulillah, dapatlah jugak kumpul RM34.51.. Eh, tapikan, walaupun BE tu dah credited, saya dapat BE baru pulak, BE COLGATE OPTIC WHITE... (^_^) Earning dia dah RM1.80.. bolehla, baru sehari.. hihii...

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 19 Februari 2013

UV blog saya di hujung minggu


Alhamdulillah.. sekarang dah dapat UV hujung minggu 1000++.. sama dengan UV harian... Ohya, hujung minggu yang saya maksudkan Sabtu & Ahad.. Kalau dolu2, UV hujung minggu 800++ or 900++.. Sekarang dah boleh dapat 1000++ (",) Thanks yer untuk u all yang rajin singgah sini...

Ohya, nak tanya jugak, ada tak antara u all tahu macamana nak dapatkan pageview(PV) yang tinggi yer... views @ PV saya tak banyak pun... tak jauh beza dengan UV.. Kalau u all tahu, share lah dengan saya ek (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Jumaat, 1 Februari 2013

Alisha nak belajar bermekap

Alisha ni dah lama berkenan alat mekap saya tu... Akhirnya dapat jugak dia mekapkan muka dia.. hahha


Terkejut saya tengok dia.. habis muka, tangan, kaki, semua dia mekapkan... hahhah


Tengoklah si budak pandai ni, bila ibu dia nak ambik gambar... tanpa rasa bersalah dia tunjuk jari dia pulak.. suruh saya ambik gambar jari dia yang bermekap tu... hahhahah... Alisha.... Alisha.... Nasib baiklah mekap tu memang dah taknak guna... dah expired... ekekkek

P/s : BE ke 10 untuk tahun 2013 telah melekat di blog GA ( MAXIS HOTLINK CNY )

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 29 Januari 2013

Cashout Nuffnang & new BE @ CPUV


Alhamdulillah, bulan ni saya dapat cashout lagi.. (",) Alhamdulillah jugak sebab earning bulan ni, lebih tinggi dari bulan2 sebelum ni.. hehheh.. Actually bulan ni dapat cashout RM108.72 sebab ada BE yang dah credited.. hihii.. Murah rezeki Alisha & Aqilah.. tiap2 bulan dapat cashput Nuffnang untuk 2 beradik tu (^_^)


Ohya, saya ada dapat BE baru tau.. BE SANOFI LACTACYD... bukan setakat dekat Blog utama tapi blog GA pun dapat.. hihii.. Opsttt blog GA tu memang takkan banyak earning, sebab malas nak update,.. hihii.. Bayanglah, setakat 2 hari BE tu running, Blog utama dah dapat RM3.13 tapi blog GA RM0.04... hahhah... Nampak tak, betapa jauhnya beza.. hihii... (BE ke 8 & ke 9 untuk tahun 2013)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 22 Januari 2013

ME & BE

 

BE @ CPUV saya dah habis dah baru ni... dah tukar jadi ME @ credited.. Dapatlah RM 28.45 untuk BE ANMUM MATERNA PLANNING FOR PREGNANCY & RM 32.38 untuk BE DIGI TRIPLE D... Ingat ke dah habis 2 BE ni, saya terpaksa tunggu lebih lama untuk dapat BE baru... Rupa2nya, patah tumbuh hilang berganti... cewahhh.. hehhe


Semalam, BE DIGI IPHONE 5 dah running di blog saya... Setakat ni, earning dia RM 1.12.. okla untuk sehari... (",).. Ini adalah BE ke 7 untuk tahun 2013 (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Isnin, 21 Januari 2013

Moga komen Bro jadi kenyataan satu hari nanti.. (^_^)


Nampak tak Bro komen apa dekat blog saya tu (entry ini)...? Harap akan menjadi kenyataan satu hari nanti.. hehhe... Nak jadi macam bro, tak tahulah bila kan.. yela, ranking blog Bro pun, antara 15 tertinggi berdasarkan  Alexa... hhehe

Sebenarnya u all, saya ni takdalah masyuk sangat pun... hahahhah... yela, dah Nuffnang tak berapa nak sedekah kan saya CPUV, so, ikut celah mana saya nak dapat duit banyak2.. hahah.. Nak dapat sponsored post banyak2 macam bro tu... emmmmm berangan je lah dulu yer... ahhahah...


Tapi takpala, sekarang permulaan... akan datang mana kita tau kan.. heheh Opsttt kesimpulannya saya nak bagitahu u all, UV macam saya ni pun, tak semestinya banyak masyuk tau... ahhahhahh... so, takda apa yang lebihnya dari u all.. kita sama je... hihii.. Ini kiranya samalah macam kes, follower ramai tak semestinya UV banyak & komen entry sikit tak semestinya UV rendah.. heheh 


tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 17 Januari 2013

Penentu UV di blog

Tiba2 rasa nak buat entry lepas bw ke blog umialya baru2 ni.. (",) Saja nak berkongsi pendapat dengan u all.. Apa yang saya nak kongsi dekat sini, berdasarkan pemerhatian saya selama ni... Alaaa sebelum saya ada anak kecik ni, saya kan rajin sangat bw.. hihii.. Dari situlah saya boleh buat penilaian (",)

Pada pendapat saya, jumlah followers yang ramai, bukannya penentu UV kita.. Maksud saya macam ni... Sebagai contoh, blog A, jumlah followers dia 1000++, blog B, jumlah followers 500++.. U all jangan ingat, apabila followers 1000++ jumlah UV dia pun ribu2 tau... Kadang tu, followers je 1000++ tapi UV, 500 pun tak sampai... manakala, followers tak sampai pun 1000, u all jangan ingat UV dia sikit.. tak mustahil UV dia 1000++ tau.. sebab tu saya cakap jumlah followers bukan penentu UV kita.. (",) Eh, seperti saya cakap tadi, ianya berdasarkan penilaian saya.. Alaaa u all kan ada je share UV harian u all kat blog.. dari situlah saya buat penilaian.. hihiii

Lagi 1 kan u all, jika u all tengok jumlah komen entry seseorang tu sikit, tak semestinya UV dia pun sikit tau... yela, mana tau silent readers dia berlambak2... hihii.. Tak ke UV dia dah up melalui kehadiran silent readers (",).. So, pada pendapat saya, penentu UV harian kita adalah pembaca setia kita.. tak kisahlah samada "pembaca senyap" or "pembaca bising".. hihiii.. So, cari formula macamana nak dapatkan pembaca tersebut.. hehheh

Meh la saya nak bagitahu dekat u all, jika kita nak berjaya sesuatu benda yang kita buat, kita perlu mencari rentak or mencari formula untuk berjaya... Lagi satu, fikiran kene selalu positif... Mata kita jangan hanya menilai apa yang ada depan mata... tapi yang tersurat tu u all kene perhatikan... hihiii... Tak tahulah u all paham or tak maksud si ibu alisha & aqilah ni... hehheh.. Terus terang saya cakap dekat u all lah.. saya memang tengah mencari rentak untuk dapatkan 2K UV sehari... (^_^)


tekan SINI untuk perkongsian bersama

Jumaat, 11 Januari 2013

Earning CPUV makin kurang.. Nuffnang ada masalah ke ek...


Saya tak tahu earning u all jadi camni or tak.. tapi Eca kata, dia pun macam ni.. & eca gak cakap, ramai lagi yang jadi camni... Cuma nak confirmkan dengan u all, u all jadi camni tak? Ke, insan terpilih macam saya je jadi camni... hahhahha

U all tak terpilih pun takpalah, bukannya untung.. rugi.. hihii... Untuk pengetahuan u all, kesemua earning CPUV saya berkurangan sebanyak 50%.. (Abaikan earning blog GA tu yer...).. Sepatutnya CPUV Sunway & Anmum dah cecah RM20++ tapi dah jadi belas2.. Yang CPUV Digi tu pulak, dari RM30 pun dah jadi belas2... adehhh...

Earning di kolum amount tu, bukannya ada kaitan dengan klik, tapi ia bertambah berdasarkan UV.. kalau UV tinggi, banyaklah masuk.. Eh, ke Nuffnang "kenat" ke saya... dia tamboh beri pitih ke saya la tu.. sebak banyok sangat kot.. "dekut" goh.. (^_^) Rm30++ saya hilang... boleh beli pampers Aqilah dah tu.. hihiii.. Tak bayar "zakat" la tu dia hilang... kikikii (",)


tekan SINI untuk perkongsian bersama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...