Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Perkembangan alisha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkembangan alisha. Papar semua catatan

Perkembangan pembelajaran Alisha

Alhamdulillah saya dikurniakan anak macam Alisha... Walaupun dia seorang yang manja suka menangis + merengek tapi Alisha seorang yang sangaaaatlah kakak2... Selepas makan, dialah yang tolong basuhkan tangan & mulut Aqilah di sinki & macam2 lagilah... Untuk entry ni, bukan itu yang saya nak ceritakan tapi saya nak cerita pasal perkembangan pembelajaran Alisha...

InsyaAllah bulan 9 nanti genaplah usia Alisha 4 tahun.. Alhamdulillah sekarang ni Alisha dah mula tunjuk bakat menghasilkan sesuatu mengikut kreativiti dia... Saya kesan Alisha ni seorang yang kreatif, bila Alisha mula buat aiskrim guna sikat + sapu tanganlukis muka orang di white board... lepas pada tu, dia mula reka bentuk orang guna lego ciplak... Bila saya tengok macam tu, saya belikan Alisha PLAYDOH.. dengan niat moga saya dapat membantu Alisha luahkan lagi kreativiti dia tu guna playdoh... Daripada platesin tu, Alisha dah buat muka orang & bunga... selain tu, dia ada jugak buat lampu meja + berger.. Saya pun tak reti nak buat benda2 camtu + tak minat... tak sangka pulak Alisha ni tanpa di ajar pun dia dah boleh buat sendiri...


Saya jugak bersyukur sangat2 sebab Alisha bukan jenis seorang yang fokus pada sesuatu benda sahaja... maksud saya, selain Alisha jenis yang suka hasilkan sesuatu melalui kreativiti dia, dia jugak tak lupa dekat buku... menulis adalah minat Alisha... Minat pada buku ni memang saya dah pupuk dari usia Alisha 3 bulan lagi.. Nasib baik gak, walaupun ada lego ciplak, ada playdoh & mainan lain2 tapi dia tak lupa dekat buku...


Ini antara bahan pembelajaran yang saya baru beli semalam... excited nak buat, balik rumah terus mandi & terus menulis...



Selain tu, saya ada jugak beli buku untuk Aqilah tau... macam dalam gambar atas ni haa... Tapi yang memeranjatkan saya tu, tadi masa Alisha duduk buat kerja apa ntah dekat abah dia manakala adik ipar saya duduk atas kerusi jauh sikitlah dari Alisha kan... Adik ipar saya ni bacalah buku Aqilah ni tau... Adik ipar sebut "Sit down", Alisha yang dengar terus cakap "Duduk"... Saya & my dear duk tercengang dengar Alisha cakap... pastu adik ipar sebut lagi "Stand up".. Alisha cakap "berdiri"... Ok, saya dah mula rasa teruja... pastu adik ipar sebut pulak "wash your hands"... Alisha sebut "Basuh tangan"... Ok, ni dah buat saya rasa bertambah teruja sebab saya belum ajar pun lagi Alisha buku tu... baru je beli semalam... Lagipun tu buku Aqilah... Tersengih2 saya & my dear... macamana dia boleh paham apa yang adik ipar saya cakap... Lepas tu kan u all, boleh pulak Alisha cakap "Kakak nak sekolah"... wah, rasa macam esok jugak nak hantar dia sekolah... hahahha... melampaukan saya ni...

Alhamdulillah walaupun Alisha tak pergi taska, hanya duduk di rumah... rakan2nya hanyalah saya & Aqilah tapi Alisha sedikit sebanyak buat saya rasa tak terpinggir sangat walaupun jaga anak sendiri di rumah... Takdalah anak saya tak pergi taska, tak pergi sekolah sampai tak tahu apa2 langsungkan... Moga Alisha dapat jadi contoh kepada adik2nya... sekarang ni pun Alisha kadang2 time main dengan Aqilah akan cakap "Meh kakak ajar"... macam2 diajarnya Aqilah... diajarnya pegang pen dengan betul... diajarnya apa yang dia tengok dalam buku dan lain2 lagi...

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Set PLAY DOH murah...!!

Alhamdulillah... FINALLY dapat jugak saya tunaikan permintaan Alisha nak PLAYDOH... Eh, actually bukan Alisha yang mintak, saya yang offer nak beli... si Alisha pulak, kalau dah ibu offer, takkan nak tolak rezeki kan... mestilah dia suka...


Tujuan saya belikan PLAYDOH untuk Alisha ni bukan apa... kan sebelum ni saya ada tanya u all, apa barang yang boleh tingkatkan lagi kreativiti Alisha ni... Alisha ni dia seorang yang kreatif, guna sikat & sapu tangan pun dia boleh buat jadi "aiskrim"... Selain dari benda2 yang ada disekeliling, Alisha jugak hasilkan kreativiti melalui lukisan & lego ciplak... Saya plak sajalah nak beli PLAYDOH walaupun Alisha tak mintak tapi saya ni yang terlebih minat dengan PLAYDOH ni sebenarnya... hahhah... 


Saya dah lama nak beli PLAYDOH ni... dari bulan 6 lagi tapi tu la, saya tangguh dulu... tak sangka plak Tuhan "tangguhkan" niat saya tu sebab nak bagi saya rezeki dapat PLAYDOH yang lebih murah... Alhamdulillah.... Saya beli PLAYDOH SWIRLING SHAKE SHOPPE... Harga asal RM79.90 tapi ada offer so saya beli dengan harga RM56.90...


Saya beli di TESCO.. Offer sampai bulan 2 tahun 2015... tu diaaa, sikit punya lama offer... tapi kan, harga asal PLAYDOH SWIRLING SHAKE SHOPPE ni RM79.90 je tau... tapi dekat TESCO tu tulis harga asal RM111 ++, sedangkan selama ni saya duk survey semuanya harga RM79.90... tapi tak kisahla... janji saya dapat harga offer (^_^)


Nampak tak dekat atas tu ada 3 "alat".. itu kira macam 3 tempat acuan yang utama la...


Selain dari 3 yang utama tu... dekat body acuan tu pun berlambak2 lagi ada "acuan" yang kecik2...


Pendek kata dengan satu set PLAYDOH SWIRLING SHAKE SHOPPE ni, macam2 lah kita boleh cipta..


Dia punya doh tu kan u all, memang lain dari platesin yang biasa tu tau... Yang ni takda nak melekit2 dengan tangan tau.. lagi satu lembut sangat doh dia tu... tak reti nak explain, bila u all pegang sendiri baru u all tau... Alisha bila dah dapat PLAYDOH tu, terus je main.. siap ajar saya & abah dia lagi main camna... Teruja saya tengok, rasa macam berbaloi2 saya beli... ehheh... Yela, saya tak perlu ajar camna nak guna tapi Alisha tengok je benda tu semua, dia dah tahu apa yang perlu dia buat.... sebab sebelum ni Alisha memang dah selalu tengok video PLAYDOH..


Ohya, semalam kan u all... anak solehah saya ni hasilkan kreativiti dia lagi guna PLAYDOH... tapi yang ni tak guna acuan pun... dia just bentukkan guna tangan je... Salah satunya bentuk muka macam gambar atas tu haa.... Rasa macam nak penyet2 je si Alisha ni tau... awatlah dia kreatif sangat ntah... pandai plak buat mata bulat, hidung panjang... hehhe


Yang ni pulak, Alisha tunjuk saya sambil cakap "ini flower".. time saya ambik gambar ni flower tu tak complete lagi... maksud saya saya Alisha belum siapkan nak "kepet-kepetkan" kelopak bunga... Alisha... Alisha... moga Alisha dapat kembangkan lagi kreativiti yang ada... Saya nak mengajar tak berapa nak reti sebab saya memang tak kreatif.. Eh jap, nak tanya... kreativiti anak2 ni adakah diwarisi ek, ke dari diri dia sendiri?... sebab kalau ikut kreativiti, memang saya tak la... tapi abah dia kreatif la jugak... tapi tu la, kalau ikutkan masa Alisha banyak habis dengan saya... saya ni takda pulak ajar benda2 camni.. 


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Hasil kreativiti Alisha & Aqilah

Saya perasan Alisha ni seorang yang kreatif.. dia suka berimaginasi lepas tu dia zahirkan melalui lukisan atau pun "lego ciplak"... Ikut abah dia agaknya... kalau ikut saya memang taklah... saya dari kecik sampai sekarang memang tak kreatif + tak minat pun benda2 camni...


Baru2 ni Alisha pergi buat benda alah ni haaa... dah siap dia tunjuk saya... saya tanyalah apa yang Alisha buat tu... katanya orang... saya tanya mana tangan, Alisha tunjuk yang warna kuning & pink kanan kiri tu haaa... saya tanya plak mata, Alisha tunjuk yang warna kuning atas sekali tu haa... pastu saya tanya lagi, mana hidung, Alisha tunjuk yang warna biru bawah mata... bila tanya mana mulut, Alisha kata takda... hahhah 


Orang robot ciptaan Alisha...


Aqilah bila tengok saya duk ambik gambar ciptaan Alisha... dia pun apa lagi cepat2 letak yang dia punya suruh saya ambik gambar jugak... ahhahhah... Aqilah pun nampak gaya suka sangat main lego ciplak ni... kadang sampai bergaduh 2 beradik... haihhh... saya ingat nanti nak beli lagi lego ciplak camgini... seronok tengok dorang hasilkan sesuatu benda melalui hasil kreativiti masing2...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

"Aiskrim" buatan Alisha

Alisha... seorang anak solehah yang saya perasan sekarang ni dia menjadi seorang yang kreatif... dia selalu menzahirkan apa yang bermain di minda dia tu...


Macam baru ni haaa... pandai pulak dia create sikat rambut + sapu tangan pastu dijadikan "aiskrim"... Time tu dia main dalam bilik sorang2.. bila saya masuk bilik, Alisha terus cakap dekat saya.. "Ibu, tengok ni ibu... kakak buat aiskrim".. Haaa terkejut saya, kreatifnya Alisha ni... ada je idea dia... Saya sendiri tak pernah terpikir benda2 camni, sebab saya memang bukan seorang yang kreatif...!! 


Lepas dah tunjuk dekat saya tu kan, dia buat2lah makan "aiskrim" tu tau... Eh, jap, sebelum dia makan, lepas dia tunjuk dekat saya tu, dia ambik "aiskrim" dia tu simpan dalam almari coklat bersebelahan dengan dia tu... konon2nya macam peti ais la kan... bila dah keras, baru Alisha keluarkan & makan... Apa yang perlu saya buat untuk Alisha boleh terus tingkatkan kreativiti dia tu?.. Alisha minat melukis, saya plak tak reti nak melukis... Alisha cuba nak jadi anak yang kreatif, saya plak yang tak kreatif... adehhh... Saya nak bagi galakan tapi apa cara dia? apa yang saya boleh bantu Alisha ni ek?..

Alisha ada mintak mainan PLAYDOH tau u all... Playdoh kan ada sekali dengan acuan dia... Mula2 saya ingat nak beli yang macam ala2 playdoh.. pastu my dear cakap, alang2 nak beli, beli yang brand PLAYDOH terus.. so, saya pikir akhir bulan ni or awal bulan depan bolehlah beli kan PLAYDOH untuk Alisha.. InsyaAllah.. harap2 dengan playdoh tu dia dapat kembangkan kreativiti dia tu lagi..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Lukisan pertama Alisha

Semalam ketika saya tengah duk melipat baju dalam bilik, tiba2 Alisha dari depan TV tu berlari ke arah saya sambil jerit "Ibu, tengok ni ibu... kakak lukis"..


Suara Alisha memang nampak yang dia sangat gembira tau... dah gaya macam exam dapat semua A... hahaa.. Dia datang tunjuk lukisan dia tu dekat saya... Time tu, serius saya tak dapat tangkap apa yang Alisha lukis tapi saya tetap cakap "Wah cantiknya... pandai kakak lukis"... Bila saya dah cakap camtu, tiba2 Alisha cakap "Ni hidung ada 1"... What?? Hidung??... Thats mean Alisha lukis muka orang kan... so, saya terus ambik white board tersebut & tengok gambar tu secara sengetkan whiteboard tersebut..


Bila saya sengetkan whiteboard tu... Ya Allah memang betoi la u all... adalah jugak iras2 wajah muka... Terus saya ambik gambar lukisan tu... Teruja hokay..!! Maunya tak... first time tau Alisha excited camni & first time jugak Alisha lukis camni... Tak kisahlah walaupun tak cantik tapi ia dah buat saya rasa seronok... sekurang2nya ada jugak bentuk muka tu kan u all...


Alisha siap explain dekat saya mana mata (mata tu ingatkan anak rambut... tapi takpa, pikir positif, rambut panjang sangat so, mata tertutup... hahah ) mana hidung mana rambut mana mulut (mulut tu siap smile lagi) mana telinga... Ya Allah... terkejut tau... tak sangka anak saya ni mempunyai imaginasi camni & lukis imaginasi tersebut dekat whiteboard dia tu... Yela, selama ni saya hanya anggap anak saya ni hanya pandai conteng je... tak reti nak lukis2 bagai ni.... tapi lukisan ni membuktikan yang sebaliknya... sungguh tak sangka di usia 3 tahun lebih ni alisha mampu berpikir muka orang & lukis dekat whiteboard.... 

video

Ini video Alisha explain dekat saya pasal lukisan dia tu.. Ni yang buat rasa tak sabar nak hantar Alisha sekolah ni... mesti dekat sekolah lagi banyak yang dia belajar... Pasal lukisan ni, saya pun tak tahu dari mana dia belajar sebab saya memang tak reti melukis malah tak pernah pun lukis dekat Alisha... Petang semalam saya siap nampak Alisha gayakan seolah2 seorang pelukis tu... Alaa yang stail pelukis guna water colour tu haa... Ada minat melukis agaknya Alisha ni.. tapi yang pasti bukan ikut saya.. ikut abah dia kot... eh, tapi kalau sebelah saya, parent saya memang pandai lukis, lebih2 lagi abah... siap boleh lukis potret wajah kita lagi....


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Alisha yang banyak cakap macam mak nenek

Kalau anak2 u all lambat pandai bercakap berbanding rakan2 dia yang lain... please ye sayang... please jangan risau... sebab saya dah ada pengalaman... Time Alisha umur setahun lebih, rakan yang sebaya dia @ 3 orang dua pupu dia dah pandai cakap.. Alisha masih duk kekal cantik dengan bahasa german dia tu... Saya plak yang jadi stress, bukan stress pasal pe.. bila orang sekekeliling duk cakap Alisha ni tak pandai cakap lagi... Umur 2 tahun lebih baru pandai cakap ayat panjang2 sikit... masuk je 3 tahun, dah takda cakap german dah...


Bila dah pandai cakap ni u all, Ya Allah.. macam mak nenek bercakap.. tak reti nak berenti... Ada je idea dia nak bersembang... Saya nak tanya u all.. Kalau budak umur macam Alisha ni @ tahun ni genap 4 tahun, cara mereka sembang camne ye u all?.. Saya tak tau sangat pasal perkembangan anak2 ni.. harapkan Alisha je jadi rujukan saya... maklumlah, saya ni bukan ada anak saudara yang ramai pun + sebelum kawen saya bukan jenis yang suka layan budak2.. setakat kiss dorang je + agah sikit2.. tu je.. tak reti nak melayan... so, saya memang tak tahu bab2 perkembangan budak2 ni haa...

Kami suami isteri selalu cakap yang Alisha ni cakap macam orang tua... ayat2 yang keluar memang macam orang tua tau.. tapi satu je, peel suka menangis & manja tak hilang sampai sekarang... Kalau dia nak berceritakan u all, dia bukan bercerita pasal sang kancil & sang buaya tapi antara contoh cerita dia "Ibu, atuk dah pindah duk KL"... "ibu, pakngah sakit... sian pakngah... pakngah naik motor pastu pakngah jatuh.. habis darah... sian pakngah...".. Mana dia belajar cakap macam orang tua pun tak tau lah... dia duduk dengan kami je pun... eh, ke belajar dari mak pak dia ni haaa... maklumlah, mak pak dia kan orang tua.. muahhahah

Kalau u all friend dengan saya dekat FB, u all mesti ada terbaca status yang saya tulis dialog2 Alisha... antaranya, 

PERTAMA

Tadi saya nak lipat selimut, tiba2 Aqilah datang peluk kaki saya... saya plak laju je mulut ni cakap "Aqilah lepaslah kaki ibu, ibu nak lipat kain ni"... Sekali Alisha yang ada berhampiran cakap "Ibu, tu bukan kain la.. tu selimut".. haihh

KEDUA

Dah siap mandi, #Alisha boleh pulak ambil aiskrim nak makan. Saya tak bagila sebab baru lepas mandi, lagipun dah makan tadi. Tapi Alisha nak jugak. Saya konon2 nak marah dekat Alisha cakap "Kalau nak makan sangat, makan! kotor baju, siap!!"... Saya ingatkan bila saya cakap camtu Alisha taknak makanla tapi anak solehah tu boleh pulak bukak baju & terus makan aiskrim..

Alahai anak, pandai pulak dia berpikir jalan penyelesaian taknak bagi kotor baju...


KETIGA

Tadi saya konon2nya menyanyilahkan... Dalam lagukan, biasanya lirik guna perkataan "AKU"... bila Alisha dengar saya cakap "AKU", #Alisha terus cakap dekat saya sambil tunjuk jari telunjuk ke arah saya & buntangkan bijik mata "ibu, tengok tu... cakap AKU pulak.. cepat betulkan balik".. Lepas tu saya nyanyi balik lagu tadi guna perkataan "SAYA" & cakap "sorry" sebab sebut AKU... pastu Alisha cakap 'Ibu, tak baik cakap aku, nanti Tuhan marah..."

Actually saya memang "marah" kalau Alisha cakap AKU dengan adik dia or kawan2 dia.. kena bahasakan nama or "saya"... tu yang saya kene tegur... adehhh... ni yang tak mau nyanyi dah lepas ni... ahhahha

KEEMPAT

Saya tengah masak gulai kari ikan.. tiba2 Alisha cakap "Ibu, wanginya bau" pastu dia sambung pulak cakap "Ibu nak makan nasik?".. Saya kata "a'aa tapi kene tunggu masak dulu"... Alisha jawab balik "Ibu, kene tunggu abah balik dulu"...


Alisha ni saya perasan dari kecik lagi jenis matang dari usia dia punya peel.. tak sangka plak bila pandai cakap, dah gaya macam mak nenek bercakap... Kadang tu ada gak rasa nak suruh Alisha berhenti kejap cakap.. banyak bertanya sangat.. tapi tu la, kalau dia diam bosan plak... so, layankan je la... dah sebelum ni saya pernah cakap yang saya suka budak2 yang banyak cakap macam orang besar... penghibur di rumah.. hihi...

Saya ada beberapa kali kene "tegur" dengan Alisha bila tersalah cakap, macam dialog kain @ selimut & Aku @ saya dekat atas tu... Bila Alisha tegur camtu, saya nampaklah yang Alisha alert dengan "kesalahan" kan.. Ohya, u all tahu tak.. yang bab menyanyi tu kan, bukan saya je dia tegur cakap aku... tapi satu hari tu, dia dengar penyanyi mana ntah menyanyi dekat dalam TV, sekali Alisha cakap "Eh, cakap aku pulak.. mana boleh"... Alahaiiii perasan pulak budak kecik ni... hahha... Mana ada lirik lagu sebut saya... eh, ke ada...? Si Aqilah tu plak tak tau la nanti camne.. banyak cakap or tak.. tapi sekarang ni pun dah start bercakap dah si Aqilah tu.. tapi takdalah cakap jelas lagi kan.. sekadar ambik bunyi yang hujung2 tu je... yang heran tu, saya paham Aqilah cakap tapi my dear tak paham.. inilah kelebihan ibu... cewahhh ke situ plak.. hihii

Buat masa ni Alhamdulillah sangat2 sebab Alisha memang tak tahu nak cakap benda yang mencarut seperti bod*h ke... ba*i ke... or apa2 je... sebab kami memang tak sebut benda2 camtu.. kalau ada hamba2 Allah maksud saya kaum kerabat saya yang sebut benda2 camtu depan anak2 saya, saya akan terus tegur jangan cakap benda2 camtu depan budak2 tak kira depan anak saya or anak orang2 lain.. bukan apa u all, sebab saya perasan ada budak2 besar alisha yang belum sekolah pun lagi tapi dah pandai cakap benda2 camtu... saya yang dengar jadi tersentap...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Wajah terkini si bulu mata lentik


Kalau sebelum ni saya tunjuk dekat u all wajah terkini si dagu runcing kan, kali ni nak tunjuk pulak wajah terkini si bulu mata lentik... Bukan main lagi siap si bulu mata lentik la, si dagu runcing la saya ni kan... jangan marah tau puji anak sendiri... (^_^) Apa2 pun bersyukur dengan segala kurnian Tuhan... InsyaAllah.. Kalau pembaca blog saya dari awal, memang dah tahu ini gelaran anak2 saya dari dorang kecik2 lagi saya dah sebut kat sini... Nak anak bulu mata lentik, nah baca tips ni... penat saya share tapi tahulah jadi or tak yer... macam si Alisha ni, selain dari saya buat tips tu, memang dah ada genetik bulu mata lentik... (^_^) 

Btw, inilah wajah terkini Alisha yer... InsyaAllah panjang umur bulan 9 nanti akan genap 4 tahun... Alhamdulillah... Time ambik gambar ni, Alisha tak nak senyum la plak, penat agaknya baru lepas main.. Ohya, tau tak, sekarang ni Alisha memang dah pandai jaga rambut dia tau... Lepas mandi, wajib sikat rambut, kalau saya buat2 lupa sikat kan, dia mulalah ambik sikat & suruh saya sikat... katanya "Ibu, kenapa tak sikat rambut isha.. tengok ni dah rosak"... padahal bukan rosak pun tapi dah kering & jadi curly.. ahhah

Lagi satu pulak, sekarang Alisha lebih suka lepas rambut dia macam tu je tanpa diikat.. dia perasankan diri dia cantiklah tu.. muahahah.. Kalau nak ikat pun, macam dalam gambar atas tu je.. ikat secoet dekat depan, belakang dilepaskan.. Actually saya pun suka camni.. nampak cantik sebab rambut Alisha jenis ikal.. penat tau berangan time mengandung nak rambut camgini... ececeeee... (^_^)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Aksi Alisha masak Kek Buah

Inilah Alisha... budak yang suka sangat bab2 mem"baking" ni... Inilah jugak antara aktiviti yang saya lakukan untuk menghabiskan masa yang berkualiti dengan Alisha... Kalau kami pergi Tesco kan, Alisha ternampak kotak kek segera, mesti dia akan cakap "Ibu, Isha nak masak  kek"... haa itu maknanya nak suruh beli la tu..


Saya ajar Alisha guna tepung segera je u all... Saya bukannya reti pun bab2 masak kek ni.. hihi.. Kek segera ni senang.. semua dah ada dalam kotak tu.. kita hanya tambah telur & marjerin je...


U all perhatikan gaya Alisha duduk dekat semua gambar dalam entry ni tau... Macam2 gaya dia duduk.. hahah.. Itu kes dia dah penat la tu..


Kali ni boleh dikatakan 90% Alisha yang buat kek ni... Saya hanya bantu sikit2 je.. 


Buat pertama kali jugak, tengah2 Alisha buat kek tu, Alisha boleh cakap "Wah, penatnya ibu"... siap buat gaya lap peluh dekat dahi lagi... hihii



Walaupun Alisha penat tapi dia tetap teruskan sampai habis... Bersemangat si budak Alisha ni... (",)


Alisha jugak cakap "Nanti abah balik nak tunjuk Abah.." Alahaiiii... seronok dengar dia cakap camtu... Dengan penuh kasih sayang Alisha buat kek ni...


Kegembiraan anak, adalah kegembiraan saya... sangat terserlah di wajah dia yang dia happy masak kek semalam..


Bila oven bunyi je "ting"... cepat2 Alisha berlari.. Bila dah potong pulak, dia duk tanya saya & Aqilah, sedap tak dia masak kek... Bila abah dia balik kerja, cepat2 dia ambik kek & bagitahu abah dia yang dia masak kek tu (",) Nampaklah Alisha teruja dengan kek dia tu.. (",) Kek Alisha buat kali ni sedap.. kira menjadila.. tapi saya ni yang mencacatkan kek Alisha.. Saya tak reti nak bajet suhu... so, kek ni macam tergaring sikit dekat bahagian tepi2 loyang tu...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

"Ibu pun ada"...

Rasa nak penyet2 je si Alisha ni tau.... Cepat betul pemikiran dia ni matang... Hujung minggu baru ni kami balik rumah MIL.. Biras saya yang tengah mengandung 7 bulan pun ada dekat kampung jugak...  Nak dijadikan cerita, time biras saya betulkan kain batik yang dia pakai tu, Alisha yang ada di sebelah terus pegang perut biras saya tu sambil cakap "Ibu pun ada"... 

Ya Allah Ya Tuhanku... pandai pulak budak kecik ni cakap ibu dia pun ada @ ibu dia pun mengandung... kiranya dia tahulah kalau perut perempuan besar, itu maknanya mereka mengandung & dalam perut ada baby... Saya ingatkan kot la dia hanya paham dalam perut ibu dia je ada baby... tapi rupanya dia dah paham semua perut perempuan yang besar2 adalah disebabkan mereka mengandung..

Kiranya dia tahulah jugak yang satu hari nanti perut saya pun akan besar camtu jugak.. Ohya, untuk pengetahuan u all, saya dah mengandung 5 bulan lebih sekarang ni tau tapi perut saya masih lagi kecik... kalau pakai baju t-shirt tu, tak nampak pun macam mengandung.. Adik ipar saya cakap "kebuncitan" perut saya tu bukan nampak buncit sebab mengandung tapi macam buncit sebab perut buncit... ahhah... Dah nak buat camne, spesis perut kecik.. time Alisha & Aqilah pun sama jugak...

Berbalik pada cerita Alisha, dia ada tengok buku pink biras saya tu ada gambar scan tau.. Aqilah tengok jugak masa tu, Aqilah macam biasala, excited dia tu... Kakak Alisha ni terus cakap "Aqilah, ni orang punya".. Eeeee geramnya Alisha ni... awat yang comel sangat ni... pandai pulak dia bagitahu adik dia yang gambar scan tu bukan adik dia tapi orang lain punya... olololooo... Haaa biasakan, kalau Alisha tengok gambar scan dekat buku pink saya, Alisha akan cakap itu baby muhammad... Harap2 masin la mulut Alisha... Actually saya memang ajar & bahasakan baby dalam kandungan ni dengan panggilan Muhammad... Bukan ke kata2 itu jugak satu doa... InsyaAllah...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Peel Alisha & Aqilah

Gian saya nak menulis di blog ni tau.. Minggu ni saya hanya keluarkan 2 entry.. tu pun entry yang "wajib" publish.. ikutkan minggu depan baru nak buat entry, tapi hari ni rasa tak tertahan2 dah nak mengarang.. adehhhh.. So, kene jugak lepas gian.. hihi.. Minggu depan saya akan back to normal.. hadap la u all dengan 4 5 entry sehari dari saya yer... muahhaha.. 


Untuk entry ni nak cerita pasal peel Aqilah ni haa... Kalau sebelum2 ni saya pernah gtau u all yang anak2 saya ni, semua kerja dia nak tolongkan.. Kalau si Alisha tu, jangan cakaplah, kalau kita dah buat kerja tapi dia tak buat lagi, jawabnya, kita kene buat semula supaya dia dapat buat.. eh, u all paham ke apa saya cakap ni.. rasa macam berbelit2 je ayat.. ekkeke.. Saya bagi contohla, Saya dah mop air yang tumpah.. sekali Alisha tengok saya dah mop.. so, dan2 time tu dia akan merengek nak buat jugak.. terpaksalah saya ambik batang mop, bagi dia mop semula... Tu yang sekarang ni, saya asyik duk suruh alisha je.. contoh kalau air tumpah, ssaya suruh dia ambik batang mop & mop.. senang cakap, kerja saya hanya duk setempat sambil bagi arahan.. muahhahhah.. Opsttt tapi takdalah sampai saya suruh dia g buat air kopi tau... agak2lah.. takkan saya nak bagi dia "main" air panas.. kiranya kerja yang "layak" untuk dia buat la...

Tu diaaa kata nak cerita pasal Aqilah tapi satu perenggan dah habis cite pasal Alisha.. hihii.. Motif cite pasal Alisha tu sebab saya nak gtau yang Aqilah pun dah berjangkit ikut peel kakak dia tu... Cuma bezanya kalau Alisha dia merengek kan.. Aqilah ni lagi hebat.. dia g guling terus atas lantai.. Eh, tapi ada jugak time yang dia tak guling cuma dia macam keluarkan suara.. Macam tadi, saya dah siap kemas lauk2 yang kami makan letak atas meja.. siap dah tutup dengan tudung saji.. Sekali Aqilah tengok dekat atas tikar dah clear.. Dia g kat meja makan & nak tarik tudung saji.. Nasib saya nampak pastu dia duk keluarkan suara sambil tunjuk atas meja.. Tau la maksudnya saya kene turunkan balik lauk tu letak atas tikar & bagi dia angkat letak atas meja... 

Budak 2 orang ni berebut2 nak buat kerja... nak lagi hebat, tikar alas makan saya dah simpan atas rak tau... Tiba2 Aqilah nampak, terus dia berguling suruh ambik tikar tu semula... Si abahnya pun ambiklah bagi tikar tu kat dia & angkat dia sebab dia tak sampai nak letak atas rak... Bila dah buat camtu, si kakak plak nampak.. dan2 duk merengek plak sorang lagi.. terpaksa ambik semula tikar tu bagi dekat si kakak plak.. dah si abah nak kene angkat si kakak plak sebab si kakak pun tak sampai nak letak sendiri.. Inilah peel anak2 saya u all.. terlebih rajin camgini plak jadinya.. tapi tu la, peel dorang ni la yang buat kami suami isteri ni tak kering gusi... hahhahah.. 

Ni baru cite bab kerajinan budak berdua ni, belum campur bab Alisha yang banyak cakap tu lagi.. adehh.. yang tu lagilah.. cakap macam orang tua.. hahahha.. Tapi okla kan, time dia tak pandai cakap dulu, duk pikir bila nak pandai cakap.. bila dah pandai.. layanlah Alisha ni tanpa henti yer.. sebab Alisha ni kalau bersembang, dah nak seiring sejalan dengan ibu dia.. jenis cakap laju, jenis cakap tak jumpa noktah jenis banyak bertanya.. sebijik ikut ibu dia ni.. (^_^).. Sekarang ni duk bising nak sekolah plak.. Hari2 duk cakap "Isha nak sekolah".. Si abah cakap "Kakak nak pergi sekolah ke.. nanti kakak nak kene buat kerja berat.. nak kene mencangkul, nak kene berkebun bla bla".. Tapi si Alisha ni bijak.. dia tahu yang abah dia kelentong.. sebabnya dia tahu, kalau pergi sekolah maknanya kene menulis.. guna pen guna buku bukan guna cangkul.. Tapi dia tak tahu saya ni risau camnelah nanti.. menangis tak dia.. yela, nak kene tinggal sorang2 kat sekolah... adehhhh... Ni lah ibu2, anak takda pa2, si ibu lebih2 risaunya... Tengoklah, tahun depan kalau ikutkan kiraan tahun, umurnya dah 5 tahun.. bolehlah hantar tadika dekat taman ni agaknya..

Ok, sebelum terlebih meleret, saya stop dulu la yer.. Pada mulanya ingat nak tulis pasal Aqilah je tapi dah campur sekali cite Alisha... Ni baru anak 2 orang, nanti anak dah 3 orang, satu entry 3 cerita.. hihii


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Cara atasi anak gagap

Saya perasankan lebih kurang bulan 12 tahun lepas or bulan 1 tahun ni, tiba2 anak solehah saya si Alisha tu jadi cakap macam gagap sikit tau... Contoh macam nak sebut Ibu, dia sebut "Iiii iii iii Ibu.. bla bla bla..".. Serius, saya memang jadi susah hati.. Ibu mana tak susah hati tengok benda2 camni kat anak kan.. Risau plak, kang sampai besar... Alisha ni akan makin menjadi2 gagapnya bila dia nak cerita sesuatu dengan cepat.. Spesis ikut ibu dia ni, jenis cakap laju... Tapi tu sebelum ni la u all.. Alhamdulillah sekarang Alisha dah cakap ok, takda gagap dah... nasib gak sekejap je gagapnya datang.. Uishhh sekejap pun, cukup buat ibu dia risau tau... So, saya nak share kat sini cara saya buat dekat Alisha supaya cakap elok, takda gagap2 dah..

Saya selalu marah Alisha bila dengar dia mula nak gagap... Tapi takdalah saya marah sampai menjerit tu tau.. Volume suara saya tetap sama cuma nada suara tu tegas... Contoh ayat yang saya cakap "Alisha..!! Cakap elok2!! Jangan duk cakap iiii iii iii ibu".. Saya akan tegur Alisha setiap kali dia nak jadi cakap gagap... Sampai satu tahap, saya tak perlu keluarkan suara..cukup sekadar saya bulatkan bijik mata je... hahha... Bila saya selalu tegur dia pasal dia cakap gagap tu, so, secara tak langsung dia ingat tau u all... Bila dia ingat, secara automatikla dia betulkan cara dia cakap... kira macam dia baru nak cakap gagap, tapi tiba2 dia teringat ibu dia marah, terus dia betulkan percakapan dia.. Camtu je saya buat u all.. Just tegur bila dia dah mula nak gagap.. Lama2 dia ok sendiri.. 

Btw, saya ada gak google pasal ni.. katanya budak2 besar Alisha ni normal kalau gagap sebab ianya sekejap je.. nanti akan hilang... Tapi saya sebagai ibu, takkan nak tunggu hilang sendiri camtu kan.. entah berapa lama baru hilang... kalau makan tahun naya jawabnya... tu yang saya guna cara saya sendiri dengan tegur Alisha.. nasiblah sebulan dua je jadi gagap tu.. Ohya, saya ada baca kita boleh control gagap ni dengan cakap slow.. takyah laju2 sangat.. kira macam bila rasa nak gagap tu, kita tarik nafas & hembus & baru cakap.. Tapi tips ni saya baca untuk orang dewasa.. tips untuk budak2 cam Alisha ni takda plak jumpa.. lagipun, Alisha ni saya suruh tarik nafas, dia boleh gelak2 plak tengok saya ajar dia buat camtu... ahhahha.. Tapi tak kisahla, sebab cara yang saya buat dengan tegur Alisha tu berkesan.. Sekarang ni, Alhamdulillah dah takda gagap... 

Nak update gak pasal Alisha sikit... Alisha ni sekarang dah kurang bahasa German.. Eh, actually kalau sembang2 dengan kita, memang takda keluar pun bahasa German.. Bahasa German tu hanya terkeluar bila dia sembang sorang2 or dia sengaja nak ajuk cakap Aqilah... Bila dah petah cakap ni, bukan main banyak cakapnya u all... Maklumlah, dah nak jadi kaklong kepada 2 orang adik la katakan.. (",).. Haa saya ada gak update pasal dialog2 Alisha ni dekat FB saya kadang2.. So, kalau u all nak tahu gak perkembangan2 Alisha ni selain dari blog, boleh add FB saya yer.. (",)



"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Alisha sanggup berkorban demi ibu


Ya Allah.. Baik sungguh Alisha ni.. Dia memang seorang anak yang suka menangis, suka merengek.. itu je satu yang kadang2 suka buat saya rasa grrrrr.. Tapi selain dari tu, dia seorang anak yang baik sangat.. rajin.. Ciri2 sebagai anak sulung memang terserlah dalam diri anak solehah saya si Alisha ni...

Hari Sabtu baru ni kami g makan steamboat cucuk, Saya makan sikit masa awal2 tu je.. lepas tu saya terus bagi Alisha makan... Bila tinggal seketoi dalam pinggan tu kan, Alisha bisik dekat saya "Ibu, dah nak habis.. Ibu makan la.." Lepas tu saya cakap, "Ibu tak nak, kakak makanla"... Alisha jawab balik "Tak nak, ibu makan la.. dah nak habis tu"... Lepas tu, saya terus peluk & kiss Alisha sebab rasa macam terharu sangat dengan sikap Alisha tu...

Bila saya dah makan tu kan, saya tanya Alisha. "Kakak nak lagi ke?".. Alisha jawab "Nak".. Ololoooo kesiannya... baiknya anak saya ni.. Nampak tak, dia paksa jugak saya makan yang seketoi tu walau hakikatnya dia masih lagi teringin nak makan.. alahaiiiiii baiknya kamu ni sayang...!! Saya pun, terus order lagi 3 cucuk.. tak sampai hati rasanya...

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Alisha yang semakin pandai

Anak solehah saya si Alisha ni kan... upenya banyak word omputeh yang dia tahu... Ada tu yang saya tak pernah sebut pun dia sebut.. Macam tadi kan, dia tengah main game tau.. Lepas tu dia cakap dekat saya, "Ibu, hat".. Saya ni pada mulanya.. buat2lah tak layan... sebab saya macam tak paham apa yang Alisha maksudkan... Tapi dah banyak kali sangat dia cakap.. Saya pun tengoklah game yang dia main tu... Upenya memang gambar hat @ topi u all.... Alahaiiiiii teruja plak saya rasa... hihii

Lepas tu kan, dia tunjuk plak game.. Game tu ada bunyi baby nangis... Alisha sambil "signing" saya cakap "cry"... Rasa nak penyet2 je Alisha ni tau... Padai sunggguh haihhh!!... Ohya, sebelum ni saya pernah share dekat u all pasal antara video pembelajaran Alisha adalah signing kan...Dari situ lah dia pandai signing tu semua... Nampak flower ke.. milk ke.. sambil sebut sambil signing dekat saya... hihi
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Alisha mengajar saya bunyi huruf guna kaedah pembelajaran FONETIK

Saya ajar Alisha guna kaedah FOTENIK tau... Teknik ni ajar anak2 berkaitan bunyi2 huruf.. bukan sebut huruf tu... Target saya nak bagi Alisha pandai membaca sebelum umur 6 tahun.. dengan kata lain, umur 5 tahun dah kene pandai bacalah walaupun masih mengeja... Disebabkan umur Alisha baru 3 tahun, so, saya takdalah ajar Alisha ni sungguh2 pun... ajar tenggalam timbul.. rajin ajar, malas tak ajar... *Nampak tak, saya dah mula cipta alasan??! haih!! Kadang tu yang jadi malas nak ajar bukan apa, Alisha ni banyak benor tanya.. kita baru ajar bunyi huruf A, I, U.. Dah nak langkah step lain.. Advanced sungguh gayanya... bila saya tanya balik bunyi huruf A, I, U.. mulalah dia bertukar2... habis tu camne nak langkah step...

Tapi saya perasan satu benda tentang Alisha.. Kalau saya tanya huruf ni bunyi apa.. huruf tu bunyi apa... ada time dia sebut betul.. ada time salah. kadang tu lebih kepada main2 bila saya tanya... Tapi kalau dia main sorang2... Alahaiiiii rasa nak peluk cium tak nak lepas.... Boleh rupanya u all...!! Pandai pun sebut bunyi huruf2 yang saya ajar selama ni... Anak kan.. saja je tau.. bila kita ajar dia buat2 tak pandai.. buat2 main... Anak u all camni gak ke?


Macam tadi, masa kat meja makan.. dia pegang @ tunjuk satu part dekat telefon saya sambil tanya saya seolah2 dia tu cikgu "Ni bunyi apa?"... saya diam je.. Yela, saya tak nampak tulisan apa2 pun dekat casing handphone tu... tapi tiba2 Alisha cakap "Ni bunyi ssssss @ /s/".. Lepas tu dia cakap pulak, "ini bunyi apa?".. saya diam lagi... Alisha pun sebut "Mmmmm @ /m/".... Lepas tu saya terus ambik handphone tu tengok apa yang ada dekat casing handphone tu... Alahaiiii rupanya ada tulisan SMT... haha patutlah beria Alisha tanya & ajar saya... saya tak perasan pun selama ni.. (",)

Motif saya kat sini nak gtau u all, anak2 kita ni, time kita ajar tu dia buat2 je main2.. tak bagi perhatian masa kita ajar... tapi rupanya, apa yang kita ajar tu, dia simpan dalam otak, tutup ketat2, tak bagi keluar dah ilmu tu... (",) Saya ajar Alisha guna kaedah FONETIK ni sebabnya orang kata dekat tadika dah banyak guna kaedah ni + anak2 pun lebih cepat membaca... tak sampai setahun ajar, dah pandai baca.. Macam Alisha ni,  kene lebih dari setahun la kot sebab ibu dia tak rajin sangat...haihhh..!! tapi start tahun depan dah kene ajar betoi2.. sebab tahun depan dah nak masuk umur 4 tahun... Moga2 Alisha dah takda lagi cakap bahasa German @ dah cakap terus sepenuhnya tahun depan.. supaya mudah untuk saya ajar dia membaca...

Btw, u all ajar anak u all guna kaedah apa ek?
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Gaya Alisha yang makin petah berkata2..

Ingat lagi dulu saya selalu update kat blog pasal perkembangan percakapan Alisha... Dua pupu Alisha yang adik2 dari Alisha umur belum pun sampai 2 tahun tapi dah petah bercakap.. Yang Alisha ni, umur antara setahun ke dua tahun duk pandai SEBUT WORD je lagi.. Buat ayat pun tak reti.. Kalau setakat 2 patah perkataan seperti "Nak susu" bolehla... Susah hati duk pikir Alisha tak habis2 dengan bahasa german.. 

Tapi bila masuk je umur 2 tahun, Alisha dah pandai bina ayat.. dari hanya pandai guna 2 word.. terus pandai buat ayat guna 5 word... Masuk je umur 3 tahun.. Ya Allah... banyak cakap u all oiiii... tak reti penat dia ni.. ada je benda yang dia nak cite... Umur Alisha 3 tahun dia dah mula fasih berkata2... tapi bahasa german tu masih ada cuma tak banyak sangat... kiranya macam 80% hingga 90% Alisha cakap terus & 10% hingga 20% je Alisha guna bahasa german... Pelat Alisha pun dah kurang cuma kadang2 word yang dia sebut tu kurang jelas tapi masih boleh faham... Jom layan antara perbualan saya & Alisha petang semalam.. Time ni saya tengah duk ushar2 TAB dekat internet 

Alisha : Ibu, ibu.. ni TAB isha.. (sambil tunjuk gambar tab dekat monitor)
Saya : Ye, TAB kakak (saya memang nak beli yang tu pun untuk dia).. Kakak ada duit ke nak beli?.. Bagi ibu duit baru ibu beli..
Alisha : Errmmmmmmm...... tadok.... (sambil dia laga2kan jari telunjuk kanan & kiri + dengan muka comel @ manja2..).. 
Ibu : Kalau kakak takda duit camna nak beli 
Alisha : Ibu, nanti ibu suruh abah beli untuk Isha
Saya : Tab kakak yang lama mana?
Alisha : Tab Isha rosak.. abah buat pecah cermin

Alahai anak.. pandai dia gtau tab dia rosak pasal abah dia buat pecah cermin.. ahhaha.. Duk ulang ayat tu je la dari pagi sampai malam semalam.. Sampai saya & my dear tergelaklah tengok gelagat dia..Duk ulang suh abah dia beli TAB kat dia.. Yela, ibu dah ada handphone cerdik, abah pun dah ada.. Alisha nak la jugak kan... Saya nak beli TAB yang baru untuk Alisha sebab saya nak dia sentiasa "study".. Yela, time balik kampung nanti dia tak tengok buku at least dia boleh layan video2 pembelajaran dia tu.. Kan sebelum ni dia banyak belajar bahasa omputih dari game education dekat tab dia tu..
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Alisha dah pandai mengira one to ten

Alhamdulillah.. Tak kisahlah walau anak orang lain sebelum umur 3 tahun dah pandai mengira.. Tapi Alisha umur 3 tahun baru pandai.. Tu pun saya nak kecohkan.. Saya tetap bangga dengan pencapaian Alisha.. Walaupun dia hanya duk umah, tapi dia mampu jugak pandai sebelum di hantar ke Tadika.. (",).. Adalah nampak bermakna sikit saya duk umah kan.. hihii

Yap, umur 3 tahun baru Alisha pandai mengira.. tu pun number one to ten.. number eleven & ke atas, tak reti pun lagi... Tapi bagi saya, Alisha dikira awal jugaklah pandai baca one to ten sebabnya.. kan Alisha umur 3 tahun ni baru nak lancar bercakap.. Kiranya macam seolah2 Alisha lancar je bercakap, terus automatik dia pandai mengira... Nampak tak kat sini apa yang saya cuba nak sampaikan dekat u all..??

Ajarlah anak kita tu dari kecik... Walaupun anak tu tak pandai cakap lagi pun takpa.. ajar je.. Jangan risau.. anak kita simpan kemas2 dalam otak apa yang kita ajar dia tu... Saya tak cakap kosong kan, sebab saya dah buktikan dengan Alisha.. Saya ajar dia dalam keadaan dia tak pandai cakap... Anak orang lain dah fasih cakap, dia duk bahasa German tak habis2... Tapi saya tak kisah.. Saya ajar je.. Tunjuk video apa yang patut.. ajar apa yang patut... Sebab saya tahu anak2 akan serap segalanya.. Macam Alisha sekarangla, automatik bila makin lancar berkata2, terus pandai mengira dari one to ten.. maksudnya dia memang simpan segala ilmu yang saya ajar selama ni.. Sampai saya rasa teruja... Terus telefon parent saya & parent saya pun excited dengar Alisha mengira dalam telefon... hihihii

Ohya, untuk pengetahuan u all, Alisha pandai mengira one to ten tau.. bukan satu hingga sepuluh.. hahhah.. Ibu dia ni duk ajar omputeh.. tu yang pandai one to ten.. kikikiii.. Lepas ni nak start ajar satu hingga sepuluh pulak.. Pelan2 kayuh.. Nak masuk tadika lambat lagi.. Banyak lagi masa untuk saya ajar... (^_^) Setakat ni, Alisha belum mengenal sepenuhnya lagi nombor2 tu semua.. Maksud saya, ada yang Alisha kenal, & ada yang Alisha tak kenal.. Tapi yang paling dia kenal, Number four... hihi

Walaupun camtu, kalau mengira sesuatu, dia pandai.. maksud saya camni.. contohlah.. emmm contoh jarilah senang yer... Alisha ambik tangan saya yang pada masa tu saya genggam @ tutup jari saya.. Bila Alisha nak mengira, dia akan bukak jari saya tu satu persatu sambil mengira one two three four five... (",)

video
Durasi : 31 saat

Video Alisha mengira one to ten.. Tapi untuk video ni dia tertinggal number six.. Sebelum saya rakam elok je mengira.. tapi takpala walau ada number missing.. malas dah nak rekod semula.. (",) Lagi satu, Alisha dah start main2.. tak nak kira betoi2 dah.. (",)

video
Durasi 01:07

Video ni, Alisha mengira jari saya.. One two three four five.. (",)

Moga anak2 saya dikurniakan hati yang terang untuk menerima segala pembelajaran... Moga anak saya jugak diterangkan hati dalam belajar mengaji & membaca... Saya tengah slow2 ajar Alisha mengenal huruf jawi (Al-Furqan) & membaca (Bacalah Anakku) ni..
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Keterujaan ibu & Abah Alisha

Keterujaan ibu & abah Alisha bila dengar Alisha bercakap... Alhamdulillah Alisha semakin hari semakin lancar berkata2.. semakin kurang bahasa GERMAN dia tu.. Tapi masih ada lagi GERMAN cuma tak ketara sangatla... tinggal sisa2 je lagi... (",) Maybe apa yang saya nak cite ni, bagi u all yang ada anak dah teror berkata2 ianya biasa2 je.. takda apa yang nak teruja pun.. Tapi cuba u all imbas kembali kenangan ketika anak2 u all baru nak lancar berkata2.. Apa perasaan u all masa tu.. Mesti teruja kan.. Macam tu lah yang saya rasa petang semalam..

Petang semalam, tengah2 saya melepak 3 beranak dalam umah, tiba2 Alisha cakap.. "Ibu, isha nak aiskrim..."... "Ibu suruhlah abah beli aiskrim".. Saya yang dengar Alisha cakap camtu.. Terus terdiam sejenak & terus ambik telefon untuk telefon my dear.. tapi my dear tak angkat upe2nya my dear dah sampai depan umah...

Dalam keadaan my dear yang masih pakai helmet, terus saya cite apa yang Alisha cakap.. secara spontan my dear cakap "Kakak nak g Tesco?".. Wah, beli aiskrim sampai ke Tesco.. hihiii.. My dear pun sengih dengar cite saya tu... Sekarang ni Alisha memang banyak cakap.. Ada je idea dia... Kalau kita buat2 tak layan, mulalah dia marah.. Serius saya rasa teruja dengan perkembangan percakapan Alisha.. 
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Ibu, Alisha demam..


Sejak2 anak solehah saya ni makin lancar bercakap walaupun masih ada word yang dia pelat tapi DIA MEMANG BANYAK CAKAP... Panjang akai dia ni.. Tunggu dia lancar 100% siaplah saya kene melayan cakap dia.. (",)

Semalam Alisha ni ambik cool fever lepas tu datang dekat saya.. tangan sebelah kiri pegang cool fever, tangan sebelah kanan letak dekat dahi sambil cakap "Ibu, Isha demam..".. Saya peganglah dahi dia.. Saya cakap Kakak tak demam pun.. Dia pergi dekat abah dia plak, dia cakap benda yang sama jugak.. Abah dia pun cakap tak demam jugak... Last2 saya alih perhatian dia dengan benda lain...

Saya tengah baring2 dalam bilik, Alisha datang & ambik cool fever yang masa tu ada dekat sebelah saya.. Sekali lagi Alisha cakap "Ibu, Isha demam.. Siannnnnnnn Isha demam"... Tu diaaa... punya panjang dia punya siannnnnnn... hahah.. Actually, Alisha tak demam pun u all, tapi dia duk cakap camtu sebab nak main cool fever.. Saja suka2 nak tempek kat dahi dia tu.. Tu yang dia duk pujuk gak saya tu.. hihiii
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Alisha dah makin lancar bercakap.....

Masa Alisha duk cakap bahasa German, saya duk komplen bila nak lancar tapi bila Alisha dah hampir lancar berkata2, saya plak duk rindu nak dengar bahasa GERMAN.. adehhh..

Alisha sekarang dah makin lancar tapi dia cakap ada PELAT la plak.. TAPI TAK SEMUA PELAT, ADA WORD YANG DIA PELAT... takpa, lama2 ok la kan... Alisha ni jenis suka bertanya.. Duk tanya "Ibu, apa tu ibu?".. Kalau Aqilah kacau dia, "Ibu, tengok Aqilah kejap".. Cakap lak key el... tak nak kalah.. "Apa ko buat?" katanya.. hihii

Ohya, Alisha ni makin besar makin pemalu tau... menantu pilihan la katakan... kalau umah orang, nak sesuatu, slownya suara... jenuh nak letak telinga ni dekat mulut dia... gaya orang berbisik...

Saya betoi2 terkejut dengan perkembangan Alisha...

Hari Jumaat baru ni, kami pergi beli buku dekat HASANI BOOKS.. Tengah ada offer... apa lagi.. terus la pergi merembat apa yang patut... tak sabar2 nak membeli punya pasal... duit pun takda, sanggup g korek tabung ATM tu haa... sekali memborong, habislah 3 angka jugak.. takpala.. pelaburan jangka panjang punya pasal.. (^_^) *Nanti saya share buku apa yang saya beli..


Salah satu buku yang saya beli adalah buku LATIHAN PENGUKUHAN JAWI UNTUK PRASEKOLAH UMUR 4-5 TAHUN... U all tahu tak, sampai je rumah, si alisha yang peminat buku ni.. sekali dia nampak ada satu plastik yang ada macam2 buku.. terus dia jadi excited.. Yang lain saya ambik simpan, hanya buku LATIHAN PENGUKUHAN JAWI UNTUK PRASEKOLAH UMUR 4-5 TAHUN ni je yang saya bagi dekat dia... 

Menulis tak nak guna pen or pensel sebab ibu beli maker baru untuk Alisha

Serius, saya sangat2 terkejut apabila ALISHA MAMPU MENULIS @ MENYAMBUNG TITIK2 HURUF2 DALAM BUKU LATIHAN DIA TU... SAMBIL SAMBUNG SAMBIL SEBUT ALIF BA TA... YA ALLAH YA TUHANKU.. TAK SANGKA ANAK SAYA DAH PANDAI.. CEPAT2 SAYA KISS & CAKAP ALISHA PANDAI..!!

Secara peribadinya, dah lama saya tak ajar Alisha menulis tau.. awai2 tahun dulu rajinla.. lepas tu malas... kalau Alisha suruh, baru saya ajar... *nasib alisha ni pun jenis peminat buku.. Kiranya last saya ajar Alisha, memang time tu Alisha masih belum reti sambung huruf2 tu sendiri pun.. Lepas tu, saya beli TAB pulak untuk Alisha.. dalam tab tu memang saya ada install macam2 game education la.. termasuk game education HURUF JAWI YANG JENIS SAMBUNG-SAMBUNG MACAM NI.. hari Jumaat baru ni baru saya kembali bagi buku latihan (buku LATIHAN PENGUKUHAN JAWI UNTUK PRASEKOLAH UMUR 4-5 TAHUN) yang jenis sambung2 ni dekat Alisha... Masa dekat kedai HASANI tu, saya terpikir balik rumah nanti, saya akan pegang tangan Alisha & ajar sambung2 macam sebelum ni jugak... Lebih2 lagi, ni baru saya nak perkenalkan huruf2 jawi dekat Alisha.. tapi rupa2nya, perkembangan anak saya lebih cepat dari apa yang saya pikirkan... 

Saya bangga dengan pencapaian Alisha di usia 3 tahun ni... Umur 2 tahun dah pandai free diapers.. umur 3 tahun dah pandai menulis @ sambung titik2... Tak kisahlah walau hakikatnya anak orang lain dah pandai semua ni ketika umur setahun or 2 tahun... Walaupun Alisha umur 3 tahun baru nak pandai.. saya tetap bangga dengan Alisha... Rasa terharu dengan alisha... Walaupun dia tak pergi school macam rakan2 sebaya dia... tapi, dengan bantuan ibu penyayang dia ni pun, dia boleh pandai walaupun ibu penyayang dia ni PEMALAS sebenarnya.. kikiii... (",)

USIA SETAHUN 2 BULAN BARU PANDAI PEGANG PEN DENGAN BETUL..
CARA SAYA PUPUK ALISHA SUKAKAN BUKU
PEMBELAJARAN ALISHA

ALHAMDULILLAH... DOA SAYA.. MOGA ANAK2 KITA SEMUA DITERANGKAN HATI UNTUK BELAJAR PERKARA2 BARU.. INSYAALLAH...

P/s : Jika u all berminat untuk dapatkan buku LATIHAN PENGUKUHAN JAWI UNTUK PRASEKOLAH UMUR 4-5 TAHUN macam yang alisha guna ni... jemput join MINI GIVEAWAY #17

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...