Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Roti Sarang Lebah arab dengan sos butterscotch yang sangat sedap & sangat lembut selembut kapas..!!

Saya sekarang memang malas sungguhla nak buat entry dekat blog tau... Cerita banyak, resepi pun banyak jugak nak share.. Pakat duk terperap dalam draft je semuanya... tapi dekat FB saya rajin pulak saya upload gambar masakan.. ahhaah.. Bagi menunaikan permintaan kawan2 dekat FB, saya karanglah jugak entry resepi MINI BUNS SARANG LEBAH ARAB WITH BUTTERSCOTH SAUCE... Resepi asal Roti sarang lebah ni adalah dari Sis Lydia Honey tau.. Roti sarang lebah with butterscotch sauce ni sangat2 sedap & sangat2 lembut.. selembut kapas hokay..!! Butterscoth sauce dia tu, Ya Allah Ya Tuhanku.... sedap sungguh..!! 

U all memang patut try buat roti sarang lebah ni, ramai orang buat sekali terus jadi.. siap buat meniaga lagi.. tapi saya pulak, masa cubaan pertama, tak menjadi sangat pun u all... bukan tak menjadi apa, maksud saya tak menjadi tu sebab roti saya tu terlebih garing.. so, keras la sikit... saya ni bab2 suhu memang fail.. tak tahu nak agak berapa suhu patut guna... Tapi itu kali pertama lah yang tak menjadi disebabkan terover suhunya... Untuk kali kedua & kali ketiga masak, Ya Allah Ya Tuhanku... rasa nak menangis...sebab menjadi.. hahahha... Dia jadi lembut selembut kapas... Nak dijadikan cerita pulak, kali kedua tu, saya buat dengan niat untuk bagi MIL & adik2 ipar makan..


Ini roti sarang lebah yang saya buat untuk family my dear.. Roti ni sebelum dimasukkan ke oven... kat atas tu, kita boleh je nak hias apa2 pun.. saya letak badam & jintan hitam & alamakkk yang warna warni tu apa nama dia yer.. dan2 lupa plak time nak taip entry ni.. adehhh...


Ini roti yang saya dah curah butterscotch sauce... Lepas masak je roti, keluar dari oven terus saya letak butterscotch sauce.. Time ni sos tu dah suam2 sikit... Saya memang sengaja melimpah ruahkan sos tu atas roti, dah gaya sekali pandang macam pizza.. hahahha... Sos tu sangat sedap & rugi kalau letak sikit... hahahha


Nampak tak sos tu yang dah sejuk, dia nampak pekat melekat je dekat roti tu... Alahaiiii... Dengan roti tu pun bila kita pegang, ianya selembut kapas... MasyaAllah.... Ohya, Family my dear cakap ROTI SARANG LEBAH WITH BUTTERSCOTH SAUCE NI SEDAP !!.. MIL cakap sedap & adik2 ipar pun cakap sedap... Mereka pun duk cakap lembut... (^_^).. Mulalah ai rasa nak kembang vontot... kikikiii


Hari ni saya masak pulak lagi 2 loyang... 1 loyang untuk saya makan sendiri & 1 loyang untuk my dear bagi rakan2 opis dia makan... Alhamdulillah, tertunai hajat di hati saya.. Bila saya rasa seronok, bila saya rasa teruja dengan sesuatu... saya nak kongsi kegembiraan saya tu dengan orang lain jugak.. So, saya terus masak roti sarang lebah ni untuk kawan2 opis my dear.. Harap mereka pun akan suka dengan roti sarang lebah ni.. InsyaAllah... Minggu depan jika dipanjangkan umur, saya nak masak lagi untuk parent saya & jiran kanan & kiri rumah saya ni.. InsyaAllah..


  • 2 cawan tepung gandum ____________ saya dah pernah guna tepung roti jugak
  • 1/2 sudu teh dry yeast _____________ saya guna yis mauripan
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1/4 cawan plain yogurt (suhu bilik) _________________ saya guna bancuhan susu tepung, maksud saya, mula2 ikutlah sukatan susu tepung u all tu.. macam susu saya guna ni, 200ml air + 3 sudu besar susu.. pastu ambik 1/4 cawan air susu tu untuk gantikan plain yogurt.. 
  • 1/4 cawan minyak sun flower _________________ saya guna minyak masak
  • 1/2 cawan air suam _______________ saya guna air suam2 kuku


  1. Larutkan YIS + GULA + AIR SUAM sampai berbuih macam dalam gambar atas tu tau... Nampak tak yang bulatan putih besar tu, yang tu buih la tu... kalau tak berbuih, seperti yang tepi2 bulatan putih tu, yang warna gelap sikit tu..
  2. Di dalam mangkuk adunan, masukkan TEPUNG GANDUM + BAKING POWDER = saya ayak terlebih dahulu pastu letak GARAM & kacau sebati
  3. Masukkan CAMPURAN YIS YANG DAH BERBUIH & YOGURT ke dalam mangkuk adunan tadi
  4. U all dah boleh uli sambil masukkan minyak sedikit demi sedikit.. ULI SEHINGGA ELASTIK.. Macam saya, time rajin saya uli sampai sejam time tak berapa rajin, uli setengah jam je... tu pun tetap jugak lembut.. Actually lagi lama uli lagi bagus, roti kita tu akan jadi lebih gebu..
  5. Bila dah puas uli, biarkan doh tu sehingga kembang 2 kali ganda dari doh asal
  6. Bila dah kembang bolehlah tumbuk2 doh tu bagi angin dia keluar
  7. Sapu minyak di tangan u all & ambik doh lepas tu u all genggam doh tu & akan keluarlah doh tu dari celah ibu jari & jari telunjuk kan... Haa doh yang keluar celah tu la u all ambik letak dalam loyang yang dah disapu minyak.. U all buat doh tu jadi sebesar buah langsat je tau.. Ohya, dalam loyang tu, u all susun rapat2 tau doh yang kecik molek tu semua..
  8. U all buat macam tu sampai habis, Doh tu MEMANG LEMBIK & MELEKAT2 DI TANGAN TAPI JANGAN RISAU, U ALL SAPU JE MINYAK DEKAT TANGAN BAGI KURANGKAN MELEKAT2 TU..
  9. Bila dah penuh loyang tu dengan doh, u all letak la apa yang u all nak letak atas dia, macam saya letak badam & jintan hitam... U all nak letak pumpkin seeds pun boleh.. tak nak letak apa2 pun boleh.. ikut citarasa masing2... Dah siap, u all biarkan hingga doh tu naik 2 kali ganda lagi sekali.. 
  10. Bila dah naik 2 kali ganda, bolehla u all bakar... Bila dah siap bakar time tengah2 panas tu, terus curahkan BUTTERSCOTH SAUCE ke atas roti tersebut & SIAP..!!

BUTTERSCOTH SAUCE


  1. 1/2 cawan brown sugar.. macam gambar dekat atas tu yer...
  2. 1/2 cawan whipping cream ____________ saya guna susu cair 
  3. 1/2 sudu teh esen vanilla
  4. 25g butter
  5. CARA2 : Cairkan BUTTER pastu masukkan BROWN SUGAR = Kacau selalu hingga gulanya cair & berbuih.. Tuangkan WHIPPING CREAM secara perlahan2 sambil tangan terus mengacau tau, kang hangus pulak.. pastu MASUKKAN VANILLA... kacau sebati & SIAP..!!

PERINGATAN

  • Pastikan oven betoi2 panas baru masukkan doh roti tadi yer... Kiranya u all kene panaskan oven terlebih dahulu la... Panas oven tu maksudnya kosong la dalam oven tu yer.. takda apa2... U all guna suhu lebih kurang 180 - 200C api atas bawah lebih kurang 10 15 minit ke... Bila dah bunyi "ting".. barulah u all masukkan doh u all yang dalam loyang tu tadi... Untuk oven di rumah saya ni, saya guna suhu 160C.. Untuk 10 minit pertama saya guna api bawah sahaja & 5 minit terakhir saya guna api atas bawah...
  • Doh memang lembik, JANGAN TAMBAH TEPUNG TAPI JUST SAPU MINYAK JE DEKAT TANGAN U ALL TIME NAK BENTUKKAN DOH JADI BESAR BUAH LANGSAT tu yer...
  • JANGAN BAKAR LAMA SANGAT NANTI KERAS
  • Ohya, tujuan oven nak kene betoi2 panas tu sebab nak jadikan roti u all tu nanti lembut selembut kapas... Wah, gitu kekdahnya.. 
  • Kalau tak habis makan, simpan dalam bekas kedap udara yer... Iskk tapi takdanya tak habis makan... sekali hadap je tu... (^_^)
  • Ohya, saya letak BUTTERSCOTH SAUCE YANG TENGAH PANAS2 KE ATAS ROTI YANG KELUAR OVEN TU YANG TENGAH PANAS2 JUGAK... TAPI MESTI BERHATI2..!! Yela, sebab tengah panas kan.. (^_^)
P/S : WARNA BUTTERSCOTCH SAUCE TU COKLAT GELAP TAU.. GAMBAR SAYA NI DAH MERAH MACAM SOS PIZZA.. BIASALAH, KAMERA MURAH, FAKTOR PENCAHAYAAN.. HIHII




"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Apam Marmar yang sangat senang & sedap..!!


Tak sempat nak karang panjang2 ni... My dear dah nak guna komputer.. so, saya terus tulis cara buat je la yer u all... Ni pun saya karang cepat2 & buat auto publish.. Ohya, gambar ni sebelum masuk pengukus tau.. Gambar selepas tak dan nak ambik & upload.. kejar masa... my dear duk ulang gtau nak guna komputer je ni haaa... Tapi kalau nak tengok camne, U all GOOGLE JE IMAGES APAM MARMAR TAU... Eh, tak payah google.. KLIK je link sebelah tu, saya dah tolong u all.. hihii (^_^)

CARA-CARA : 2 CAWAN TEPUNG GANDUM + 1 SUDU TEH BAKING POWDER + 1 CAWAN SANTAN + 3/4 GULA + 2 BIJI TELUR + 1 SUDU KECIL ESEN VANILA + 1 SUDU BESAR OVELLET + SECUBIT GARAM = PUTAR GUNA MIXER.. MULA2 GUNA SPEED SLOW DULU TAU BAGI DIA SEKATA LEPAS TU BARU GUNA SPEED LAJU SAMPAI JADI KEMBANG & PEKAT.. BILA DAH SIAP PUTAR, BAHAGIKAN KEPADA 3 BAHAGIAN & MASUKKAN WARNA KESUKAAN U ALL.. LEPAS TU U ALL MARBLE KAN LAH DIA JADI CAM SAYA BUAT TU... = KUKUS SELAMA 45 MINIT OR SAMPAI MASAK

Tapi yang saya punya tu tak cantik pun sebab saya memang tak reti pun nak ber marble2 bagai ni.. Tapi tu la, dah tergedik2 nak buat gitu gak.. buat je lahkan.. ahhahha.. Ohya, Kak Tifa gtau, kalau nak lagi cantik, TARIK ADUNAN TU DARI TENGAH BAWAK KE TEPI LOYANG... NANTI AKAN JADI BENTUK BUNGA... saya baru tahu pasal ni.. patut nampak orang lain buat cantik.. rupanya camgitu yer... Next time boleh try, yang kali ni, baca komen Kak Tifa tu selepas dah masuk dalam pengukus..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Ikan Cencaru sumbat sambal & air asam

Tengahari tadi u all makan nasi lauk apa yer?.. Hari ni saya masak IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL.. Ikan cencaru ke ikan jaket ke ikan kerah ekor ke.. samala tu tau.. nama je lain2.. (",)


Tadaa inilah IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL yang saya masak tengahari tadi.. Apa ada hal dengan warna hitam tu.. hitam tu kan menawan... ahhahhah.. Actually warna je hitam.. hitam sebab garing bukan sebab hangit... Saya memang suka goreng ikan ni garing2 tau u all.. baru rasa berselera sikit makan.. Makan IKAN GORENG SUMBAT SAMBAL dengan nasik panas2 cicah pulak dengan air asam.. Ya Allah.. super duper sedap.. belum ditambah pulak dengan perut yang lapar tu... hambikkk.. sepinggan nasik tak cukup hokey..!! Kalau masak ikan cencaru, bagi saya, lawan dia mesti dengan air asam.. takda air asam, tekak ni rasa ada kekurangan.. wahhhh gitu kekdahnya... muahhahah.. Opsttt tapi kalau u all tak suka air asam, makan IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL ni macam tu je pun dah triple sedap tau u all.. man taknya, dia punya sambal tu.. menangis u all makan... sedap tak sedapnya.. dapat bayang tak kesedapan dia.. hihii


CARA NAK MASAK SAMBAL : BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH + CILI KERING + BELACAN + AIR = BLEND PASTU TUMIS PASTU MASUKKAN AIR ASAM JAWA + GARAM + GULA = MASAK SAMPAI CILI TU BETOI2 MASAK TAU U ALL.. DENGAN KATA LAIN SAMPAI CILI TU TUKAR WARNA JADI MERAH GELAP... BILA BETOI2 MASAK, BARU DIA RASA SEDAP.. RASA DIA LAIN TAU.. TAK RETI NAK EXPLAIN.. LAGI SATU, JIKA TAK MASAK, TAKUT ADA YANG JENIS PERUT TAK TAHAN, KANG MULA MASUK TANDAS PLAK.. BILA SAMBAL DAH MASAK = SUMBAT SAMBAL TU DALAM IKAN CENCARU YANG DAH DIBELAH BELAKANG TU.. OHYA, SEBELUM TU, SAPU BADAN IKAN TU DENGAN GARAM & KUNYIT DULU YER PASTU GORENG.. SIAP..!!




"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Puding jagung biskut marie


Sebelum ni saya dah share 2 resepi yang guna biskut kan... Harini saya nak share lagi satu resepi yang guna biskut jugak.. Tapi kali ni saya guna biskut marie tapi kalau u all nak guna biskut cream cracker pun boleh je.. takda masalah.. ikut selera masing2.. (",)


Saya guna yang biskut marie coklat tu.. mula ingat nak guna yang biasa tu tapi pikirkan saya nak kan "warna"  lain sikit.. so, saya pilih yang coklat..


 Bagi u all yang penggemar jagung, puding ni memang sedap..!! cara nak buat senang je : SETIN JAGUNG + SETIN SUSU CAIR + AIR + GULA + 2 SUDU TEPUNG KASTARD + 2 SUDU TEPUNG JAGUNG + 2 SUDU MARJERIN = MASAK ATAS DAPUR SAMPAI KEPEKATAN MENGIKUT KEHENDAK U ALL..PASTU SUSUN BISKUT MARIE OR CREAM CRACKER DALAM BEKAS, CURAH SIKIT2 ADUNAN TADI ATAS BISKUT PASTU SUSUN BISKUT LAGI.. KIRANYA U ALL BUAT LAPISAN BISKUT BERSELANG SELI DENGAN ADUNAN TADI.. SIAP..!!

Di bawah ni plak, 2 resepi saya yang sebelum ni guna cream cracker.. btw, 2 resepi ni kalau u all nak guna biskut marie pun boleh je.. Janji tekak u all suka.. Dalam masakan ni kita tak boleh hadkan kreativiti kita.. kene ubah ikut selera kita sendiri.. (",)






"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Bebola ayam bersama sos lada hitam


Minggu lepas punya cite.. Boleh plak tiba2 saya duk terbayang kesedapan bebola daging + sos lada hitam... Duk terbayang yang IKEA punya.. hahahaa.. padahal tak pernah g IKEA & tak pernah makan pun bebola IKEA tu... Dan2 time tu rasa kenapalah dekat tempat saya ni takda IKEA...

Demi nak melunaskan tekak sendiri yang time tu tengah mengada2, terpaksalah saya buat bebola sendiri.. tapi daging takda, so, saya buatlah BEBOLA AYAM.. Masak sos blackpaper bagai lagi ni.. tak hengat siap dengan kentang goreng, sayur salad & tomato.. ahhahha.. hambikkk kata buat sendiri, suka hati nak letak apa.. janji dapat memenuhi tekak sendiri.. (",)

Actually bebola ayam ni, kita boleh letak dalam sup sayur ke.. sup bebola ayam ke.. apa2 je, ikut kreativiti sendiri.. Cara buat sangat sennag... : BLEND ISI AYAM = BLEND KERING TAU.. ISI AYAM YANG DAH DIKISAR +  GARAM + SERBUK PATI AYAM + LADA SULAH + TELUR = GAUL HINGGA SEBATI PASTU MASUKKAN TEPUNG UBI OR TEPUNG JAGUNG = GAUL SEBATI (lagi lama gaul lagi kenyal).. PANASKAN AIR REBUSAN = BILA DAH MENDIDIH, MASUKKANLA BANCUHAN TADI TU.. U ALL BENTUKKAN BULAT2 TAU... BILA BEBOLA TU DAH TIMBUL KIRA MASAKLA TU.. Actually lepas rebus tu saya nak goreng dulu tau.. tapi disebabkan saya belum habis masak lagi tapi anak saya ni duk 2 3 kali ulang alik ambik bebola ayam saya tu, mana boleh tahan.. terus rasa nak makan jugak.. kang habis plak.. muahhahah


TIPS :-

Cara nak bentukkan bebola ayam, u all ambik adunan tadi dengan tangan pastu picit perlahan2 bagi adunan tu keluar ikut lubang antara ibu jari & jari telunjuk tu pastu ambiklah bebola yang terbentuk tadi & masukkan dalam air rebusan..

Lagi satu, kalau u all nak simpan dekat sejuk beku pun boleh jugak lepas rebus & sejuk tau.. nanti nak masak, ambik je letak dalam sayur sup or apa je yang u all nak..



"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Puding sumi jeli berkuah

Baru2 ni jiran saya ada buat kenduri sikit.. Time tu ada dihidangkan agar2 sirap tau u all... Alisha makan punya banyak, dan2 time tu jugaklah saya teringat yang saya dah lama tak masak puding or agar2.. Saya & anak2 memang suka sangat makan puding or agar2 ni.. Lebih2 lagi time panas2 camni, makan yang keluar dari peti ais tu... Ya Allah... sejuk je rasa tekak...


Semalam kami keluar, saya belilah bahan2 untuk buat puding.. PUDING SUMI JELLY BERKUAH.. Suka2 hati je saya bagi nama ni.. ahahha


Puding ni saya masak pukul 11 lebih malam tadi.. Senang masak awai2, hari ni just masak kuah je.. So, tengahari yang panas tak hengat ni, tekak saya dah boleh merasai kesejukan PUDING SUMI JELLY BERKUAH... cewahh ayat... hihi


Cara nak buat sangat senang.. : SUSU CAIR + GULA + AIR = MASAK HINGGA MENDIDIH PASTU MASUKKAN TEPUNG CASTARD LEBIH KURANG 3 SUDU (dah dibancuh dengan air).. BILA MENDIDIH MASUKAN PULAK SEPEKET AGAR2 SERBUK MASAK SAMPAI MENDIDIH.. = MASUKKAN KE DALAM BEKAS BILA DAH SUAM BARU MASUKKAN SUMI JELI DALAM BEKAS TERSEBUT...

UNTUK KUAH PULAK : SUSU CAIR + GULA + ESEN VANILLA = MASAK HINGGA MENDIDIH.. SIAP..!!

Bila nak makan, ambik je puding yang dah dipotong tadi lepas tu masukkan kuah.. kuah tu biarlah sejuk dulu yer.. Nak lagi best biar kedua2nya dari peti ais... Alahaiii sedapnya...  

BACA PESANAN SAYA DI BAWAH...!!!


U all jangan sesekali masukkan sumi jelly ketika agar2 tu tengah panas yer.. Saya takut nanti sumi jelly tu cair.. Macam gambar atas tu haa.. Saya siap buat eksperimen bagai lagi time buat puding ni tau... ahhahahha

P/s : KALAU U ALL NAK MAKAN CAMTU JE TANPA KUAH PUN BOLEH ATAUPUN U ALL NAK KUAH TU PEKAT MACAM KUAH PUDING ROTI KUKUS PUN BOLEH.. IKUT SELERA TEKAK MASING2..



"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Cucur udang manis

Dah lama ibu Alisha & Aqilah ni tak tempek gambar makanan... Berlambak kat draft tu, nak tulis je malas, idea banyak sangat, beratur semua nak "keluar".. ekekeke


Menu petang kami hari ni, saya buat cucur udang.. Semalam my dear beli udang.. Alaa murah je, sekilo RM8 tapi udang kecik2 je la.. dalam cucur takleh letak udang besar2.. sayang.. hahahaa.. bukan pa, kalau udang besar2 ni, rasa macam lagi bagus masak buat lauk.. Rasanya 300gram ++ jugak saya letak udang dalam cucur ni..


Saya namakan cucur udang saya ni dengan nama CUCUR UDANG MANIS... Maunya tak manis, udang berlambak2.. so, mesti banyak rasa "kemanisan" yang keluar dari udang tu kan...


Bau dia wangi je tau.. Bila makan tu, terasa udang dia... sedaplah... tapi saya buat ni, bahan tak cukup pun u all.. tak kisahla.. takda tak payah letak kan.. (",) CARA BUAT : TEPUNG GANDUM + SERBUK KUNYIT + BAKING POWDER + BAWANG BESAR POTONG DADU + GARAM + TELUR + TAUGE + DAUN KUCAI OR DAUN BAWANG (saya tak letak sebab takda) + AIR MASAK = KACAU RATA LEPAS TU PERAP.. BILA NAK GORENG, MASUKKAN UDANG, KACAU RATA2 & TERUS GORENG...

Ohya, saya ada dengar orang cakap, salah satu fungsi tauge tu adalah untuk lembutkan cucur kita tu, thats y kene perap.. Tapi macam saya ni, saya memang suka letak tauge & memang suka buat awai2 pastu simpan dalam peti ais, bila nak makan petang tu terus goreng je..

UPDATE :-

Fungsi telur dalam cucur = Untuk melembutkan adunan & membuat adunan tidak melekat antara satu sama lain

Fungsi serbuk kunyit dalam cucu = Untuk mewarnakan cucur & memberi aroma serta rasa yang tersendiri dekat cucur

Fungsi air masak or air suam dalam cucur = Untuk melembutkan cucur bukan je sesudah masak ketika masih panas tapi jugak bila cucur tu dah sejuk


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Ayam masak serai yang sedapppp...


Rumah saya ni banyak serai.. sampai dah masuk "angin" serai tu haaa.. My dear tanam ada 3 rumpun.. Hari tu my dear bersihkan semua & ambik sikit untuk kami guna.. Saya masak AYAM MASAK SERAI tau... Bila makan dengan nasi panas2... Ya Allah, sedap rupanya.. ditambah pulak dengan perut yang lapar, makin bergandalah kesedapan tu kan.. hihii

CARA NAK BUAT : AYAM DIGORENG DENGAN GARAM + KUNYIT = KETEPIKAN... SEBATANG SERAI + CILI KERING + BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH = KISAR.. TUMIS BAHAN KISAR HINGGA GARING... LEPAS TU MASUKKAN AYAM GORENG TADI + SERAI 4 BATANG YANG DIKETUK + ASAM KEPING + SEDIKIT AIR + GARAM + GULA = MASAK HINGGA KERING OR BERKUAH.. IKUT KESUKAAN U ALL..

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Ikan bakar berempah yang simple tapi sedap..!!

Hari ni saya masak IKAN BAKAR BEREMPAH guna ikan cencaru... Biasa ikan cencaru ni saya goreng sumbat belakang tu je... tapi kali ni tukar selera.. buat bakar plak.. hihii.. Rasa dia memang sedap..!! Makan panas2... Ikan lain pun boleh je guna.. saya guna ikan cencaru ni sebab saja nak tukar resepi... (^_^).. Hujung minggu ni u all try la.. Resepi dia pun mudah je...


Ikan yang dah disapu rempah tadi


Ready untuk masuk dalam oven.. bakar atas dapur pun boleh... apa je cara yang u all suka


IKAN BAKAR BEREMPAJ YANG MABELES SEDIA UNTUK DI NGAP!!.. Nampak moist gitu... cewah.. hihii... Saya rasa lagi kick kalau saya perah limau kasturi or limau nipis atas ikan tu.. sebab ada rasa masam2 buah limau.... tapi kalau camni pun dah sedap... nyum2... (",)

BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH + HALIA + CILI KERING = KISAR... TUMIS BAHAN KISAR + REMPAH KARI IKAN + GARAM + GULA + AIR ASAM JAWA = MASAKLAH SAMPAI REMPAH TU MASAK YER.. KANG SAKIT PERUT LAK... BILA DAH SIAP, U ALL SAPULAH DEKAT IKAN & BAKAR DALAM OVEN.. GUNA PEMANGGANG AJAIB OR APA2  PUN BOLEH YANG ADA KAT UMAH U ALL, JANJI IKAN TU MASAK.. (",)
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Ayam goreng yang simple tapi super duper sedap..!!

Lunch hari ni saya masak nasi goreng.. sebabnya sayur dah habis, kang masak nasi & lauk je tak best tengok hidangan atas meja, tak lengkap tanpa sayur... Last2 buat nasi goreng berlaukkan ayam goreng...


Nasi goreng pun simple je.. Guna sayur campur je ni pun... tapi makan di cuaca yang mendung2 camni.. ditambah perut yang lapar.. di saat nasi goreng & ayam goreng masih panas... perghhhhh... Sedap tak hengat...!!!


Ayam goreng yang super duper sedap...!! Dah sejuk tapi tetap rangup...!! Sedap tak terkata.. Dapat kat Aqilah meratah.. lepas tu duk kentut je kojenya... muahahhhahhah.. U all patut try resepi ni... ratah camtu pun sedap... So, meh ambik resepi ni.. jangan risau, yang pasti simple...

CARA : HALIA (saya letak banyak dari biasa.. ikut suka u all nak letak banyak mana) + BAWANG PUTIH = TUMBUK HINGGA LUMAT... KETUMBAR + JINTAN MANIS = KISAR KERING (kalau u all ada yang serbuk lagi bagus.. saya takda sebab tu saya kisar)... BAHAN TUMBUK + BAHAN KISAR + SERBUK CILI + GARAM = CAMPUR DALAM AYAM & PERAP... BILA NAK GORENG CAMPURKAN TEPUNG BERAS, GAUL2 BAGI RATA LEPAS TU TERUS GORENG..SIAP!!

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Mee rebus terengganu yang sangat mudah nak buat tapi sangat sedap..!

Hari ni selain dari masak lauk untuk my dear balik lunch, saya ada jugak masak MEE REBUS TERENGGANU untuk anak2 saya + perut saya sendiri.. (^_^) Makan mee rebus terengganu yang tengah panas ditambah plak dengan keadaan yang hujan ni.. alahaiiii sedapnya u all.... Cara nak buat sangatlah senang.. Sedap plak tu... Anak2 confirm suka..!! Jangan risau, tak pedas pun...


Ni MEE REBUS TERENGGANU yang saya buat hari ni... sayur sawi takda, so, saya tak letak la.. tapi saya ada letak ayam... Kalau ada sayur sawi lagi best + warna lagi menarik ni.. Ohya, saya buat guna SPAGHETTI tau u all.. Actually kalau di Terengganu kami guna mee lidi.. tapi kat sini, tak jumpa la plak mee lidi, so, spaghetti pun jadilah... lagipun mee lidi & spaghetti lebih kurang je...


Ini yang saya buat tahun lepas... Nak resepi, KLIK SINI yer... Siap dengan resepi bebola ikan lagi saya kasi kat u all... Kalau u all dah bosan buat spaghetti guna resepi omputeh... meh try mee rebus Terengganu yang guna spaghetti gak ni... barulah selera melayu... selera pantai timur gitu... hihii.. Bukan susah pun, tumbuk2 pastu campak2 je.. senang je tau... Yang paling sedap, bebola ikan la.. sebab kita dapat rasa manis2 ikan.. (",).. U all try tau.. bagi anak u all makan... (^_^)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Bubur butir nangka hasil tangan Alisha


Tadaaaaa pandai tak Alisha buat bubur butir nangka.. hihii... Kan hari tu saya gtau u all yang Alisha request nak makan bubur butir nangka kan.. So, saya ajaklah dia buat... Pewarna lain takda, ada warna pink je.. so, bolehlah dari takda.. (^_^) Nampak tak hasil Alisha getel adunan tu haa... macam2 saiz... saiz kurus panjang macam kopok lekor pun ada.. kikikiii... Tapi apa2 pun, tetap sedap.. Seronok Alisha main masak2 dengan ibu dia.. (",) Bab2 main tepung, anak2 memang suka lah kan...

RESEPI ASAL YANG SAYA SENDIRI BUAT SEBELUM NI

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Bubur Butir Nangka yang sangat senang & sangat sedap..!!


Saya memang cukup suka makan makanan yang diperbuat dari TEPUNG PULUT..!! Sebab saya memang suka makan makanan yang liat2 camgini... (",).. Bubur Butir Nangka ni memang sangat senang nak buat & sangat sedap...! Alisha dah berapa hari duk request suh saya buat... Ni jap g nak kene buatlah... sebab saya pun dah tingin nak makan sebenarnya.. walau hakikat, minggu lepas baru buat.. hihii

Cara nak buat : TEPUNG BERAS PULUT + GARAM + KAPUR MAKAN + AIR + PEWARNA HIJAU (jika u all nak banyak warna, bahagikanlah beberapa bahagian & letak warna yang u all nak) = GAUL SAMPAI ADUNAN DAH TAK MELEKAT DEKAT BEKAS & TANGAN.. PASTU U ALL BULAT2KAN OR BUJUR2KAN ADUNAN (macam dalam gambar) & TERUS MASUKKAN KE DALAM AIR PANAS.. (Jika dah masak, ia akan timbul ke permukaan atas air)... BILA DAH TIMBUL  ATAS PERMUKAAN AIR, U ALL AMBIK LETAK DALAM BEKAS YANG BERISI AIR BIASA... DALAM PERIUK LAIN, U ALL MASUKKAN SANTAN + GULA MELAKA + DAUN PANDAN + AIR SIKIT = MASAK HINGGA MENDIDIH & MASUKKAN BUTIR NANGKA YANG KITA DAH SIAP GENTEL TADI... SIAP..!!
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Cucur bilis yang confirm lembut..!! Dari pagi sampai petang sampai malam... (^_^)

 Abaikan bintik2 hitam tu yer.. Ni kes guna minyak yang sebelum tu goreng nugget

Tu diaaaa.. betapa nak tunjuknya yang cucur bilis ni lembut.. hihii.. sampai pagi sampai petang sampai malam lagi.. hihii.. Tapi cucur bilis ni memang lembut sungguh pun u all... memang terujalah saya dengan kelembutan dia tu.. Dengan lembutnya.. dengan sedapnya.. yang paling penting, sangat mudah..!! U all patut try tau..Bila hidang bagi kaum kerabat makan, confirm dorang tanya resepi.. (^_^)


Cuti2 hujung minggu pun u all boleh buat.. sambil tengok TV sambil makan cucur dicicah dengan cili sos.. Ya Allah... sedap sungguh.. sedar2 je dah habis.. (^_^)

CARA NAK BUAT : BLEND BAWANG BESAR + IKAN BILIS + AIR HINGGA LUMAT... AMBIK TEPUNG GANDUM + YIS MAURIPAN + GARAM + KUNYIT DEBU = KACAU RATA.. LEPAS TU LETAK PULAK BAHAN BLENDER TADI = KACAU BAGI SEBATI.. BIAR IA MENGEMBANG SEKEJAP & PASTU BOLEH GORENG... OHYA, KALAU U ALL ADA KUCAI KE.. CILI BESAR KE.. TAUGE KE... BOLEHLA CAMPUR SEKALI TAU... Yang saya punya ni kosong je sebab bahan2 takda.. 
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Resepi Ikan & Sotong celup tepung

Saya kalau balik Terengganu, WAJIB SINGGAH MAKAN IKAN & SOTONG CELUP TEPUNG DEKAT PENARIK... Ya Allah.. sedap sungguh...Kalau orang Terengganu tak reti makan, tak tau nak cakapla.. Makan cicah dengan cili sos sambil tengok cite hindustan... tu diaaa... hahhahhah.. Inilah kenyataannya masa kami duk Terengganu dulu.... Mak selalu buat... Ikan kat Terengganu kan fresh.. memang sedapla..!! terliur dah ni haaaa....
 

Ikan kembung yang kami makan masa balik Terengganu bulan 5 hari tu... Sedapnya... Kerak2 tu rangup sungguh..!!


Sotong pun sedap... Makan di kedai sambil dengar alunan ombak & angin sepoi2 bahasa... Memang layanla.. (",) Nak buat ikan or sotong celup tepung ni senang je u all.. Meh saya share resepi.. TEPUNG BERAS + SERBUK KUNYIT + KAPUR MASAK + GARAM + AIR + SEBIJI TELUR = KACAU SEBATI.. LEPAS TU U ALL AMBIKLAH IKAN OR SOTONG TU & CELUPLA DALAM ADUNAN LEPAS TU TERUS GORENG DALAM MINYAK YANG PANAS & BANYAK.. Ohya, normally kami guna ikan kembung.. kalau kat utara panggil ikan termenung kalau tak silap saya...
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...