Kek Mangga Kukus tak menjadi tapi tetap dapat pujian


Pagi tadi saya buat KEK MANGGA KUKUS tau u all... Saya sebenarnya, lebih sukakan makanan yang jenis kukus2 ni berbanding bakar sebab bila kukus dia akan jadi lebih moist... lembab2 gitu katanya... Nak dijadikan cerita, semalam my dear ada beli buah mangga, alaa.. yang buah mangga kulit dia warna kuning tu... manis yang amat buah dia... Tengah2 saya duk kupas buah mangga tu nak bagi dekat anak2 solehah ni makan, tiba2 saya terpikir nak buat kek mangga.. so, saya simpanlah 2 bijik untuk buat kek... tu yang pagi ni terus saya buat...

Kek mangga kukus yang saya buat kali ni tak menjadi pun u all.. tak menjadi yang saya maksudkan tu, dia tak naik.. tak jadi gebu gebas pun tapi rasa tetap tak mengecewakan.. itu bagi sayalah.. kan saya dah kata saya ni peminat kek yang moist camgini... bagi u all saya tak tahulah... tapi rasanya kalau u all buat, mesti u all pun akan kata sedap.. mana nak tahu kot air tangan u all elok je dia naik gebu gebas... saya punya ni adalah silap tang mana2 tu yang menjadi punca tak nak naik...

Tempek jugak Gambar Kak Isha yang pandai cover cun.. tau pulak dia makan kek dengan garfu tu haaa...

Ohya, tau tak... walaupun kek mangga kukus saya tu tak berapa nak menjadi... tapi si anak solehah saya ni, duk cakap sedap... Saya tengah masak dekat dapur, dia boleh menjerit dari depan Tv cakap "Ibu, sedaplah ibu masak"... Alahai anak... kenapalah pandai sangat ambik hati ibu ni haaa...!! walaupun ibu frust kek tak menjadi, tapi kamu tetap jugak puji...

Btw, kalau u all nak buat KEK MANGGA KUKUS ni, senang je tau... u all just guna resepi KEK PISANG KUKUS je... Dengan kata lain, PISANG TU, U ALL GANTIKAN DENGAN BUAH MANGGA... GUNALAH LEBIH KURANG 4 CAWAN MANGGA LENYEK...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 12 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous May 20, 2014
bebudak tak pandai nipu kak..
sedap sungguh lah tu hihi..

yang penting rasa sedap sebab nak ooonomnom rupa letak tepi..
Sweet red cherry Sweet red cherry May 20, 2014
salam kenalan..

saya singgah sini dan follow awak..jemput singgah blog saya ya, http://dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI May 20, 2014
xjd takpe asalkan ada rasa..hihih
Unknown Unknown May 20, 2014
tetiba teringat suami dgn anak2 yang request nak makan kek..saya tak buat buat sbb tak larat pulak rasanya kali ni..
Luqman Zakaria Luqman Zakaria May 20, 2014
first time luqman dgr kek mangga..hehe...mestilah sedap akak..air tangan ibu nih masak ape pon sedaplah..
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ May 20, 2014
salam k.ina..

hihi..bertuhanya alisha ni.. rasa nk geget2.. :)
kek manga? hmm..mcm best jer nk try :)
Unknown Unknown May 21, 2014
kukus lagi sng nak masak kan kak..
QasehnyaRania QasehnyaRania May 21, 2014
tak naik myb sbb mangga ni msak sgt kot..
saya sndiri x pernah buat kek mangga ni
kek pisang sokmo la sbb peberet adik no 3
Maria Firdz Maria Firdz May 22, 2014
Tgk mcm sdap.. X pnh plak rasa kek mangga...
Mimie Mimie May 27, 2014
Tak jd xpe asalkan sedap
Fiza Rahman Fiza Rahman June 04, 2014
Tak per ina, practice make perfect. SEdap lah tu sbb dpt pujian.