2 beradik yang excited dengan tab mandian


Masa kami pergi Cameron Highlands minggu lepas, kami tidur dekat HOTEL ROSA PASSADENA... dekat betul2 pekan Brinchang... Dalam bilik yang kami ambik tu, ada TAB MANDI tau... Si anak solehah 2 beradik ni, bila bukak je bilik mandi, bukan main excited tengok tab mandian tu.. hahhah.. Maklumlah, rumah sendiri takda tab camgitu... tab yang nak mandi baby tu adala... kikikiii


Yang paling seronok mestilah Alisha... U all bayanglah, tak kira waktu, kalau boleh nak mandi je keje dia... Sikit2 cakap "Ibu, kakak nak mandi"... Padahal nak main air dalam tab tu je pun... Layan kan je la... tidur pun semalam je dekat situ, nanti dah balik rumah, mandi air dari kolah tu je haa... hihi... Sebelum pergi sana, saya memang kalau boleh nak cari hotel yang dalam bilik ada TAB MANDIAN & BREAKFAST... bukan pe, sebab dah tahu anak saya ni suka tab camgitu... so, alang2 nak bawak mereka bercuti, baik cari bilik yang ada tab kan... saya pun seronok tengok anak2 happy... (",)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 12 comments.. read them below or add one }

nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI May 22, 2014
brape hrga smlm kak hotel tu?
Time Traveller Time Traveller May 22, 2014
Betul tu.. setuju sangat kalau ada anak2 kecik tu biar main air dalam tab dari nak biar mandi kat swimmingpool kat hotel huhuu :D
Ainim Suju Ainim Suju May 22, 2014
jangan kata budak2. kita yg dewasa ni pun suka
♥  Cmª shIemª ♥ ♥ Cmª shIemª ♥ May 22, 2014
salam k.ina..

ehehe..jgn kate dua beradik ni,, dgn cma2 pun berendam sekali kat dalam tu... hihi.. :)
Maria Firdz Maria Firdz May 22, 2014
Hehe.. Pasti syok berendam kan..
lynn kamarul lynn kamarul May 22, 2014
bila la dapat bawak budak2 tu g bercuti. lama gak x holiday ni
lynndamya lynndamya May 23, 2014
haha cm ni lah sy dulu jakun masa dpt bilik hotel yg ade tab mandi...tp bila dah besar, agak seram sikit nak berendam dlm tab mansi..sbb sy selalu tgk citer seram / hantu / psiko...so mcm 'xseronok' nak mandi dalam tab..hahaha :p
tifaanvar tifaanvar May 23, 2014
bagi ank2 mandi tab ni lagi senang nk pantau safety mereka. Smbil tu makayah pn blh mereleks kat biloik je
azizah :) azizah :) May 26, 2014
bestnyaaa... jijah pon xpernah merasa lagi..hehe
Mimi Azirah Mimi Azirah May 27, 2014
Dapat rasa keterujaan alisha n aqilah tuh..sy yg tua bangka pun suka kalo de tab mandi inikan plak budak budak kan
Mimi Azirah Mimi Azirah May 28, 2014
Bidak budak memg seronok kak ina kalo de tab mandi nih...sy yg tua bangka pun seronok...leh rendam lama lama
Fiza Rahman Fiza Rahman June 04, 2014
Siapa yg tak teruja ngan tab mandi. Mak budak pon sama...hehehe...