Kelebihan mendodoikan anak tidur


Sebelum ni masa saya mula2 nak cerai susu or kurangkan pemberian susu badan dekat Aqilah, dia suka menangis... susah nak tidur.. sampai saya terpaksa dodoikan Aqilah lah kiranya... dodoi sambil ribakan dia, dodoi sambil dukung & berjalan2.. macam2 gaya nak dodoikan Aqilah yang meragam di pagi2 buta tu.. Bila dipikir2 balik, ada kelebihannya bila saya dodoikan Aqilah ni....

Yela, bila time kita dodoikan anak, mestilah kita akan tepuk2 anak kita tu sambil berselawat or berzikir kan.. Inilah kelebihannya... mungkin di siang hari tu saya terleka dengan kerja harian sampai lupa nak berselawat or berzikir... so, di malam hari, di waktu semua orang tidur, yang kedengaran hanya suara Aqilah menjerit tu haaa... time tu lah saya berselawat or berzikir... bukan setakat untuk didengari oleh Aqilah tapi jugak anak dalam kandungan ni haaa...

Bila kita dodoikan dengan berselawat or berzikir, pasti anak2 akan terlena jugak kan... cuma tu la, kadang2 cepat lenanya... kadang2 lambat lenanya... kadang2 anak tak lena lagi, si ibu yang mendodoi ni yang terlena dulu... hahhahah... Dari suara kuat menjadi semakin slow last2 terus tenggelam... bila anak huwaaa lagi sekali, terus terjaga & sambung dodoi dengan suara kuat kembali... hahhah... Aqilah... Aqilah... sian ibu tau ingat balik keadaan tersengguk2 tu haa... kikikiii


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 12 comments.. read them below or add one }

jaakechik jaakechik May 23, 2014
fikri pun suka tido sambil dodoi2 sambil zikir nih... dodoi sambil tepuk2 punggung... cepat jer dia lena... hihihi...

baideway, Jaa tag Kak Ina untuk segmen The Liebster Awards tau, kat sini :

http://www.jaakechik.com/2014/05/the-liebster-award-jawapan-untuk-cik-nor.html
idzwa kamaruddin idzwa kamaruddin May 23, 2014
hahahaa..sama jeeee kalo dodi anak berzikir mak yg tido anak tak tido..hahaha..
Tihara Tihara May 23, 2014
hehe sampai tersengguk-sengguk ibu yang mendodoikan :)
♥  Cmª shIemª ♥ ♥ Cmª shIemª ♥ May 23, 2014
salam k.ina..

ketabahan seorg ibu.. :)
alhamdulillah..lama2 serasi lah aqilah nnti
lynndamya lynndamya May 23, 2014
hehe teringat masa sekolah rendah dulu, malam2 mak akan dodoikan dgn berzikir..kdg2 siap minta mak nyanyikan lagu Raihan untuk dodoikan sy..haha, tabah je mak nyanyi :)
syawalsimpsons syawalsimpsons May 23, 2014
anak2 sue pon sama..tak dengar ayat al quran, susah nak tidoq..nak main je lebey
Azi Azi May 23, 2014
anak sy tak mahu la di dodoikan. tepuk2 hakem marah pulak... dia tahu nak menggentel jer,
tifaanvar tifaanvar May 23, 2014
btl tu ina. Ank buah saya 1thn 6bln pn walau dh kenyang kene jgk maknya dodoikn n selawat. Baru dia tidur
Maria Firdz Maria Firdz May 24, 2014
Moment yg paling best ialah dodoikn ank.. Sbb itulah masa pling rapat sy dgn anak2...sbb siang sibuk kerja.. Huhu
azizah :) azizah :) May 26, 2014
hahaha sama2.. kalau dodoikan hakimi bukan dia yg tido kita yang tidoo..hehe
Mimi Azirah Mimi Azirah May 28, 2014
Betul bile mendodoikan anak secara x lgsh kita amalkan zikir yg sekaligus boleh tmbh pahala kita n ank ank akan mudah ingat zikir yg kite bacakan
Fiza Rahman Fiza Rahman June 04, 2014
Nak kena berzikir baru blh tido yer aqilah. Bagus ☺