Kenapa saya suka masak

Sebelum kawen saya memang tak reti masak.. masuk dapur pun sebab mak mintak tolong.. tu pun sekadar tolong potong2 apa yang patut... yap, saya pernah masak sebelum kawen.. masak ayam masak merah tapi ayam mentah... serius malu sebab kene kutuk dengan adik, sampai sekarang dia ingat... ahhaha.. Tapi tu cerita zaman anak dara... dengan takdir Tuhan, lepas kawen saya tahu pulak masak.. walaupun masa mula2 kawen, saya tak pandai jugak tapi disebabkan saya dapat suami yang jenis suka makan di rumah, so, nak tak nak saya belajar jugak memasak.. Kene kritik time tu adalah perkara biasa.. asal masin ke, masam ke tak sedap ke.. terus kene kritik.. tapi bila time sedap, pandai pulak my dear diam2 je.. tak nak pulak puji.. ahhahah

Lepas kawen kan, saya memang jadi seorang yang suka sangat masak.. tapi dengan syarat dekat umah saya sendiri.. bukan dekat umah orang lain yer... bukan umah MIL, bukan umah parent... umah sewa saya di Sungai Petani ni haaa... bukan apa, bila dekat rumah sendiri, kita tahu bahan2 dekat mana kita simpan & segalanyala...

Perkara utama yang buat saya suka masak adalah sebab MY DEAR & ANAK2 SUKA MAKAN.... Percayalah u all, bila kita masak & kita tengok suami tersayang & anak2 tercinta makan dengan sungguh berselera buat kita rasa seronok sangat..!! Saya tak reti nak cakap macamana perasaan tu... tapi melihat mereka makan, buat saya tak teragak2 untuk masak makan tengahari, makan petang, makan malam, desert & segalanyalah... Walaupun kadang2 diri saya rasa penat nak masak tapi teringatkan insan2 tersayang... hilang rasa penat tu u all... yang timbul adalah perasaan excited..!!

Macam sekarang, Alisha kan dah pandai cakap, apa je saya masak mesti cakap "Ibu masak sedap.. pandai ibu masak"... Ya Allah terharu (terharu bukan sebab dengan maksud tersurat tapi terharu bila memikir maksud tersirat) saya dengar anak cakap camtu.. berebut2 budak 2 orang ni makan... padahal kadang tu goreng ayam je u all.. hahah.. Tapi tu la, cuba kita berpikir dari sudut yang lebih mendalam... apa maksud tersirat anak kita cakap camtu... betapa mereka hargainya hasil masakan kita.. betapa mereka seronoknya makan hasil tangan ibu mereka.. Saya akan jadikan kehidupan anak saya ketika kecik ni sebagai kehidupan yang terindah untuk anak2 saya kenang.. Mengenangkan masakan air tangan ibu dia... Kesihatan kita kita entah sampai bila pun tak tahu... jangka usia kita jugak sampai bila pun kita tak tahu... So, sementara saya masih diberi kudrat untuk sediakan masakan untuk anak2, saya akan lakukannya... Niat saya  di masa hadapan, bila anak2 saya sekolah, saya akan bekalkan mereka dengan air tangan saya... Air tangan seorang ibu mampu mengeratkan hubungan anak & ibu.. tak lupa jugak hubungan isteri & suami.. InsyaAllah...

Saya selalu berpegang pada kata2 "NAK BERJAYA, JANGAN SESEKALI WUJUDKAN ALASAN..!!" termasuklah dalam bab masak memasak ni... 


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."
Kenapa saya suka masak

{ 11 comments.. read them below or add one }

Nour Adieb Nour Adieb May 16, 2014
kalo masak kat dapur org, serba x kena
athirahassin athirahassin May 16, 2014
wahh... sy mcm bleh faham perasaan tu... dulu pn cmtu gak... smpi org igt sy x reti msk langsung tp sjak kawin bleh kira brapa kali je mkn kat luar tu pn kl sbb mmg kat luar tm tu..
Ainim Rashihah Ainim Rashihah May 16, 2014
baguslah akak. air tangan seorang ibu dan isteri itu kan lebih afdal untuk keluarganya
Maria Firdz Maria Firdz May 16, 2014
Sama la.. Dulu bkn reti masak... Dh khwin reti la plak..
ecadwinkyasha ecadwinkyasha May 17, 2014
suka masak tapi xda org nak makan..camne tu?hahaha
Mimie Mimie May 18, 2014
Betul kak ina..samalah mcm sy sy dlu...msuk dpur pun tolong tolong ape yg ptut.bile dh kawen dpt suami yg suka mkn kt rumah,so sy blaja masak....salah satu inisiatif yg sy buat beli majalah dan buku resepi...ada entry psl nih tp tak berpublish
Unknown Unknown May 18, 2014
nak contohi akak rajin masak.. inshaaAllah..
tifaanvar tifaanvar May 18, 2014
btl tu Ina, segala penat lelah seorg isteri/ibu akan lesap begitu shj apabila melihat org trsayang makn dng penuh brselera
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ May 19, 2014
salam k.ina..

huhu..mcm terkena plak kt btg hidung sendirik.. heheh..
betul tu.. biar tak pandai masak..janji rajin masak :)
Unknown Unknown May 20, 2014
Haiiii teringat air tangan suami masak lemak nenas ikan selar cili hidup.. hihihihi
Suami shima teror bab msk guna santan ni berbanding shima tau hehehehe...
Dia jugaklah yg ajarkan shima masak.
Dan skrg adik beradik shima suka klu shima msk rendang daging! :)
Janji kita ada usaha nk belajar masak kan :)
Ani Ahmad Ani Ahmad August 16, 2015
Betul betul. Akan jadi lebih bersemngat memasak bila tgk org makan habisss. Puas hati gitew