Gaya bakal kakak sarapan pagi di Hotel Rosa Passadena Cameron Highlands


Masa di Cameron Highlands, kami tidur dekat HOTEL ROSA PASSADENA.. nanti saya review pasal hotel ni... Untuk entry ni, nak cerita pasal sarapan pagi dia dulu... (",) Sarapan pagi dekat Hotel Rosa Passadena ni sangat2 sedap hokay..!! Makanan pun banyakkkkkkkkkkk sangat.... Dari jenis yang goreng2... untuk yang berdiet pun ada... kuih muih pun ada... buah-buahan pun ada... puding muding pun ada... nasi air pun ada.. banyak.. banyak...!! sampai tak larat nak telan... yang best tu, mereka sentiasa  tambah makanan tau... kata breakfast dari pukul 7 pagi hingga pukul 10 pagi.. tapi dah dekat pukul 10 pagi pun.. ada je makanan yang mereka bawak keluar dari dapur... mereka tak bagi bekas mereka tu kosong...


Saya ni kalau boleh nak je g ambik gambar makanan tu semua.. tapi segan, takda sorang pun ambik gambar.. semua sibuk makan, saya je terhegeh2 ambik gambar... hahahha... Ambik gambar pun sekadar dari tempat duduk, kat sebelah sana ada lagi meja hidangan tau.. tapi tu la, segan punya pasai, takdalah saya g ambik gambar.. hihi.. 


 Saya ni bangun punya awai dengan Alisha bersiap nak g makan... si Aqilah duk bergolek2 tak nak bangun... Kakak tu memang jenis senang bangun mandi.. lebih2 lagi ada TAB MANDIAN.. kalau boleh 24jam nak duduk dalam tab tu.. hihii... Disebabkan perut saya dah berkeroncong, saya angkut Aqilah pergi sarapan tanpa mandi... hahahhah.. nasib baik tak mandi lagi, punya comot mulut dia makan... ekekke

Mee goreng ni memang Aqilah sukalah.. lebih2 lagi, chef dekat Hotel Rosa Passadena ni masak, berlambak2 udang dia taruk... sampai anak saya ni duk mengikis udang je kojenya... Ohya, Aqilah kalau makan stail panjang2 macam mee ni, mesti guna sudu & garfu.. Parent saya cukup suka tengok Aqilah makan.. sebab dia pandai guna sudu & garfu tu... dah macam orang besar... cuma dekat hotel ni je, macam tak terurus sikit sampai comot mulut2 sebab teruja jumpa udang yang banyak dalam bekas dia... hahahhah


Ada gaya orang besar tak bakal kakak ni sapu marjerin dekat roti dia tu.. saya nak tolong sapu dia tak nak, lagak macam orang besar... nak jadi kakak la katakan... semua nak buat sendiri... (^_^)


Ni lagi satu gaya Aqilah yang buat saya rasa nak penyet2 je budak kecik ni... Comel je tangan kecik dia tu pegang cawan... pandai pulak dia pegang dengan cara yang betoi... Aqilah ni kalau bawak g makan dekat hotel tak rugi... sebab makan punya banyak... budak jenis kuat makan la katakan...


Si kakak Alisha pulak, kalau bawak g makan dekat hotel rugi... dia tak nak makan... boleh pulak main handphone time tu... alahaiiii... Tapi Alisha memang jenis dia pun... tak makan awai2 sangat... sekadar makan sosej camgitu je... si adik tu je, pagi2 dah telan yang berat2... Ikut macam ibu abah dia la kan... (^_^)  Apa2 pun sarapan pagi di Hotel Rosa Passadena ni memang terbaik...!!!


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 13 comments.. read them below or add one }

dalila dalila May 23, 2014
Hanimun kt cameron dl dok sini..best kan kt sini..mkn mmg sedapppp glee..byk btl makanan..klu pegi bermalam lg mmg akan dok sini.. ;)))
Ainim Suju Ainim Suju May 23, 2014
Seronok aqilah makan ya kak.
syawalsimpsons syawalsimpsons May 23, 2014
LAST SUE DUDUK HOTEL NI TAHUN 2002..LAMA KAN...TERKENANG DOLU2 DATANG SINI WAKTU SEKOLAH ADA MACAM KURSUS GITOO
♥  Cmª shIemª ♥ ♥ Cmª shIemª ♥ May 23, 2014
salam k.ina..

wah..terbaik la hotel ni..tk sbr nk tunggu review dr akak..

hihi..aqilahh..sedapnye makannn :)
lynndamya lynndamya May 23, 2014
hahaha serius bijak si bakal kakak tersebut..hehe..haa sy pun jenis yg bukak mate pepagi, klw boleh nak makan nasi tengahari terus..hehe
Azi Azi May 23, 2014
aqilah sama mcm hakeem. kuat makan. pagi2 sblum sy pi keje sy boleh bagi dia mkn nasi lagi kul 6.40 tu. dia telan. sofea tak nak... hihi..
tifaanvar tifaanvar May 23, 2014
cute je aqilah kat gambar2 ats tu. Ada lagak org dewasa dia ni.
Maria Firdz Maria Firdz May 24, 2014
Pandai gaya mkn di hotel...
Nora Karim Nora Karim May 25, 2014
pandainya aqilah makan... alisya akak ni smpi la susah nak makan... susu je banyak... bestnya sekali sekala bercuti!!
azizah :) azizah :) May 26, 2014
cerdik la aqilah ni ye.. ada budak2 baya aqilah xpandai buat apa2 pon..
Puan Kutu Puan Kutu May 28, 2014
mmg gaya aqilah macam org bsaq.comey btoi.suka tgok budak kuat mkn..mkn kt hotel mmg untung klu bley smua nk bedal.tp 2 la prot xbesaq mana kan.mkn takat mampu je la
Mimi Azirah Mimi Azirah May 28, 2014
Pandai aqilah dan alisha makan...mcm org tua
Fiza Rahman Fiza Rahman June 04, 2014
Pandai aqilah makan sendiri.