Gaya Aqilah makan dengan penuh bersemangat

Aqilah & makanan memang tak dapat dipisahkan.. Kuat makan Aqilah ni tau... Tapi tu la, dah ikut spesis ibu dia... makan banyak, badan duk tara tu je.. tak naik2... tapi nasib baik time timbang dekat klinik, berat tu elok je naik...


Bab meratah pun no 1 gak Aqilah ni.. tak kisah ibu dia masak apa.. pedas ke tak pedas ke, lain citer.. yang dia tahu dapat makan...


Semalam saya masak AYAM MASAK SAMBAL... Rupa dia memanglah nampak merah tapi rasa dia takdalah pedas sampai berasap telinga.. just nice je pedas dia tu...


Mulut duk cakap "das.. das" @ "pedas.. pedas".. tapi tangan laju gak menyuap ke mulut... sampai 2 belah tangan dia makan... Jangan tak tahu, siap suap dekat kakak Alisha lagi tau... Kakak tu nak makan tapi malas makan sendiri, alasannya nanti tangan kakak kotor... adehhhh... bagus punya jawapan... sajalah tu nak bermanja dengan adik.. hihi


Last2 Aqilah berpaling muka sebab ibu tak berhenti ambik gambar dia makan.. nak makan pun tak kusyuk.. hahaha... Nampak tak betapa berseleranya anak saya ni makan, sampai comot... ni lah antara sebab saya suka masak.. 


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 10 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown May 16, 2014
ulala comotnye hehe
Ainim Rashihah Ainim Rashihah May 16, 2014
hihi..seronok kak tengok budak2 mau makan. kalau budak yg tak mau makan ni, kita yg susah hati
Maria Firdz Maria Firdz May 16, 2014
Fuh... Sungguh berkerjasama...
Fai Nardir Fai Nardir May 16, 2014
memang seronok bila tengok anak selera makan macam ni...
emarieys emarieys May 17, 2014
kacaulah ibu ni..nak makan tak senang...hehehe
Mimie Mimie May 18, 2014
Sampai terpejam mata menikmati ayam tuh
Unknown Unknown May 18, 2014
suka tengok anak makan masakan kita kan kak.. lg semangat nak masak.
tifaanvar tifaanvar May 18, 2014
dh ibu Aqilah masak sedap mestilah Aqilah makan smpai comot.
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ May 19, 2014
salam k.ina..
hiih..kuat aqilah ni.. faiz tak mo die nk mkn pedas2.. ..
sedap ye ibu masak aqilah,,? hihi...
Unknown Unknown May 20, 2014
Pjg dah rambut aqilah ye.. :)

anak2 shima pun boleh makan yg pedas2. Jiran2 semua ckp tahan betul dak ni mkn pedas bila nampak afiq mkn pau sambal hehehehe...
Tapi bab sayur memilih gak huhuhu T_T.. Aqil dh sekolah ni br la dia nak mkn ayam.. kalau dulu dgn ayam goreng pun dia tak heran tau.. maknya ni pelik sbb budak2 biasanya suka makan ayam goreng kan! :D