Petua nak bagi hilangkan rasa loya or "mabuk"

Saya memang tengah mengandung, tapi untuk entry ni saya nak ceritakan pasal loya or "mabuk" yang sesetengah orang alami seperti mabuk laut ke.. mabuk jalan jauh ke.. mabuk naik kereta ke... bukannya loya disebabkan mengandung.. Saya dulu kan duduk di Terengganu, so, biasanya kami akan balik kampung abah dekat Chemor, Perak.. Perjalanan tau je la, bukan dekatkan... saya ni plak jenis yang "mabuk" tau... Asal balik Perak je, confirm muntah...!! Lembik rasa badan sementara nak ke sampai rumah arwah opah...

Saya ingat lagi, satu hari tu, arwah opah bekalkan saya buah limau nipis... opah kata "Kalau rasa loya or nak muntah, cepat2 hidu buah limau tersebut"... Alhamdulillah, dengan takdir Tuhan jugak, memang saya tak muntah tau.. Saya ni muntah dari kecik, sampailah dah besar panjang... Rasanya lepas sekolah kot baru saya ok.. dah tak muntah2.. Cuma lepas kawen je ada muntah, tu pun sebab alahan pregnant...

Nak dijadikan cerita, masa kami pergi Cameron Highlands hari Ahad baru ni, ketika kami nak naik ke atas ikut jalan Simpang Pulai... boleh pulak saya muntah... 3 kali lebih rasanya... yang tak boleh tahan tu, keluar air yang jenis pahit yang amat tu... Ya Allah... lembik rasa... Nasib saya ada sediakan plastik dalam bag... tu pun sedia sebab takut anak muntah, sekali anak ok.. steady je, mak budak ni plak muntah... muahhaha... Time ni saya ingatkan maybe sebab perut kosong tak makan apa2... so, bila nak balik tu, saya makanlah banyak2kan... sekali tu diaa... saya muntah jugak...

Tak pastila plak saya muntah sebab saya tengah mengandung ke or sebab penyakit "mabuk" jalan jauh or "mabuk" dengan jalan berpusing2 tu datang kembali... lepas ni kalau jalan jauh, saya kene standby buah limau nipis la jawabnya... hihii... Opsttt plastik tak boleh lupa, kot2 termuntah jugak ke kan, adalah plastik yang dengan rela hati menadah... muahhahah


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."
Petua nak bagi hilangkan rasa loya or "mabuk"

{ 12 comments.. read them below or add one }

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) May 14, 2014
Bagus petua utk ibu-ibu yg baru .. akak dah 7 tahun tinggalkan dunia mabuk ni...
CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) May 14, 2014
Bagus petua utk ibu-ibu yg baru .. akak dah 7 tahun tinggalkan dunia mabuk ni...
♥  Cmª shIemª ♥ ♥ Cmª shIemª ♥ May 14, 2014
salam k.ina..
ooo.thanks sharing.. nnti nk bg petua ni kat opismet.. die mmg mabuk kete/bas
QasehnyaRania QasehnyaRania May 14, 2014
limau nipis mmg mbntu.
bau lemon pon ok jgak..

Maria Firdz Maria Firdz May 14, 2014
Ha.a.. Kak.. Buah limau mmg penghilangbau mabuk perjalann..
azizah :) azizah :) May 14, 2014
samala jijah kak.. pon jalan jauh mabuk.. sedia plastik xpon ayah benti kete.. tp kalau buka tingkap tak mabuk..
Ayu Zan Ayu Zan May 15, 2014
ayu muntah gastrik. hehe
- AZIE - - AZIE - May 15, 2014
arwah abah sy pulak petuakan daun limau nipis...arwah kata kalo mabuk ramas2 daun tu..hidu...hilangla mabuk tue..sy amalkan memg berkesan
Mimi Azirah Mimi Azirah May 16, 2014
Dulu sy mabuk kak ina tp alhamdulillah mabuk tuh ilang sendiri
asiah cyah asiah cyah March 14, 2015
Tq info.sya xboleh naik keta or bus lama².nti perut akan beralaun.
Nak try petua ni.
zilazila June 15, 2016
Anak saya umur 2 tahun mmg tiapkali naik kreta mesti muntah..xkira dekat ke jauh..klu pergi mana2 mmg kena sedia plastik dlm beg..bca dlm blog lain diaorang ckap makan ubi keledek mentah pun bleh jgak..bkn ke bleh kembung perut mkn mentah tu..apa2 pun nk try yang limau nipis ni dlu..