Kain batik sutera Terengganu

Entry ni sepatutnya dah lama publish tapi biasalah u all.. jenis manusia suka sangat peram entry dekat draft tu haa... haihh..!! Actually ni cite awal bulan 1 hari tu, saya ada hadiahkan kain batik sutera untuk MIL sempena birthday MIL.. Kebetulan time tu parent saya balik Terengganu, mak saya pulak singgah Noor Arfa Batik untuk beli kain sutera buat raya sepasang sorang.. Teruslah saya bagitahu dekat mak saya mintak tolong belikan untuk MIL sepasang....


Alhamdulillah rasa seronok dapat bagi dekat MIL hadiah kain sutera ni... dapatlah MIL pakai untuk raya tahun ni... Harga untuk sepasang kain batik sutera Terengganu ni, tak tahulah saya nak cakap mahal ke murah... tapi harga untuk 4 meter ni tiga angka la jugak kan... rasanya ia normal untuk harga kain sutera Terengganu.. Harga dekat Noor Arfa Batik ni, paling murah RM100++ paling mahal ribu la kan... tapi kalau u all pergi beli dekat pasar Payang pun harganya standard jugak 3 angka... saya maksudkan yang buatan Terengganu tau... bukan buatan lain yer... sebab buatan lain kita boleh dapat lebih murah.... Ataupun maybe u all, boleh dapat murah kalau u all pandai bodek... dekat pasar payang boleh mintak kurang.. dekat Noor Arfa tak boleh, harga tetap... lagipun Noor Arfa dia "bawak sekali dengan nama"...


Haa tips untuk u all, kalau pergi pasar payang, contohlah u all nak beli Baju kemeja batik buatan Terengganu yang memang dah sah2 harga terpampang dekat situ ratus2 kan, time u all nak beli tu, u all mintak kurang sampai 50 % tau... Bila mereka tak bagi, u all up kan lagi harga u all tu... Saya cakap ni sebabnya sebelum ni abah saya pernah beli 2 helai kemeja batik, harga sehelai saya tak ingat berapa samada RM300++ or RM400++... abah saya tu beli dengan kawan dia tau... eh, bukanlah kawan sangat tapi kalau balik Terengganu memang abah singgah beli dekat dia... Owner kedai tu, boleh offer abah harga diskaun hampir 50% tau... dia offer banyak tu pun, mesti ada untung jugak lagi tu kan... U all nampak tak apa yang saya cuba nak sampaikan ni?... tapi tak tau la plak kot dia offer camtu sebab abah saya beli lebih dari sehelai kan...

Eh jap, ini hanya untuk kain batik or kain sutera yang beratus harga dia tu tau... Kalau macam kain batik sarung yang harga RM30 tu, janganlah mintak kurang sampai RM15 pulak.. hihii.. Biasanya kalau u all pergi Terengganu, kain batik buatan Terengganu mesti mahal dari buatan lain... saya tak pasti kenapa... buatan Terengganu ni cantik ke apa ke tak tau la... sebab biasanya kalau saya mintak kurang banyak2kan, mesti tokey2 kedai ni cakap.. tak boleh sebab ni buatan Terengganu punya...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 10 comments.. read them below or add one }

Tie HT Tie HT May 22, 2014
betui kain batik teganu sangat berkualiti :)
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ May 22, 2014
salam k.ina..
wah..cantik kain dia. cma tak pernah lg sampai sana hmm..blh dijadikan tips ni.. :)
Maria Firdz Maria Firdz May 22, 2014
Cantiknya.. Wrna kegemaran sy...
emarieys emarieys May 22, 2014
memang dah harganya tu ina, akak pernah sekali teman bos akak pergi pasar payang ni.
lynndamya lynndamya May 23, 2014
Salam, wahhh mmg cantikkkk kain dia ! sy teringin betul nak beli original kain dpd terengganu tau..mmg mahal kot sebab Terengganu dah mcm well-known dgn kain batik dia..hehe
tifaanvar tifaanvar May 23, 2014
batik ganu mmng mahl sbb nama dan kualiti kot
Unknown Unknown May 26, 2014
cantik! jijah kalau g pasar payang dulu mmg beli kain batik je.. mak suka.. kain lembut n sejuk
Mimie Mimie May 28, 2014
Boleh tahan jugak harga die ye kak ina
shahdiana shahdiana July 22, 2014
kalo dah namanya sutera memanglah mahal..dah diketahui umum...hehehe...yana tak penah merasa lagi pakai sutera yang ratus2 tu...