Biskut Oat Chocolates yang menjadi fenomena

Sekarang ni, BISKUT OAT CHOCOLATES ni betoi2 menjadi fenomena dekat FB ni haa... Semua pakat duk kata sedap... mak buyung ni mana boleh orang tayang gambar makanan... pantang orang kata sedap, mulalah mengigau nak merasa jugak... Tahap mana sedapnya tu... Dah la dekat luar ni tak pernah jumpa pun BISKUT OAT CHOCOLATE ni... jenuh mencari tak jumpa2... Nak beli online, pikir2 balik campur pos nanti mahai la plak... dengan saya sendiri pun tak tahu betoi ke sedap.. kang beli2, tak kena dengan tekak mak buyung ni, dah membazir...


Nak djadikan rezeki, hari sabtu baru ni, kami lunch dekat luar... lepas makan kami singgah kedai nak beli buah kurma.. dengan takdir Tuhan, dekat kedai tu ada jual BISKUT OAT CHOCOLATES yang tengah menjadi bualan seantero FB sekarang ni haa... 


Laju je tangan ni merembat... Actually ada banyak jenis tau oat chocolates ni... tapi saya pilih macam gambar atas ni haaa... Ohya, dekat kedai ni jugak ada jual satu2... 30 sen satu, so, saya adalah beli yang satu2 tu jugak sebab nak try dulu camne rasa dia kan...


Bagi saya ketika pertama kali makan OAT CHOCOLATES ni, terpanculah di hati saya.. "Wah sedapnya...".. Itu time saya makan satu saket tu la... Tapi bila dah makan banyak saket plak, terpancul dalam hati saya "Wah, manisnya..." Time makan seketoi tak rasa sangat manis dia, dah makan berketoi2 sekali hadap, terasa pulak manis dia tu....

Saya simpan biskut ni dekat dalam peti ais bahagian sejuk beku tau, bukan apa, sebab biskut ni mudah sangat relainya... bila Aqilah makan mulalah berterabur atas lantai... Saya ni pulak, bukannya rajin sangat nak mengutip segala oat yang tertumpah tu... So, bila letak dalam peti ais, keraslah sikit kan.. tapi bagi saya, makin sedap tau letak dalam peti ais sebab dia lebih rangup & terasa sejuk je bila makan (",)..

Ohya, kalau ada antara u all yang menetap di Sungai Petani & teringin nak merasai keenakan BISKUT OAT CHOCOLATES ni jugak, u all boleh pergi ke KEDAI ISTAFA... DEKAT PERDANA HEIGHT RASANYA NAMA KAWASAN TU.... KEDAI DIA SEBARIS DENGAN KEDAI TAT NASI AYAM... DEKAT TRAFFIC LIGHT SIMPANG 4 KITA NAK PERGI AMANJAYA MALL TU.... Alamakkk lupa nak cakap, harga dia RM11 sebungkus... Tapi dekat FB saya tengok ada yang lagi mahal & ada yang lagi murah.. Murah tu RM8.50 pun ada... tapi tu la, bila dah campur kos pos, lagi mahai dari RM11 la kan... so, untuk saya, better saya pergi beli sendiri di kedai ISTAFA ni la... (",) 


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 20 comments.. read them below or add one }

Ainim Rashihah Ainim Rashihah May 21, 2014
rumah saya pun banyak lagi kak oat choco ni smp tak termakan. tp mmg sedap kan
msredcheesecake msredcheesecake May 21, 2014
akk belum berkesempatan nak rasa sbb akk ni tak suka beli on9...hhee
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI May 21, 2014
skg ni yui tgk byk jns keluaran..

tp mnjd fenomena jns oat wheat, oat lmbg dolphin, date & fate..

byk yg dah try. ada best ada kureng skit..hihi
Izwa Kamaruddin Izwa Kamaruddin May 21, 2014
tak minat sgt mkn benda nie...
Unknown Unknown May 21, 2014
kat kluang tu adik beli sebungkus rm9..
syawalsimpsons syawalsimpsons May 21, 2014
sue pon ada beli...bagi kat anak2 ni mmg laju dorang makan bila lapar..kalo tak lapar..buat main je banyak...pandang pon idok..hahhaha
Unknown Unknown May 21, 2014
Ada lagi satu oat choco yg sedap dan kurang manis...brand twinfish..yg ina beli tu keluaran echo...mmg manis...sy pon xleh mkn...yg twinfish tu plastik kaler putih...cuba google tgk...oat choco brand twinfish...sy rekemen beli yg tu sbb yg tu oat choco keluaran pertama yg dijual di Malaysia...dan echo adalah salah satu syarikat yg ingin meniru oat choco keluaran twinfish...
cik violet cik violet May 21, 2014
Alahai. macam sedp je nih.
Mommy_ima Mommy_ima May 21, 2014
kat kedai rm2 kat tempat saya ada jual..tapi buka 2 ringgit la dia juall..haha. rm10 tak silap. pernah beli 5 ketul kat tempat timbang2 kat tesco, saja nak rasa jugak. sy kurang minat, mcm manis n muak sikit sbb coklat putih susu n manis..hihi.:p
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ May 21, 2014
salam k.ina..
cma dah pernah rasa oat ni..mmg sedapppp... tak cukup 1 bungkus besaq tuh...hihihi
hafizmd hafizmd May 21, 2014
Sempat gak merasa hari tu..sedap jugaklah..hehe..tp tak smpai tahap melantak lgi..hehe
kemey kemey May 21, 2014
akak beli brape rm?
adam adam May 21, 2014
biskut oat ni dah mcm2 brand. sbb lonjakan dlm pasaran ramai yang amik peluang pasarkan produk oat ni.
Unknown Unknown May 21, 2014
itu la. mmg coklat ni fenomena.. nak try cari la kat sini.. susah nak dpt biasanya tu
QasehnyaRania QasehnyaRania May 21, 2014
haa tau tak pa su pon rasa manis. hihi.
manis sehari dok pulun jugak. kikiki :)
Maria Firdz Maria Firdz May 22, 2014
Pernah tgk..tpi x terbeli pula.. Hehe
Mimie Mimie May 27, 2014
Memg sedap kak ina..manis pun ye.. oat nih memg cepat relai kalo letak kt kwsn yg bersuhu panas kak ina...kalo letak suhu yg sejuk or simpan dlm kabinet xkn relai
Fiza Rahman Fiza Rahman June 04, 2014
Memang fenomena. Dah mkn gak tapi bagi saya biasa2 jer rasanya. Ada lagi kat umah tu.