Saya ni secara peribadinya kalau buat kerja mesti nak buat cepat.. tak suka buat lambat2.. tu yang kadang2 kalau dekat kampung, kalau saya masak, orang lain semua duk depan yer.. biar saya je duk kat dapur... hihi.. Ikut perangai mak saya kut.. opsttt kalau mak saya lagilah cepat buat kerja.. saya tak dan nak kejar... hihii
Lupakan pasal tu... Saya ni jenis yang selalu je masak dekat rumah... bulan puasa ni pendek kata, hari2 masak, tak pernah bukak pose dekat luar lagi.. hihii.. Lebih2 lagi my dear memang lebih suka makan masakan dekat rumah... (",) So, kalau kami keluar pergi mana2 pun time puasa ni, balik rumah tetap kena masak walaupun sampai rumah dah pukul 6 lebih petang.. (",)
Setakat ni baru 2 kali lah keluar rumah balik pukul 6 lebih petang time berpuasa... So, time management sangat pentinglah untuk saya kan.. supaya tak tergopoh gapah.. (",) Caranya, bila kami dah plan nak keluar, saya akan siapkan semua bahan nak memasak tu awai2... Balik rumah senang.. campak2 masuk kuali & periuk siap... hihii
Kalau untuk nasi tu, saya akan basuh beras awai2 & letak dalam peti ais.. sampai rumah, terus je ambik periuk nasi tadi, tekan suis & tunggu masak... Kalau lauk pulak, saya dah siap cuci bersih2 apa yang nak di masak tu.. kalau nak masak ikan, cucilah ikan, nak masak ayam, cucilah ayam.. lepas tu simpan dalam peti ais... Sama jugak dengan sayur, potong siap2, cuci & simpan dalam peti ais... bawang merah ke bawang putih ke bawang besar ke.. semuanya dah siap dikupas kulit... bila nak masak, potong2 je la.. (",) Bila bahan semuanya dah tersedia, sampai rumah pukul 6 lebih petang, keluarkan semua bahan, campak2 dalam kuali & periuk, buat apa yang patut.. siap.. senang je kan.. hihii.. Normally, kalau saya nak masak gulai pun sempat je siap sebelum berbuka.. hihii.. Ohya, air nak rebus pun, saya dah siap2 isi dalam cerek.. sampai masa, tekan suis je.. heheh
Lagi satu, dalam peti ais saya, memang saya dah siap sediakan bawang blend & cili kering yang direbus + di blend... kalau buat macam ni, pendek kata kalau pukul 6:30 petang tu, sempat lagilah nak masak ayam masak merah... hehhehe... Sebelum bukak puasa, semua makanan dah terhidang atas meja + siap boleh goreng cucur & rehat lagi..hihii.. Emmm saya rasa semuanya bergantung pada ketangkasan kita dekat dapur jugak kot.. Tapi apa2 pun, u all yang tak pernah try cara ni, boleh je try... tak semestinya suri rumah yang keluar ber'jongket' macam ibu alisha ni je boleh try, mereka2 yang bekerja pun boleh... hihi