Saya ni dekat rumah hanya berdua je dengan alisha, so, macam2lah aktiviti kami 2 beranak ni.. hihi... Tapi bukan aktiviti apa pun.. kadang2 saya yang join aktiviti Alisha & kadang2 Alisha yang join aktiviti saya... Kalau alisha join aktiviti saya, dah sah2lah aktiviti ibu2 kan.. aktiviti orang besar.. hihi...
Normally alisha akan tolong saya time jemur baju, dia hulur baju, saya jemur... saya lipat baju, dia angkat baju masuk bilik.. saya sapu sampah, dia pun ambik jugak penyapu nak sapu.. hahhah... Tapi kali ni saya nak cerita pasal aktiviti Alisha menolong saya di dapur... (",) Saya memang galakkan Alisha buat keje2 macam ni.. bukan apa, daripada saya pikir Alisha mengacau saya lebih baik saya ajarkan... kang larang tak pasal2 pulak menyekat perkembangan dia @ tak tersambung pulak connection tot dia tu.. hihii
Time ni Alisha tengah nak tolong potong sayur bayam.... saya ajar dia cabut2 daun tu sehelai2.. tapi boleh dekat anak saya ni.. sehelai tu dah tak jadi sehelai... dah jadi "berkeping2" dari sehelai.. muahhahha... Tapi oklah kan.. nanti lama2 pandaila kan ... (",)
Kalau alisha tengok saya potong sayur & tak bagi dia buat... siap sayur dalam peti ais... dengan sayur sawi dia main koyak2 camtu je... gaya macam sayur bayam... hihi
Lagi satu alisha suka kupas kulit bawang... bawang putih, tapi bukanlah kulit yang melekat dekat bawang tu.. kulit yang dah ala2 nak tercabut tu.. hihii Yela, dah saya bagi dia kupas guna tangan je kan.. itu je lah cara dia.. nanti dah besar & dah reti, baru boleh ajar guna pisau.. hihii (",) Selain tu, Alisha pun suka tumbuk lesung batu tau u all.. kalau saya nak tumbuk apa2.. mesti kene bagi dia tumbuk jugak.. beria.. heheh Tapi normally benda2 selain cili la.. (",)
Ada sape2 nak jadikan alisha menantu ke?.. muahhahahha