Alisha memang menulis di mana2 sahaja... Opssttt menulis yang saya maksudkan tu, menconteng je pun.. hihi.. Kalau dekat rumah ni, tak payah cakaplah... semua tempat semua barang nak dicontengnya... Tapi kali ni nak cerita pasal Alisha & buku nota... (",)
Baru2 ni abah dia bagi dia buku nota.. suka sangat dapat buku nota tu, ke hulu ke hilir duk usung buku nota + pen.. Normally saya nampak alisha menulis akan letak buku dekat meja ke lantai ke baru dia menulis.. tapi bila dah dapat buku nota ni... dah makin advanced pulak.. siap berlapikkan dinding untuk menulis... hahahha