Perkembangan Aqilah yang semakin bijak


Sebenarnya dari tahun lepas lagi nak tulis pasal perkembangan Aqilah, tapi tu la, bila dah penyakit MALAS menguasai diri, camgini la jadinya... Aqilah sekarang dah ada 8 batang gigi.. gigi ke 7 tumbuh minggu akhir tahun 2013, manakala gigi ke 8 seminggu selepas tu.. Gigi Aqilah ada 4 dekat bawah & 4 dekat atas..

Aqilah ni seorang anak yang cerdik sesuai dengan maksud nama dia tu... Kalau kita cakap apa, semua dia paham.. Bagi je arahan apa, semua bertindak mengikut arahan.. kiranya dia pahamla apa yang kita cakap kan... bukan tu je u all, rajin pun ye gak budak kecik ni... Susah gak kalau anak2 terlebih rajin ni.. macam Alisha & Aqilah ni haa, duk berebut nak berkemas... Sekarang ni kami kalau makan, makan atas lantai hampar tikar tau u all, bila nak hidang or nak kemas lepas makan, Alisha & Aqilah ni pakat2 duk berebut nak angkat lauk2 letak atas meja, lepas tu nak angkat pinggan letak atas sinki, nak lipat tikar... Adik tu tak suruh pun dia buat.. bila adik buat, kakak takda keje nak buat, mulalah merengek cakap "Isha nak buat.. isha nak buat"... Kalau saya cakap saya nak menyapu kan, dorang cepat2 g ambik penyapu lepas tu kemas barang yang berselerak dekat lantai.. 

Aqilah ni kadang2 suka menyakat kakak dia gak tau.. dia dah tahu kakak tu suka merengek.. lagi dia sakat.. Contohla, kakak tengah nak betulkan kedudukan tikar, datang Aqilah dia sengaja g baring atas tikar tu.. pastu kakak mulalah merengek... bukan tu je u all, kadang tu kakak tengah main sesuatu, aqilah nampak dia g ambik barang dekat kakak dia tu, bila dah ambik, terus dia berlari datang dekat saya... kononnya kalau kakak pukul dia, adalah ibu akan tolong... hahhahha.. lawak la tengok peel anak2 ni..

Aqilah ni anak aktif.. terlajak aktif berbanding Alisha... tau tak, pernah 2 kali Aqilah ambik gelas, lepas tu dia baling.. dah pecah.. sengaja baling ok.. banyak barang dekat rumah saya ni rosak dikerjakan Aqilah.. Bab memanjat, tak payah cakap... Kalau dia tak sampai ambik sesuatu, dia g masuk bilik, usung kerusi.. akai dia panjang Aqilah ni.. Rasa macam akai dia tu tak pernah berhenti berpikir... time dia tido baru saya rasa lega sikit..

Ohya, Aqilah dah mula suka tengok gambar baby... muahhahha... Bila saya bukak FB, dia terpandang gambar baby, dia boleh g pegang skrin monitor tu sambil pot pet pot pet... Aqilah pun pandai buat peace... Nampak gambar atas tu.. tu la cara Aqilah peace... kah kah kah... Ni je la cite Aqilah yang saya ingat sekarang.. banyak sangat pasal Aqilah sampai dah lupa.. Yang pastikan, kalau u all nak bagi nama dekat anak2, ingat tau, nama anak2 tu mempengaruhi perangai dia.. Macam Aqilah ni, maksud nama dia pandai & cerdas... Itulah dia sekarang.. sangat bijak & sangat cerdas.. Jaga dia sorang gaya macam jaga 2 orang... Tapi apa2 pun, sikap2 tu semualah buat saya rasa seronok.. sebab 2 orang anak saya berlainan perwatakan.. mereka menyeimbangi antara satu sama lain.. (",)

     "Ya Allah... Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau                              kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku.."                       "Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w..." 

{ 16 comments.. read them below or add one }

msredcheesecake msredcheesecake February 14, 2014
harap2 anak2 dara ni rajin terus sampai besar... bukan senang nak didik anak dara ni kan...
AnonymousAnonymous February 14, 2014
Biasa ank ke2 mmg suka usik2 manja gitu kan ina...hihi
syawalsimpsons syawalsimpsons February 14, 2014
sangat2 aktif ye aqilah ni..mmg banyak akal muka tu haa..
Sheila Salim Sheila Salim February 14, 2014
Assalamualaikum kak intan. comelnya Aqilah. cerdik orangnya... haihh tak sabarnya nak besarkan anak.. hihi..
Amir Khalis Amir Khalis February 14, 2014
"8 sudah tumbuh yeay" kata Aqilah dengan penuh keriangan.
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ February 14, 2014
salam K.Ina..

ihih..alololo...tomey2..
bertuahnye aqilah & alisha ni..
alhamdulillah..semoga mmbesar dgn sihat yerr sayang..
peace yoo!! :p
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ February 14, 2014
salam K.Ina..

ihih..alololo...tomey2..
bertuahnye aqilah & alisha ni..
alhamdulillah..semoga mmbesar dgn sihat yerr sayang..
peace yoo!! :p
Unknown Unknown February 14, 2014
deqla agak.. aqilah ni lasak.. alisha pulak agak cengeng.. betul tak? hihi.. biasalah adik bradik mesti kena ada kontra..
haryati haryati February 14, 2014
tapi betullah anak kedua kdg2 suke menyakat, sama cam fawwaz gak suka sangat mengusik abang dia... kalau kita suh abang amik apa2, nanti dia pun kalut nak amik jugak...cam berlumba2 nak jadi yang terbaik
Maria Firdz Maria Firdz February 14, 2014
Alhamdulillah.. Betul tu.. Nama mmg mmpengaruhi watak ssorg...
Aku Kau Aku Kau February 14, 2014
btol..stujuu sgt~~
nama anak sy pun gitu juge, Nur Aqeela Qairina, perangai pun lebih kurang sama dgn Aqilah~ :)
Unknown Unknown February 14, 2014
makin banyak akal dah aqilah ni.. cerdik sgt! gerammm jer
Hani Rahman Hani Rahman February 15, 2014
Pandai nyer dia nyakat kakak eak ...
Cik Rose Cik Rose February 16, 2014
bagus Aqilah aktif ni.. pandai ye nyakat kakak .. hihihi
ayut ayut February 16, 2014
Aqilah ank yg bijak...bgus2x..bab sakat kakak ye tu mmg biasalah bila ank tgh mmg suka sakat.aqilah ni comel jela...
Unknown Unknown February 16, 2014
wahh dah besar dah budak dua orang nih. hihihi comel pula bila baca telatah diaornag. kann. hihi nnt