Resepi or menu untuk ibu2 yang berpantang selepas bersalin PART 2

Minggu lepas saya dah share resepi berpantang dengan u all, hari ni saya share lagi untuk PART 2 pulak... Menu yang saya sendiri masak & saya sendiri jugak makan... sekadar yang adoooo...

MENU BERPANTANG HARI KE 22



AYAM BAKAR LADA HITAM 

CARA : BAWANG PUTIH + JINTAN MANIS + HALIA = TUMBUK... BAHAN TUMBUK + AYAM + GARAM + GULA + SERBUK LADA HITAM + SOS LADA HITAM = GAUL SEKATA PASTU PERAP & BAKAR... SIAP..!!



MENU BERPANTANG HARI KE 23



IKAN BAKAR

CARA : BAWANG PUTIH + HALIA = TUMBUK... BAHAN TUMBUK + IKAN + SERBUK LADA HITAM + GARAM + KUNYIT.. GAUL SEBATI PASTU BAKAR... SIAP..!!


MENU BERPANTANG HARI KE 24



AYAM MASAK LADA HITAM

CARA : BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH + HALIA + KICAP + SERBUK LADA HITAM + AIR = MASAK ATAS DAPUR HINGGA KUAH KERING


MENU BERPANTANG HARI KE 25


IKAN SINGGANG SEADANYA... memang betoi2 seadanya ni... tengok pun tak semegah.. tapi redha je la, orang berpantang nak kene telan...

CARA : IKAN + AIR + BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH + SERBUK KUNYIT + HALIA + ASAM KEPING = REBUS


KAMBING BAKAR... yang ni memang best... saya memang suka makan kambing... kambing ni elok makan sebab sifat dia kan panas... ibu berpantang ni memang nak kena badan panas...

CARA : BAWANG PUTIH + HALIA = TUMBUK.. BAHAN TUMBUK + DAGING KAMBING + KICAP + SERBUK LADA HITAM + GARAM + GULA + SOS LADA HITAM.. PERAP & BAKAR.. SIAP..!!


MENU BERPANTANG HARI KE 26


AYAM MASAK HALIA SEADANYA... haaa yang ni lagi satu masakan seadanya... kalau nak resepi yang bukan seadanya tapi resepi terlebih mabeles, KLIK SINI yer... wah gituuuu... terlebih mabeles.... kah kah kah....

CARA : BAWANG MERAH + BAWANG PUTIH + HALIA + AYAM + AIR + SOS TIRAM = MASAK HINGGA AYAM SEPARUH MASAK PASTU MASUKKAN TEPUNG JAGUNG YANG DAH DIBANCUH DENGAN AIR & MASAK IKUT KEPEKATAN OR BANYAK MANA KUAH YANG U ALL SUKA... SIAP..!!


MENU BERPANTANG HARI KE 27


IKAN KEMBUNG KUKUS SEADANYA... yang ni lagu satu menu seadanya... gambar pun tak semegah... tak kisahla, janji boleh makan... (^_^)... Hari ke 28 takda menu yer... ulang siar resepi yang sama je... Kalau nak tengok resepi yang super duper mabeles KLIK SINI or KLIK SINI...

CARA : IKAN DILUMUR DENGAN SOS TIRAM PASTU CAMPAK JE BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH + HALIA + PERAH AIR LIMAU = KUKUS.. SIAP..!!


MENU BERPANTANG HARI KE 29


AYAM BAKAR... kalau sebelum ni saya share dengan u all resepi pakai oven yang lebih ber"juice" tapi kali ni saya bakar guna pemanggang ajaib je sebab malas nak keluarkan oven... sebab tu cantik benor warna ayam saya tu... tapi takpa, hitam itu menawan... kah kah kah... Kalau u all nak try ayam bakar yang lebih nampak basah2... KLIK SINI... CONFIRM SEDAP TAK HENGAT!!!

CARA : BAWANG MERAH + BAWANG PUTIH = KISAR... BAHAN KISAR + KIUB PATI AYAM + SOS LADA HITAM + SERBUK LADA HITAM + GARAM + GULA + AYAM = PERAP & BAKAR... SIAP..!!


Inilah resepi yang saya masak yer... nanti saya tulis lagi resepi lepas2 ni jika rajin... Resepi2 dekat sini, bagi saya ada yang antaranya, tak payah tunggu time pantang pun sedap jugak... boleh masak jugak lepas2 ni... sebab bahan2 untuk orang berpantang ni senang je... simple2 je....

P/s : Apa yang u all rasa boleh makan, bolehla try.. sebab setiap orang tak sama penerimaan dia... macam saya makan ikan kembung boleh je tapi bagi sesetengah orang tak boleh sebab gatal...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 16 comments.. read them below or add one }

Nasa Mulia Nasa Mulia September 30, 2014
oh boleh makan kambing time pantang? sedap tu kalau saya mesti hari2 nak menu kambing panggang.
Unknown Unknown September 30, 2014
Menu sedap2 nih! Hihi...
AnonymousAnonymous September 30, 2014
semua pun nampak sedap
zachflazz zachflazz September 30, 2014
saya nak makan ikan sore nanti.....
♥♥azatiesayang ♥♥ ♥♥azatiesayang ♥♥ September 30, 2014
Salam Ina...betul tu,setiap org brlainna menu pantgnya ..ikut badan masing2 lar.
Unknown Unknown October 01, 2014
x pntang pn blh je mkn mkanan ni semua, healthy food yg sedp
Unknown Unknown October 01, 2014
menu sedap2 ni... bsalin normal ok kot makan2 gini.. czer banyak gak pantang2 sbb takut luka czr tu bernanah...
Sya Sya October 01, 2014
Kambing tu yg paling special tu.. Haha.. Leoas ni kalau berpantang lagi, sya mkn kambing jugalah.. Tq utk resepi.. Nnti sya nak try tau..
lynndamya lynndamya October 02, 2014
Salam, kak..majority menunya guna serbuk lada hitam, mmg bagus ya utk masa berpantang? sbb dia mcm panaskan badan jugak ke? wahh~ thanx sharing :D
Fiza Rahman Fiza Rahman October 02, 2014
Sedap betul lauk2 berpantang nih.
Maria Firdz Maria Firdz October 07, 2014
Org x pntag pun terliur skali...
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ October 21, 2014
salam k.ina..
hehe..menu tak mcm org berpantang.. cma yg tak berpantang ni pun rasa kecoq lioq.. eheh..
mmg betul bykkan penggunaan lada hitam dan halia dlm masakan dan elakkan mknn yg 'berangin' dan sejuk ketika makan...
istadiniey istadiniey November 23, 2014
salam..nampak sedap je semua menu berpantang ni..yang plg saya terliur ayam masak lada hitam tu..hehe..lunch nati nk try..sy tgh berpantang anak ke3..hari ke 21..:) selamat berkenalan.
Ros Ros July 01, 2015
sedap tengok menu berpantang ni. hari-hari lain.
terima kasih sudi berkongsi resepi.
jida jida September 08, 2016
Satu family boleh mkn ni..nmpk sedap dan menyelerakan.