Bila Alisha lebih prihatin dari orang dewasa

Kejadian ni berlaku di Klinik Ibu & Anak... Anak solehah saya, Baby Nur A_____ kena kuning tau u all, so, kami terpaksalah bawak dia ke klinik untuk ambik darah kan... Nak dijadikan cerita, pagi Ahad semalam ketika kami sampai di klinik Ibu & Anak, orang tersangatlah ramai... kerusi penuh.. dengan yang duduk pun duduk, dengan yang berdiri pun  berdiri... memang sangat ramai... yang duduk atas kerusi tu, tak semuanya ibu mengandung... macam biasalah, yang menjadi peneman pun memang akan duduk atas kerusi jugakla kan...

Saya yang baru sampai di klinik, terus menuju ke bilik jumpa misi.. pastu misi bagitahu suruh tunggu di luar sekejap... Saya, Alisha & baby berdirilah di luar bilik @ depan pintu bilik... time tu saya intai2 jugak kot2 terselit sebijik kerusi kosong kan.. tapi takda... dalam hati time tu ada jugak terpikir, takda ke sape2 yang bukan ibu mengandung ni nak bangun & bagi kerusi tu untuk saya yang baru 6 hari bersalin ni + tengah dukung baby... Nak dijadikan cerita, Alisha yang berada di sebelah saya ni cakap "Ibu, ibu tak payah duduk ke?"... Ya Allah... terkejut saya dengar... dari takda rasa apa2, terus rasa terharu + sedih... yela, anak saya yang berumur 4 tahun ni pun boleh paham situasi ibu dia yang baru lepas bersalin ni haa... tapi kadang2 kita yang dewasa ni buat2 tak paham...

Ya Allah... inilah Alisha... memang sikap sangat kakak2... caring sungguh..!! tapi manja terlebih + suka merengek... Dengan takdir Tuhan, tak lama selepas Alisha cakap macam tu... adalah seorang hamba Allah @ lelaki, bangun dari kerusi & panggil saya suruh duduk atas kerusi tersebut... Alhamdulillah... terima kasih dekat hamba Allah tersebut...

Emmmm nak jugak saya tulis dekat sini... andaikata kita menemani ibu2 yang mengandung ni, kalau time tengah ramai orang tu... apa kata kita bagi kerusi yang kosong tu dekat mereka2 yang sepatutnya... kita berdiri sekejap pun apa salahnya... rasanya kerusi tu lebih layak untuk ibu mengandung or baru lepas bersalin... bukannya untuk kita yang sihat walafiat yang sekadar menemani ni....

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
Bila Alisha lebih prihatin dari orang dewasa

{ 23 comments.. read them below or add one }

ayuzan ayuzan September 08, 2014
Suami ayu tak mahu duduk kalau orang ramai. Dia kata..wanita yg dtg lebih memerlukan..
NaZiRaH @ Ezyra NaZiRaH @ Ezyra September 08, 2014
agaknya org tu dengar kot kak alisha cakap gtu, hihi, alhamdulillah, tu la kak, buat mcm saya dulu, abang unggu kat luaq sebab dalam sejuk sgt..hihi
mila mila September 08, 2014
mesti laki tu dgr alisha ckp kan? bukan dri kesedaran sndiri..ish..sy pn mmg angin kalo jenis laki yg teman bini tp buat x reti mcm ni..si bini pn lgsg xde inisiatif nak suh laki dia tgu luar ke ape..nth ape2 la
nur anis nur anis September 08, 2014
alhamdulillah....bagus sangat alisha..
syawalsimpsons syawalsimpsons September 08, 2014
itu sue sokong dengan pandangan ina, mmg deme ni kadang susah nak paham atau buat2 tak mo paham akan keadaan kiter yg mengandung atau lepas bersalin dengan dukung anak lagi, buakn tak tau, kiter ni tak sihat kn...alisha mmg baguih...
Nana Liena Nana Liena September 08, 2014
itu tandanya ramai lg org yg belum 'merdeka' mindanya.. budak2 cakap direct ja dan penting diaorang lbh memahami dr yg dewasa.. :)
Kakzakie Purvit Kakzakie Purvit September 08, 2014
Betul Ina.. masih ramai yg tidak peka hal-hal begini. Kalau Alisya pun faham tak kanlah yg dah dewasa masih tak faham-faham lagi..
Ruhill Fahima Mohammad Ruhill Fahima Mohammad September 08, 2014
salam... kdg2 mmg tak paham sikap sesetengah org yg x sensitif bab2 mcm ni...satu lagi yg husband pegi meneman isteri dlm nursing room...boleh pulak dok melepak sekali dlm tu... sampaikan ibu2 lain yg nk bf anak kna keluar cari tpt lain yg tertutup
Ainim Rashihah Ainim Rashihah September 08, 2014
bijak alisha..semoga menjadi anak solehah nnt ya
Unknown Unknown September 08, 2014
kalau pregnt x nmpk perut besr blh dmaafkn lagi. Tp nmpk org pegang baby pn buat x nmpk agaknya rabut tr'over' kot. Hhmmm
lynndamya lynndamya September 08, 2014
Salam..haa tu tandanya anak2 akak sayangkan akak (n_n) hehe..
Syamimi Saad Syamimi Saad September 08, 2014
asslmkm kak. Ya Allah.. bertuahnya akk dapat ank macam tu.. sangatlah prihatin. saya kalau pergi checkup pun serabut tgk ibu mengandung kadang berdiri. ibu pegang bby camtu.. sebab tu tak suka pergi time ramai orang. dah la ambik masa nak tunggu turn..
mommyfiqa mommyfiqa September 08, 2014
huh..betul tu sis..macam tadi baru balik dari kk cucuk my baby 5bulan..ramai sangat orang kat dalam..dengan nurse lembap buat keje..nak seharian kat kk..dah tu kerusi pulak xleh tampung org yang dtg..terpaksa lah berdiri berjam2 dngan gendong anak..ramai juga ibu mengandung n baru lepas bsalin yang terpaksa bdiri..yang duduk semuanya yang sihat..atau yang peneman jer..
Maria Firdz Maria Firdz September 09, 2014
Alhamdulillah.. Anak2 ni suka memerhatikan..
haryati haryati September 09, 2014
Setuju gak ngan ina... kdg2 tunggu tak duduk pun cuma klu btul2 tak rmi org br dok... sbb skali pi bwk ank2... klu duduk msti 3 kerusi gak sian kat org lain
nita nita September 09, 2014
Pandai Alisha..

tulah, sayapun alami perkara yang sama sebulan lebih juga dok ulang2 ke klinik. Nasib baik nurse tegur sapa2 yg nampak kuat tu bg peluang kt ibu yg baru bersalin ni duduk.

tahniah ina, dapat baby girl.. ^_^
Unknown Unknown September 09, 2014
kan.. org2 ni pentingkan diri sampai tak pikir kesian ibu mengandung o dukung anak ni berdiri lama2..

bagus betul anak solehah alisha ni..
Nora Karim Nora Karim September 11, 2014
Betul la tu ina... org kita ni mmg kurang prihatin... xde sensitiviti pada ibu yg mengandung dan yg baru bersalin... hm
Cik Rose Cik Rose September 12, 2014
Alhamdulillah ada hamba Allah yg berikan kak ina tempat duduk.. kadang -kadang macam tu lah kak ina. Susah nak jumpa orang yg prihatin.. ada yg buat buat tak nampak.. huhu
Mimie Mimie September 13, 2014
bagusnya alisha..kecik kecik dh prihatin..malu ai kita yg dewasa pun xprihatin dgn org lain