Setiap kali mengandung, yang paling saya takut adalah bila HB rendah... kalau HB 11 ke atas, misi tulis guna pen dakwat hitam lagi tapi kalau bawah 11 siaplah, misi dah tukar kepada pen dakwat merah... haaa bila dah masuk dakwat merah ni yang buat saya tak suka nengok ni haa.. Time mengandungkan Afrina HB yang paling rendah saya dapat berbanding kandungan sebelum2 ni.. HB saya 10.2 je siap kene ambik darah lagi sekali... nasib lepas test tu dapat 11... kalau tak, mesti saya telah diistiharkan "kurang darah".. kang tak pasal2 sticker dekat buku pink tu bertukar... Ohya, cakap pasal sticker, time mengandungkan Afrina ni, saya dapat kekalkan sticker warna putih sampai bersalin.. (^_^)
Kalau bacaan HB kita rendah, itu maknanya kita si ibu yang mengandung ni kekurangan darah merah.. Kurangnya darah merah ni sebab kita kekurangan zat besi yang diperlukan ketika pembentukan HB ni... Sebab tu pentingnya makan IRON TABLET masa time mengandung tu... tapi saya makan obimin... dalam obimin ni, dah complete.. semua ada... zat besi ke vitamin c ke b ke acid folic ke... semua ada.. all in 1 kata orang.. Lagi satu pulak, selain dari tu, makanan2 yang tinggi kandungan zat besi pun kenalah makan jugak tau.. macam sayur bayam ke.. ikan bilis ke... organ dalaman macam hati ayam tu saya tak makan..
Antara masalah yang berlaku jika HB kita rendah adalah kita ibu2 ni mudah pengsan atau boleh pitam.. yang paling tak syok, ia boleh jugak sebabkan keguguran, lepas tu boleh menyebabkan pendarahan tak kira samada mengandung or selepas dah bersalin... Yang paling kesian dekat baby kita lah.. kita yang tak jaga HB, baby pun dapat kesan seperti pertumbuhan janin akan terbantut, risiko baby lahir pramatang, pastu berat baby pulak kurang dari 2.5kg.. selain dari risiko baby lemas or meninggal ketika lahir...
Sebab tu mereka2 yang HB rendah dipantau lebih oleh misi... bila rendah je mulalah misi bising... bising bukan saja2 bising, bising sebab misi sayang kita lah tu... ye dok ? (^_^)
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"