Ramai yang bertanya saya pasal gambar anak solehah saya yang terbaru... TERIMA KASIH atas pertanyaan u all tu... InsyaAllah sampai masa, saya pasti akan upload gambar NUR AFRINA untuk tatapan u all yang sentiasa doakan AFRINA... Untuk anak no 3 ni, saya ambik keputusan untuk tunjuk dekat u all selepas saya habis pantang @ pertengahan bulan 10...
Actually sebelum saya bersalin lagi dah ada readers yang bagitahu saya jangan upload gambar anak dalam tempoh berpantang... bukan je sebelum bersalin, selepas bersalin pun ada jugak yang ingatkan saya pasal ni... TERIMA KASIH SANGAT2... Tak sangka saya ada readers yang sangat prihatin... Memang niat saya dari awal lagi akan upload gambar anak selepas habis pantang..
Ohya, pasal pengalaman bersalin pulak, InsyaAllah saya akan cari masa untuk habiskan "karangan" saya tu... Baru tulis secoet dah rasa MALAS datang bertandang... Sejak dah ada anak kecik ni, rasa macam lagi best layan baby dari layan komputer.. Tambah2 lagi dengan bau baby yang wangi tu haa, rasa macam taknak berhenti dari peluk & kiss baby... Wangi kan bau baby... bila dapat cium bau baby yang wangi ni, rasa macam tiap2 tahun nak beranak... muahhaha...
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"