Akhirnya kami bertemu..

Hari Rabu baru ni saya dapat kunjungan dari seorang rakan blogger... Rakan blogger yang lebih muda dari saya & masih lagi belajar di UITM Merbok... Hari Selasa baru ni, Tiba2 saya dapat PM dekat FB bagitahu yang rakan blogger ni nak datang rumah saya hari Rabu... terkejut jugak saya sebab bagitahu hari ni, esok nak datang dah... yela, segan sebab tak tahu nak hidang apa bila tetamu datang.. dengan saya berpantang camni.. kalau bagitahu lebih awai, maybe saya boleh suruh my dear beli bahan2 untuk masak ke kan... paling kurang goreng bihun ke kan... tapi sebab keadaan yang tak mengizinkan, last2 just dihidangkan air oren je... (^_^) Sian pulak dekat tetamu saya tu... Takpa, nanti Kak Ina dah sihat, datang rumah kak ina lagi yer... kak ina masak nasik... datang lunch dekat sini.. boleh main lama2 sikit dengan anak2 solehah dekat rumah ni haa... hihii

Actually ini adalah perjumpaan pertama saya dengan rakan blogger tersebut... Dia sangat ramah..!! Bayanglah Aqilah boleh pulak duk berkepit je dengan rakan blogger ni haaa.... bukan setakat berkepit time dalam rumah, tapi siap nak ikut rakan blogger ni balik lagi... hahhaha... yang tak menahan tu, Aqilah dah siap pakai helmet & dah siap say babai dekat kami semua... adehhhh... comel pulak bila teringat gelagat Aqilah kelmarin.. (",)

Rakan blogger ni buat saya rasa macam dihargai la plak.. terharu pun ada... rasa macam rakan blogger ni betoi2 pembaca setia blog saya ni haa... sampaikan perubahan kecil yang saya lakukan di blog saya ni pun dia boleh perasan...!! Dia tanya saya apa nama anak no 3 saya ni... belum saya jawab tapi dia dah bagi jawapan.. Alahaiiii... sangat alert...!! nampak je apa yang saya coret di blog ni yer... walaupun saya belum umumkan nama tu di blog... TERIMA KASIH yer Ayie... tiba2 terasa diri ini begitu berharga... muahhahhah :p saya mengenali Ayie, sebelum dia ada blog lagi tau... time tu Ayie PM saya, katanya dia silent reader blog saya... dari situlah saya kenal Ayie... hari Rabu baru ni, baru kami dapat bersua.. (",)

Ohya, tujuan Ayie datang ke rumah saya sebab nak tengok baby Nur A____.. Ayie datang siap bawak hamper lagi... susah2 je tau... tapi apa2 pun terima kasih jugak atas segala pemberian untuk 3 beradik ni yer... (",) gambar kami berdua, saya tak ambik pulak... takpala, next time baru ambik... tapi sebagai bukti yang kami dah bertemu, Ayie ada buat entry tau... U all boleh terjah dekat SINI.. Bolehlah follow or tinggalkan komen di blog Ayie.. (",)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
Akhirnya kami bertemu..

{ 17 comments.. read them below or add one }

mila mila September 12, 2014
wah dhsyat sggh penangan blog sis :-D
Unknown Unknown September 12, 2014
alhamdulillah... Prsahabatan yg ikhlas akan kekal selamanya. InsyaAllah
Unknown Unknown September 12, 2014
Bestnya boleh jumpa ina dan anak2..
NaZiRaH @ Ezyra NaZiRaH @ Ezyra September 12, 2014
Hihi..sy perasan juga kat daisypath tu..tersenyum sorg2 x ckp apa la sbb akak x umum lg..still tulis Nur A_____ :-)
syawalsimpsons syawalsimpsons September 12, 2014
insyallah sue pon teringin nak jumpe baby A....insyallah la kan, ada rezeki, kompom sue roger2
Cik Rose Cik Rose September 12, 2014
dah komen tadi. tapi x tahu masuk ke tak. hihi. tiba tiba error connection. hikhik.
bestnya dapat jumpa kak ina dan anak anak solehah kak ina ...
Nora Karim Nora Karim September 12, 2014
Mmg seronol kalau dpt jumpa face ti facekan?! Hope one fine day kita akan ketemu pula... insyaAllah...
Nora Karim Nora Karim September 12, 2014
Mmg seronol kalau dpt jumpa face ti facekan?! Hope one fine day kita akan ketemu pula... insyaAllah...
Unknown Unknown September 12, 2014
tak sabar nak taw nama anak akak..
Puan Kutu Puan Kutu September 12, 2014
baeru nak tengok muka adik ayie..takdelah pulak gambarnya..bertuah ina..silent reader ni kira peminat la..siap dtyg rumah melawat lagi..
Sya Sya September 12, 2014
bestnya..teringin nak jumpa kak ina jugak..
Mimie Mimie September 13, 2014
sy ntah bile dpt jmp kak ina
Ayu Ayu September 14, 2014
mesti seronok dpt kunjungan kawan2 yg mulanya kenal di alam maya je kan? :)
Unknown Unknown September 14, 2014
bestnyaa... bila la pula jijah nak jumpa kak ni.. lebih2 lagi nak jumpa si anak2 solehah tu
Myra Jay Myra Jay September 17, 2014
Ina, insyaaAllah nanti myra nak jengah baby.. mudah2an dapat sampai :D