Kata2 khas untuk penghutang @ orang yang suka berhutang

Nak tulis lagi pasal orang yang suka berhutang ni boleh tak... (^_^)... Saya cuma nak cakap pada mereka2 yang suka berhutang ni, TOLONGLAH FAHAMI PERASAAN OR LIFE ORANG2 YANG AWAK BERHUTANG TU YER.... Tau tak, yang sebenarnya kadang2 orang yang beri awak hutang akan rasa serba salah... Serba salah nak mintak duit sendiri dengan awak... Awak pinjam duit dengan orang yang bagi hutang dekat awak tu, sebabnya time tu awak terdesakkan.. nak guna duit kan... habis tu awak tak pikir ke orang yang bagi hutang dekat awak tu satu hari akan rasa terdesak jugak.. nak guna duit jugak?? 

Disebabkan orang yang bagi hutang dekat awak rasa segan nak mintak duit, terpaksalah dia pendam perasaan... nak belanja beli barang dapur makan minum anak isteri suami punya pasal, terpaksalah "korek" duit simpanan... kalau awak berhutang sen2 ke puluh2 ke, bolehlah jugak orang tu nak buat2 tak nampak... ni dah masuk 4 angka pun terpaksa buat2 tak nampak jugak... puncanya nak mintak segan, kalau pikir2 sangat kang sakit hati... tu yang terpaksa buat2 tak nampak or buat2 lupa... 

Kalau rasa tak mampu bayar sekaligus, bayarlah ansuran tiap2 bulan ke... adoi laaa... tak kesian ke awak pada orang yang awak berhutang tu... pernah tak awak pikir, orang yang awak hutang tu, dia sorang je yang bekerja dalam family tu... sedangkan awak keje suami isteri... boleh pulak pinjam dengan orang yang sorang je bekerja... cuba awak pikir kenapa orang yang kerja sorang je dalam family boleh menyimpan tapi awak yang kerja 2 orang dalam family terpaksa berhutang?...

Yang lagi best, awak buat2 takda apa2 je bila jumpa kan... siap buat kenduri bagai, beli itu beli ini.. semua nak ikut trend terkini... yang bagi awak pinjam duit ni, takda masa pun nak ikut trend terkini tu... puncanya sebab rasa ianya just kehendak.. so, duit tu dapatlah disimpan sebagai simpanan kot2 ada nak guna time kontigensi... tapi tu la, sebabkan awak mintak tolong, dengan baik hatinya orang tu keluarkan duit simpanan untuk awak... kiranya seolah2 duit tu disediakan sebagai kontigensi untuk awak2 pulak yer...

TOLONGLAH FAHAMI yer wahai si penghutang... Awak ketika terdesak sampai sakit2 kepala sampai rasa nak "menangis" pikir pasal duit, habis tu awak tak rasa ke orang yang bagi awak hutang tu rasa nak "menangis" jugak ke bila pikir pasal duit... Awak jangan pikir, awak je yang pandai tak cukup duit yer... orang yang bagi awak hutang pun ada ketikanya tak cukup duit jugak sehingga terpaksa ambik duit simpanan masa depan.. Wahai si penghutang, tolonglah memahami apa hukumnya jika awak tak bayar hutang yer... apa akan terjadi jika nyawa awak diambik di saat awak masih berhutang...

_____________________

Ermmmm kadang2 saya rasa pelik dengan orang yang suka berhutang ni... adakah mereka takda perasaan malu bila jumpa dengan orang yang bagi hutang dekat dia tu... ke dia tak ingat yang dia berhutang.. ke camne... Alahaiiii si penghutang... kesian dekat orang2 yang awak berhutang ni tau... Moga Tuhan bukakan pintu hati mereka2 yang berhutang ni untuk bayar hutang... jangan pikir diri sendiri je.. pikir sekali orang yang bagi awak hutang tu ada anak isteri suami yang perlu ditanggung...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 
Kata2 khas untuk penghutang @ orang yang suka berhutang

{ 19 comments.. read them below or add one }

nur anis nur anis September 24, 2014
yup..memang sakit hati dengan orang macam tu..semoga dijauhkan dari sifat macam tu orang bersifat begitu..
Mrs Velentine Mrs Velentine September 24, 2014
sebab tu malas nak bagi org hutang kat MV..sebb nnt jadi mcm2..
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI September 24, 2014
kalau jd kat yui, mmg itu pertama dan teerakhir dia mmnjam =)
Aety Hassan Aety Hassan September 24, 2014
saya tengah merasa sekarang nih. kdg2 tu kan, rasa mcm kita plak yang berhutang dengan dia. kita pulak yang kena pergi mengadap dia padahal siapa yg patut jumpa siapa. kita tanya bila nak byr, mcm2 alasan. sabar je lah.
Aety Hassan Aety Hassan September 24, 2014
saya tengah merasa sekarang nih. kdg2 tu kan, rasa mcm kita plak yang berhutang dengan dia. kita pulak yang kena pergi mengadap dia padahal siapa yg patut jumpa siapa. kita tanya bila nak byr, mcm2 alasan. sabar je lah.
AMIIZAA AMIIZAA September 24, 2014
Salams intan,

kesimpulannya jauhi org-org yg suka berhutang. Perangai dan ciri-ciri mereka lebih kurang sama jerk...srpt yg intan coretkan.

imm imm September 24, 2014
saye pun pelik..ade org hutang dgn saye dah 8 tahun kak..kalau die bayar ansur rm20 sebulan pun dah lame habis..hiii x paham jugak knape xnak berusaha bayar..
siti zawiah siti zawiah September 24, 2014
geram dengan org yg liat bayar hutang ni..
azizah :) azizah :) September 24, 2014
jijah ni jenis tak sampai hati.. tp bila nak minta balik tu rasa serba salah padahal dia yg berhutang.. haii harap2 xjumppa lagi kaki hutang ni
tifa anvar tifa anvar September 24, 2014
kalau saya htng dngn org tiap kali jumpa org yg beri hutng mesti malu pandng wajahnya. Smga kita trhindar dr mnjd penghutng. Aminn
Etuza Etuza September 25, 2014
sama lah jg perasaan Etuza bila yg berhutang berbulan2 tak bayarkan..sedih tu..sabar ya
Mimi Azirah Mimi Azirah September 25, 2014
Saya pun pelik jnis org mcm nih kak ina...de je bdepan ngan org mcm nih...
Nora Karim Nora Karim September 25, 2014
Alahai... betul la ina... akak pun sedang berdepan dgn situasi yg sama... apa yg boleh dibuat, doakan agar org tu segera langsaikan hutangnya... dan doa juga utk diri sendiri... agar sentiasa bersabar... moga Allah bantu kita yang memberi hutang ni kesabaran dan keluasan rezeki... Amin...
Sya Nadia Sya Nadia September 25, 2014
Wajib bayar hutang walaupun memberi hutang tu xmnta.. Sebab tu Sya ada tanya kot2 pernah terhutang org.tp alhamdulillah stkat skrg xde..
lynndamya lynndamya September 30, 2014
Yeah somebody owe me 5 hundred and remain silence till now without paying any cents ponn !!! Grrrr~ geramnya lah hai..
Fiza Rahman Fiza Rahman October 02, 2014
Paling menyampah org yang pandai pinjam duit pastu tak reti2 nak pulangkan balik. Buat bodoh jer. Memang saya tak halalkan lah.

Kita plak yg nak kena cari dia minta hutang mcm muka tak malu. Pada hal dia yg kena datang cari kita lunaskan hutang.
Masya Masya October 13, 2014
ni entry meluahkan rasa hati ker?? mmg sakit hati kalau jumpa org camni .. mcm x bersalah jer kan dia yg berhutang dgn kita.. tp kita pulak yg segan nak mintak balik ermmm
Masya Masya October 13, 2014
ni entry meluahkan rasa hati ker?? mmg sakit hati kalau jumpa org camni .. mcm x bersalah jer kan dia yg berhutang dgn kita.. tp kita pulak yg segan nak mintak balik ermmm