Kelebihan mencukur rambut bayi


Hari ni Baby Nur A_____ dah pun berusia 8 hari... Semalam ketika usia Baby Nur A____ 7 hari, saya suruh tukang urut yang urut badan saya tu cukur rambut baby Nur A___ ... dengan kata lain, botakkan kepala la kan... Rambut anak saya yang no 3 ni pun lebat jugak, ikut rambut kakak2 dia... semuanya jenis lebat2 masa lahir... Hukum cukur rambut bayi ni  SUNAT & DISUNATKAN PADA HARI KE 7, seiring dengan AKIKAH & MENAMAKAN ANAK.. Tapi saya ni just cukur rambut je... yang akikah tu tak buat lagi... nama tu pulak dah ada, cuma belum pergi daftar lagi (",)

Ohya, rambut baby dari dalam perut ni, seeloknya kita buanglah yer... maksud saya botakkan kepala mereka la... ada jugak orang yang tak nak botakkan kepala anak mereka @ tak nak buang rambut yang tumbuh dari dalam perut tu... yela, rambut baby yang baru lahir ni kan cantik... lembut je... tapi tu la, takkan semata2 sayangkan rambut kita tak nak potong rambut kan... sedangkan botakkan kepala baby ni ada kelebihannya... Bab rambut cantik tu tak yah risau... nanti akan tumbuh jugak... malah lebih cantik lagi rambut tu....

Antara kelebihan botakkan kepala baby adalah dapat tingkatkan tahap kesihatan anak2 kita, orang kata rambut yang keluar dari rahim kita tu, rambut "berpenyakit"... ia jugak dapat membuka selaput kepala... kira takdalah nanti kita bersusah payah nak buang apa ek orang panggil... alaa yang kuping2 atas kepala baby tu haa... adehhhh time nak taip ni plak la lupa dah haihhhh.... takpala, u all paham apa yang saya maksudkan kan?... Lagi satu pulak, kalau botakkan kepala ni, dapat mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran & deria hidu kita... Ini antara kebaikan botakkan kepala bayi yang saya tahu la... kiranya botakkan kepala bayi ni bukanlah sekadar suka2 or ikut-ikutan tapi ada kelebihannya... InsyaAllah...

Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 28 comments.. read them below or add one }

Falsya Falsya September 09, 2014
alhamdulillah..tahniah ye ina..;)
Ayu Zan Ayu Zan September 09, 2014
Ooo.bole mtk mak bidan buat rupenya. Suami ayu dok riso.. Nak cukur pale baby nnti lembut kata dia..
lynndamya lynndamya September 09, 2014
Salam, owhhh baru tau kebaikannya mcm tu rupanya..tp klw xtahu pun, mmg akan datang insyaAllah bila turn sy sampai, nak buat jugak, sbb dah macam jadi adat dah..hukum dia pun sunat, so baguslah klw buat kan..hehe
Mila Hilas Mila Hilas September 09, 2014
sy dulu cmtu lah syg nak cukur rambut anak.hehe..sbb comel, lebat..tp masa dia 3bulan tewas jgk sbb xtahan tgk dia mcm rimas je..so bwk pegi kedai cukur pakai mesin hehe..bukan cukur la.potong pendek je
syawalsimpsons syawalsimpsons September 09, 2014
alhamdulillah..sihat tgk dari jauh tu...anak2 sue pon jenis mak sue suke botakkan terus...senang...sejuk kepala tu..bak kata mak..hahahhah
Ibu Fahim Ibu Fahim September 09, 2014
Anak-anak semakin sihat lepas bercukur...In Sya Allah.
Asha Lya Asha Lya September 09, 2014
Owhh begitu plak fhm suda lya.slalu org tak maw gunting tu rambut baby kan padahal byk plak kelebihannya
Maria Firdz Maria Firdz September 09, 2014
Byk kebaikannya .. Dh tu sunnah pula.. Dpaat pahala... Tapi ada org syg pula nk buang...
Haryati Faizal Haryati Faizal September 09, 2014
Alhamdulillah.... kita buat mn yg perlu dl... ank yati yg 3rd aritu pun tak akikah lg...
Nurfaezah Abdullah Nurfaezah Abdullah September 09, 2014
nice entry ^^ waa bertmbh puteri2 akak hehe
azizah :) azizah :) September 09, 2014
bagus kak buat 7hari..mmg ikut sunat..

hakimi dulu nak 3bulan baru botakkan..huu
irrayyan irrayyan September 09, 2014
Kalau famly saya. Anak lelaki botakkan 7x. Hehehe.. Rambut halus, jenuh nk tunggu ada rambut.. Lupa nk ucap tahniah atas kelahiran baby baru. Selamat berpantang
siti zawiah siti zawiah September 09, 2014
tak sabar nak taw nama anak akak..
Sya Nadia Sya Nadia September 09, 2014
Dah cukur botak dah? Skrg nk tunggu umum nama baby je lg.. ;) Sya pulak rasa xsabar..hihi
Sya Nadia Sya Nadia September 09, 2014
Dah cukur botak dah? Skrg nk tunggu umum nama baby je lg.. ;) Sya pulak rasa xsabar..hihi
Puan Kutu Puan Kutu September 10, 2014
anak sy dua2 lahir dengan rambut lurus n cantik,bila dah cukur jadi kerinting dua2.hehe..apa pun byk kelebihannya cukur rambut ni..baru juga tahu sesetengah info tentang kebaikkannya dari ina..:)
Z@i Z@mR33 Z@i Z@mR33 September 10, 2014
ms Aqil br lahir hr tu pon syg nk cukur rmbut dia sbb lebat, hitam bkilat, pnjg dan cntik tp mak ckp rmbut dlm perut rmbut penyakit tu yg cukur.

x smpai 3 hr cukur dh nmpk ijau2 rmbut nk tumbuh & skrg dh 6 kali potong pendek rmbut Aqil dlm ms 10 bln =)
tifa anvar tifa anvar September 10, 2014
ikut adat famly saya kami cukur rambut ank sekurang2nya 7kali smsa dia baby.
Nora Karim Nora Karim September 11, 2014
Rambut anak akan tumbuh cantik lps kita cucur.. so tak perlu risau pasal rambut cantik ke idak.. hehe
Nora Karim Nora Karim September 11, 2014
Rambut anak akan tumbuh cantik lps kita cucur.. so tak perlu risau pasal rambut cantik ke idak.. hehe
Ema Johari Ema Johari September 11, 2014
akak tak pernah cukurkan kepala anak sehingga botak masa dia baby...
ros_reeza ros_reeza September 12, 2014
yup. setuju.. banyak kelebihannya kan kak ;)
Mimi Azirah Mimi Azirah September 13, 2014
mencukur rambut byk kelebihannya n kebaikannya
Sya Mimie Sya Mimie September 14, 2014
Insyaallah nti bby lahir nk jgk buat mjlis ckur jmbul. Then botakkn bby..
Aisy Nasiha Aisy Nasiha September 15, 2014
Bila nak umum nama baby baru ni? Tak sabar nak tahu ni..
Fiza Rahman Fiza Rahman September 15, 2014
Banyak kelebihannya yerp.
Afiffuddin Afiffuddin January 20, 2015
Memang banyak kelebihan cukur rambut bayi ni, salah satunya cepat tumbuh dan untuk kebersihan.