Memuatkan ...

Balik kampung...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Balik kampung ho ho ho balik kampung.. hati girang... ;-) yuhuuuuuu memang hati saya girang pun... yabedabeduuuuuuuuu yippiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....... Petang ni after my dear balik dari kerja, kami 3 beranak akan balik kampung saya.. heheee Seronoknya rasa hati.. dah 2 bulan tak balik kampung... ;-)

Normally kami akan balik kampung my dear (parit buntar) sebab dekat je dengan sungai petani ni.. Kampung saya pulak takdala jauh sangat pun tapi jauh la jugak kalau nak dibandingkan dengan parit buntar.. hahha Rumah parent saya ni dekat chemor... ;-)

Kami akan stay dekat sana maybe sampai hari ahad.. so, blog ni pun akan di update dari sana la jugak..hihii.. terlanjur cerita pasal kampung ni.. saya teringin la pulak nak cerita serba sedikit pasal diri saya.. heheh

Sebenarnya saya ni dilahirkan dan dibesarkan di negeri Terengganu.. dekat Kuala Ibai berdekatan dengan masjid terapung.. My mum memang asal orang Terengganu.. Saya bersekolah pun kat sana jugak.. Sekolah Rendah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai & Sekolah Menengah Sultan Sulaiman.. ;-)

After SPM saya continue study dekat Kuantan.. Ohya, ketika saya study dekat Kuantan tu la, family saya berpindah ke Chemor, Perak.. Tu pun pasal my dad kena transfer kerja.. Tapi my dad suka la pindah Perak sebab itu adalah negeri kelahiran dia.. kiranya my dad ni "balik kampung" la selepas puas merantau di negeri Terengganu.. *siap jumpa isteri tu kat sana..haha*

Haaa teringat balik pasal seorang member saya pernah gelarkan saya ni orang TERAK.. nak tau kenapa..?? hehhe (My mum) TErengganu + (My dad) peRAK = (saya) TERAK... hahahha geliga kan otak membe saya tu.. heheh

Kiranya saya ni dibesarkan di Terengganu, study kat Kuantan, Kahwin dekat Perak, Last sekali menetap kat Kedah... huhuu Aik, baru 4 negeri ke saya menetap..? sikit je rupanya ek.. hihii.. Ohya, walaupun saya dah pindah dari Terengganu tapi setiap tahun saya akan balik jumpa family2 sebelah my mum dekat sana.. So, for this year, raya nanti akan balik Terengganu... horrayyyy .... I like it.. ;-)

Alisha di pagi khamis

Pagi ni alisha bangun awal.. ehh, memang sebenarnya alisha sekarang ni sentiasa bangun awal pun.. sebelum abah dia pergi kerja, dia mesti bangun.. Ni mesti kes nak suruh abah dia kiss dia juga sebelum pergi keje ni.. dengki kat ibu la tu.. muahhahah ;p

Macam biasa la saya, pagi2 akan buka komputer.. buka facebook & blog pojaan ni.. hihii.. Tengah2 saya guna komputer tu, si alisha ni duk la main sorang2 jap.. Dalam tengah2 dia main tu, sekali saya pandang.. Alisha tengah duduk.. heheh

Sebenarnya takda apa pun yang u all akan kesahkan dengan alisha ni duduk kan.. biasala kan.. Tapi saya sebagai ibu alisha ni kesah la sikit.. sebab tu perkembangan terbaru alisha.. hehhe Saya dah perasan 2 3 hari alisha try duduk macam ni tapi baru pagi ni dapat snap gambar dia.. ;-)

2 hari yang lepas (29/03/11).. kesian dekat alisha.. dalam2 dia berusaha nak buat gaya macam tu, dia boleh terjatuh ke belakang.. menangis la dia jawabnya... *sabar ya sayang.. sementara nak teror memangla macam tu.. * ;-) Alisha ni pandai, sebelum dia duduk macam tu, dia akan buat gaya merangkak lepas tu tangan dia memegang apa2 je la untuk support dia.. bila dah stabil... taraaaaaa dia lepas la tangan... hihiii

Perkembangan alisha memberangsangkan.. umur nak masuk 6 bulan dah pandai merangkak *walaupun setapak dua.. hihii*.. nak masuk 7 bulan dah makin pandai duduk.. tak lama lagi jawabnya berdiri la anak ibu ni pastu berjalan.... horrayyyyy ibu tak payah lenguh2 dukung alisha lagi.. muahahaaa.. tapi sebelum tu, ibu akan dukung puas2 la.. sebagai kenangan di masa tua.. hahahhahahh boleh gitu?... ;p

Alamakkk terlupa.. macam biasa la, mesti ada gambar alisha kan.. nanti senang la u all nak imagine macamana gaya duduk alisha yang saya ceritakan ni.. hehheh Lagipun nanti alisha dah dewasa mesti dia pun nak tengok gambar2 dia ni.. hihiii


 Alisha berusaha menstabilkan diri


 Yeah!! dah berjaya.. siap berlagak lepas tangan tu.. muahaha


"Tengok ni ibu, alisha siap boleh cun kan posture badan.." hihii

Alisha.. alisha... ibu sayang sangat sama kamu ;-)

Deco Deco Beng Beng Boong !


Blog abang Ben buat segmen Deco Deco Beng Beng Boong la... Saya nak join jugak..hihii segmen ni abang ben buat khas untuk blogger2 baru macam saya ni haa... baru je 2 bulan bergelar blogger... heheh ;-)

Meh la kita sama2 memeriahkan segmen ni.. Cepat2 tau.. tarikh tutup malam ni..!!  So, sesiapa yang nak join tu.. klik je dekat link ni..WWW.BENASHAARI.COM 

Gelak tawa si manja lagi..

Sebelum ni saya pernah cerita yang saya sanggup bangun awai2 pagi semata2 nak upload video alisha dekat fb pa&ma kan.. sebab nak join peraduan Gelak tawa si manja kan.. Tarikh tutup untuk klik "LIKE" dekat video alisha adalah esok.. 31/03/2011...

So, sejak tu, saya selalu la pergi follow info dekat wall fb pa&ma.. Nak dijadikan cerita, semalam pukul 5 petang saya baca la info suruh pergi tengok dekat senarai nama peserta peraduan tu.. Sekali pergi tengok, rasa nak tercabut jantung saya.. nama alisha takda..!!!! waaaa tak senang hati saya dibuatnya... Yela, pa&ma tu bagitahu penyertaan alisha diterima tapi takda pulak dalam list.. huhuu Cuak sehhh..!!

Lepas baca info tu, saya tengok jam dekat komputer dah pukul 5:04 petang..*sedikit kecewa sebab dah terlepas waktu pejabat* saya cepat2 pergi hantar emel kat pa&ma.. tanyala kan kenapa nama alisha ni tak tersenarai sedangkan semua syarat telah dipatuhi.. Time ni saya rasa macam nak cepat2 je esok pagi sebab nak tengok apa yang pa&ma balas.. *melampaukan saya* hihii

Lepas dah hantar mesej tu, memang saya rasa tak senang nak duduk la.. asyik terfikir je.. dahla, malam sebelum tu, saya & my dear pergi hantar mesej kat kengkawan game "Top Gun" my dear mintak tolong klik "LIKE" alisha... Dari petang sampai pukul 12 lebih tengah malam tau..!! *Thanks ek My dear tolong isteri kamu ni.. sayang kamu lah... muaahh* opsttt sebenarnya lepas dipujuk rayu barulah my dear ni tolong.. yela, peraduan biasa2 je tapi saya ni beria badak.. hahaa

Dengan takdir Tuhan, pukul 5:20petang tu jugak dapat emel dari pa&ma.. Dia cakap sorry sebab dia dah terlepas pandang video penyertaan alisha tu.. So, dia dah masukkan nama alisha dalam list... muahaha Alhamdulillah..!!! lega rasa hati ini.. hihii takpala, dah terlepas pandang, nak buat macamana.. adat la tu.. manusia bukannya perfect kan.. ;-) Yang penting penyertaan alisha dah pun diterima.. hihii

Tomorrow last date, so kita tunggu je la samada alisha terpilih or tak diantara 5 orang pemenang tu.. hihiii Untung2 dapat hadiah tajaan Tommee Tippee & Baby Bjorn.. Puhh kiri  puhh kanan.. bagilah alisha dapat hadiah tu... *ibu alisha ni yang terlebih excited sebenarnya*.. muahahahaaa..

Najis Baby

WARNING!! kepada sesiapa yang tak boleh tengok najis, sila hentikan pembacaan anda.. hehhe :-) Saya tak kisah pun tengok najis ni.. memang hari2 saya duk menilik najis alisha pun.. hahha Saya rasa semua ibu2 pun selalu perhatikan najis baby masing2 kan.. yela, dari najis tu la macam2 kita boleh detect.. samada sembelit ke cirit birit ke & lain2..

So, pada ibu2 yang tak kisah macam saya.. meh la kita tengok makna2 di sebalik najis anak kita.. hahha.. Saya ambil maklumat ni dari laman web babycenter tapi saya dah translate la.. Translate pun ikut pemahaman saya ye u all.. maklumla, saya bukan terror sangat english ni... muahhaha


Najis baby baru lahir : mekonium
 
Najis baby yang baru lahir, kita panggil dia mekonium.. najis ni berwarna hitam kehijauan, dia macam melekit2 sikit la.. Teringat masa alisha dulu, najis dia pun lebih kurang macam ni la.. satu hari entah berapa kali berak pun tak tau la.. tak larat nak kira..time tu kat hospital, bukan basuh pun, main lap je dengan tisu..hahha *tisu khas untuk tujuan tersebut yer.. ;p*

Ohya, sebenarnya mekonium ni adalah benda2 yang berkumpul dalam usus bayi kita semasa kita hamil.. komposisinya adalah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion.. Mekonium  ni juga petanda yang usus anak kita tu berfungsi dengan bagusla.. That y, selepas anak kita lahir kat hospital, nak kena bagi mereka berak dulu baru boleh balik rumah.. Alisha dulu, pagi lepas bersalin terus dia berak.. usus yang bagus alisha ni.. hahaa
Tapi selepas sehari atau dua hari, bila anak kita minum susu dengan bagus dah & semua mekonium tu dah dikeluarkan, warna najis akan menjadi hijau kecoklatan, lembut dan berbiji sebelum menjadi lebih kekuningan.


Najis bayi yang menyusu badan
 
Jika kita menyusukan baby kita secara eksklusif *susu badan yer..*,
najis bayi kita akan berubah menjadi kuning cerah atau mustard dan berbau manis. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala berbiji atau berkental.
Biasanya najis akan bertukar jadi macam ni selepas 2 3 hari dilahirkan.. Ohya, Kolostrum dari “susu pertama” kita tu sebenarnya bertindak sebagai laksatif, ia membantu menolak mekonium keluar dari sistem baby kita.. itu yang pentingnye penyusuan awal ni.. lagipun kolostrum ni bukannya lama pun ada kat kita.. 


 Najis bayi yang minum susu formula
Bagi baby yang minum susu formula ni, najis dia akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan, ala2 peanut butter gitu.. haha sisa susu formula ni akan buat najis anak kita kelihatan lebih terbentuk berbanding baby yang diberikan susu badan. Ini disebabkan oleh susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya seperti susu badan. Selain tu, najis mereka jugak akan berbau lebih tengik, seakan-akan najis orang dewasa.

Biasanya, baby yang diberikan susu formula ni, seelok2nya buang air besar setiap hari untuk merasa selesa, selain itu, najisnya juga lebih besar. Tapi kalau najis anak kita tu duk menetap lagi lama dalam usus, lagi keras la jadinya dan lebih sukar untuk dikeluarkan, sehingga membawa kepada sembelit.


Najis bayi yang diberi zat besi
 
Jika kita bagi bayi kita suplemen zat besi, najis mereka akan berubah menjadi hijau gelap atau hampir hitam. Tapi jika najis bayi kita jadi macam ni sedangkan dia tidak mengambil suplemen zat besi, cepat2 la kita bawa mereka jumpa doktor..!!



 Najis bayi yang mula makan solid food

Bila baby kita dah start makan solid food, najis sudah tidak mudah dibersihkan atau berbau manis seperti sebelum ni. Dengan makanan pejal, apa yang anak kita makan, akan keluar dalam bentuk yang agak sama. Contohnya, apabila kita bagi mereka makan carrot yang dipurikan, najis mereka juga akan bertukar kepada warna jingga cerah. 

Selain itu juga, apabila bayi kita mula memakan pelbagai jenis makanan, najisnya akan menjadi lebih pekat, gelap dan berbau. Kiranya ia lebih cenderung kepada warna coklat atau coklat tua dan tebal dari peanut butter tapi masih lembik.  




 Najis bayi dengan sebahagian makanan dicerna
 
Kadang-kadang najis bayi kita akan terdapat sisa2 makanan di dalamnya atau diwarnai dengan warna seperti merah, oren, atau biru tua. Kita sebagai ibu ni jangan bimbang kerana hal ini terjadi disebabkan hanya sebahagian makanan dicerna atau perjalanan begitu cepat melalui usus dan makanan tu tidak banyak waktu untuk benar2 dicerna *harap2 u all faham dengan ayat ni*. Selain tu, ia juga terjadi disebabkan oleh baby kita tidak menguyah makanan lama2, cepat sangat nak telan.. hihii

Tapi kita juga perlu bimbang jika najis baby kita jadi macam ni lama sangat.. time tu kita cepat2 la bawak mereka pergi jumpa doktor. Doktor akan memeriksa untuk memastikan usus baby kita menyerap makanan dan nutrisi dengan betul.
 

Najis bayi yang cirit-birit
 
Cirit-birit ni terjadi apabila terdapat jangkitan seperti gastroenteritis, mengambil terlalu banyak buah-buahan atau jus, mula tumbuh gigi, memakan ubat, kesensitifan atau alergi terhadap sesuatu makanan... jika terlalu lama cirit birit tanpa dapat rawatan, ianya boleh menyebabkan dehidrasi

Tanda2 cirit birit ni termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi kita..

Cirit-birit akan sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika tidak, dapatkan pemeriksaan doktor. Ibu2 selalunya beranggapan bahawa puncanya ialah susu formula bayi, tetapi sebelum menukar kepada jenama lain, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan tidak terdapat sebarang punca lain.


Najis bayi yang sembelit
 
Jika najis baby kita kelihatan seperti kerikil kecil, dia mungkin sembelit.
Ianya bukan setakat baby kita terpaksa meneran semasa membuang air besar sehingga muka bertukar menjadi merah cerah tapi ianya juga melibatkan simptom lain seperti kesukaran membuang air besar, sakit abdomen dan senak perut, ketidakselesaan dan kadang-kala didapati najis bercampur darah. Ini mungkin disebabkan oleh fisur dubur (rekahan kecil pada dubur) akibat najis yang keras 

Baby yang diberikan susu badan tidak selalu mengalami sembelit berbanding dengan baby yang diberikan susu formula, sebab susu ibu mengandungi nutrien yang menyebabkan najis mereka menjadi lembut.
 
Jika baby kita menghidapi sembelit bawalah dia berjumpa doktor, terutamanya jika terdapat darah dalam najis, supaya dapat diketahui puncanya. Bagi bayi yang sudah mengambil makanan pejal, mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam dietnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikannya buah prun atau buah aprikot yang dipuri

 
Najis bayi yang hijau & berbuih/berlendir

Jika najis bayi kita berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi mendapat terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan.

Ia juga mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah tanda bahawa bayi anda mempunyai kuman dalam perut. Lendir dekat najis tu juga merupakan tanda-tanda jangkitan atau alergi. Jika disertai gejala lain atau ianya berlaku selama dua hari atau lebih, eloklah kita bawa jumpa doktor.

Oleh itu kita kena pastikan yang bayi kita habis menghisap satu breast sebelum menghisap breast yang lagi satu.



Najis bayi yang terdapat calitan darah

Calitan darah dalam najis bayi kita akan berlaku jika dia sembelit sebab peneranan bayi semasa membuang air besar boleh menyebabkan fisur dubur. Namun begitu, elok jika kita mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan ini sebab sebenar dan tiada sebab-sebab lain. 


So, u all, jika terdapat tanda2 yang pelik dekat najis baby kita, & kita pulak tak pasti puncanya kenapa, cepat2la kita bawak mereka jumpa doktor.. ;-)

Ibu tak tinggal la sayang..

Alisha sekarang makin takut saya tinggalkan dia.. takut sangat saya pergi mana2 tak bawak dia.. hahha.. Tapi yang hairan tu, dekat rumah sendiri (sungai petani) dia takda pulak gelabah sangat tapi bila kat rumah orang... perrrghhhh jangan cakap la.. semua orang pun dia tak nak... abah dia pun dia buat tak layan je... hihii alisha alisha... :-)

Macam baru2 ni, masa dekat rumah mak mentua saya, dia tengah main handphone saya *dah jadi harta dia ;p* dengan adik ipar, tapi bila tengok je saya pakai tudung.. si alisha ni dengan pantasnya campak handphone saya pastu cepat2 menyulur ke arah saya sambil menangis2.. maksu dia dukung pun dia taknak... muahahha kalau la u all tengok aksi alisha masa ni mesti tergelak.. hahah Comel sungguh..!!

Selain tu, alisha setiap kali balik kampung, mesti nak ambil masa 2 3 jam baru dia nak dengan orang lain.. siapa nak dukung pun dia taknak.. takdanya dia nak hulur2 tangan dia tu.. tapi bila diagah time tu.. mula la buat gaya malu2 alah dia dia tu.. sekali agah sekali menyondol kat bahu saya ni... hehhe

Tapi saya tak kisah sangat pun sebab saya suker... hahah saya rasa macam alisha ni sayang giler la kat saya.. muahahha *mahunya tak sayang, 9bulan mengandungkan dia*.. Maybe alisha macam ni salah satu sebabnya pasal saya yang jaga dia sendiri kot.. But its more better than baby sitter yang jaga dia kan.. mana satu yang kita nak, anak kita rapat dengan kita or dengan pengasuh dia??... For me, of course la.. saya nak alisha rapat dengan saya... saya sayang giler kat alisha tu... hihii ;-)

Alhamdulillah la setakat ni alisha belum pernah lagi menyusahkan saya.. time dia tidur, time tu la saya selesaikan semua kerja.. bila dia jaga, itulah time saya bermain dengan dia.. yang paling penting adalah kita kena pandai arrange time..

So sayang ibu si Nur Alisha ni.. Don't worry sayang, ibu takkan tinggalkan kamu.. Ibu tak sanggup pun pergi mana2 tanpa kamu.. kamu mesti sentiasa ada di sisi ibu tau..! ;-)

Berkhatan

Berkhatan @ bersunat.. Kalau berkhatan bagi lelaki ni dah biasa sangat kita dengar... tapi kalau bagi perempuan ni, jarang2 pulak kita nak dengar orang berceritakan.. hihii Saya ni pun, bila saya dah bersekolah tapi tak berapa nak pasti samada sekolah rendah or menengah.. baru saya tahu yang saya ni pun pernah kene khatan masa kecik2 dulu.. hahah Ingat ke lelaki je kene khatan... *So, parent perlu bercerita kat anak2 perempuan yang mereka pun kene sunat..hihii*

Anak saya si Alisha ni, dia kene sunat pada 21/01/2011, umur dia dah nak masuk 5 bulan time tu.. tu pun pasal mak saya tanya yang alisha tu dah bawa pergi sunat ke belum.. Alamakkk saya ingat ke baby girl nak kena sunat bila dah besar sikit.. macam umur 2 3 tahun ke.. rupa2nya bila saya baca2 balik, kita disunatkan untuk khatankan anak kita ketika berusia 7 hari or 40 hari.. Huhh

So, saya & my dear apa lagi, cepat2 la bawa alisha pergi klinik Dr. Rabiah untuk khatankan alisha.. Sebelum bawa alisha pergi khatan, saya tanya ibu2 yang dah khatan kan anak mereka.. macam2 saya tanya.. sakit ke tak? anak menangis ke tak? nak kencing pedih ke tak? banyak ke kene potong?.. Hahhah risau giler saya ni.. si alisha rilex je.. muahahah

Jangan tak tahu, bukan setakat ibu2 je saya tanya, doktor tu pun saya tanya... hahah.. U all nak tahu, betapa baiknya anak saya ni.. time dia kene khatan tu, sedikit suara pun tak keluar dari mulut dia, jangan kata "uuuuwwwaaaaaaaaaaaaaa".. "ek" pun takda.. Badan sikit pun tak bergerak... betoi2 menyerah diri la si alisha ni...hahha Good Girl..!!

Selepas doc potong sedikit isi alisha tu.. doc letak kapas.. alaa darah tak banyak pun.. macam biasa je.. macam baby selalu kene inject tu la.. Alisha is a cool girl..!! Ibu dia je yang gelabah... hihii

Ohya, untuk pengetahuan jugak, sebenarnya tujuan untuk khatan ketika masih kecil ni sebab kesakitan dia tu kurang dirasai.. Selain tu, takut nanti baby akan banyak gerak.. kang tak pasal2 nak potong yang lain tapi terpotong yang lain.. huhuu *bayangla macamana kita nak pakaikan pampers pada anak yang dah pandai meniarap* so, sebelum baby kita pandai meniarap.. cepat2la bawa mereka pergi berkhatan.. :-)

Dari apa yang saya tahu, kebaikan berkhatan bagi perempuan ni adalah untuk menstabilkan syahwat.. selain tu, ia jugak untuk membersihkan "tuttt" ;-), menambahkan lagi kemesraan ketika melakukan "hubungan" suami isteri dan macam2 lagi la...

New Blog..!!!

Bila dikira2 rupanya dah 3 GA + contest yang saya join.. hihii Tetiba pulak rasa makin seronok join semua ni muahahaa.. 

So, bila dipikir2, rasanya saya patut buka satu lagi blog khas untuk GA & contest *macam biras saya dah buat*.. kih kih kih.. bukan apa, nanti blog IntaNBerliaN ni berkecamuk la pulak.. dah bercampur aduk dengan cerita anakanda beta tu.. ececee.. hahaa..

So, u all, jadi la follower saya kat blog baru saya tu yer.. kalau saya ada join contest or apa2 GA, senangla saya nak tag u all nanti.. hihii

Alamakk terlupa.. klik sini yer untuk pergi dekat my new blog... just for any GA & contest.. hihii

GA - Senyuman Si Cilik


Alahaii geramnya tengok baby kat atas ni senyum kan... comel... hihii Ni yang buat saya lagi excited nak join ni.. nak letak jugak pic alisha ni tersenyum.. hahah

Gambar Alisha ni di ambil khas untuk join GA ni... *excited maa..* hehehe... So, kira senyuman ni alisha tuju khas untuk ibu khalish ;-)

Nama Ibu : Noorzarina Binti Ahmad Tazari
Nama Anak : Nur Alisha Binti Mohamad Sukri
Tarikh Lahir : 05/09/2010
Umur : 6 bulan 3 Minggu

So, pada siapa2 yang nak join, klik je sini.. Ohya, tarikh tutup 14/04/2011 @ 4:00 petang.. Saya tetap nak tag ibu Idlan :-)

Contest Anakku Menangis Comel


Comel kan gambar baby kat atas ni nangis.. ternampak gigi dia.. hihii.. saya memang suka join contest yang berkaitan dengan baby2 or anak2 ni.. Al-maklumla.. saya pun ada baby.. baru 6 bulan 3 minggu memegang gelaran sebagai seorang ibu kepada Si budak kecik, Nur Alisha Binti Mohamad Sukri.. ececcecece hihii

Saya amat teruja untuk join contest mamaemacyg tapi tak tau la bagi orang lain gambar alisha menangis ni comel or tak kan.. tapi bagi saya comel la.. hihii alaa semua ibu2 akan cakap anak mereka comel kan + baby2 memang semua comel2...!! ;-)


 Alisha ketika berumur 6 bulan 2 minggu

Alisha ketika berumur 3 bulan

Tadaaa.. ini lah gambar alisha.. Ohya mamaemacyg saya tak pasti la awak boleh terima ke tak saya letak dua keping gambar alisha ni.. sebab gambar yang masa 6 bulan 2 minggu tu, muka tak fokus sangat & yang 3 bulan tu pulak macam kabur2 la pulak.. huhuu tapi takpala.. menang or tak, janji saya tetap join contest ni sebab saya sangat2 berminat.. hehhe  
 
Nama baby : Nur Alisha Binti Mohamad Sukri
Umur : 6 bulan 3 minggu
Nama Bapa : Mohamad sukri Bin Harmin
Nama Ibu : Noorzarina Binti Ahmad Tazari
 
So, siapa2 yang nak join contest ni boleh la klik di sini, tarikh tutup 01/04/2011.. so, saya nak tag

Setiap hari adalah hari terakhir..

Setiap hari adalah hari terakhir..?? huhuu tajuk kasi gempak.... hihii Dulu saya pernah dengar ayat ni dari pasangan yang dah lama kahwin.. kira golongan warga emas la kan... tapi tak ingat dekat mana.. dah lupa sebab dah lama sangat.. zaman2 anak dara dulu... sekarang ni dah zaman ibu orang.. muahahha
Saya sangat bangga dengan pasangan warga emas ni.. yela, mereka dah tua tapi tetap jugak romantik.. tak macam kita yang muda2 ni.. kadang2 tak romantik sangat pun... *wink wink*.. Antara petuanya, mereka amalkan ayat ni la.. "setiap hari adalah hari terakhir"..

U all faham ke ek... emmm maksudnya macam ni lah lebih kurang... setiap hari setiap jam setiap saat setiap detik kita bersama insan tersayang adalah hari2 yang terakhir.. yela, mana nak tahu kan.. tiba2 la, pasangan kita tu, meninggalkan kita untuk selama2nya.. contohla, hari2 lain kita tak pernah pun marah dekat pasangan kita tu tapi satu hari tu kita marah dia... tiba2 pulak pasangan kita tu tinggalkan kita selama2nya.. tak ke kita akan rasa menyesal tak sudah... So, bila kita bayangkan setiap hari adalah hari terakhir.. secara automatik kita tak sampai hati untuk melakukan sesuatu yang buat insan2 tersayang tersinggung... tak kira la, suami ke isteri ke emak ke abah ke abang ke adik ke kakak ke... janji mereka2 adalah insan2 yang tersayang dalam kehidupan kita..

Sejak dari saya dengar ayat ni la saya dah tanam dalam hati, kalau saya kahwin satu hari nanti.. saya pun nak jadi macam mereka.. :-) Sebab tu, setiap kali my dear nak saya masakkan sesuatu, sekalipun saya malas tapi saya tetap masak... yap, mulut saya kata malas tapi hati saya tak... saya tetap ikhlas masak untuk my dear... lebih2 lagi kalau my dear cakap dia teringin nak makan.. heheh *macam mengidam jer* ;p

Selain tu, dengan adik perempuan saya pun sama.. dulu sebelum kahwin kalau dia mintak tolong sesuatu, kalau saya kata malas tu, kira malas betul la.. tapi tidak lagi sekarang.. kalau dia tanya or mintak tolong, saya akan cuba tunaikan jugak.. 

Saya rasa mungkin ini adalah salah satu naluri seorang ibu yang dikurniakan Allah.. seorang yang penyayang, tak pernah sampai hati untuk melihat anaknya bersedih & yang sewaktu dengannya la.. emm, adik saya pun ada ibu, my dear pun ada ibu, saya ni pulak seorang ibu.. seorang ibu itu pulak, akan cuba tunaikan segala kemahuan anaknya.. so, secara tak langsung saya pun akan tunaikan kemahuan orang2 yang tersayang ni.. :-)

Ayat ni bagi motivasi kat saya untuk menjadi isteri, ibu, anak, kakak yang baik.. :-) Saya sesekali tak sanggup kehilangan insan2 tersayang di dalam kedaan saya tak tunaikan permintaan mereka... macam.. "alaa kesiannya, dia tak dapat bla bla bla.."....  nanti sepanjang hayat saya akan rasa terkilan... I'll do my best!!! So, u all, janganlah kita lukakan hati insan2 tersayang.. menyesal kemudian dah takda makdanya... ;-)

"Giveaway - Saya Nak Rasa Coklat Sweet Cottage"


Saya nak join GA ni sebab nanti boleh dapat coklat... hehee.. Saya suka coklat, adik saya pun suka... adik ipar pun suka jugak.. so, kalau saya adalah kakak yang bertuah untuk dapat coklat ni, nanti boleh la saya berkongsi dengan adik2 saya ni.. hihii..

Selain tu, ni adalah 1st GA yang saya join... :-) semuanya pasal saya tengok coklat2 yang sedap dalam blog stormz-iylia & Sweet Cottage

So, siapa2 yang berminat nak join GA ni, boleh klik kat blog stormz-iylia & sweet cottage or klik je sini.. selain tu, saya jugak nak tag :-

Gelagat Alisha & Pesanan

Alisha sekarang macam2 perangai macam2 lagak macam2 aksi macam2 gaya... semua tu adalah pengubat hati saya... saya sangat2 gembira 24 jam dapat bersama dengan alisha.. keletah dia mencuit hati... saya & my dear always gelak sakan tengok gelagat dia... hahha.. dengan senyuman dia yang manis tu.. dengan suara dia yang nyaring tu.. dengan rengekan dia yang manja tu... adusss sooo sweet... ;-) 

Setiap saat bersama alisha adalah saat yang terindah buat saya.. Salah satu moment yang saya suka, biasanya kalau saya buat kerja rumah, my dear akan pegang alisha or main2 dengan dia.. kadang2 bila dah puas main, alisha pun menangis la... yang paling buat saya suka tu sebab dalam keadaan alisha menangis tu, dia boleh tersengih lebar sambil gerak2kan tangan & kaki  seolah2 gembira sangat melihat saya, macam dah setahun tak jumpa..hahha.. bila saya hulur tangan, dia pun cepat2 balas huluran tangan saya tu... so clever la my baby nih!!.. But it's ok.. because ini adalah salah satu perkembangan baby.. "mula merasai kecemasan apabila ditinggalkan dengan orang2 yang terdekat dengannya"... kalau ikut carta perkembangan bayi, kira alisha ni in advanced sikit laa.. sebab umur 5 bulan aritu dia dah mula risau takut ditinggalkan ibu dia... hihii *don't worry sayang.. ibu takkan tinggalkan kamu*

Semalam saya ada main2 dengan alisha.. kira ala2 macam main menyorok la.. tapi saya tutup lampu bagi gelap.. masa tu saya dekat ruang tamu, lampu semua dah tutup kecuali lampu toilet dalam bilik tidur.. tapi tu pun, still buat keadaan rumah gelap lagi la... kira kalau kita orang besar ni, tergagau2 la jugak nak berjalan... hihii

Bila saya tutup lampu, saya ingat ke alisha akan menangis la.. yela, dah gelap & dia sorang2 pulak tu *sebenarnya saya ada kat sebelah dia tapi sebab gelap dia tak nampak sangat*.. tapi dia langsung tak menangis.. & dalam keadaan dia meniarap tu, dia pusing kanan pusing kiri pusing belakang sambil mengeluarkan bahasa dia... mungkin alisha cakap... "kenapa tiba2 gelap, mana ibu ni?".. hahhahha *faham betol saya bahasa alisha ;p*..

Saya kat sebelah dia ni asyik memerhatikan dia... tiba2 dia terpandang ke arah saya... & so surprise.. dia nampak saya.. lepas tu, dia dengan lajunya menyulur ke arah saya sambil mengeluarkan suara2 yang happy.. mesti dia cakap "horrayy, alisha dah jumpa ibu"... hahahaahh Ibu sayang kamu sangat2 la alisha oiii..... kamu ni sangat lah pandai..comel je gelagat kamu!!! muahahhah

See, how can i say yang saya ni bosan duduk rumah??.. saya tak bosan duduk rumah sebab dapat main dengan alisha.. hehhe saya dapat didik & asuh dia sendiri.. :-).. kalau bercakap bab alisha ni macam2 nak cerita tapi jom la kita layan aksi2 alisha di rumah,.. hehe


 Gaya Alisha menonton video Kumpulan Alif.. excited tengok video.. mendongak pun takpa la.. janji dapat tengok.. mandi pun belum lagi tu... hihiii baru bangun tidur terus tengok video.. :-)


 Hahhahhaha saya rasa alisha ni ada bakat jadi macam saya la... "banyak cakap".. opsttt bukan banyak cakap tapi peramah... muahahha.. tengokla mulut alisha yaang muncung tu... macam orang2 tua tengah bergosip... muahahhahah


 Haa gambar ni, time saya tengah buat kerja tapi bila sekali pergi jenguk alisha, dia dah ada atas penimbang, saya cepat2 ambil gambar.. hihii.. Alisha pun sibuk nak timbang berat dia jugak.. ni mesti kes asyik duk tengok ibu & abah je timbang... dia pun teringin jugak... hahah kamu tu kurus je anak oiii... slim & tall... heheh



Dua keping gambar ni saya paling suka.. tengok la gaya alisha tu.. pandai tak pandainya dia meniru aksi abah dia... abah dia tengok tv sambil baring gaya macam tu, dia pun nak baring gaya macam tu jugak... macam orang besar dia ni.. hihii tapi sangatla comel.. gaya orang terpelajar je... *tiba2* hahah



Ni pulak gaya alisha atas tempat enjut dia.. macam2 gaya la si alisha ni.. lukisan atas tempat enjut dia pun, dia berkenan... atas ni pun dia boleh meniarap.. berpusing2... hahha


Alisha ketika bermain dengan abah dia... ditindih oleh bantal2... yang best tu, alisha takda nak menangis pun... suka lagi adala... hahaa *its normal la kan.. budak2 memang suka bermain, so kita sebagai parent, rajin2 la bermain dengan anak kita, ia bagus untuk perkembangan otak anak kita.. little precious* ;-)


 Ni lagi satu perangai alisha... pantang tengok ibu & abah dia baring depan tv.. rajin je datang menyempit... manja la tu konon... hihii tiba2 je datang kat kita, lentokkan kepala dia dekat bahu kita, tak pun dekat dada kita... ;-)

 .
Hihii gambar ni macam berlagak je... *hallooo i pakai headband okay!!* hahaa.. dengan dia bulatkan mata dia.. dengan dia ketip bibir dia tu... ishhh anak ibu ni... pandai sungguh.. tapi dah besar jangan sombong2 tau... jadi peramah macam ibu *ayat perasan ;p*


 Ini aksi alisha yang tersengih kegembiraan selepas bermain Peek A Boo dengan ibu dia ni la... hihii Alisha memang sangat2  suka main Peek A Boo ni... suka sampai mengekek2.. hahha.. U all pun main  la dengan anak u all jugak.. Alisha ni saya dah ajar dia main Peek A Boo start dari umur 2 bulan lebih kot.. dah lupa la..tapi yang pasti, time tu, dia macam tak berapa nak faham pun.. tapi bila kita selalu main dengan dia.. dia faham la permainan ni.. sekarang ni, siap alisha pulak yang tutup muka dia dengan kain pastu dia jugak yang bukak... hahhah... comel3... hihii


Manja tak manjanya anak saya ni.. tengokla tu.. melentok kepala dekat bahu saya.. time ni baru lepas bangun dari tidur.. tu yang muka tak semegah tu... muahahha


Aksi alisha kesukaan dapat menggigit puting botol dengan dipegang oleh kedua2 belah tangannya...hahahha.. 1st time bagi dia pegang botol susu.. dia suka la.. tiba2 pulak ibu dia bagi keizinan kat dia untuk masuk benda dalam mulut.. hahha.. ni botol susu kosong je pun.. mula2 letak air masak tapi dia macam tak berapa pandai nak hisap so, saya pun buang air tu.. pastu bagi je la kat dia untuk main2.. tu yang happy sangat tu.... hahah

Alisha, ketahui lah sayang.. betapa ibu sayangkan kamu.. setiap saat bersama kamu, akan ibu ingat sampai akhir hayat.. InsyaAllah, ibu akan jaga kamu sebaik yang mungkin.. kamu adalah salah satu anugerah dari Tuhan yang tak ternilai untuk ibu.. Alisha.. ibu & abah besarkan kamu dengan penuh kasih sayang.. Semua orang sayangkan kamu..!!

Pesan ibu, apabila kamu besar nanti, jadilah anak yang solehah.. andai kata kamu berjaya dalam hidup, jangan mudah lupa diri, jangan sombong.. ingat asal usul kamu..  Tolong mereka2 yang di dalam kesusahan.. Alisha, ibu dan abah banyak berkorban untuk kamu, bahkan semua ibubapa akan melakukan pengorbanan untuk anak mereka.. Kamu perlu tahu sayang, kami tak pernah mengharapkaan balasan harta benda dari kamu untuk membalas pengorbanan kami.. tapi cukuplah sekadar sedekahkan doa untuk kami... Andaikata satu hari, kami tiada lagi, sedekahkanlah ayat2 suci Al-Quran untuk kami.. kerana salah satu yang kami akan "bawa" nanti adalah doa2 anak yang soleh & solehah...

Rusk Heinz + toys

Hari Jumaat baru ni saya keluar pergi Tesco.. Niat nak cari sosej Ramly, yang lembu punya... sedap ooo... tak tipu punya, u all boleh try... saya & my dear, dah jatuh cinta pada kunyahan pertama sosej ni... muahahha...

Selain tu, saya belikan alisha rusk jenama heinz nak bagi dia try makan.. but this rusk just for when we go out to shopping2.. hahha.. yela, mana la tau kan, time keluar tu, saya dengan my dear makan, tak ke kesian kat buah hati saya tu duk tengok je kami makan... *i'm a good mummy coz fikirkan perasaan anak dia* hahah... lagi satu, time2 kami travel ke, adalah jugak kudapan dia...hihii

Kalau kat rumah, i more prefer to homemade la.. arini saya masak ubi kentang untuk alisha, gaya dia makan macam sedap wlaupun saya rasa xsedap..hahah

Saya nak cerita pasal rusk heinz ni... saya beli yang 24 keping, harga dia Rm10 lebih je.. tapi yang buat saya suka tu, dia ada bagi percuma 2 mainan yang berbentuk dadu + ada loceng dekat dalam... mesti alisha suka ni... hihiii

Sampai rumah, saya bagi alisha makan rusk tu... saya tak cairkan pun just bagi macam tu je, niat nya nak tengok reaksi dia & cara dia makan... tapi saya awasi dia la kan.. heheh

Ohya, lagi satu pasal mainan percuma tu... masa mula2 bagi dia main, bukan main suka lagi dia, mainan lama taknak... hahha... tapi yang buat saya so xcited tu sebab alisha makin faham tentang mainan yang boleh mengeluarkan bunyi apabila digoncang.. macam mainan ni pun dia ada loceng dekat dalam tu... mula2 alisha ambil nak masuk mulut dia tapi tiba2 dia terdengar mainan tu mengeluarkan bunyi lepas tu cepat2 dia goncangkan mainan tu... hahhahha... good girl la u ni my sweetheart... ;-)

video

Alisha tengah main mainan baru dia.. she so xcited sampai nak makan.. hahaa ;-)


video

1st time makan rusk... sambil makan sambil tilik rusk tu.. mesti alisha terpikir "Apala yang ibu bagi ni, siap suruh saya pegang sendiri"... muahahaa


 Aksi alisha with the rusk.. Alisha so clever... bila dia pegang rusk guna tangan kiri, saya tegur dia suruh tukar tangan kanan.. so surprise.. dia memang betoi2 tukar tangan kanan.. mula2 ingat kebetulan, tapi bila banyak kali saya tegur & banyak kali tu jugak dia akan tukar tangan kanan... yeayyy anak ibu dah mula faham... hihii

*Dari mula lahir sampai sekarang saya memang didik Alisha dengan "kanan"... samada pakaikan dia pakaian or bagi dia pegang barang*


Seriosly, hati saya sangat2 terusik bila melihat gambar ni... dia menangis, boleh pulak saya pergi ambil gambar... huhhh!!!! alisha suka sangat pergi main bawah tempat enjut dia tu, entah macamana, kaki dia boleh terkangkang (u all boleh perhatikan kaki dia)... masa saya ambil gambar ni, saya tak perasan pun kaki dia + dia takda nangis beria sangat... tapi dah lama2 dia dah tak tahan sangat kot... huhuuu sian anak ibu ni...  Ibu sayang kamu alisha..!!

Gelak tawa si manja

Saya sukerrrr.. hihii sebab finally saya berjaya jugak upload video alisha dekat facebok pa&ma... semalam seharian saya try upload tapi tak dapat2... internet separuh tenat..!! dari pagi sampai malam..huhhh!! malam tu saya siap pasang niat... cewahhh muahaha.. "esok nak bangun pukul 6 lebih pagi sebab nak upload video"... dasyat giler saya ni...hahhah...

Saya terjaga pagi tadi, tengok jam dah pukul 6:30 pagi... cepat2 saya pergi buka komputer & upload... haaaa kan saya dah cakap, pagi2 gerenti senang upload sebab time tu office belum start lagi, so internet mesti akan laju...hihiii... beberapa minit je, video tu dah pun upload.... muahahhaa

Pemenang dikira dengan undian "LIKE" yang tertinggi.. saya pergi tag kawan2 saya nak mintak tolong mereka "LIKE" video alisha ni..hahhah... kata orang nak seribu daya.. kalau tak dapat tempat pertama.. terselit di antara 5 undian yang tertinggi pun jadi la...hehehh
Tarikh tutup peraduan ni 31/03/11.. pemenang akan dapat hadiah tajaan dari Babybjorn & Tommee Tippee.. I like it.. hihiii.. Ohya, sebelum saya join peraduan ni, saya dah berbalas emel dengan sapa entah nama dia tapi kalau kita ada apa2 pertanyaan tentang peraduan ni, kita boleh la tanya dia... saya ni pulak memang dah jenis suka bertanya.. so, saya tanya la macam2... sampai ke saya ada say sorry la kat dia.. yela, takut dia muak tengok emel saya.. hahahaa

Tapi pe2 pun, saya dah "selamat" menyertai peraduan ni... so, kita tunggu la awal bulan depan samada menang or kalah... huhuu Pada siapa2 yang "LIKE" video alisha tu.. terima kasih banyak2 yer... ;-)

United states??

Tadi saya ada buka nuffnang saya.. tu pun selepas mama idlan suruh check.. apa yang saya jumpa adalah.. hahahahhah... betoi2 buat saya rasa nak perasan + berlagak dekat my dear..hahhah *yap, kami memang suka berlagak sesama sendiri* uwekkk ;p.. 

Saya pergi tengok dekat lokasi pengunjung... sekali saya tengok ada dari malaysia & united states... hahhahha sebelum2 ni malaysia je, entah dari mana tiba2 ada united states pulak..huhuu

Sebenarnya saya tak berapa nak faham ni.. lokasi pengunjung tu, maksudnya lokasi orang yang tengok blog kita la kan... so, kalu dia cakap united states tu, maknanya orang dekat united states tengok blog saya la kan.. bukan apa, kalau saya tersalah faham, tak ke buat malu je kat my dear.. yela, konon nak perasan kat my dear, kang tak pasal2 saya pulak yang kena gelak kaw2 punya...hihiii

Pandai masak?

Dulu sebelum saya kahwin, saya selalu terfikir macamana nak kahwin sebab saya tak pandai masak..huhuu.. lebih2 lagi, orang2 lain pun selalu cakap sebelum kahwin "Mesti" belajar masak.. dah la gitu, my mum pun sama... berleter cakap saya ni malas la, tak pandai masak la.. adoiii

Tapi saya buat derkk je suara2 yang berkata2 itu..hahha teruk tol saya ni kan.. bukan apa cuma saya ada pendapat yang tersendiri.. tak pandai masak sebelum kahwin tak semestinya selepas kahwin pun tak pandai masak... Prinsip hidup saya "nak seribu daya, tak nak seribu dalih".. yap, memang zaman2 anak dara saya dulu.. saya tak masak pun.. tapi pernah la masak sekali dua.. tu pun tak menjadi + tak sedap... *sigh*

Dalam tak reti masak tu, tiba2 pulak my dear ajak kahwin... aduihhh mampuih la saya, tak pandai masak.. bukan pe, saya malu la kat my dear, yela, umur time tu dah 26 tahun tapi tak tau masak..huhuu... Boleh pulak bila my dear datang rumah saya untuk jumpa my parent.. my mum pergi cerita kat my dear yang saya ni pemalas la.. tak tau masak la... macam2 la.. takda pujian pun... *my mum tak suka puji anak dia lebih2 tapi belakang saya tak tahu la kan... wink wink*

Walaupun my mum cerita macam tu dekat my dear, tapi my dear tetap jugak nak kahwin dengan saya..hihii.. So, saya pun on je la... hahahh *gatai*..

Bila dah kahwin, mula2 saya mengaku la memang hari2 la kene komen je masakan saya.. tapi lama2.. saya dah reti masak...yipppiiiiii... my dear cakap saya masak sedap..hahahha *sukanya hati saya*.... Tapi sebenarnya jauh di sudut hati, *hahaa tak tahan.. ayat* saya rasa macam tak percaya yang saya dah tahu masak... yela, serius la... tanya la family saya.. sorang pun takkan kata saya reti masak zaman dolu2..

Sebenarnya, sampai sekarang pun sepupu saya tak percaya saya dah reti masak.. bila saya bagitahu yang saya masak vouge2 je.. dia tak percaya.. siap cakap tak sedap la.. nanti sakit perut la.. cirit birit la.. belum cuba belum tau daaa... hihii

So, pada pendapat saya, jika kita tak pandai masak tak semestinya selama2nya kita tak pandai masak.. yang penting kita kene rajin berusaha.. jangan mudah give up.. ;-)

P/s : Sekarang ni time masak adalah salah satu time yang buat saya enjoy sebab itu salah satu cara kita dapat pikat hati husband kita.. ;p

Penyusuan di tempat awam

Kalau cakap bab penyusuan ni, dulu masa mula2 saya lahirkan alisha saya rasa malu sangat bila nak susukan dia kat depan orang..huhu tapi one day tu, saya boleh tengok somebody ni susukan anak dia depan orang selamber jer... so, start dari situ la saya jadi tak kisah susukan alisha walau kat mana sekali pun.. kat kedai makan pun layan je...muahaha

Saya rasa sekarang ni masyarakat dah terbuka sikit *sikit je la yer*dalam bab2 penyusuan ni.. sepanjang saya menyusukan alisha takda pulak saya tengok mata2 serong yang memandang tapi tak tau la kot2 ada yang curi2 tengok kan..hehehhe

Lagipun sekarang ni banyak orang jual cover untuk menyusu badan ni.. tapi saya takda beli pun sebab saya rasa alisha tak suka, dah la alisha ni kuat berpeluh.. nanti bila dia panas, xpasal2 dia nangis pulak..huhuu.. kalau siapa2 yang selesa guna cover tu & anak dia pun suka.. boleh je beli... ;-)

Selain tu, dekat shopping complex yang terpilih pun dah ada sediakan bilik khas untuk ibu2 menyusu ni.. tapi dekat sungai petani ni, tak tahu la pulak saya dekat mana, tak pernah terpandang la pulak...

Normally saya kalau makan kat luar memang cari port yang tersorok sikit..hahaa yela, alisha nak susu senang, sumbat je.. muahaha kalau tempat yang tak berapa nak tersorok tu segan la jugak kan..huhuu.. saya sebenarnya tak kisah sangat pun kalau orang terpandang saya tengah menyusukan anak saya.. lagipun bukannya saya tunjukkan br**st kat mereka kan... tak nampak pun, ter'cover' semuanya..hihii..

Tapi macam si alisha ni alhamdulillah la.. bila dekat luar, dia sangatlah baik... lapar pun takda la nak menangis2 ni.. tetap maintain cun...hahhahha tapi kalau kat rumah, dia lapar.. mula la duk ber 'ek'.. pandai tol si alisha ni jaga kelakuan di hadapan khalayak umum...hihiii

P/s : Salah sorang kawan saya dengan bangganya bagitahu dia start bagi anak dia minum susu WYETH S26 sejak umur sehari


URL..

Yippieeee hooorrrayyyyy yabedabeduuuuuu... hahhahah finally saya dah dapat tukar url blog saya ni... suka ati yang amat... selalu kene 'kutuk' dengan my dear... tapi tidak lagi sekarang because your wife dah boleh tukar url blog dia..hihii

Saya tukar url blog ni semalam (16/03/11)... dah lama nak tukar tapi tak dapat2... last2 baru terfikir nak tanya abang adha.. macam2 dia tahu.. saya tanya dia kat facebook.. dia ni bukan setakat facebook, laman web pun ada, fanpage fb pun ada.. kalau nak tahu pasal kerjaya kerajaan pun dia tahu.. boleh je join homepage dia, nanti dia akan bagitahu kekosongan kerja dekat emel u all.. klik je dekat adha ni..

Ohya cakap pasal cara saya tukar url ni senang je... mula2 pergi dekat setting -> publishing -> blog*spot adress... & u all boleh la tukar url dekat situ.. ;-)

Tapi macam saya ni yang masih tak ramai follower boleh la tukar kot... sebab bila dah tukar nanti, pada sapa2 yang follow kita tu susah sikit nak cari kita, klik2 kat nama kita xdapat2.. hihii lain la kalau kita inform awai2.. lagi 1, dekat nuffnang pun kita kene pergi tukar address blog kita la.. ;-)

Dulu url saya nanieyinthehouse-nanieyinthehouse.blogspot.com tapi sekarang dah tukar jadi ihaveasweetsmile.blogspot.com... *jangan marah yer... bukan saya nak perasan tapi orang kata senyuman saya manis* muahahhahaa ;p lagi satu, saya rasa url ni sesuai digunakan sebab mana la tau if 1 day, alisha pulak nak continue menulis dekat blog saya ni, takdala "pelik" sangat nanti sebab url ni pun sesuai untuk dia...hehehheh

Video

video

Haa ni la video yang saya cakap nak upload tue.. bila upload video ni semata2 laju pulak.. berlagak betul ;p.. emmm or maybe time saya upload tadi internet tenat kot...heheh

So, jom la kita layan alisha berlatih merangkak dengan abah dia..hehhe ohya, kalau u all perhatikan betul2, u all boleh nampak alisha angkat punggung ketika dalam keadaan merangkak.. selain tu, dia jugak angkat tangan sebelah hihiii

P/s : Sorry, kualiti video tak begitu memuaskan.. maklumla, handphone cap ayam.. huhh!

Perkembangan Alisha Part 5

Petang semalam saya tengah cuci pinggan tiba2 my dear yang tengah duduk kat meja makan panggil saya suruh cepat2 tengok alisha... sekali saya pergi tengok.. alisha dah pandai angkat tangan sebelah ketika dalam gaya merangkak... seolah2 "ibu, alisha dah menang juara merangkak paling cepat".. yippiiiiiii anak ibu ni rajin betol berusaha & cepat pulak belajar tu... mana la abah dia tak cakap "alisha ni ikut abah la..pintas tang corner.. sekali dasss semua sapu"... whatever... muahahhaha

Hari jumaat baru ni 11/03/11, alisha dah pandai angkat punggung masa dalam gaya merangkak.. alaa kiranya macam orang2 tua yang sakit lutut bangun dari dalam keadaan sujud... tak ke mereka angkat punggung dulu tapi tangan masih lagi atas sejadah.... ;-) 

Saya rasa macam makin seronok duduk rumah sebab makin xcited nak tengok macam2 lagi perkembangan alisha... dah la dia macam cepat je berkembang sekarang ni & macam2 la gelagat dia yang buat saya tersenyum sorang2, kadang2 sampai tergelak..hehehee... so comel ya.. Rasa macam nak ajak ibu2 yang lain pun duduk rumah jugak macam saya..muahahahha


Ececee macam poyo je anak ibu ni.. tongkat tangan sebelah..heheee love u yaaa... muahhh


Alisha mintak adik??? olololooo sayang ibu ni.. tunggu akhir tahun depan ibu bagi adik yer... hihii Sebenarnya ini adalah salah satu gaya perkembangan motor kasar anak kita tapi cuma orang2 tua je cakap mereka mintak adik... :-)

P/s : Sebenarnya saya nak masukkan video alisha tengah belajar merangkak dengan my dear tapi sebab saiz dia terlalu besar & berjam2 saya try upload tapi xberjaya jugak so saya dah mula fed up!!! huhuu nanti2 la kalau rajin saya upload lain ;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...