Pandai masak?

Dulu sebelum saya kahwin, saya selalu terfikir macamana nak kahwin sebab saya tak pandai masak..huhuu.. lebih2 lagi, orang2 lain pun selalu cakap sebelum kahwin "Mesti" belajar masak.. dah la gitu, my mum pun sama... berleter cakap saya ni malas la, tak pandai masak la.. adoiii

Tapi saya buat derkk je suara2 yang berkata2 itu..hahha teruk tol saya ni kan.. bukan apa cuma saya ada pendapat yang tersendiri.. tak pandai masak sebelum kahwin tak semestinya selepas kahwin pun tak pandai masak... Prinsip hidup saya "nak seribu daya, tak nak seribu dalih".. yap, memang zaman2 anak dara saya dulu.. saya tak masak pun.. tapi pernah la masak sekali dua.. tu pun tak menjadi + tak sedap... *sigh*

Dalam tak reti masak tu, tiba2 pulak my dear ajak kahwin... aduihhh mampuih la saya, tak pandai masak.. bukan pe, saya malu la kat my dear, yela, umur time tu dah 26 tahun tapi tak tau masak..huhuu... Boleh pulak bila my dear datang rumah saya untuk jumpa my parent.. my mum pergi cerita kat my dear yang saya ni pemalas la.. tak tau masak la... macam2 la.. takda pujian pun... *my mum tak suka puji anak dia lebih2 tapi belakang saya tak tahu la kan... wink wink*

Walaupun my mum cerita macam tu dekat my dear, tapi my dear tetap jugak nak kahwin dengan saya..hihii.. So, saya pun on je la... hahahh *gatai*..

Bila dah kahwin, mula2 saya mengaku la memang hari2 la kene komen je masakan saya.. tapi lama2.. saya dah reti masak...yipppiiiiii... my dear cakap saya masak sedap..hahahha *sukanya hati saya*.... Tapi sebenarnya jauh di sudut hati, *hahaa tak tahan.. ayat* saya rasa macam tak percaya yang saya dah tahu masak... yela, serius la... tanya la family saya.. sorang pun takkan kata saya reti masak zaman dolu2..

Sebenarnya, sampai sekarang pun sepupu saya tak percaya saya dah reti masak.. bila saya bagitahu yang saya masak vouge2 je.. dia tak percaya.. siap cakap tak sedap la.. nanti sakit perut la.. cirit birit la.. belum cuba belum tau daaa... hihii

So, pada pendapat saya, jika kita tak pandai masak tak semestinya selama2nya kita tak pandai masak.. yang penting kita kene rajin berusaha.. jangan mudah give up.. ;-)

P/s : Sekarang ni time masak adalah salah satu time yang buat saya enjoy sebab itu salah satu cara kita dapat pikat hati husband kita.. ;p
Pandai masak?

1 comment... add one now

layarburuk layarburuk March 17, 2011
tengok la siapa mentor dia yang ngajar masak-memasak tu..hahaha..