Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Me. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Me. Papar semua catatan

Naluri seorang ibu

Naluri seorang ibu... Ibu yang saya maksudkan di entry ni adalah EMAK saya... Sebelum saya bersalin, nak jugak buat entry ni.. kang duk tangguh2 terus terlupa.. penting bagi saya untuk coretkan cerita ni di sini, baca sepintas lalu, maybe ianya tak mempunyai apa2 makna... tapi kalau kita baca dengan hati pasti kita akan merasai "sesuatu"... TERHARU...!!

Sebelum ni, saya ada nampak sorang hamba Allah di FB post gambar aiskrim malaysia tau u all... tapi bukan aiskrim malaysia yang biasa tu... ni aiskrim jeruk pelam pedas... jeruk pelam pedas ni biasanya dekat Terengganu adala... kalau negeri lain saya tak pasti.. Nak dijadikan cerita, mak buyung ni bila dah nampak jeruk pelam camgitu mulalah terasa air liur memenuhi mulut tu haa... so, saya adalah tanya hamba Allah tersebut cara nak buat dia camne... hakikatnya saya memang pernah buat tapi dia tak sesedap yang saya pernah makan di Terengganu... maklumla, saya kan dah lama tinggalkan Terengganu.. hamba Allah tersebut cakap "itu resepi mak dia"... secara peribadinya, saya ada sedikit rasa kecewa dengan jawapan dia tu... tapi takpala.. saya diam je la... bukan rezeki saya lah tu nak tahu resepi tu kan.. Saya tak cerita dekat sape2 pun pasal ni u all... eh jap, kalau cerita pun maybe kat my dear... eh, ke tak cite... ntah, lupa dah..

Nak dijadikan cerita jugak, ketika kami balik Terengganu bulan 6 hari tu, sepupu saya yang duduk di Pahang, bawak balik jeruk pelam tau... banyak bekas jugaklah... tapi semua bekas tu kuah manis hanya sebekas je kuah pedas @ jeruk pelam pedas... Sepupu saya bagitahu saya, "Kaklong ada buat jeruk pelam kuah pedas untuk kakyong, mok sah (mak saya) yang suruh buat.. mok sah kata kakyong mengandung"... Allahuakbar...  rasa macam nak peluk mak time tu jugak... Ya Allah... menahan sebak saya tau... Saya tak cerita pun pasal tu dekat orang lain, tapi Tuhan "sampaikan" keinginan saya tu dekat mak saya... Inilah mak... setiap mak akan sentiasa ingat dekat anak... akan sentiasa ambik berat dekat anak walaupun kita dah kawen....


"Mak... kakyong sayang mak... tak dapat bayangkan kehidupan tanpa mak & abah... moga Tuhan panjangkan usia mak & abah..."...

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Rezeki untuk insan tersayang

Alhamdulillah.. syukur pada rezeki yang telah Tuhan berikan... Alhamdulillah tahun ni saya dimurahkan rezeki... adalah rezeki lebih sikit dari saya jual EPHYRA & entry berbayar di blog saya ni... Bukan sahaja rezeki dalam bentuk kewangan tapi jugak rezeki2 lain seperti anak.. saya jugak bersyukur sebab walaupun saya tak bekerja, just suri rumah sepenuh masa tapi saya diberi peluang untuk hadiahkan pakaian raya untuk insan2 tersayang..


Tahun ni saya belikan kain sutera Terengganu untuk MIL, abah saya pulak, saya belikan baju melayu... kebetulan kami keluar sebelum puasa hari tu, dekat shopping complex, baju melayu yang brand Crocodile ada buat offer 50 %... harga asal RM149.90 tapi lepas diskaun harganya jadi RM74.95.. Kira murahlah kan, kualiti kain dia pun bagus.... kami beli 2 pasang, sepasang my dear punya, sepasang abah saya punya... design sama cuma warna berbeza... Untuk mak saya pulak, mulanya saya nak beli tudung Ariani dekat mak.. yela, sekali sekala belanja insan2 tersayangkan... konon2nya nak lah beli yang mahai sikit... tapi mak saya kata tak payah... membazir.. mak beli tudung rm10 sudah... pastu saya cakap la, takpala... nak belanja mak kali ni.. mak saya balas balik, "kalau nak belanja, belanja EPHYRA, tudung biar mak beli sendiri... Kakyong belanja mak RM50 sudahlah untuk ephyra tu... yang baki mak bayar..." Alahaiiii mak kesayangan saya ni tau... RM50 je mak suruh saya bayar... saya kata nak belanja, tapi mak tetap kata nak bayar jugak... saya pun cakaplah, tak payah... kakyong bagi free je dekat mak... Ohya, mak saya memang minum EPHYRA setiap bulan...

Selain dari MIL, abah & mak, saya pun sediakan kelengkapan raya jugak untuk Alisha & Aqilah... Si Alisha tu dah tak sabar nak pakai baju & kasut raya... 2 beradik tu duk pakai kasut dalam rumah... Aqilah lagi ganas, siap dia cabut dah manik2 dekat kasut dia tu... haihh tak dan nak pakai raya... ahhaha... Apa2 pun saya bersyukur sangat sebab sejak saya tak bekerja ni, ini adalah tahun pertama saya mampu sediakan pakaian raya untuk insan2 tersayang dalam hidup saya ni... Macam Alisha & Aqilah tu, tak kiralah kan sebab dorang tu memang dah selalu dapat... yang saya maksudkan tu, MIL, abah & mak... Tak sabar pulak nak tunggu hari raya nanti... mesti abah semakin segak dengan baju melayu yang saya beli tu & tak lupa jugak mesti MIL pun makin cantik dengan baju sutera tu.. tak sabar nak tengok insan2 tersayang ni pakai pakaian pemberian ikhlas dari saya tu... (",)

Moga kita semua gembira di pagi raya... tapi walaupun macam tu, janganlah kita lupa pada mereka2 yang susah... kalau ada anak2 soleh & solehah datang rumah time hari raya, walaupun mereka taknak masuk rumah untuk makan tapi jika ada rezeki, sediakanlah duit2 untuk anak2 soleh & solehah ni... tak banyak pun takpa, asal kita ikhlas... InsyaAllah...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Bisikan seorang anak

Cerita yang boleh memalukan diri sendiri ni... tapi takpa, sebagai pengajaran untuk saya supaya lepas ni jangan buat dah.. 2 hari lepas, selepas berbuka saya teruslah kemas tempat makan & cuci pinggan semua tu kan.. Dah siap saya masuklah bilik nak solat... Time tu Alisha tengah baring atas katil.. Saya sajalah sembang2 dengan Alisha bagitahu saya nak solat... tapinya saya tak solat terus tau... saya pergi duduk pulak atas katil...

Saya duduk tu kononnya nak hilangkan penatla sekejap.. Dengan keadaan saya yang mengandung 8 bulan ni, saya jadi cepat rasa mengah.. tapi tu la, "suara2 jahat" dah mula main peranan... mulanya saya duduk je... lepas tu boleh plak saya baring... tapi bukan baring betoi2 tau, baring dalam keadaan duduk tu... kiranya kaki saya sentuh lantai tapi bahagian badan ni baring atas katil sambil mengiring...

Tengah saya baring tu, tiba2 Alisha datang berbisik di telinga saya cakap "Ibu, ibu kata nak solat tapi ibu tak solat pun lagi"... Allahuakbar... terus hilang rasa mengah saya tu bila dengar Alisha cakap camtu.. cepat2 saya pergi solat... Tak nak lah saya buat peel macam ni lagi depan anak.. memalukan saya.. Alhamdulillah jugak saya dikurniakan anak macam Alisha.. Alisha memang suka menegur.. Saya seorang ibu yang open... bagi saya tak salah pun anak menegur lebih2 lagi benda betul kan... biasalah, kita dah besar ni, kadang2 tu banyak "suara2 jahat" yang kedengaran... nasib baiklah ada "suara2 baik" macam Alisha ni yang datang menyedarkan... (",)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Pendarahan di awal kehamilan yang menakutkan

Sebelum ni ketika mengandungkan Alisha & Aqilah, saya tak banyak masalah tau u all... Tapi ketika kandungan ketiga ni, awal2 mengandung ni saya dah ada bleeding... Itu doktor yang cakap bleeding.. tapi saya tak naklah sebut bleeding, sebut keluar darah secoet boleh??... hahhahh... bukan apa, perkataan bleeding tu bagi saya mengerikan + selama ni saya duk anggap bleeding tu keluar darah yang banyak... saya ni keluar darah secoet je.. lebih kurang sebesar duit 20 sen or besar sikit lagi...

Kejadian ni berlaku pada 31/01/2014 @ kandungan berusia hampir 2 bulan setengah... kata orang time ni masih terlalu awal la kan... belum masuk 3 bulan pun... Dugaan mengandung di usia 30 an agaknya saya ni... sebelum2 ni ok je, takda banyak masalah...  mengandung kali ketiga ni dengan keluar darah secoetnya, dengan kurang kalsiumnya sampai sakit sebelah kaki.. Eh, tapi yang pasal kurang kalsium tu, saya sendiri cari penyakitla sebab tak minum susu kan...

Saya tak ingat pukul berapa saya sedar ada keluar darah secoet tu.. tapi yang pasti sebelum saya tidur malam la... Time tu nak pergi tandas, ketika buang air kecil tu, bukan setakat keluar air tapi keluar sekali dengan darah yang warna coklat tu... Alaa biasanya darah tu ada pada hari2 akhir kita nak habis period.. Serius time ni saya sangat terkejut + sangat takut hokay..!! First time melalui pengalaman camni... walaupun saya tahu yang patut kita risau adalah bila keluar FRESH BLOOD... yang saya ni sekadar sisa2 darah "lama" je pun... tapi dah nama pun pertama kali + masih awal lagi usia kandungan, mestilah saya cuak kan... tak lena tido dibuatnya...

Keesokan paginya bila masuk tandas masih lagi keluar darah secoet tu... haishhh memang takleh jadi la kan... bertambah risau dibuatnya... terus saya ajak my dear pergi Hospital bahagian kecemasan.. Kejadian ni saya tak bagitahu sesiapa pun.. hanya kami 4 beranak je yang tahu... Opsttt tapi lepas2 tu saya ada cerita dekat 2 orang rakan blogger.. itu je... yang lain takda... ketika di hospital, doktor scan lah rahim saya ni... Alhamdulillah syukur sangat2 time tu bila doktor cakap kandungan saya takda apa2... Rasa macam seketul batu yang besar tengah hempap saya ni, jatuh pecah berderai...

Saya tanya doktor, apa punca boleh jadi camtu... ianya maybe boleh berlaku sebab kita dukung anak ke kan.. yela, macam saya ni dah semestinya saya ada dukung Aqilah kan... tapi sejak kejadian tu, memang saya kuranglah dukung Aqilah... bila kandungan tu dah kuat, baru saya ada dukung2 Aqilah.. alaa bukan dukung sebab apa pun, biasalah, budak2 yang masih kecik, nak bermanja dengan ibu dia.... Selain tu jugak, ianya boleh berlaku disebabkan oleh persetubuhan.. manalah nak tahu kot "hentaman" terkuat ke kan... Haa nak bagitahu gak ni, doktor tu ada bagitahu saya yang kita tak digalakkan "bersama" di awal kehamilan.. nak bersama tu boleh je sebenarnya bukan tak boleh langsung tapi kene berhati2lah... jangan terlalu "lasak" or apa2 je yang sewaktu dengannya... yang berisiko seperti pernah keguguran tu, rasanya harus lebih berhati2kan sebab rahim tak kuat...

Itu je lah antara punca yang doktor tu bagitahu saya... banyak lagi punca lain sebenarnya... tapi apa yang saya tulis ni adalah pengalaman saya sendiri.. apa yang doktor tu bagitahu.. Sejak dari tu saya memang berjaga2lah u all.. pengalaman ngeri yang takkan saya lupakan... Di usia kandungan 2 bulan lebih ianya berlaku, sekarang kandungan dah nak masuk 8 bulan baru saya share di blog... nampak tak betapa saya tak ready nya selama ni untuk share kat sini.. cuma sekarang baru saya rasa masa yang sesuai untuk saya share + perlu catat gak dekat sini sebagai rekod saya.. Apa2 pun doakan moga kandungan saya ni selamat dilahirkan & seterusnya yer u all.. Lebih kurang 8 minggu je lagi saya akan lahirkan adik kepada Alisha & Aqilah... Moga anak saya dilahirkan sihat walafiat & cukup sifat segalanya... InsyaAllah...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Komen dari rakan blogger berkaitan jantina anak


Allahuakbar.. Ntah kenapa bergenang air mata saya ketika baca komen dari Muni di entry scan jantina baby saya sebelum ni... Betapa besarnya kuasa Tuhan... KEKUATAN SEBUAH DOA MEMANG TAK DAPAT DINAFIKAN....!! Doa adalah senjata kita semua... Samada doa kita tu termakbul atau tak, itu lain cerita... yang paling penting kita berdoa..!! Setiap FINAL RESULT yang kita dapat adalah yang terbaik untuk kita... Saya setiap hari berdoa moga anak dalam kandungan saya ni lelaki.. itu doa saya tapi result dia nanti, saya tak tahu... yang tahu hanya Tuhan, jika ianya terbaik untuk saya, InsyaAllah Tuhan makbulkan doa saya... tapi jika sebaliknya, saya dah bersedia untuk redha & perlu lebih perbaiki diri moga diberi rezeki untuk menimang cahaya mata lelaki... Usaha jangan berhenti...!!  

Alat scan tu adalah ciptaan manusia... tak mustahil berlaku "kesilapan"... Macam muni ni, scan girl tapi yang lahir boy... Tapi dalam masa yang sama kita kenalah berdoakan.. "Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."  Allahuakbar... bergenang lagi air mata... besarnya kuasa Tuhan...!! Moga saya diberi kesempatan untuk dapat anak lelaki.. Moga saya diberi kesempatan menunaikan impian my dear untuk dapat "geng"...

Ketika kami di Terengganu baru2 ni, time sembang2 bersama kaum kerabat di sana berkaitan baby... tiba2 my dear ada cakap yang dia pun nak geng, saya ni dah ada 2 orang geng... Yap, selama ni saya tahu my dear memang nak jugak anak boy seperti mana saya nak, tapi itu adalah kali pertama saya dengar my dear keluarkan impian dia tu dari mulut dia... Sian my dear belum ada geng lagi.. geng masak2 saya dah ada 2 orang... geng main bola my dear takda lagi ni... hihii...

Apa2 pun saya akan teruskan berdoa... berdoa... berdoa... tanpa henti sehingga baby saya ni selamat dilahirkan... selamat segalanya.. sihat walafiat & cukup sifat... Saya & my dear takkan berhenti berdoa.. yang makbulkannya adalah Tuhan, kami redha dengan apa je yang Tuhan bagi nanti.. Yang penting kami dah berusaha, berdoa & tawakal... u all pun doa2kan jugak yer... mana tahu doa2 u all dimakbulkan Tuhan... InsyaAllah.. Aamiin... (",)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Kenapa saya suka masak

Sebelum kawen saya memang tak reti masak.. masuk dapur pun sebab mak mintak tolong.. tu pun sekadar tolong potong2 apa yang patut... yap, saya pernah masak sebelum kawen.. masak ayam masak merah tapi ayam mentah... serius malu sebab kene kutuk dengan adik, sampai sekarang dia ingat... ahhaha.. Tapi tu cerita zaman anak dara... dengan takdir Tuhan, lepas kawen saya tahu pulak masak.. walaupun masa mula2 kawen, saya tak pandai jugak tapi disebabkan saya dapat suami yang jenis suka makan di rumah, so, nak tak nak saya belajar jugak memasak.. Kene kritik time tu adalah perkara biasa.. asal masin ke, masam ke tak sedap ke.. terus kene kritik.. tapi bila time sedap, pandai pulak my dear diam2 je.. tak nak pulak puji.. ahhahah

Lepas kawen kan, saya memang jadi seorang yang suka sangat masak.. tapi dengan syarat dekat umah saya sendiri.. bukan dekat umah orang lain yer... bukan umah MIL, bukan umah parent... umah sewa saya di Sungai Petani ni haaa... bukan apa, bila dekat rumah sendiri, kita tahu bahan2 dekat mana kita simpan & segalanyala...

Perkara utama yang buat saya suka masak adalah sebab MY DEAR & ANAK2 SUKA MAKAN.... Percayalah u all, bila kita masak & kita tengok suami tersayang & anak2 tercinta makan dengan sungguh berselera buat kita rasa seronok sangat..!! Saya tak reti nak cakap macamana perasaan tu... tapi melihat mereka makan, buat saya tak teragak2 untuk masak makan tengahari, makan petang, makan malam, desert & segalanyalah... Walaupun kadang2 diri saya rasa penat nak masak tapi teringatkan insan2 tersayang... hilang rasa penat tu u all... yang timbul adalah perasaan excited..!!

Macam sekarang, Alisha kan dah pandai cakap, apa je saya masak mesti cakap "Ibu masak sedap.. pandai ibu masak"... Ya Allah terharu (terharu bukan sebab dengan maksud tersurat tapi terharu bila memikir maksud tersirat) saya dengar anak cakap camtu.. berebut2 budak 2 orang ni makan... padahal kadang tu goreng ayam je u all.. hahah.. Tapi tu la, cuba kita berpikir dari sudut yang lebih mendalam... apa maksud tersirat anak kita cakap camtu... betapa mereka hargainya hasil masakan kita.. betapa mereka seronoknya makan hasil tangan ibu mereka.. Saya akan jadikan kehidupan anak saya ketika kecik ni sebagai kehidupan yang terindah untuk anak2 saya kenang.. Mengenangkan masakan air tangan ibu dia... Kesihatan kita kita entah sampai bila pun tak tahu... jangka usia kita jugak sampai bila pun kita tak tahu... So, sementara saya masih diberi kudrat untuk sediakan masakan untuk anak2, saya akan lakukannya... Niat saya  di masa hadapan, bila anak2 saya sekolah, saya akan bekalkan mereka dengan air tangan saya... Air tangan seorang ibu mampu mengeratkan hubungan anak & ibu.. tak lupa jugak hubungan isteri & suami.. InsyaAllah...

Saya selalu berpegang pada kata2 "NAK BERJAYA, JANGAN SESEKALI WUJUDKAN ALASAN..!!" termasuklah dalam bab masak memasak ni... 


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Petua nak bagi hilangkan rasa loya or "mabuk"

Saya memang tengah mengandung, tapi untuk entry ni saya nak ceritakan pasal loya or "mabuk" yang sesetengah orang alami seperti mabuk laut ke.. mabuk jalan jauh ke.. mabuk naik kereta ke... bukannya loya disebabkan mengandung.. Saya dulu kan duduk di Terengganu, so, biasanya kami akan balik kampung abah dekat Chemor, Perak.. Perjalanan tau je la, bukan dekatkan... saya ni plak jenis yang "mabuk" tau... Asal balik Perak je, confirm muntah...!! Lembik rasa badan sementara nak ke sampai rumah arwah opah...

Saya ingat lagi, satu hari tu, arwah opah bekalkan saya buah limau nipis... opah kata "Kalau rasa loya or nak muntah, cepat2 hidu buah limau tersebut"... Alhamdulillah, dengan takdir Tuhan jugak, memang saya tak muntah tau.. Saya ni muntah dari kecik, sampailah dah besar panjang... Rasanya lepas sekolah kot baru saya ok.. dah tak muntah2.. Cuma lepas kawen je ada muntah, tu pun sebab alahan pregnant...

Nak dijadikan cerita, masa kami pergi Cameron Highlands hari Ahad baru ni, ketika kami nak naik ke atas ikut jalan Simpang Pulai... boleh pulak saya muntah... 3 kali lebih rasanya... yang tak boleh tahan tu, keluar air yang jenis pahit yang amat tu... Ya Allah... lembik rasa... Nasib saya ada sediakan plastik dalam bag... tu pun sedia sebab takut anak muntah, sekali anak ok.. steady je, mak budak ni plak muntah... muahhaha... Time ni saya ingatkan maybe sebab perut kosong tak makan apa2... so, bila nak balik tu, saya makanlah banyak2kan... sekali tu diaa... saya muntah jugak...

Tak pastila plak saya muntah sebab saya tengah mengandung ke or sebab penyakit "mabuk" jalan jauh or "mabuk" dengan jalan berpusing2 tu datang kembali... lepas ni kalau jalan jauh, saya kene standby buah limau nipis la jawabnya... hihii... Opsttt plastik tak boleh lupa, kot2 termuntah jugak ke kan, adalah plastik yang dengan rela hati menadah... muahhahah


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Saiz perut saya diusia kandungan 6 bulan

Untuk entry ni saya menjawab pertanyaan kawan2 yang duk tanya saiz perut saya.. Ololooo comel je soalan u all ni tau.. Saya ni jenis perut kecik, tapi tunggu 7 bulan jap g... dia akan membesar bagaikan juara... hahah... Saya takda ambik gambar yang betul2 nak tunjuk perut tau... ni pun kebetulan je ambik gambar & macam ternampak sikit perut saya tu.. tu yang rasa macam nak buat entry ni (^_^) Gambar ni diambil masa hari Isnin baru ni di Cameron Highlands..


Ni candid dari my dear, kebetulan gambar ni nampak perut dari atas.. perut saya melebar ke membulat? MIL & mak saya cakap membulat ke depan.. tapi tak tahula.. lagipun orang lain tak pernah komen pasal perut saya & saya pun tak pernah tanya... Yela, kalau tanya, saya nak kene "ketatkan" baju bagi nampak bentuk perut dulu... Alaa tapi bentuk perut pun kadang2 bukan melambangkan jantina baby jugak.. nak tahu jantina yang betoi, kene tunggu bersalin kan.. (",)


Ini plak gambar perut saya dari tepi.. kebetulan plak tangan saya ada atas perut, so, bolehlah nampak sikit bentuk perut tu kan..


Gambar ni saya crop.. semata2 nak bagi nampak perut... hahah.. Saiz perut yang dah berusia 6 bulan 4 hari... Ohya, wife sepupu saya baru ni kan, jumpa saya & cakap.. "Eh, kata ada baby".. maksud dia saya mengandung la.. boleh plak dia tak perasan yang perut saya membesar.. tapi tu la, time tu saya guna baju t-shirt... biasalah, baju saya besar2, mana nak perasan.. hihi


Last sekali nak jugak tempek gambar saya bertiga dengan 2 orang anak solehah... InsyaAllah jika diizinkan Tuhan lepas ni bolehlah gambar berempat dengan 2 anak solehah & sorang anak soleh.. InsyaAllah... Eh, jangan cakap saya dah scan plak tau... itu saya sekadar tulis je... bukan ke itu jugak "doa" (^_^)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Pertemuan dengan adik saya yang menyayat hati...

Masa kami balik melawat adik saya akhir bulan lepas, time tu di sekeliling adik saya, ada saya, mak, abah, adik ipar & adik kepada adik ipar... Time tu kami dah nak balik pun, tiba2 adik saya cakap "kakyong, aku sayang dekat mu"... Ya Allah Ya Tuhanku... suasana yang pada mulanya happy2 tiba2 jadi suasana yang menyedihkan.. Lepas adik saya cakap macam tu kan, adik saya menangis... Saya bukan insan yang tabah untuk tahan air mata... terus air mata saya jugak berderai dengan lajunya...

Saya menghampiri adik saya, saya genggam tangan dia... Dia balas genggaman tangan saya dengan eratnya.. dia kucup tangan saya beberapa kali.. Saya balas genggaman tersebut dengan mengucup dahi adik saya... Time ni saya rasa sedih yang amat sangat u all...!! Tahu tak, sebelum perjumpaan kami akhir bulan 4 tu, last saya balik jenguk adik saya pada akhir bulan 2... dengan kata lain, 2 bulan saya tak jenguk adik saya...!!

Selama ni tiap2 bulan kami balik jenguk adik saya... tapi memandangkan dalam tempoh 2 bulan saya tak jenguk adik saya tu, parent saya datang sini, so, kami takdalah balik Chemor kan.. sebab mak & abah dah datang... tapi saya terlupa... terlupa yang bahawasanya, kepulangan kami ke Chemor bukan setakat nak jenguk parent saya tapi jugak adik saya...!!.. Dengan takdir Tuhan jugak, dalam tempoh 2 bulan kami tak balik tu, saya jarang telefon adik saya untuk bersembang... Allahuakbar.... Saya terlupa, yang kepulangan kami bukan hanya ditunggu2 oleh parent saya tapi jugak oleh adik saya.... Ya Allah Ya Tuhanku... sedihnya saya saat tu....

Bila dah jadi macam ni, barulah saya tersedar yang sebenarnya kepulangan kami ditunggu2 oleh adik saya... hikmahnya, perhubungan kami adik beradik semakin erat...!! Saya tahu perjumpaan kami baru ni, nampak sangat yang adik saya rindu & sayangkan kami... selalu kalau bersalam dengan saya & my dear, adik saya takdalah nak kucup tangan... tapi untuk kali ni, adik saya siap kucup tangan saya & my dear... Ya Allah... Time tu jugak adik saya pesan, sebelum kami balik sungai petani keesokannya, datang  jumpa dia dulu...

Alhamdulillah untuk perjumpaan sebelum kami balik sungai petani tu, saya dah boleh kawal diri... dah takda menangis dah... adik saya bukan main lagi duk mengagah Alisha & Aqilah.. Kalaulah adik saya tu sihat... pasti dia akan dukung2 bawak anak2 saya jalan2 & sebagainya... Adik saya sukakan budak2... tapi takda rezeki walaupun dah hampir 8 tahun kawen... Takpala... syukur dengan apa yang Tuhan rancangkan... Perancangan Tuhan adalah yang terbaik... hikmahnya, adik ipar saya boleh fokus jaga adik saya je.. kalau ada anak, maybe adik ipar saya pun penat, jaga anak lagi jaga suami lagi.. dengan nak jaga diri sendiri yang ada sakit jantung tu... Apa2 pun, ALHAMDULILLAH..!!


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Saya dapat kerja?

Sesungguhnya mimpi saya kali ni buat saya menangis teresak dalam mimpi saya tu... Saya memang dari zaman anak dara bercita2 nak jadi polis.. 2 kali pergi temuduga polis tapi GAGAL.. puncanya BERAT SAYA TAK CUKUP... Time tu dorang nak berat minimum 48kg tapi saya punya berat 45kg pun tak sampai.. adehhhh...

Nak djadikan cerita, tido malam tadi saya bermimpi yang saya dapat kerja POLIS... Tapi dalam mimpi tu saya menangis teresak2, polis2 dekat situ tanya kenapa saya menangis... saya cakap saya takut nak keje... Time tu saya terbayang anak2.. siapa nak jaga mereka.. nanti saya kene tinggal mereka lama time nak pergi latihan polis tu... Huwaaaa saya memang menangis sungguh2 la...

Alhamdulillah ianya hanya mimpi... Sungguh kalau saya dapat kerja pun sekarang ni, saya tak sanggup untuk tinggal anak2 saya... Ya Allah Ya Tuhanku... TERIMA KASIH atas segala nikmat yang telah Engkau berikan.. Sesungguhnya perancangan Tuhan itu adalah terbaik..!! Walaupun saya pernah terpikir yang saya sama sekali takkan jadi suri rumah sebab saya nak jadi wanita yang berkerjaya..!! Tapi bila saya kawen, eh, actually sebelum kawen lagi my dear dah cakap lepas kawen kalau boleh dia tak nak bagi saya kerja.. just handle rumah tangga... Kalau saya kerja gomen dia tak kisah saya terus kerja, tapi disebabkan time tu saya kerja swasta.. so, better saya berhenti kerjalah kiranya...

Takpala, saya tahu setiap yang berlaku ada hikmah tersendiri.. Satu yang saya perasan adalah saya menjadi seorang yang lebih banyak sabar... Saya pun kadang macam tak percaya dengan diri saya.. sebab sebelum kawen dulu, ketika kerja saya seorang yang jenis tak tahan sabar.. cepat melenting kalau bab2 kerja.. saya rasa maybe stress bekerja jugak mempengaruhi sifat saya tu.. Yela, kita penatkan.. so, kadang2 jadi stress mulalah nak marah je...

Tapi bila saya hanya duduk rumah, menjaga anak2 solehah saya ni.. Alhamdulillah saya perasan yang saya dah kurang stress.. Yela, jaga anak kan satu perkara yang "enjoy".. saya takda tekanan dari orang2 luar... Life saya hanya dengan family... Ohya, bukan senang untuk kita bergelar status SURIRUMAH bila kita belajar sampai IPT.. Mula2 dulu tertekan jugak.. sebab orang mempertikaikan pasal belajar sampai IPT tapi tak kerja... Time ni kita memang kene kuat semangat..!! Saya tak kisah apa orang nak cakap, yang saya tahu, saya seronok dapat jaga anak saya sendiri.. dapat siapkan makan minum suami & anak2 saya sendiri... dapat bersama anak2 saya 24 jam... setiap perkembangan anak2 saya yang tahu terlebih dahulu... Tak ke itu sesuatu yang manis untuk saya kenang sepanjang hayat saya nanti...

Apa2 pun samada kita bekerja or tak.. surirumah atau wanita berkerjaya, semua tu adalah yang terbaik untuk kita.. Apa yang Tuhan dah aturkan adalah yang terbaik dari apa yang kita rancangkan.. InsyaAllah..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Kaitan seafood @ makanan laut dengan ibu mengandung

Ketika trimester pertama, saya cukup berkenan nak makan pisang.. pisang goreng tu hari2 beli.. sampai sekarang ni pun makan pisang jugak tapi dah takda hari2 la.. Cuma bila dah masuk trimester kedua ni, saya berkenan sungguh2 dekat udang... Kalau boleh hari2 nak makan.. kalau keluar kami pergi makan mee udang or char kuew teow.. Cuma baru ni kami "tersilap" pergi makan kat satu tempat ni... Saya mintak char kuew teow special, rupanya yang special dia adalah letak telur mata kerbau sebijik + udang kecik 3 ekor + kerang + kuew teow lebih.. so, saya macam kurang puas makan udang.. sebab biasanya kalau special, udang dia & kuew teow dia akan lebih banyak + telur goreng... tapi yang ni, udang lebih tu diganti dengan kerang..


Maybe my dear pun kurang berpuas hati jugak kot, ditambah pulak kesian tengok isteri dia yang tengah ketagih udang.. lagi kesian bila tengok isteri dia makan sekor je udang dalam char kuew teow tu, yela, sekor dah bagi Aqilah, lagi sekor bagi Alisha.... Esoknya my dear pergi beli udang dekat pasar malam.. Yang besar tu sekilo RM40 tapi my dear beli tak sampai sekilo pun... Yang kecik sikit tu RM25 sekilo, my dear beli setengah kilo je...



Actually sebelum2 ni saya bukanlah jenis yang ketagih sangat nak makan udang.. biasa2 je, ada makan, takda sudah... lagipun my dear jarang beli.. tapi ntah macamana mengandung kali ni saya duk terbayang udang je..  duk terbayang yang besar2 pulak tu.. ahhaha.. Rasa macam saya boleh habiskan udang ni sekilo sorang sekali hadap.. nampak tak sampai tahap tu sekali ketagih saya dekat udang kali ni... adehhhh


Hari ni dengan penuh semangat, saya buat udang masak merah request dari my dear.. puas hati, dapat makan berlambak2...!! Kalau makan dekat luar udang banyak ni confirm mahal kan... Anak2 saya tu pun dah jadi peminat udang... Bayanglah time nak makan, si Aqilah duduk paling awai, bangun paling lambat... hahaha.. dia duk hadap udang tu selagi tak habis, sampai saya cakap malam nanti pulak makan.. Alhamdulillah dapat anak jenis dengar cakap..



Ohya, bercakap pasal udang @ seafood, dekat entry MEE UDANG LAUT PULAU SAYAK baru ni, saya ada dapat komen dari Azie & Maria mengatakan yang kalau suka makan seafood time mangandung, maybe mengandung anak lelaki.. Bila baca komen Azie & Maria tu ada jugak rasa berbunga2 hati ni.. hahahha... Tapi apa2 pun, kene tunggu selepas saya lahirkan anak bulan 8 nanti baru tahu apa jantina... Jika Tuhan kata saya layak untuk memegang amanah menjaga anak lelaki, InsyaAllah anak lelaki lah yang saya dapat, tapi jika Tuhan kata saya masih belum layak memegang amanah tersebut, saya tetap redha & akan terus berusaha perbaiki kelemahan diri & berusaha sehingga saya layak memegang amanah menjaga anak lelaki @ "pewaris kuat"...

Kalau sebelum mengandung, kita ada tips2 untuk diamalkan sebagai usaha untuk dapat anak jantina lelaki atau perempuan, tapi macam saya yang dah termengandung dulu sebelum merancang ni.. Apa yang saya lakukan hanyalah berdoa.. setiap hari saya berdoa seperti doa yang tertulis di bawah entry saya ni.. termakbul atau tak, itu perkara kedua, yang paling penting adalah teruskan berdoa kerana doa adalah senjata kita..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Punca kaburkan bahagian mulut

Entry sebelum ni kan saya, saya kaburkan bahagian mulut saya.. Bukan apa u all, tiba2 saya terpikirkan sesuatu... Sebelum2 ni saya pernah terbaca ada orang komen maksud saya boy lah, yang dia rasa macam geram tengok bibir sorang girl ni, rasa macam nak ki_s.. Saya tak ingat di mana saya baca, samada FB ke blog ke atau mana ntah.. sebab sebelum ni saya macam tak ambik endah.. biasalah manusia.. kadang2 kita baca komen seseorang tu sepintas lalu, kadang2 kita baca komen seseorang tu dengan memahami maksud "tersirat"...

So, lepas2 ni, untuk gambar2 saya yang ambik dekat2 saya akan coverla bibir saya tu walaupun tak mungil..hahhahha... Kalau ambik gambar jauh2 or ramai2, takdalah nampak sangat bibir kita tu kan... Saja lah tulis entry ni, kang ada yang salah paham plak kata saya ni baik sangat ke apa ke.. saya tak baik mana pun tapi saya berusaha untuk berubah.. Gambar saya pun saya akan kurangkan upload di blog.. Eh, bukan rasa macam memang dah kurang ke gambar saya di blog... (^_^) Apa2 pun, segala kelemahan diri, datangnya dari saya sendiri... InsyaAllah akan berusaha untuk jadi lebih baik..

P/s : Bak kata Maria, wajah wanita menjadi tarikan lelaki, mereka memandang kita dari berbagai sudut..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Wide shawl yang sangat best digayakan sebab lebar


Ini adalah WIDE SHAWL saya yang pertama... Saya beli online dengan The Veil By Ruzaini Rozlan harga RM26.00... Serius saya teruja dengan WIDE SHAWL ni.. Corak dia cantik & yang paling penting ianya LEBAR.. Saya jenis yang suka pakai shawl ni ikut mood, ada masa saya suka pakai kemas2 & ada masa suka pakai messy2.. Bila saya menggayakan shawl biasa dengan stail messy2, kadang2 ianya pendek tau... saya cover di depan, di belakang pulak singkat.. Tapi dengan wide shawl ni, semua masalah tu hilang... sebab wide shawl ni lebar so senang untuk saya cover depan & belakang.. eh bukan setakat depan belakang tapi kanan kiri pun boleh. Lepas ni saya nak beli lebih banyak wide shawl.. U all tahu tak kat mana ada jual wide shawl murah2.. Murah2 tu maksud saya tak sampai puluh2 la.. hahaha.. bukan kedekut tapi nak jimat, boleh beli banyak2.. ekekke

Ohya, berkaitan gambar di atas, saya kaburkan bahagian mulut saya tu bukan sebab saya malu nampak gigi saya yang berlapis yer.. bukan jugak sebab saya pakai gincu merah menyala, saya tak guna gincu pun u all... tapi saya kaburkan bagi mengelakkan "sesuatu".. ada orang memandang sesuatu dengan pandangan kosong tapi ada orang pandang sesuatu dengan pandangan yang mempunyai makna.. Pandangan yang mempunyai makna tu, hanya suami saya je yang boleh pandang macam tu yer... harap u all paham maksud saya dengan "pandangan yang mempunyai makna"... (^_^)

UPDATE :

P/s : Saya kaburkan mulut selepas terbaca satu komen dari boy dekat FB ke mana ntah, katanya dia geram tengok bibir sorang girl ni, rasa macam nak ki_s.. 


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Mengidam ketika mengandung

Yang best ketika mengandung ni, bila kita nak makan sesuatu, pasti suami kesayangan kita semua tu sanggup  cari sampai kita dapat makan jugak apa yang kita nak... termasuklah suami saya


Hari tu my dear nak g beli gulai kambing.. Saya dah tahu dekat kedai tu ada daging rusa bakar.. so, saya suruh la beli tapi bukan mengidam.. kiranya takdalah kalau tak dapat makan tu sampai menjejeh air liur kan.. i'm cool.. (^_^) Ohya, daging rusa bakar ni sangat sedap tau.. Banyak ni harganya RM5.. beli dekat kedai makan banyak2 tepi jalan time keluar highway Selatan agaknya yer.. huwaaa fail bab2 nak gtau tempat ni...


Bila dah sampai kedai tu kan, daging rusa ni takda, belum bakar lagi.. my dear ni sangguplah tunggu orang dekat kedai tu bakar daging rusa tu.. semata2 isteri dia ni nak makan... Nampak tak, time mengandung ni, walaupun kita tak mengidam.. tapi bila kita sebut je nak makan, suami2 ni pasti usaha bagi dapat jugak.. (",) Ni yang rasa syahdu dengan my dear ni tau.. lebiu la yayang... (^_^)



"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Pengalaman buat buku pink anak ketiga


Saya buat buku pink pada 28/01/2014 tapi sekarang baru nak tulis.. biasalah tu kan, entry tertangguh, kat draft banyak lagi yang tertangguh tu.. kikikii.. Bila kita nak buat buku pink untuk anak kedua ketiga & seterusnya, kita kene bawak sekali buku pink yang lama masa kita mengandung sebelum2 tu pergi klinik.. tu penting tau, jangan bagi hilang buku pink tau.. Nak cite dekat u all, masa nurse panggil nama saya, dia peganglah buku pink lama saya tu kan, dia tanya saya ada masalah apa.. Saya jawablah saya mengandungkan... Lepas tu nurse tu senyum2 je kat saya.. Malu ai tau.. tahulah anak ai kecik lagi dah mengandung.. tapi no hal, rezeki tuhan bagi.. adalah hikmah, mana tahu Tuhan nak bagi baby boy ke.. (^_^)

Ohya, nak buat buku pink ni, better g pagi la.. bukan pe, nak buat tu bukan sekejap.. berejam jugak tau.. macam saya ni g petang, so, terpaksa g hari lain pulak jumpa doctor untuk settle kan buku pink ni.. Masa dekat misi tu, macam biasalah, dia akan pegang perut kita & breast kita.. tujuan dia pegang breast tu sebab nak rasalah kot2 ada apa2 ketulan ke.. selain tu, dia jugak akan cek tiroid kita.. yang ni dia just suruh kita telan air liur tengok samada kelenjar tiroid kita tu bergerak sekali or tak.. Dalam bab tiroid kali ni, alhamdulillah bengkak kalenjar tiroid @ goiter saya tu dah ok...

Lepas misi settle cek, saya kene g timbang & lepas tu ambik darah untuk test HB @ Hemoglobin.. Selain tu, kene ambik darah untuk test HIV jugak tau.. bukan saya sorang je, tapi suami pun kene ambik darah test HIV jugak.. Kiranya kalau u all nak buat buku pink, bawak sekali husband yer.. Result HIV ni katanya seminggu baru keluar..  Lepas dah siap tu semua, kene g masuk jumpa misi lagi sekali sebab dia nak tengok la samada HB & berat kita tu ok or tak.. dia nak tulis dekat buku pink kan..

Alhamdulillah saya takda masalah apa2.. So, saya dapatlah sticker berwarna putih.. suker suker suker.. (",) Sticker dekat buku pink ni ada macam2 warna.. warna putih ni kira takda masalah apa2 la.. Masa time Aqilah dulu, buat2 je buku pink, terus dapat sticker warna hijau.. puncanya berat badan saya time mengandung tu 44kg.. sepatutnya berat minimum mengandung 45kg..  Kalau ikutkan lepas dah settle jumpa misi, saya kene masuk jumpa doktor plak, tapi dah lewat, so, saya kene ambik tarikh lain untuk jumpa semula doktor.. Bila dah sampai hari yang nak kene jumpa doktor tu, doktor scan perut saya, katanya masih kecik so, dia tak dapat nak bagi anggaran tarikh bersalin.. Nak kene datang plak selepas 2 minggu... Lepas 2 minggu tu, saya g la jumpa doktor lagi... kali ni baby pun dah besar sikit.. so, doktor buat keputusan bagi tarikh bersalin yang sama yang tertulis di kulit buku pink tu @ tarikh yang ikut kitaran haid saya...

Untuk rekod saya :-

28/01/2014
Tempoh hamil : 9/52 + 5/7
HB : 12.2
Berat : 47kg

23/02/2014
Tempoh hamil : 13/52 + 3/7
HB 11.9
Berat 47kg

Due date : 29/08/2014

Alamakkk lupa nak tulis tadi.. Lepas checkup dengan misi, saya g klinik gigi pulak tau.. untuk cek gigi kita plak.. kiranya cek gigi ni termasuk dalam prosedur buat buku pink la..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Alisha meraung akibat kecuaian ibu

Huwaaaa... Apa nak buat ni... Tahu tak, tadi saya tengah tumbuk sambal belacan... Tiba2 Alisha panggil dari bilik mandi gtau suruh basuh beyak.. Saya pun terus la g cuci, hampir terlupa tangan saya baru lepas pegang cili... Bila saya dah basuh, tiba2 Alisha menangis cakap "sakit..." sambil pegang depan & belakang dia tu.. Ya Allah.. baru teringat pasal tangan saya main cili... huwaaa... Sian Alisha duk menangis... siap cakap "Ibu, apa ibu buat kat isha ni".. huwaaaa... siannya anak saya u all... So, pesanan untuk saya sendiri, hati2 lepas ni... Eh jap, nak tanya gak... ada apa2 kesan tak ek, bila basuh depan belakang dia tu dengan tangan yang pedas ni... bahaya tak.. risau plak saya..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku.Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Wajah baru di hari tua

Wajah baru adalah BLOG saya ni haa.. bukan wajah saya yer..hihii.. Tajuk entry Wajah baru di hari tua.. Hari tua ni, adalah HARI NI BIRTHDATE SAYA... So, maksud title tu adalah wajah blog saya berubah di hari lahir saya.. (",) Alhamdulillah masih diberi peluang untuk saya terus bernafas & terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu & anak.. Moga "tanggungjawab" saya kepada pencipta juga akan bertambah2 "rajinnnnnn" lagi...

Rasanya kalau u all pembaca setia di blog saya, pasti tahu siapa yang edit blog saya ni kan.. Siapa lagi kalau bukan cik adik yang tengah duk ambik master ni haa... Saya memang sentiasa berpuas hari dengan hasil tangan designer favorite saya ni.. Ini tahun ketiga kami bekerjasama.. Bagi saya tahun ni adalah tahun yang paling stress bagi ECA.. Secara peribadinya, saya banyak komplen sampai Eca pening.. ye dok eca.. hihi.. Saya memang jenis yang cerewet..

Rasanya ni draft ketiga Eca buat baru saya puas hati.. sian eca kan eca... (^_^)... Saya gtau Eca, saya nak design saya ekslusif saya je.. saya tak nak sama dengan orang lain... Haaa nampak tak pening tak peningnya Eca..hihi.. Actually memang setiap tahun pun saya gtau benda yang sama... Setiap tahun saya akan gtau Eca, edit blog saya dengan tema INTANBERLIAN, MERAH, EKSKLUSIF & KEBABOOOMM.. Bab kebaboomm yang buat Eca pening tu...

Tapi apa2 pun, Eca tak pernah menghampakan saya dengan design2 dia tu.. Untuk design terbaru ni, saya suka bahagian kotak entry tu.. Kerawang di bahagian atas & bawah... Dekat footer @ bawah sekali blog ni, ada doa tau... U all scrool la sampai bawah tau... (",) Ohya, blog ni akan ada touch up sikit lagi tapi takda pe sangat cuma nak up kan ton warna secoet dua je lagi bagi lebih menyerlah..

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja Eca..!! Apa pendapat u all tentang kreativiti Eca kali ni..?.. Ohya, jika nak suruh Eca edit blog, u all bolehla tanya dia.. BLOG ECA or FB ECA.. TERIMA KASIH ECA CAYANG BUCUK MACHAM.. ;p

TERIMA KASIH DEKAT SEMUA YANG DAH BAGI UCAPAN SEMPENA KELAHIRAN SAYA TAK KIRA DI FB KE, BLOG KE, MESEJ KE, EMEL KE.. TERIMA KASIH SANGAT2 ATAS UCAPAN TU.. MOGA KITA SEMUA SENTIASA DI BAWAH LINDUNGANNYA
     "Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku.Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w." 

Tak boleh menyusu badan jika mengandung?

Tadi nurse dalam melawat dekat rumah tau u all.. Saya ada tanya dia, boleh ke menyusu ketika mengandung.. walaupun bagi saya boleh tapi bila saya baca banyak2 lagi, ada yang doktor kata boleh ada yang kata tak boleh.. So, saya jadi tak tahu camne.. Samada nak teruskan penyusuan dekat Aqilah ataupun tak.. Btw, nurse yang datang melawat tu cakap tak boleh @ tak sesuai dah.. susu yang terhasil sekarang adalah untuk baby dalam kandungan.. kalau saya bagi Aqilah menyusu pun, takda khasiat.. kira macam tak cukup khasiat la..

Hakikatnya dalam hati saya, saya ada rasa sedikit kerisauan.. Takut ada effect apa2 dekat kandungan.. Emmm untuk kandungan no 3 ni, saya ada berlaku satu prob sebelum ni tau u all.. Saya dah g jumpa doktor, doktor kata takda apa2 just kene pantau..  Sekarang dah takda dah.. Prob tu buat saya rasa risau bila bagi Aqilah menyusu.. takut akan effect kandungan.. lagi satu takut prob tu berlaku lagi sekali.. Pasal prob tu, saya belum ready lagi untuk bercerita.. Tapi ianya satu pengalaman mengerikan bagi saya.. Biasalah kan, mengandung di ketika usia dah masuk 3 series... 

Cumanya tu la u all, nak tanya pendapat u all.. Saya patut teruskan penyusuan dekat Aqilah atau pun tak... Pasal susu badan pun, dah tak meriah macam dulu2.. Yang buat saya kompius nak bercerai susu badan dengan Aqilah tu, sebab dia masih kecik.. baru setahun 4 bulan.. kesian plak rasa.. Tapi dalam rasa kesian dekat Aqilah, saya duk risau kat kandungan ni jugak... Minggu depan nak jumpa doktor lagi.. Nak jugak tanya doktor pasal ni.. tapi sebelum tu nak tanya pendapat u all dulu..

Siapa2 yang ada pengalaman, harap dapat bantu saya..
     "Ya Allah... Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau                              kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku.."                       "Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w..." 

Pandangan orang tua2 bila jarak umur anak dekat2

Bila melibatkan jarak anak yang dekat2 @ rapat2 ni, macam2 pendapat ada.. ada yang tak kisah, ada yang terlebih kisah.. yang terlebih kisah tu, kadang bukan diri kita pun  tapi orang2 disekeliling kita.. untuk entry ni saya tak nak cakap pasal negatif2 tu.. shuhh jauh2 kata2 negatif tu, kita ambik yang positif je.. Nak buat apa pikir negatifkan.. bab2 ni kita kene happy barulah seronok.. (",)

Saya nak cerita antara pandangan orang2 tua bila kita yang muda2 ni mengandung dengan jarak umur anak yang rapat, katanya "Takpa, masa muda ni beranak ramai2.. nanti anak2 dah besar senang... dah takda nak pikir pasal anak kecik.. ni bila anak dah besar baru nak beranak pulak, dah kene jaga anak kecik lagi.. tak boleh nak berehat lagi".. Ayat yang orang pernah cakap or saya pernah dengar tu lainlah ayatnya tau, tapi maksudnya sama.. 

Kiranya dorang nak bagitahu saya, masa muda ni, saya beranaklah berapa ramai yang saya nak.. nanti saya dah kertu sikit, takdalah baru nak beranak lagi.. tak ke time tu nak kene jaga baby lagi.. Kata orang, "Penat jaga anak tu biar sekali harung.. anak dah besar kita pun dah senang".. Alaa kalau kita nak "sakit" sikit pun time anak2 kecik tu je... Haa nampak tak kata2 positif tu camne.. dan2 saya rasa macam nak mengandung setahun sorang.. muahahahhahh...

Bab anak, setiap orang ada pandangan masing2.. ada komitmen masing2... saya tak nak komen pasal tu... ini just sharing diri saya sendiri.. apa yang saya rasa.. Secara peribadi, dalam bab anak, saya tak pernah pikir pasal kewangan.. tak pernah saya kata taknak anak lagi sebab risau kewangan tak kukuh lagi ke apa ke.. Sebab saya percaya, setiap anak yang lahir, dah tertulis rezeki mereka.. Walaupun bukan direct kepada mereka, tapi mungkin melalui orang tengah, sebagai contoh, mana tahu kot2 my dear dinaikkan pangkat, tak ke gaji pun naik.. kira macam tambahan gaji tu dah dianggap rezeki anakla kan...

Walaupun saya tak kerja, hanya my dear sorang je yang mencari nafkah untuk kami, Alhamdulillah kami tetap cukup makan minum.. walaupun bukan mewah tapi cukup segalanya.. Pernah tak u all perasan, duit gaji kita, belum habis bulan lagi dah habis, tapi kita tetap boleh makan minum.. mana datang rezeki tu...? tu kata, rezeki Tuhan ni luas.. walaupun kadang kita rasa kita tak mampu tambah anak sebab masalah kewangan tapi percayalah.. anak kita ada rezekinya sendiri.. 

---------------------------------------------

Saya kalau dah start menulis, titik noktah memang tak jumpa.. kalau ikutkan nak tulis panjang lagi ni.. Entry tanpa gambar, macam biasalah u all, panjang dia mesti berjela.. hahhah.. ni belum u all jumpa saya face to face lagi ni, tak sempat u all nak masuk line kalau dengar saya sembang.. ekkekek.. Penutup entry ni, saya doakan moga Tuhan kurniakan zuriat macamana Tuhan memberi saya untuk merasai saat indah bergelar seorang ibu kepada rakan2 saya yang masih berusaha untuk dapatkan anak... InsyaAllah, moga ada rezeki u all kawan2 kesayangan saya dunia akhirat ni untuk bergelar seorang ibu.. Tak lupa jugak moga Tuhan makbulkan impian saya moga kandungan saya ni adalah anak lelaki.. InsyaAllah dengan izinNYA jika saya layak untuk mempunyai amanah menjaga seorang "pemimpin"... Aamiin....

     "Ya Allah... Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau                              kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku.."                       "Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w..." 

Suka makan pisang ketika mengandung

Resepi Pisang Goreng Rangup

Pisang goreng dalam gambar ni, tahun lepas punya cerita yer.. Pisang dari hasil abah saya yang tanam.. Alhamdulillah sekarang ni loya saya dah takda sangat pun.. Eh, ke memang dah takda terus yer.. Rasa macam dah lama takda uwek uwek... Takpala tu, yang penting untuk entry ni saya nak gtau, saya dah mula nak jadi PENGGEMAR GORENG PISANG NO 1 dalam family saya.. dalam family cukupla, kang gtau dalam dunia kan, u all tak caya plak.. hihi

U all tahu tak, hari2 tekak saya ni rasa nak makan pisang goreng.. Sampai saya dah siap cakap dekat my dear "Abang beli pisang goreng hari2 tau.. bila ina gtau jangan beli @ dah bosan makan, baru abang stop".. Si suami kesayangan saya tu, tunaikan permintaan saya ni.. hari2 beli pisang goreng tau.. My dear & anak2 makan secoet je, yang tukang perabih sayala.. sampai kerak2 tu pun saya kutip makan.. hahah.. Saya makan pisang ni bukanlah sebab orang kata makan pisang banyak2 boleh dapat anak lelaki tapi sebab tekak ni sentiasa rasa pisang goreng tu sedappppppppppppppppp sangat..!!

Makanan favorite saya dolu2 rasa kembang tekak tengok.. tu baru tengok tau.. Alaaa saya maksudkan pizza.. saya ni memang jenis suka makan pizza tau.. suka sangat.. Duk order Pizza delivery je kojenya.. tapi sekarang tengok iklan pun tak lalu dah u all.. Nampaknya saya dah kembali kepada citarasa melayu.. pisang goreng plak tu.. hihii.. Balik Chemor hujung bulan ni, nak ambik pisang banyak2 kat kebun abah saya tu.. nak buat kerepek pisang & nak goreng.. Nyum nyum.. sedapnya pisang...

     "Ya Allah... Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau                              kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku.."                       "Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w..." 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...