Pagi ni alisha bangun awal.. ehh, memang sebenarnya alisha sekarang ni sentiasa bangun awal pun.. sebelum abah dia pergi kerja, dia mesti bangun.. Ni mesti kes nak suruh abah dia kiss dia juga sebelum pergi keje ni.. dengki kat ibu la tu.. muahhahah ;p
Macam biasa la saya, pagi2 akan buka komputer.. buka facebook & blog pojaan ni.. hihii.. Tengah2 saya guna komputer tu, si alisha ni duk la main sorang2 jap.. Dalam tengah2 dia main tu, sekali saya pandang.. Alisha tengah duduk.. heheh
Sebenarnya takda apa pun yang u all akan kesahkan dengan alisha ni duduk kan.. biasala kan.. Tapi saya sebagai ibu alisha ni kesah la sikit.. sebab tu perkembangan terbaru alisha.. hehhe Saya dah perasan 2 3 hari alisha try duduk macam ni tapi baru pagi ni dapat snap gambar dia.. ;-)
2 hari yang lepas (29/03/11).. kesian dekat alisha.. dalam2 dia berusaha nak buat gaya macam tu, dia boleh terjatuh ke belakang.. menangis la dia jawabnya... *sabar ya sayang.. sementara nak teror memangla macam tu.. * ;-) Alisha ni pandai, sebelum dia duduk macam tu, dia akan buat gaya merangkak lepas tu tangan dia memegang apa2 je la untuk support dia.. bila dah stabil... taraaaaaa dia lepas la tangan... hihiii
Perkembangan alisha memberangsangkan.. umur nak masuk 6 bulan dah pandai merangkak *walaupun setapak dua.. hihii*.. nak masuk 7 bulan dah makin pandai duduk.. tak lama lagi jawabnya berdiri la anak ibu ni pastu berjalan.... horrayyyyy ibu tak payah lenguh2 dukung alisha lagi.. muahahaaa.. tapi sebelum tu, ibu akan dukung puas2 la.. sebagai kenangan di masa tua.. hahahhahahh boleh gitu?... ;p
Alamakkk terlupa.. macam biasa la, mesti ada gambar alisha kan.. nanti senang la u all nak imagine macamana gaya duduk alisha yang saya ceritakan ni.. hehheh Lagipun nanti alisha dah dewasa mesti dia pun nak tengok gambar2 dia ni.. hihiii
Alisha berusaha menstabilkan diri
Yeah!! dah berjaya.. siap berlagak lepas tangan tu.. muahaha
"Tengok ni ibu, alisha siap boleh cun kan posture badan.." hihii
Alisha.. alisha... ibu sayang sangat sama kamu ;-)