Link untuk print "permainan" ajar anak berkaitan duit @ beli atau jual barang

Tahun depan anak solehah Alisha dah darjah satu, saya mulalah risau nanti Alisha nak beli apa2 dekat koperasi ke kantin ke macamana... udahlah anak saya tak reti lagi bab2 duit ketika nak membeli ni haa... Saya tengok anak jiran yang muda pada Alisha pun dah reti pergi kedai beli barang sendiri.. Eh, tapi untuk diri saya, saya memang tak benarkanlah anak2 saya pergi kedai sendiri, dahla kedai tu mata tak memandang, lainlah kalau kedai sebelah rumah... 

Zaman sekarang ni saya memang tak berani la nak bagi anak pergi kedai sendiri.. Makanya, untuk mengajar Alisha berkaitan duit @ urusan jual beli ni, so saya buatlah satu permainan, kiranya macam "BERMAIN SAMBIL BELAJAR" la... Anak2 ni, kalau kita ajar macam tu je, mereka pun bosan, tapi kalau kita main2 macam ni, amboi, bukan main seronok... jenuh ibu dorang ni nak jadi peniaga... tak menang tangan.. hahahhah


Saya buka 2 buah gerai, satu gerai jual sandwich & satu gerai lagi jual barang2 basah, sayur dan buah-buahan.. Untuk aktiviti ni, saya pun terlibat sekali tau main dengan anak2, yela, dah kata nak ajar anak kan.. hehe.. Saya ni jadi jurujual, anak pula jadi pembeli...

***********************************************

Link untuk print barang2 untuk buat sandwich

Link entry : http://kidsactivitiesblog.com/49588/printable-toys



Link untuk print sarung tangan, sudip, pinggan & talam (tiada dalam gambar)

Link entry : http://kidsactivitiesblog.com/22283/christmas-printables-2

Link softcopy (print page 6, 7 & 8) : http://kidsactivitiesblog.com/wp-content/uploads/2012/12/Christmas-Baking-Printables-Set.pdf


Link untuk print dapur masak (u all klik je gambar dapur di entry tersebut lepas tu save as & print).. Ohya, saya tampal kertas yang saya print dapur tu ke dalam fail keras @ plastik yang dah rosak.. 

Link entry : http://ikuji.oyasmilk.com/babykidsdiy/kidskitchenbox/


Link untuk print cup, sebenarnya saya dah tak jumpa gambar yang macam saya print tu, makanya, saya search lain.. Bila u all klik link tersebut, u all akan sampai ke google images, pilih je gambar mana u all berkenan, lepas tu u all save as & print..

Link google images : https://www.google.com/search?q=big+pink+cup+high&rlz=1C1GGGE_enMY396MY702&espv=2&biw=1600&bih=809&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwiP64O6vZrQAhVJr48KHSSJDiIQ_AUIBigB#q=big%20pink%20cup%20hi&tbm=isch&tbs=rimg%3ACZnZpWv2S5M2IjjJsqF6u1HGmGWUs3ZL1Nfz-ad6Yq_1bcYcaglWfQXXUBZiPgaI5rT_1juoOy-gHrUZnbKNWQ9uTmryoSCcmyoXq7UcaYEQHgpVO1-FvhKhIJZZSzdkvU1_1MR-hPJ8X9E3H0qEgn5p3pir9txhxHIEO65RpIcXCoSCRqCVZ9BddQFEY_1do5271fgWKhIJmI-BojmtP-MRHebXubsp43IqEgm6g7L6AetRmRGrJ7bzDJknNCoSCdso1ZD25OavEajWMO5XpUt-

***********************************************


Di gerai yang jual bahan2 basah, sayur dan buah-buahan ni, saya letak sekali dengan harga tau.. Nampak sangat saya tak ajar Alisha bab2 ni, barang yang saya tulis RM1.50 tu, masa saya mula2 tulis, Alisha boleh cakap "Mahalnya sampai seratus lima puluh harga dia"... Alahaiiii, saya pulak yang tersentuh dengar Alisha cakap macam tu, yela, nampak sangat Alisha tak reti... Tiba2 pulak rasa bersalah lambat ajar...


*****************************************************

Link di entry ini ada banyak gambar tau, u all pilih je gambar2 yang u all nak print, lepas tu save as & print..

Link entry : http://1et2et3doudous.canalblog.com/archives/2014/03/18/29459410.html

*****************************************************


Nak bagi nampak macam real dan nak bagi anak saya lebih mudah faham, makanya saya fotostat guna duit betul... Alaa guna printer je pun u all... Saya fotostat muka depan je, dah siap fotostat, saya tulislah -CONTOH- di kertas tersebut... Memang Alisha tak faham lagi pasal duit, sebabnya ketika proses jual beli, saya bagitahu Alisha yang total barang tu semua RM 13 tapi Alisha bagi saya duit macam tu je.. takda nak buat perkiraan ke apa ke.. Dari sini saya nampak kelemahan Alisha... RM 13 tu pun Alisha macam tak tahu macamana... Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Tuhan gerakkan hati saya untuk ajar Alisha pasal urusan jual beli ni, moga diterangkan hati anak2 kita semua untuk menerima setiap pembelajaran.. InsyaAllah... 


Tadaaaa inilah contoh sandwich yang si ibu ni telah buat... dua singgit dua singgit dua singgit...!!! hahhahha.. Tiada yang lebih menggembirakan hati si anak apabila ibu bapa mereka sudi bermain @ meluangkan masa bersama mereka.. AllahuAkbar... Moga kita semua diberi masa yang lebih untuk melayan anak2 ketika mereka masih kecil ini, di saat mereka masih memerlukan tunjuk ajar kita bagi menghadapi masa hadapan mereka yang pasti akan semakin mencabar... Moga anak2 kita semua membesar sebagai anak yang taat pada perintah Tuhan... InsyaAllah...

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

1 comment... add one now

Unknown Unknown November 09, 2016
allahhh.. seronok pulak husna tgk, dpt bayangkan suasana masa main tu.. drpd bermain jual² tanpa ada input lebih baik buat mcm ni kan.. seronoknyaa! inshaAllah mudah²han ada rezeki husna jd ibu nanti, husna dtg rujuk blog akak jelaa.. hihihi..