WARNING!! kepada sesiapa yang tak boleh tengok najis, sila hentikan pembacaan anda.. hehhe :-) Saya tak kisah pun tengok najis ni.. memang hari2 saya duk menilik najis alisha pun.. hahha Saya rasa semua ibu2 pun selalu perhatikan najis baby masing2 kan.. yela, dari najis tu la macam2 kita boleh detect.. samada sembelit ke cirit birit ke & lain2..
So, pada ibu2 yang tak kisah macam saya.. meh la kita tengok makna2 di sebalik najis anak kita.. hahha.. Saya ambil maklumat ni dari laman web babycenter tapi saya dah translate la.. Translate pun ikut pemahaman saya ye u all.. maklumla, saya bukan terror sangat english ni... muahhaha
Najis baby baru lahir : mekonium
 
Najis baby yang baru lahir, kita panggil dia mekonium.. najis ni berwarna hitam kehijauan, dia macam melekit2 sikit la.. Teringat masa alisha dulu, najis dia pun lebih kurang macam ni la.. satu hari entah berapa kali berak pun tak tau la.. tak larat nak kira..time tu kat hospital, bukan basuh pun, main lap je dengan tisu..hahha *tisu khas untuk tujuan tersebut yer.. ;p*
Ohya, sebenarnya mekonium ni adalah benda2 yang berkumpul dalam usus bayi kita semasa kita hamil.. komposisinya adalah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan  cecair amnion.. Mekonium  ni juga petanda yang usus anak kita tu berfungsi dengan bagusla.. That y, selepas anak kita lahir kat hospital, nak kena bagi mereka berak dulu baru boleh balik rumah.. Alisha dulu, pagi lepas bersalin terus dia berak.. usus yang bagus alisha ni.. hahaa 
Tapi selepas sehari atau dua hari, bila anak kita minum susu dengan bagus dah & semua mekonium tu dah dikeluarkan, warna najis akan menjadi hijau  kecoklatan, lembut dan berbiji sebelum menjadi lebih kekuningan. 
Najis bayi yang menyusu badan
Jika kita menyusukan baby kita secara eksklusif *susu badan yer..*, najis bayi kita akan berubah menjadi kuning cerah atau mustard dan berbau manis. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala berbiji atau berkental.
Biasanya najis akan bertukar jadi macam ni selepas 2 3 hari dilahirkan.. Ohya, Kolostrum dari “susu pertama” kita tu sebenarnya bertindak sebagai  laksatif, ia membantu menolak mekonium keluar dari sistem baby kita.. itu yang pentingnye penyusuan awal ni.. lagipun kolostrum ni bukannya lama pun ada kat kita.. 
 Najis bayi yang minum susu formula
Bagi baby yang minum susu formula ni, najis dia akan berwarna  kuning pucat atau coklat kekuningan, ala2 peanut butter gitu.. haha sisa susu formula ni akan buat najis anak kita kelihatan lebih terbentuk berbanding baby  yang diberikan susu badan. Ini disebabkan oleh susu formula tidak dapat  dicernakan sepenuhnya seperti susu badan. Selain tu, najis mereka jugak akan berbau lebih  tengik, seakan-akan najis orang dewasa. 
Biasanya, baby yang diberikan susu formula ni, seelok2nya buang air besar setiap hari untuk merasa selesa, selain itu, najisnya juga lebih besar. Tapi kalau najis anak kita tu duk menetap  lagi lama dalam usus, lagi keras la jadinya dan lebih sukar  untuk dikeluarkan, sehingga  membawa kepada sembelit.
Najis bayi yang diberi zat besi
 
Jika kita bagi bayi kita suplemen zat besi, najis mereka akan berubah menjadi hijau gelap atau hampir hitam. Tapi jika najis bayi kita jadi macam ni sedangkan dia tidak mengambil suplemen zat besi, cepat2 la kita bawa mereka jumpa doktor..!!
 Najis bayi yang mula makan solid food
Bila baby kita dah start makan solid food, najis sudah tidak mudah  dibersihkan atau berbau manis seperti sebelum ni. Dengan makanan pejal, apa  yang anak kita makan, akan keluar dalam bentuk yang agak sama. Contohnya, apabila kita bagi mereka makan carrot yang dipurikan, najis mereka juga akan bertukar kepada warna jingga cerah. 
Selain itu juga, apabila bayi kita mula memakan pelbagai  jenis makanan, najisnya akan menjadi lebih pekat, gelap dan berbau. Kiranya ia lebih cenderung kepada warna coklat atau coklat tua dan tebal dari peanut butter tapi masih lembik.   
 Najis bayi dengan sebahagian makanan dicerna
 
Kadang-kadang najis bayi kita akan terdapat sisa2 makanan di dalamnya atau diwarnai dengan warna  seperti merah, oren, atau biru tua. Kita sebagai ibu ni jangan bimbang kerana hal ini terjadi disebabkan hanya sebahagian makanan dicerna atau perjalanan begitu cepat melalui usus dan makanan tu tidak banyak waktu untuk benar2 dicerna *harap2 u all faham dengan ayat ni*. Selain tu, ia juga terjadi disebabkan oleh baby kita tidak menguyah makanan lama2, cepat sangat nak telan.. hihii
Tapi kita juga perlu bimbang jika najis baby kita jadi macam ni lama sangat.. time tu kita cepat2 la bawak mereka pergi jumpa doktor. Doktor akan memeriksa untuk memastikan usus baby kita menyerap makanan dan nutrisi dengan betul.
  Tapi kita juga perlu bimbang jika najis baby kita jadi macam ni lama sangat.. time tu kita cepat2 la bawak mereka pergi jumpa doktor. Doktor akan memeriksa untuk memastikan usus baby kita menyerap makanan dan nutrisi dengan betul.
Najis bayi yang cirit-birit
 
Cirit-birit ni terjadi apabila terdapat jangkitan seperti gastroenteritis, mengambil terlalu  banyak buah-buahan atau jus, mula tumbuh gigi, memakan ubat, kesensitifan atau alergi terhadap sesuatu makanan... jika terlalu lama cirit birit tanpa dapat rawatan, ianya boleh menyebabkan dehidrasi. 
Tanda2 cirit birit ni termasuklah najis yang  sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih  kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi kita.. 
Cirit-birit akan sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika  tidak, dapatkan pemeriksaan doktor. Ibu2 selalunya beranggapan bahawa  puncanya ialah susu formula bayi, tetapi sebelum menukar kepada jenama  lain, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan tidak terdapat  sebarang punca lain.  
Najis bayi yang sembelit
Jika najis baby kita kelihatan seperti kerikil kecil, dia mungkin sembelit. Ianya bukan setakat baby kita terpaksa meneran semasa membuang air besar sehingga muka bertukar menjadi merah cerah tapi ianya juga melibatkan simptom lain seperti kesukaran membuang air besar, sakit abdomen dan senak perut, ketidakselesaan dan kadang-kala didapati najis bercampur darah. Ini mungkin disebabkan oleh fisur dubur (rekahan kecil pada dubur) akibat najis yang keras
Baby yang diberikan susu badan tidak selalu mengalami  sembelit berbanding dengan baby yang diberikan susu formula, sebab susu  ibu mengandungi nutrien yang menyebabkan najis mereka menjadi lembut. 
Jika baby kita menghidapi sembelit bawalah dia berjumpa doktor,  terutamanya jika terdapat darah dalam najis, supaya dapat diketahui  puncanya. Bagi bayi yang sudah mengambil makanan pejal, mungkin doktor  akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam  dietnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikannya buah prun atau buah  aprikot yang dipuri
Najis bayi yang hijau & berbuih/berlendir
Jika najis bayi kita berwarna hijau dan berbuih,  besar kemungkinan bayi mendapat terlalu banyak laktosa (gula asli yang  terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi  tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan.
Ia juga mungkin  disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah  tanda bahawa bayi anda mempunyai kuman dalam perut. Lendir dekat najis tu juga merupakan tanda-tanda jangkitan atau alergi. Jika disertai gejala lain atau ianya berlaku  selama dua hari atau lebih, eloklah kita bawa jumpa doktor.  
Oleh itu kita kena pastikan yang bayi kita habis menghisap satu breast sebelum menghisap breast yang lagi satu.
Najis bayi yang terdapat calitan darah
Calitan darah dalam najis bayi kita akan berlaku  jika dia sembelit sebab peneranan bayi semasa membuang air besar boleh  menyebabkan fisur dubur. Namun begitu, elok jika kita mendapatkan  pemeriksaan doktor untuk memastikan ini sebab sebenar dan tiada  sebab-sebab lain.   
So, u all, jika terdapat tanda2 yang pelik dekat najis baby kita, & kita pulak tak pasti puncanya kenapa, cepat2la kita bawak mereka jumpa doktor.. ;-)











 mummyrinazone beauty
October 02, 2012
 mummyrinazone beauty
October 02, 2012
 
  
 