Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Alisha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alisha. Papar semua catatan

Isnin, 20 Mei 2013

Oven Alisha


Helmet hijau ni Alisha jadikan oven.. hahaa... Tu pun saya perasan sebab kami main sama2 tau... Alisha tokei restoran, saya plak pelanggan.. Ohya, saya memang suka melayan alisha yer.. jadi kawan dia, tu yang sampai main masak2 dengan alisha... hahahaaa.. Bukan pe u all, Alisha bukan duk taska... takda kawan nak join.. ibu dia, harus memainkan peranan la untuk membentuk alisha ni (^_^)


Bijak tak Alisha.. ni lah makanan yang saya order dari Alisha... pandai plak siap letak dalam plastik & sediakan sudu (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Jumaat, 17 Mei 2013

Rumpai laut hijau yang belum dimasak & dah siap dimasak

Saja nak share dengan u all tentang rumpai laut hijau yang dah mengembang selepas direndam & yang dah masak.. Sekarang ni, saya duk guna rumpai laut hijau.. Walaupun saya ada try lain2 produk, TAPI RUMPAI LAUT TETAP TIDAK DITINGGALKAN.. SEBABNYA SAYA SEDANG BERUSAHA UNTUK MERAWAT KELENJAR TIROID SAYA YANG BENGKAK NI...


Ni lah rupa rumpai laut yang dah direndam semalaman... Bila gigit, kruk krak bunyinya.. hehhe.. Ohya, nak tengok rumpai laut hijau sebelum kembang, KLIK SINI


Yang ni pulak yang dah siap dimasak.. warna dia macam air tebu tu.. tapi rasa dia, memang air tebu berpuluh2 ganda lagi sedaplah... Walaupun saya cakap camtu, tapi bagi si alisha, rumpai laut ni sangat sedap.. hihii.. Bayanglah, kadang tu, rumpai laut ni belum keras sepenuhnya pun lagi, tapi dia dah ambik makan.. (",) heran saya nengoknya.. 

Ohya, lagi satu saya nak jelaskan lagi sekali yer.. RUMPAI LAUT TIADA KOLAGEN TAPI IA MEMBANTU MENGEKALKAN @ MENGAKTIFKAN PEMBENTUKAN & PENGHASILAN KOLAGEN DALAM BADAN KITA.. DENGAN KATA LAIN, RUMPAI LAUT NI, MEMBANTU UNTUK MERANGSANG PENGELUARAN KOLAGEN... "ORANG TENGAH" LA KIRANYA.. (^_^).. RUMPAI LAUT ADALAH RUMPAI LAUT.. MANAKALA KOLAGEN ADALAH SEJENIS PROTEIN.. WALAUPUN CAMTU, KHASIAT RUMPAI LAUT NI SANGAT2 BANYAK.. SEBAB TU SAYA AMALKAN.. (",).. Nak baca pasal rumpai laut tiada kolagen, TERJAH BLOG DR. ZUBAIDI yer (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 16 Mei 2013

Masa kecik2 tak nak naik


Tengoklah si kakak Alisha ni, boleh dia g masuk dalam stroller tu.. hahaaa.. Tu la, masa kecik2 dulu tak nak naik.. nak suh dukung.. kang dah besar baru sibuk nak naik.. tu pun, alisha duk dalam stroller sambil tolak2 badan dia kedepan supaya stroller bergerak.. hahaaa

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Alisha main masak2 dengan Aqilah

Alisha memang seorang kakak yang sangat pandai main dengan adik dia.. Actually bukan dengan adik dia je.. dengan mana2 budak pun sama je (",).. Baru2 ni, dia main masak2 dengan Aqilah...


Alisha kalau main masak2, memang tak cukup kalau guna mainan dia je.. mesti nak diangkut sekali barang kat dapur (",)


Tak tahulah apa yang Alisha masak.. siap masak, terus suap dekat Aqilah.. tengoklah dia suap guna apa tu.. hahah.. Aqilah pulak bagi respon yang bagus.. apa kakak dia bagi, semua dia nak masuk mulut.. ahhah


Gambar kat atas ni pulak, actually saya gtau alisha, saya nak air satu.. so, dia ulang balik cakap "air satu?" sambil tunjuk jari satu... time saya order air dengan alisha tu, lagak saya macam customer order air dekat restoranla.. hihii

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Rabu, 15 Mei 2013

Kakak Alisha yang rajin

Alisha memang anak yang baik.. rajin menolong.. tak payah disuruh.. laju je dia buat... kadang2, saya buat keje separuh, lepas tu, saya tangguhkan kerja tu kejap, tau2 je, Alisha dah sambung keje saya tu.. hahah.. Macam gambar kat bawah ni..


Lepas saya lipat baju, saya letak atas katil jap, sementara nak bagi Aqilah susu, nanti baru nak sambung kemas...


Tapi si Alisha ni rajin sangat, dia yang pergi ambik baju2 dia yang saya dah lipat, dia g simpan sendiri dalam almari dia.. hehhe.. Actaully time tu, kami nak balik kampung.. so, dia rasa, dia perlu mempercepatkan kerja saya kemas rumah kot.. tu yang dia tolong.. Eh, tapi hari2 biasa pun memang dia rajin menolong simpan baju.. kalau dia simpan tak kemas, saya susun semula (",)

P/s : Guna kamera rosak, so, terpaksalah u all tengok gambar camgini.. (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Wajah kesayangan Alisha


Alisha cukup sayang sangat dekat Aqilah... Jangan lah sape2 konon2 kata nak ambik adik dia.. mesti dia tak bagi.. Tau tak, baru2 ni adik lelaki saya datang umah, so, time adik saya nak balik, dia macam kejut2 lah Aqilah dari tidurkan, kiranya adik saya tu sentuh2 la badan Aqilah.. tiba2 Alisha boleh keluarkan suara "Huhhh!! Aqilah tido.!!" (Alisha mula cakap camtu, selepas beberapa minit tengok adik lelaki saya duk kacau Aqilah tido).. Adik saya & saya yang masa tu ada kat sebelah Alisha terkejut tengok aksi alisha.. muka alisha merah.. air mata bergenang.. reaksi muka tengah tahan marah... Garang betoi Alisha sekarang.. hahah

Lagi satu plak, masa kami nak balik Sungai Petani dari Parit Buntar, adik ipar saya konon2 tak bagi bawak balik Aqilah, Alisha yang masa tu dah ada dalam kereta, suruhlah abah dia ambik Aqilah, tapi abah dia buat tak tau.. Alisha terus cakap kat saya "Ibu, Aqilah".. sambil tangan tunjuk dekat Aqilah.. tau tak, time tu muka Alisha ni, nampak panik je tau.. dia jadi gelisah.. bila saya ambik Aqilah barulah dia nampak happy.. (",)

video

video = 48 saat

Jika sudi, tengokla video dekat atas ni.. bukan video apa pun, video Alisha kiss adik dia je.. hihii.. Alisha ni, dia tak kira masa.. adik tengah main pun dia nak kiss.. sehari, berpuluh2 kali dia kiss Aqilah.. hihii

P/s : Bermula dengan entry ini, hingga entry hari Selasa minggu depan, semuanya auto publish yer... 14 entry saya sediakan untuk u all sepanjang percutian saya... hambikk, tegar tak tegarnya saya berblog... hahaaa... Btw, jumpa lagi minggu depan... doakan perjalanan kami selamat sampai ke destinasi (",) Pada yang belum tahu, kami nak balik Terengganu yer (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 14 Mei 2013

Alisha & Aqilah layan Upin & Ipin

Aqilah ni kan, cepat betoi la belajar tau... baru je umur 6 bulan setengah, tapi sekarang dah pandai berdiri sendiri.. tapi tak teror lagi la u all... asyik duk terjatuh je.. adehhh.. 


Kalau Alisha layan Upin Ipin kat laptop, Aqilah pun sama jugak sibuk nak tengok.. mulalah nak berdiri.. saya kene duk sebelah dia la tapinya, risau takut terbalik..


Tengoklah muka 2 beradik ni haa.. pakat duk berlawan kerut kening.. hahah.. cite tajuk apa ntah Upin Ipin yang dorang tengok sampai camni sekali.. (",) yang si Aqilah tu pulak, gaya dia tengok macam paham... hahhah.. Eh, pipi Aqilah nampak "jatuh" la.. hihii

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Isnin, 13 Mei 2013

Contoh gambar yang di ambik guna kamera FinePix S2980

Ni entry percubaan untuk tunjuk kat u all kualiti gambar guna kamera saya yang baru beli tu...




Semua gambar ni saya guna setting close-up tau.. biasalah, dari dulu lagi saya memang suka guna setting ni untuk semua gambar dalam blog saya.. sebabnya gambar lebih fokus & akan nampak gelap sikit... hehhe Bagi saya, saya suka la dengan kualiti gambar dia.. lebih kurang kamera saya sebelum ni... cuma nak kene pandai settingla plak kamera ni.. salah setting, tak menjadi gambar.. hihii

tekan SINI untuk perkongsian bersama

My Precious Part 5 - Alisha

Sepatutnya saya buat entry ni bulan 3 hari tu, tapi tu la, malas nak g godek gambar.. tu yang terlambat 2 bulan.. hihii.. Ohya, untuk mereka yang baru mengenali blog saya ni, untuk pengetahuan u all, saya akan upload gambar anak saya setiap enam bulan.. dengan kata lain, dalam satu entry, saya akan tempek gambar perkembangan wajah mereka tiap2 bulan (",)


5/10/2012 = 2 tahun sebulan


05/11/2012 = 2 tahun 2 bulan


06/12/2012 = 2 tahun 3 bulan


09/01/2013 = 2 tahun 4 bulan


10/02/2013 = 2 tahun 5 bulan


05/03/2013 = 2 tahun 6 bulan

Alisha sekarang dah pun berumur 2 tahun 8 bulan.. Untuk gambar Alisha dari 2 tahun 7 bulan, kita tunggu Alisha umur 3 tahun nanti yer... time tu saya akan upload lagi 6 keping gambar bulanan Alisha (",)

Gambar Alisha dari SEHARI hingga 5 BULAN, KLIK SINI
Gambar Alisha dari 6 BULAN hingga 12 BULAN, KLIK SINI
Gambar Alisha dari 13 BULAN hingga 18 BULAN, KLIK SINI
Gambar Alisha dari 19 BULAN hingga 24 BULAN, KLIK SINI

TARIKH LAHIR ALISHA 05/09/2010

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Jumaat, 10 Mei 2013

Saya bakal ada tukang masak


Sikit masa lagi, nampak gayanya saya boleh bersenang lenang mengadap blog la.. tak yah masak sebab ada anak dara yang akan tolong masak.. hihi.. Rajin benor nak tolong... masih kecik tapi ciri2 sebagai "kaklong" dah terserlah dekat diri dia (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 7 Mei 2013

Gambar Alisha & Aqilah

Rasa macam dah lama wajah anak2 kesayangan saya ni tak tempek kat sini.. Ni kes pasal ibu dorang malas update blog la ni.. hihi.. Bukan apa, sejak kamera rosak ni, mood tu kurang.. nak kene beli kamera dulu baru boleh laju2 update blog macam sebelum ni.. hihii... Harap sangat my dear beli kamera sebelum balik Terengganu minggu depan, nanti boleh ambik gambar banyak2.. (^_^).. After balik dari Terengganu, bolehlah saya update cerita kami kat sana.. hihii

So, bagi u all yang rindu dekat Alisha & Aqilah.. layanlah gambar yang kabur ni yer.. (",)






tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 30 April 2013

Alisha punya koje.. hahahha

Hahahhah nak tergelak melayan peel anak2 ni tau... ada je akai dia.. hihii... Boleh plak si Alisha g ambik kopiah abah dia, dia pakai satu, satu lagi bagi Aqilah pakai... kikikiii


Yang tak menahan tu, tengoklah.. siap dengan spek mata hitam.. ahhahha.. Manalah saya tak gelak... muahhahhahha



Aqilah yang jadi mangsa kakak.. muka redha je.. kikikiii

P/s : Sorry yer terpaksa mengadap gambar yang blurrrr.. tunggu hingga saya beli kamera baru, gambar akan kembali kebaboommmm.. muahahahhha

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Rabu, 24 April 2013

Tabung Alisha dah pecah


Tabung Alisha pemberian acu dia dah pecah... Duit banyak sangat sampai tabung tak larat nak menampung.. hahhah.. Mahunya tabung dia tak penuh u all.. dia duk kutip duit dalam tabung abah dia, sumbat dalam tabung dia.. ahhahha... Tapi selain tu, memang setiap kali my dear ada duit syiling, my dear akan bagi alisha suruh masuk tabung... (",).. Menyimpan duit dalam tabung harus di didik dari kecik! (^_^) 

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Dah ada rantai leher sorang satu

Hujung minggu baru ni, my mum datang umah saya tau.. Saja jejalan jumpa cucu dia.. Nak tau tak, Alisha dapat rantai leher dari opah kesayangan dia tu... Seronok alisha.. Ibu & abah alisha lagi seronok sebab jimat duit.. kikikiii.. Actually, rantai leher tu, bukannya yang baru tau.. tapi my mum cakap dia sendiri pun dah lupa tu rantai leher saya or adik saya.. banyak sangatlah tu.. (",)

Untuk pengetahuan u all, my mum memang suka beli barang kemas... Dari kecik lagi kami dibiasakan dengan barang kemas.. orang Terengganu la katakan... Mokcik2 yang jual sayur kat pasor tu lagi besor2 barang kemas dia..!! Thats y saya pun suka barang kemas... Dapat pulak suami pun yang memang suka emas.. jatuh plak dekat anak pun suka.. hambikk.. satu family minat emas... kikikii


Aqilah dapat rantai leher yang kakak dia guna sebelum ni je.. hahha.. Jadilah dari takda langsung.. (",) Tunggu umur setahun lebih ke or besar sikit.. bolehla tindik telinga Aqilah pulak..


Tu diaaa.. kakak Alisha bergaya dengan rantai leher baru.. Rantai leher gila-gila... (",) Alisha sebagai cucu sulung beruntunglah... Dapat subang, cincin & rantai leher.. semuanya opah dia bagi.. hahhah... Yang abah dia beli..?? Tuuu.. yang Aqilah pakai.. itulah yang my dear beli... (",)

Lepas ni nak berangan rantai tangan & gelang tangan plak sorang satu.. tahun bila tak tahulah.. berangan dulu.. dari berangan tu baru jadi kenyataan walaupun bertahun2 baru tercapai.. hihii.. Apa2 pun, thanks dekat my mum..!!

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 23 April 2013

2 beradik main bersama


Gelak mengekek Aqilah duk main dengan kakak alisha.. Si alisha ni pandai main dengan adik dia.. kadang2 tu, macam2 gaya dia buat semata2 nak bagi adik dia gelak.. hihii.. Nampak tak benda alah alisha pegang tu.. actually sebelum main dengan aqilah, dia main masak2.. tu yang benda alah tu ada kat tangan dia.. *tak tahu nak panggil benda alah tu apa.. (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Isnin, 22 April 2013

Aqilah dah pandai merangkak

Aqilah dah mula meniarap.. Yeayy!! Kalau masa awal bulan hari tu, saya gtau u all Aqilah dah mula angkat badan kan... Tapi minggu lepas, Aqilah dah pandai merangkak.. Tapi bukanlah dah teror tau.. kiranya baru setakat kaki kanan & kaki kiri ke depan, pastu terjatuh balik... sekarang ni aqilah sedang berusaha untuk jadi lebih teror merangkak (",)


Aqilah memang betoi2 nak memecahkan rekod kakak dia ni.. Dah tak sabar nak main kejar2.. ahhah.. KALAU ALISHA DULU, MENIARAP KETIKA USIA 4 BULAN 12 HARI, LAGI SEHARI NAK MASUK USIA 6 BULAN, ALISHA DAH START MERANGKAK.. 6 BULAN ++, DAH TEROR MERANGKAK... ALISHA, DALAM TEMPOH SEBULAN, DIA AMBIK PAKEJ... MENIARAP, MENYULUR, MERANGKAK...

AQILAH NI PULAK, KETIKA USIA 4 BULAN 2 HARI, DAH PANDAI MENIARAP, KETIKA USIA 5 BULAN SETENGAH, DAH PANDAI MERANGKAK... AQILAH PUN AMBIK PAKEJ JUGAK.. DIA MERASA SERBA SIKIT... MENIARAP, MENYULUR KE DEPAN & KE BELAKANG & MENIARAP.. NANTI AQILAH 6 BULAN ++, MESTI DIA AKAN TEROR SEMUANYA KAN (^_^)


Sekejap sungguh masa berlalu.. dah merangkak aqilah ni... Saya pun dah tak sabar nak tengok 2 beradik yang penyayang ni main masak sama2.. hihii

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 18 April 2013

Gambar hasil dari Alisha "menembak"

Kamera saya ni, kalau tak sorok jawabnya lepas kat tangan Alisha la... Berlambak2.. bayanglah, tadi saya transfer gambar ke komputer, sekali tengok sampai 100++ keping... tu diaaa... anak saya.. banyaknya dia ambik gambar... rasanya gambar yang saya snap separuh je kot... yang separuh lagi alisha...

Dah nampak bakat nak jadi blogger gak anak saya ni.. ahhahah.. kadang tu, apa je barang yang abah dia beli kat dia.. dia nak ambik gambar dulu baru guna... kah kah kah... berjangkit dengan ibu dia... muahhahah.. Nanti bila alisha dah pandai menulis & membaca, kalau dia ada blog, Jangan lupa follow blog alisha tau... kikikiii..

Jom layan gambar yang alisha snap, walaupun kabur, tapi okla... ni antara yang cantiklah yang saya tempek tau.. gambar lain banyak lagi,. tapi tu la, ambik gambar dinding yang penuh hasil seni dia tu... so, takleh tempek kat sini.. hihii






Dalam banyak2 gambar, Gambar ni adalah yang terbaik Alisha snap..!! Gambar Aqilah... (^_^)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Kakak yang caring...

Alisha kan, time saya nak tidur, kalau nampak saya selimut badan tapi kaki terkeluar, mesti dia akan tarik selimut bagi tutup kaki saya, lepas tu dia akan cakap "Aqilah juk" @ "Aqilah sejuk" sambil selimut Aqilah.. Lepas tu baru dia selimut diri dia sendiri... Sweet je kakak Alisha ni.. (",)

Pandai dia ambik berat dekat adik & ibu dia.. Kalau dulu, masa kecik2, saya yang selimutkan dia, sekarang ni walaupun masih kecik tapi dah pandai selimutkan saya pulak... (",) Kalau time dia baik camgini, rasa sweet sungguh.. Tapi time dia menangis... tak tau nak cakap apa... dalam hati tu duk "hangin" je menahan geram.. setaman boleh dengar... hihii

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Rabu, 17 April 2013

Alisha dah besar..!

Walaupun gigi dah rosak tapi tetap comel.. kikikiii

Kalau semalam saya cite kat u all yang Alisha basuh buyak sendiri kan... Actually time tu dia belum mandi pagi lagi.. so, dia membuang dalam pampers... Hari ni nak cite kes semalam pulak... Saya tengah menyusu Aqilah @ nak bagi tidur dalam bilik.. Lepas tu alisha masuk bilik terus bukak seluar masuk tandas...

Saya suruh my dear tengok sebab lama sangat alisha dalam tandas... Tau tak, rupa2nya Alisha pergi buyak dalam tandas.! Terkejut saya.. bukan apa.. saya tak sedar yang anak saya tu dah tinggi sehingga dah boleh duduk atas tandas duduk dengan sendirinya...! Betapa cepatnya anak saya membesar.. 

Tak sangka Alisha di usia 2 tahun setengah ni, dah boleh buat benda tu semua... dah tahu masuk tandas sendiri bila nak buyak & dah tahu nak basuh buyak sendiri..!! Cepatnya Alisha membesar.... Kematangan @ kemahiran dia seolah2 dia bukan anak sulung... seolah2 dia mempunyai kakak or abang yang mengajar dia.. padahal ibu dia ni je yang selalu teman dia pun...

Dari Alisha kecik lagi memang saya perasan dia seorang yang cepat belajar.. Moga kamu membesar sebagai anak yang bijak sayang.... akan menjadi contoh kepada adik2... (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 16 April 2013

Akak nak basuh buyak...

Hahah tahu ke buyak tu apa?.. Buyak tu berak.. kikii Opsttt (^_^).. Terkejut saya tengok alisha semalam... saya tengah buat kerja kat dapur.. Tiba2 saya dengar bunyi air dari dalam bilik... Sekali saya g tengok alisha ada dalam bilik air... Saya "jerkah" dia, terus dia cakap "Akak nak basuh buyak"... Adehhh nak pengsan saya dibuatnya.. yela, dia basuh sendiri @ buyak pun sendiri tak gtau saya.. Lagak macam dah besar....

Saya pun apa lagi, terus cuci buyak dia + terus mandikan dia.. hahah.. Ingat ibu dia ni percaya sangat dengan tahap kebersihan dia cuci buyak tu... (',) Ni la anak saya.. dia sebenarnya nak belajar buat sendiri.. dia kan dah besar.. cuma tu la, ibu dia bab2 ni memang tak percaya kat dia lagi... Apa2 pun, tetap cakap pandai kat alisha..!! (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...