Susu punya cerita

Tengah2 saya sibuk memasak gulai kari ikan tongkol, tiba2 handphone saya berbunyi la pulak.. rupa2nya member telefon.. dia ni baru je bersalin, sama tarikh dengan tarikh lahir saya... 25/02/11.. hehee dia dapat baby boy, 3.4kg..

Dalam duk2 menyembang tu, saya tanyalah dia, bagi susu apa, dia jawablah susu badan... haaa ok la kan susu badan.. susu mahaiii tu...hihii tp lepas tu saya tanya lagi, bila dah kerja nanti 'perah' la ek.. dia jawab time tu dah kene campur la dengan susu formula... tak kisah la tu..

Cuma yang buat saya sedikit kisah tu, alasan yang dia bagi kenapa taknak teruskan susu badan adalah.. lebih kurang macam ni la ayat dia... "Aku hantar anak aku dekat  pengasuh, nanti pengasuh cakap 'alaa bagi susu badan, tak mampu ke nak beli susu formula, bukan mahal pun'" excuse meee memang susu formula tu *tak mahal* pun sebab susu ibu lagi mahal!!!!!!!!!!

Kalau la susu ibu  ni murah, dah bersepah orang jual, tau tak?? Kadang2 saya cukup2 yang teramat lah sangat tak  paham kenapa masih ada orang berfikiran macam ni!! Tolong la okay... Untuk pengetahuan semua, ibu2 yang bagi baby2 mereka minum susu badan bukannya pasal tak mampu nak beli susu formula tapi pasal nak anak mereka HANYA DAPAT YANG TERBAIK...

Saya pun kadang bila saya bagitahu saya bagi susu badan ada yang kata "Oooo" dengan nada yang mendatar je... ada tu tanya pulak kenapa tak bagi susu formula, kenapa tak bagi air masak... (perlu ke saya jawab semua ni?) selagi anak saya tak cukup 6 bulan selagi tu hanya susu badan je anak saya akan minum...

Untuk pengetahuan jugak, saya mempunyai ramai kawan2... tak kirala dari yang suri rumah, pekerja sokongan or profesional... saya perhatikan kawan2 saya yang berpangkat besar2 ni, yang ambil master, yang ambil phd, mereka dengan bangganya bagitahu mereka menyusu badan sepenuhnya.. jika mereka kekurangan susu, mereka beli ubat or jumpa doc untuk dapat nasihat pasal nak tambahkan susu badan.. see betapa mereka caring nya kat anak mereka.. kalau ikutkan mereka lagi mampu beli susu formula!

Cuma yang buat saya terkilan sangat, kawan2 saya yang berada dalam kumpulan sokongan pulak yang bersusah payah untuk beli susu yang dah semestinya bukan di ranking nombor 1 terbaik.. :( emmm tapi takpala, setiap orang mempunyai pendapat & pandangan yang tersendiri.. ini hanyalah sekadar pendapat peribadi saya...

P/s : Tak marah pun cuma terkilan + sedih
Susu punya cerita

2 comments.. read them below or add one

Jaa Jaa March 07, 2011
erm, ina kena brainwash ckit kawan 2... sekarang ni.. kl buka majalah @ kt tenet, melambak2 orang bt program susu ibu...
IntaNBerliaN IntaNBerliaN March 07, 2011
haa 2la pasal k.ja.. bila saya gtau pasal kebaikn susu ibu ni... dorg skadar ckp... "yela tu..." ada tu lak... "hhmmmm"... rs mcm nk buat pamphlet byk2 pastu bwk je kemana saya pergi, asal org tnya... trus je bg pamphlet tu...hihii