Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Breastfeeding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Breastfeeding. Papar semua catatan

EPHYRA punca saya hampir bengkak susu..!!


Bengkak susu ni bila kita rasa breast kita sangat bengkak, sakit, berdenyut, terasa penuh & keras.. kadang2 tu, bengkak @ rasa keras tu sampai ke bawah ketiak tau... Kalau yang teruk tu, sampai demam... Puncanya terjadinya bengkak susu ni sebab susu badan kita banyaaakkkkk lah kan... ditambah pulak kalau anak kita tak mau minum + kita tak pam, memang makin menjadi2lah.... jangan dibiarkan susu tu mengeras tau... cepat2lah u all usahakan bagi susu tu semakin kurang... bagi anak hisap banyak2 or u all pam.... Untuk entry ni, bila saya kata EPHYRA hampir buat saya BENGKAK SUSU, itu maknanya EPHYRA TERSANGATLAH MEMBANTU SAYA DALAM BAB BANYAKKAN SUSU BADAN...!! Yap, Alhamdulillah... susu badan saya memang banyak untuk anak solehah Afrina @ my new baby... Bayanglah, sampai menitik2 susu tu... Afrina memang jadi "mangsa" la... selalu kena kacau dia tidur sebab nak bagi dia minum susu...

Ketika mengandung pun memang saya minum EPHYRA kan, tau tak, di hari2 terakhir saya nak bersalin tu, saya ada picit saya punya nipple tau u all, bila picit tu, ada keluar kolustrum... sedangkan ketika saya mengandungkan Aqilah dulu, sebelum bersalin saya try picit, takda keluar pun... Bila saya dah bersalinkan Aqilah, hari pertama & kedua, memang kolustrum je la yang keluarkan... bila hari ketiga tu, susu badan dah start keluar... saya balik rumah pada hari kedua lepas bersalin, malam tu saya minum EPHYRA seperti biasalah kan, tanpa disangka2, bangun pagi esoknya, saya dah mula rasa breast membesar & dah mula rasa ketul2 sampai ke bawah ketiak.. Hari ketiga bersalin susu badan saya dah penuh...!! Terus saya kacau2 Afrina tidur & bagi dia minum susu... tapi dia tak nak minum sangat plak time tu... last2 saya guna teknik mermet @ perah guna tangan la keluarkan susu... Alhamdulillah, sampai sekarang hari ke 14, susu memang maintain banyak... lambat bagi minum, memang terasalah breast dah mula nak mengeras... 


TAPIIIIIII..... u all kene ingat, jangan bayangkan u all minum EPHYRA macam tu je terus susu banyak... U all kena jugak minum AIR MASAK BANYAAKKKKKKK SANGAT....!! Apa2 pun yang u all makan or minum berkaitan suppliment, air masak mesti kena minum banyak... barulah mujarab... jangan pulak bila u all minum or makan sesuatu produk tapi tak menjadi dekat u all, u all salahkan produk tu... hakikatnya u all yang tak nak minum air masak banyak2 or ikut arahan.... Alhamdulillah, saya ni sebenarnya memang manusia yang kurang minum air... tapi sejak saya minum ephyra @ lahirkan anak no 3 ni, setiap hari saya minum air masak 2 liter ++... tu belum lagi campur air manis yang saya duk buat cicah biskut & roti.. Opsttt sebut pasal minum air banyak ni, ada orang tua2 tak bagi minum air banyak dalam tempoh berpantang... bergantung pada diri masing2... tapi untuk saya, saya minum banyak sebab saya ada anak untuk menyusu badan....

Alang2 dah cerita pasal EPHYRA BANYAKKAN SUSU BADAN TIME SAYA BERPANTANG NI, TERUSLAH SAYA NAK CERITA PASAL KELEBIHAN LAIN LAGI MINUM EPHYRA KETIKA BERPANTANG... Ketika hari kedua saya bersalin @ baru balik dari hospital, jiran saya datang ziarah... dia tengok muka saya, terus dia cakap "Ina nampak sihat yer... muka berseri, tak nampak pucat"... Secara peribadinya, kali ni memang saya rasa sangat2 cergas & bertenaga... silap hari bulan boleh terlupa yang saya ni baru lepas bersalin... (^_^)

Normally kalau lepas bersalin, perkara yang paling mengerikan saya adalah ketika nak BUANG AIR BESAR...!! Sangat2 takut..!! sebab takut sakit & takut jahitan terbukak..... Kadang2 sanggup tahan sampai hilang rasa nak beyak tu... kah kah kah... Tapi untuk anak no 3 ni, walaupun takut tapi saya terpaksa jugak sebab takleh tahan... bila dah masuk tandas & buang hajat tu kan u all.... alahaiiiiii.... sangatlah smooth je benda alah tu keluar... tak keras pun... lembut saja.... hahahahahaaaaaa... kalau saya tahu se"smooth" itu, takdanya saya nak tahan2 beyak ni tau.... memang bagus betoi la EPHYRA ni tau.... KAU MEMBUAT DAKU JATUH CINTA KALI KEDUA ;P.. 

Ohya sayang2... u all jangan ingat, mentang2 SAYA JUAL EPHYRA SAYA PROMOTE KAW2 TAU.... INI BUKAN ENTRY BERBAYAR PUN... SAYA CERITA ATAS DASAR PENGALAMAN PERIBADI SAYA SENDIRI... TAK SUNGGUH SAYA TAK CITE DEKAT U ALL... KALAU U ALL YANG NAK BERSALIN TU, BOLEHLAH TRY EPHYRA NI JUGAK TAU... Lebih2 lagi untuk u all yang berhajat nak susukan badan anak u all.. EPHYRA ni bukan je dapat banyakkan susu badan u all, tapi banyak lagi kelebihan EPHYRA ni... EPHYRA ni adalah suppliment untuk KECANTIKKAN & KESIHATAN... Saya guna EPHYRA ni dari bulan 9 tahun lepas... bulan 12 saya stop sebab mengandung... bulan 6 baru ni saya continue semula hinggalah sekarang... Nak jugak promote dekat entry ni, nak tahu pengalaman saya gunakan EPHYRA, bolehlah PM SAYA DI FB yer.... Nak beli, lagilah di alu2kan... (",) Last sekali, semoga susu saya akan sentiasa meriah untuk anak solehah NUR AFRINA BINTI MOHAMAD SUKRI.... SUPPORTLAH SUSU BADAN @ SUSU IBU KERANA SUSU IBU ADALAH SUSU YANG TERBAIK DI DUNIA...!! KITA SEBAGAI HAMBANYA HANYA BERUSAHA, YANG MENENTUKAN TUHAN YANG SATU.... InsyaALLAH....




"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

Apa cara terbaik untuk menegur ibu yang menyusu badan anak ek?

Saya tak tahu samada u all pernah alami situasi yang saya alami ni or tak.. bukan niat saya nak kondem sape2 tau.. Saya pun menyusu badan anak2 saya jugak. Susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia!! Cuma yang menjadi masalah saya tu, saya ni kadang2 rasa segan melihat situasi ibu2 yang menyusu badan anak2 ni haa.. Bukan apa, ada sesetengah ibu yang tak kisah pun menyusu anak sehingga menampakkan breast mereka tu.. Ye saya tahu, tujuan mereka buat macam tu maybe sebab takut baju mereka tu menutup muka baby mereka sehingga menyebabkan lemas..

Tapi tu la, saya kadang rasa nak je tegur suruh cover sikit tapi rasa serba salah.. macam2 lah pikir.. takut nanti kata kita ni berlagak bagus ke apa ke.. kang kecik hati pulak.. Walaupun yang menyusu tu sama jantina dengan saya, aset yang dia ada tu pun saya ada, saya tetap jugak rasa malu bila terpandang aset kaum saya tu. Yang buat saya rasa bertambah2 segan bila situasi tu dilihat jugak oleh lelaki sebagai contoh suami saya. Eh, ni bukan masalah jeles yer tapi ni berkaitan aurat @ aset kita yang sepatutnya orang lain tak nampak. Ye, kita menyusu badan anak, takkan nak bernafsu jugak kan.. Mereka2 yang ada isteri ni maybe buat2 tak nampak situasi tu tapi kita tahu ke dalam hati mereka tu pun ntah2 malu gak melihat situasi tersebut. Yela, menyusu badan anak sampai selak baju sehingga nampak breast kita tu haaa.. bukan sekadar bahagian aerola tapi keliling tu pun nampak. Naik segan saya tengok situasi ni..

Saya pernah tengok satu situasi, ada sorang hamba Allah lelaki yang bersembang dengan kawan lelaki dia. tiba2 anak kawan dia ni menangis so isteri dia cepat2 lah bagi susu badan dekat ank dia tu... susu badan tu diberi depan2 tu jugak dihadapan hamba Allah tersebut dengan keadaan sehingga menampakkan breast dia tu. U all tahu tak, saya yang terpandang situasi tu nampak hamba Allah tadi tak senang bersembang. yela, mata nak tertengok dekat si ibu yang tengah menyusu anak tu je haaa... takyah cakap orang lelaki la, kita sendiri wanita ni pun kadang2 jadi tak fokus time bersembang kalau berada dalam situasi camtu...

So, saya nak tanyalah u all, apa cara terbaik untuk tegur ibu2 yang menyusu tanpa cover2 sehingga nampak aset sendiri ni ek...?... kadang2 yang buat macam ni pun, kaum kerabat sendiri... nak tegur orang luar memang taklah, kang tak pasal2 kena marah pulak... nak tegur kaum kerabat sendiri pun rasa susah jugak... kang salah paham, takkan nak bermasam muka pulak kan... serba salah la u all... Nak buat2 tak tahu rasa macam tak elok pulak... kalau orang mengata, tak ke mengata kaum kerabat sendiri.. takkan nak bagitahu suami dia pulak suruh bagitahu isteri dia tu cover sikit...

Apa2 pun, sama2lah kita jaga aurat kita ketika menyusu badan anak yer... Sian suami kita, kot2 ada yang bercakap pasal ni di belakang, nanti orang tanya isteri sape, suami kita jugak dapat nama... Lastly mintak maaf kalau entry saya ni tersalah "tulis" yer... takda niat nak berlagak bagus or apa, sekadar nak tanya pendapat... Kalau saya ada tersalah, boleh tegur saya di kotak komen bawah tu yer...

UPDATE : 12:15 TENGAHARI

HARAP JANGAN ADA YANG SALAH PAHAM TENTANG ENTRY NI YER

untuk entry ni, saya tak maksudkan menyusu public macam dekat shopping complex tu semua... tapi maksud saya, sebagai contoh kita kaum kerabat ni duk berkumpul ramai2 termasuk ipar duai lelaki perempuan.. time tu nak menyusu anak, time tu lah yg menjadi masalah saya... yela, menyusu dihadapan kaum kerabat termasuk lelaki dengan selamba sehingga nampak aset.. kalau sekali maybe tak sengaja tapi kalau setiap kali menyusu jadi camtu... tu yang terdetik nak tegur tapi tak tahu cara camna.... pendek kata, apa yang saya tulis ni berkaitan kaum kerabat sendiri... saya bertanya apa cara yang sesuai untuk tegur kaum kerabat sendiri yer... Just mintak pendapat u all... Thats y dekat entry ni saya ada tulis "kadang2 yang buat macam ni pun, kaum kerabat sendiri... nak tegur orang luar memang taklah, kang tak pasal2 kena marah pulak... nak tegur kaum kerabat sendiri pun rasa susah jugak... kang salah paham, takkan nak bermasam muka pulak kan... serba salah la u all... Nak buat2 tak tahu rasa macam tak elok pulak... kalau orang mengata, tak ke mengata kaum kerabat sendiri.."


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Adakah keputusan cerai susu badan itu salah

Sekarang ni saya takda mood nak update blog, nak bw, segalanyalah rasa takda mood... Saya kompius samada keputusan saya untuk cerai susu badan dengan Aqilah tu adakah tindakan yang betul atau tak... Aqilah macam tak boleh terima lagi... Hari2 menangis.. Tido malam pun hanya beberapa jam je u all.... Jenuh memujuk.. dukung dia sambil ulik suruh tidur... Secara peribadinya, badan saya jadi letih... Sangat letih..!! Tido tak cukup..

Susu badan saya dah takda sangat pun.. Aqilah kira macam nak hisap tu sekadar nak mengombeng.. Saya bukan tak nak bagi, tapi saya sendiri dah tak selesa bila Aqilah hisap.. Yela, susu dah takda.. so, kadang2 ia buat saya rasa tak selesa, kadang2 ia buat saya sakit, kadang2 ia buat saya rasa macam nak marah... Ya Allah Ya Tuhanku... Tak tahu nak cakap camne u all... perasaan saya sekarang ni, betoi2 dilema.. Ya Allah.. bagilah petunjuk apa yang terbaik untuk kami bertiga.. Aqilah, saya & kandungan...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."


Aqilah dalam proses cerai susu badan


Firstly saya nak bagitahu, mulai entry ni, saya akan kaburkan anggota badan anak saya jika time tu mereka tak pakai baju or seluar pendek yer.. Walaupun mereka masih lagi kecik sekarang ni, tapi saya rasa ianya perlu untuk anak2 saya.. yela, di masa akan datang, mana nak tahu jika ada kawan2 mereka tengok gambar mereka berseluar pendek or tanpa baju, mesti mereka pun akan merasa segan kan.. gambar yang lepas2, insyaAllah saya akan cari masa untuk edit kembali dengan kaburkan seperti gambar atas ni..

Actually sekarang ni saya dalam proses ceraikan susu badan dekat Aqilah.. Susu badan saya memang dah drop sangat2 dah.. Pendek kata kalau Aqilah hisap pun sekadar nak menggombeng je.. Susu tu pun kalau perah, entah berapa titik je agaknya yang menitik dalam cawan... Alahaiiii.. Kalau dulu, bila anak tak hisap je, mesti breast akan membengkak tapi sekarang tak lagi u all.. takda apa2 effect pun... Kesian jugak tengok Aqilah ni.. Tapi takpa, saya kene pikir positif..!! Setiap yang berlaku samada saya suka atau tak, yang pasti ianya adalah yang terbaik yang dah dirancang oleh Tuhan..

Nanti saya ceritakan lebih lanjut pasal cerai susu badan ni.. Ohya, nampak tak gambar atas tu u all... Sekarang ni untuk bagi Aqilah tidur, saya terpaksa enjut dia... Yela, kalau sebelum2 ni dia terlena ketika menyusu kan... Agak susah jugak nak cerai susu badan dengan Aqilah ni... Nanti2 la saya story yer.. Tiba2 plak rasa perit dekat tekak ni haa.. sebak la plak u all...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Keputusan penyusuan dekat Aqilah

Asal saya mengandung je, susu mesti drop.. termasuklah mengandung anak ketiga ni pun.. Memang nampaklah Aqilah tak puas menyusu tau u all.. yela, dia duk hisap2 tapi bukannya meriah pun.. sekadar macam nak mengombeng jer.. Kesian saya bila tengok dia tak puas.. Lagi satu plak, saya sendiri pun tengah duk tahan rasa tak selesa bila dihisap.. tak tahulah sampai bila boleh tahan tu... Jika dah tak tahan dengan rasa tak selesa or dengan rasa kesakitan, maybe saya akan stop sepenuhnyalah penyusuan susu badan dekat Aqilah ni... Ye sayang.. memang sakit bila dihisap yer.. sebab ia dah kering.. saya tak rerti nak explain.. tapi time Alisha dulu pun saya dah rasa camni...

Bila saya asyik nampak Aqilah tak puas menyusu, so, keputusan saya adalah untuk CAMPUR PENYUSUAN AQILAH DENGAN SUSU FORMULA... KIRANYA SUSU BADAN + SUSU FORMULA... Bulan lepas saya dah start beli susu formula dekat Aqilah... Walaupun macam tu, secara real nya, Aqilah lebih banyak minum susu badan sebab ibu dia malas nak bancuh susu.. hahha.. Bila saya tengok susu dah kering sangat, baru saya bangun cepat2 buat susu dekat Aqilah sebab time tu saya sendiri dah rasa tak selesa..

Semalam Aqilah membuktikan dekat saya yang dia memang tak cukup susu.. U all tahu, tengah2 tido, dia terjaga sambil menangis.. biasanya saya sumbat nipple saya ni je la ke mulut dia kan tapi malam tadi dia tak nak tapi dia menuju ke tepi katil tempat saya letak air masak or air susu kakak dia.. Alahaiiii siannya saya tengok Aqilah.. dia dah mula rasa yang susu ibu dia ni dah takda sangat... Saya pun dukung Aqilah bawak ke dapur, bagi dia minum air masak.. Masuk bilik dia guling2 takleh tido, last2 saya sumbat jugak nipple ni dekat dia, baru terlena.. kiranya dia hisap nipple bukan sebab nak minum susu tapi sekadar nak mengonggong bagi dia terlena... 

Ohya, saya belikan susu ANMUM jugak untuk Aqilah.. seperti mana susu yang kakak dia minum... Alhamdulillah, Aqilah takda masalah minum susu ANMUM ni, maksud saya takdalah masalah sembelit ke or apa.. tapi ok je.. kira susu Anmum ni serasilah dengan dia kan... Anak2 saya ni, walaupun minum susu, tapi mereka minum dalam gelas plastik tau u all bukan dalam botol... maybe sebab mereka starting dengan direct breastfeeding so, mereka tak reti nak hisap susu botol secara serius, hisap main2 bolehla.. Botol susu ada beli masa zaman Alisha dulu, yela, dah anak orang ada botol susu, saya belilah jugak tapi saya terlupa yang anak orang yang saya tengok hisap botol susu tu, memang dari awal dah dididik guna botol susu.. anak saya ni umur setahun lebih baru nak kenal botol susu, mana dorang nak layan botol susu ni.. dorang layan macam mak pak dorang ni.. cawan gelas.. haaa yang tu layak untuk dorang.. hihii.. Apa2 pun, saya tahu, keputusan yang saya buat dekat Aqilah ni, InsyaAllah dah terbaik untuk dia... Setiap apa yang berlaku ke atas kita samada kita suka or tak, tapi adalah sebaik2 rancangan yang telah Tuhan bagi dekat kita.. InsyaAllah...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Punca tidak digalakkan menyusu ketika mengandung

Bulan lepas punya checkup, saya tanya doktor samada ok or tak saya menyusu badan kan.. first sekali doktor tanya saya susu saya banyak lagi or tak.. Jawapan saya tak la kan.. Memang susu saya tak banyak dah pun u all.. Susu saya dah drop seperti mana ketika mengandungkan Aqilah dulu jugak.. saya dah start rasa tak selesa gak time Aqilah menyusu tu sebenarnya.. Lepas tu doktor tengok rekod saya ketika mengandung anak pertama & kedua.. dia kata takda masalah apa2, so, takda masalah untuk saya terus menyusu Aqilah... dalam kes ni, saya dah buat satu keputusan sebenarnya samada nak teruskan or tak.. Nanti saya story di entry lain..

Di entry ni saya nak cerita dekat u all apa yang doktor cakap antara SEBAB MUSABAB SESEORANG TU TIDAK DIGALAKKAN MENYUSU KETIKA MENGANDUNG... Kita TIDAK DIGALAKKAN MENYUSU jika kita adalah masalah.. antaranya

# Jika kita sakit perut yang terlalu kuat
# Terdapat pendarahan
# Pernah mengalami kelahiran anak pra matang
# Pernah mengalami keguguran

Sebab apa jika ada masalah2 dekat atas ni kita tak boleh menyusu?.. puncanya kita mempunyai rahim yang sangat sensitif terhadap hormon Oxytocin.. kira macam takut penyususan kita tu akan menyebabkan banyak hormon tu dikeluarkan & merangsang rahim untuk mengecut.. Atas alasan ni jugak doktor yang saya g checkup tu tanya samada susu saya banyak or tak.. Jika banyak dia pun bimbang jugak.. tapi saya cakap susu pun sikit je kan.. so, takda masalah la... Bila rahim kita mengecut tu yang jadi masalah tu.. u all paham2 je la kan lebih2 lagi jika di awal2 mengandung.. takut pengecutan tu terover banyak plak..

Ini dari apa yang doktor terangkan dekat saya la.. Tapi u all boleh dapatkan pendapat dari doktor u all sendiri...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Tak boleh menyusu badan jika mengandung?

Tadi nurse dalam melawat dekat rumah tau u all.. Saya ada tanya dia, boleh ke menyusu ketika mengandung.. walaupun bagi saya boleh tapi bila saya baca banyak2 lagi, ada yang doktor kata boleh ada yang kata tak boleh.. So, saya jadi tak tahu camne.. Samada nak teruskan penyusuan dekat Aqilah ataupun tak.. Btw, nurse yang datang melawat tu cakap tak boleh @ tak sesuai dah.. susu yang terhasil sekarang adalah untuk baby dalam kandungan.. kalau saya bagi Aqilah menyusu pun, takda khasiat.. kira macam tak cukup khasiat la..

Hakikatnya dalam hati saya, saya ada rasa sedikit kerisauan.. Takut ada effect apa2 dekat kandungan.. Emmm untuk kandungan no 3 ni, saya ada berlaku satu prob sebelum ni tau u all.. Saya dah g jumpa doktor, doktor kata takda apa2 just kene pantau..  Sekarang dah takda dah.. Prob tu buat saya rasa risau bila bagi Aqilah menyusu.. takut akan effect kandungan.. lagi satu takut prob tu berlaku lagi sekali.. Pasal prob tu, saya belum ready lagi untuk bercerita.. Tapi ianya satu pengalaman mengerikan bagi saya.. Biasalah kan, mengandung di ketika usia dah masuk 3 series... 

Cumanya tu la u all, nak tanya pendapat u all.. Saya patut teruskan penyusuan dekat Aqilah atau pun tak... Pasal susu badan pun, dah tak meriah macam dulu2.. Yang buat saya kompius nak bercerai susu badan dengan Aqilah tu, sebab dia masih kecik.. baru setahun 4 bulan.. kesian plak rasa.. Tapi dalam rasa kesian dekat Aqilah, saya duk risau kat kandungan ni jugak... Minggu depan nak jumpa doktor lagi.. Nak jugak tanya doktor pasal ni.. tapi sebelum tu nak tanya pendapat u all dulu..

Siapa2 yang ada pengalaman, harap dapat bantu saya..
     "Ya Allah... Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau                              kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku.."                       "Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w..." 

Period menjelma selepas setahun sebulan bersalin

Entry ni sekadar untuk rekod saya... Lama saya menanti kehadiran sahabat baik saya ni... Akhirnya ngam2 usia Aqilah setahun sebulan hari ni, baru saya kembali period... Punya lama kali ni... Time Alisha dulu lepas 60 hari rasanya terus je kawan baik ni datang.. time tu rindu betoi dia kat saya yer...

Actually kalau kita BF anak, normalla period datang lambat.. tapi dalam masa yang sama, ada gak tak normalnya.. berkaitan hormon kita... kalau ikut istilah sexology, hormon prolactin kita tinggi.. biasanya akibat kekurangan zat besi.. Dalam situasi camni, eloknya kita dapatkan supplement la... Tapi period lambat ni ok gak, takdalah risau sangat kot2 "terbabas" kan.. (",)
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Blogger IntanBerlian a.k.a kak Ina popular di Instagram ephyra2u??

Tajuk entry saya COPY PASTE dari entry di blog Mimie... Balik kampung beraya seminggu, memang buat saya malas nak update blog.. Thanks pada mereka2 yang bertanya.. Pagi semalam baru saya ada hati nak jenguk2 blog.. Jenguk2 bloglist.. Ada yang saya terjah tinggalkan komen, ada yang saya terjah tapi tak tinggalkan sebarang jejak.. dalam2 duk baca entry di Blog Mimie... Sekali terbaca entry Blogger IntanBerlian a.k.a kak Ina popular di Instagram ephyra2u.. 

Serius saya sangat terkejut..!! Seminggu tak online, tau2 je muka dah bertempek dekat Instagram ephyra2u..      Saya ni takda INSTAGRAM tau u all.. Handphone pun tunggu nak masuk muzium.. mana mampu nak layan INSTAGRAM ni.. kikikiii... Opsttt, saya ada daftar, tapi guna TAB Alisha.. setakat daftar je la u all.. pastu "senyap" camtu je la... Saya tingin nak tengok sendiri gambar yang Mimie maksudkan tu dekat instragram... Punya gigih g google link INSTAGRAM EPHYRA2U... hihii.. Nasib boleh view.. (",) Terus terpandang muka sendiri.. Rasa malu pun ada... yela, saya tak diinform pun pasal ni.. tak sangka plak di share kat EPHYRA.. (",) Ohya, nak tengok kat INSTRAGRAM KLIK SINI..


Tiba2 saya teringat dekat FACEBOOK OCEANLIFE.. ntah2 ada jugak gambar saya.. Sekali tengok memang ada.. (",) Nak jugak tempek gambar tersebut dekat blog saya ni... buat kenangan.. hihiii.. Mana tau kot2 lepas ni ramai lagi yang sudi untuk taja saya.. muahhahhah.. EPHYRA ni COMPANY BESAR pertama yang taja saya produk keluarannya berserta dengan bayaran... Alhamdulillah... dapatlah 3 bulan merasa EPHYRA free... Ada rezeki, boleh up sikit tempoh bulan tajaan tu.. kikikiii.. Apa2 pun, Moga testimoni saya tu dapat jadi panduan untuk orang2 lain buat pilihan untuk guna apa2 produk... Yang pasti, EPHYRA ni ibarat 2 in 1.. Ibu dapat khasiat KOLAGEN manakala anak pulak dapat REZEKI SUSU lebih.. Eh, secara tak langsung, anak kita pun dapat "kolagen" jugak.. (",)

Nak selit gak kat sini rasa terkilan saya... yang ni memang bukan rezeki sayalah... Saya ada dapat jemputan MAKAN MALAM BERSAMA MEMEY ANJURAN EPHYRA @ OCEANLIFE.. tapi saya tak dapat pergi... Macam biasa, alasannya adalah JAUH... Saya duk kat Sungai Petani, event berkaitan blogger ni, normally area SELANGOR & KL... memang tak merasalah saya jawabnya... (",)

Lagi satu pulak, u all ingat tak, aritu saya ada buat entry gtau saya ada dapat jemputan dari KINDERDIJK.. EVENT UNTUK BLOGGER & MEDIA... tapi saya tak dapat datang.. JAUH jugak yang dijadikan alasan... U all tahu tak, saya ada terbaca status orang yang g EVENT KINDERDIJK ni dekat FB... Tau apa barang yang dorang dapat dekat event tu..??


Ni haaa.. macam gambar dekat atas tu haa... BABY CARRIER APRICA... Alaaa bestnya... rugi betoi rasa tak dapat g sana... Retail price RM300 tau... Bagi saya yang tak bekerja ni, tu dah dikira mahal la.. bagi u all maybe murah kot.. hihii.. Kan best kalau saya dapat.. boleh guna untuk anak no 3.. tahun bila tak tahulah tu.. berangan dulu awai2.. kikikiii.. Lagipun barang2 free ni saya memang suka.. Eh, u all pun mesti suka barang free kan.. lebih2 lagi kalau mahai yang agak2 kita tak mampu nak beli... (^_^) Teringin sangat nak g mana2 EVENT blogger ni tau.. tapi tu la, dah tertulis saya masih belum ada rezeki untuk join... Adala sebab musababnya tu kan... (",)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

My mum hadiahkan baju menyusu (",)


Kalau u all perasan, di tangan kiri saya ada kain, kain tu saya guna untuk cover kepala Aqilah yang sedang menyusu.. tapi sebab nak ambik gambar, saya bukak sekejap.. hihii

Masa Alisha dulu, saya tak pernah ada baju menyusu.. Tapi time Aqilah ni baru ada.. sehelai je u all, tu pun my mum yang bagi.. hahahhah... Bila dah pakai baju menyusu ni, memang saya rasa best sangat2 + selesa..!! Serius, lepas ni nak beli banyak2... hahahha...

Actually, masa zaman Alisha dulu, rasanya saya jarang keluar, so macam tak perlu sangat baju menyusu + kalau keluar pun, ada je tempat nak menyusu... Tapi sekarang ni, kami kalau keluar suka pergi dekat Amanjaya Mall @ tempat beli belah yang baru @ dekat dengan rumah... Dekat situ sangat2 susah untuk cari tempat nak menyusukan anak.. semuanya terdedah.. takda tempat yang tersorok sikit... kalau nak menyusu, terpaksa masuk kereta, tu yang rosakkan mood membeli belah saya.. heheh

Bila ada baju menyusu ni, senanglah sikit... tak payah selak2 baju + time menyusu tu, just cover bahagian kepala Aqilah je.. hihii... Nak sangat bagi cadangan dekat semua shopping complex supaya sediakan bilik ibu menyusu.. Barulah seronok saya nak kempis kan wallet saya dekat shopping complex dorang tu... muahahhah

Tips cepat kecutkan rahim.. (",)

Rasanya semua orang tahu yang makan BUAH KURMA & MENYUSUKAN ANAK adalah antara cara yang mempercepatkan proses pengecutan rahim... Tapi dalam pada ramai yang tahu pun, ada je yang tak amalkan petua ni kan... (",) Saya cuma nak berkongsi dengan u all pengalaman saya sendiri.. mana tahu, nanti u all pun akan lebih berkobar2 untuk makan buah kurma & menyusukan anak jugak.. hihii

Saya bersalinkan adik alisha pada 22/10/2012, 24/10/2012 saya gerak balik Chemor... 25/10/2012, Nurse datang checkup dekat rumah... Time nurse tu datang checkup, nurse ada ukur tinggi rahim tau.. tiba2 nurse cakap "Eh, cepatnya rahim dah kecut, hari ni baru hari ke 4"...(dalam buku pink, nurse tulis tinggi rahim 10) Saya senyum2 je la kan... (situasi ni jugak berlaku ketika saya bersalinkan alisha.. tapi time tu, tukang urut yang tegur) (^_^)

Kalau u all nak tahu, dari hari pertama hingga hari ketiga, saya ada di Sungai Petani lagi kan.. time tu, saya banyak makan buah kurma + menyusukan adik alisha.. set bersalin pun tak makan lagi time ni... Tapi tu la, tak sangka pulak yang rahim saya cepat mengecut walaupun belum kecut sepenuhnya lagi... (",)

Eh, nak bagitahu u all yang belum ada pengalaman bersalin lagi, untuk pengetahuan u all, lepas kita bersalin, perut kita masih besar tau.. lembik2... siap orang boleh kata ada anak sorang lagi belum keluar dari perut... hehehh.. Actually, ianya disebabkan rahim kita yang tak kecut lagi tu la.. tu yang jadi camtu... (",) Bila rahim kita cepat kecut... cepatlah jugak kita berjaya menghilangkan kebuncitan perut kita tu... hihiii

Opstttt tapi ada jugak, orang2 tua yang tak bagi makan buah kurma time berpantang tau.. kurang pasti kenapa tak boleh makan.. tapi apa2 pun terpulang dekat diri kita sendirilah kan.. macam saya, memang dah hari2 makan buah kurma & dalam blog saya ni pun rasanya dah berlambak2 entry pasal kebaikan buah kurma yang saya cerita dekat u all.. (",)

Berkat susu ibu (^_^)

Rasa hati ni berbunga riang pulak... hihiii.. Tadi kan, nurse datang checkup adik alisha tau.. Lepas tu dia timbang.. Hari ni, hari yang ke 9, sepatutnya esok @ hari ke 10 timbang tapi nurse datang timbang hari ni.. (",)

Berat adik alisha pada hari ke 9, dah 2.9kg.. masa lahir 2.65kg... Nurse tu cakap apa tau... "Sepatutnya, berat baby, hari yang ke 10, mesti sama dengan berat ketika lahir tapi baby ni dah banyak naik...".. Saya ni macam terkejutlah.. yela, bila dah banyak naik, ada masalah ke kan... tapi lepas tu, nurse cakap "Jangan risau.. kira baby ni baguslah.. sihat... banyak naik.. Normally, kalau lahir 2.6kg, lepas tu dia akan turun jadi 2.5kg.. 2.4kg... & hari ke 10, kembali kepada berat ketika lahir.. 2.6kg.."

Wah... teruja + seronok saya dengar... yela, hari ke 9, adik alisha dah 2.9kg.. sepatutnya, kalau normally seperti kata nurse, esok @ hari ke 10, berat adik alisha akan jadi 2.65kg...hihii.. Alhamdulillah.. berkat susu ibu, adik alisha membesar dengan sihat.. hihii... Emmm, saya rasa, susu saya banyak selain dari sebab saya makan buah kurma, ia juga disebabkan oleh set bersalin yang saya guna jugak kot... Nanti saya kongsi dengan u all pasal set bersalin tu... (",)

P/s : BE ke 25 ( L'Occitane Anti Wringlink )telah singgah di blog GA

Seronok sebab kembali dapat menyusukan anak.. (^_^)

Alhamdulillah.. adik alisha pun sama macam alisha jugak, lepas lahir terus je pandai menyusu @ menghisap... Alhamdulillah jugak, saya masih berkesempatan menyusukan anak.. Seronoknya rasa.. yela, dah 5 bulan berhenti menyusukan Alisha... rindu saat2 menyusu... hihii

Masa hari pertama bersalinkan adik alisha (22/10/2012), secara peribadinya, saya rasa risau.. sebab susu macam tak banyak.. Opstttt actually pada hari pertama, susu awal ibu dipanggil KOLOSTRUM.. Ia berwarna kuning... Dalam otak saya ni duk terpikir samada cukup or tak untuk adik alisha.. yela, Kolostrum ni bukan banyak sangat pun... Tapi tiba2, saya terbaca artikal dekat dalam wad mengatakan yang kita tak perlu risau kerana kolostrum yang terhasil, cukup untuk baby kita...

Pada hari kedua @ malam, susu kostrum dah mula bertukar menjadi susu biasa @ berwarna putih... Hari ketiga @ malam, breast saya dah mula bengkak... Wah, sungguh saya tak percaya.. cepatnya susu saya bertambah.. sampai dah bengkak.. Time ni saya memang selalu kejutkan adik alisha dari tidur... bagi dia minum..

Lepas je hari ketiga @ selepas habis susu kolostrum, seronok sangat saya tengok adik alisha ni menyusu... hihii.. Yela u all, susu banyak + pekat mestilah adik alisha ni suka kan... (^_^) Eh, bukan setakat adik alisha ni suka, saya ni sebagai ibu lagilah suka... yela, anak saya menyusu susu saya sendiri @ susu yang terbaik ciptaan Tuhan.. (",)

InsyaAllah jika dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki, saya ingin meyusu adik alisha ni sampai 2 tahun... Kalau alisha dulu sampai setahun sembilan bulan.. (",) Ohya, masih ada lagi yang suruh saya bagi adik alisha ni minum air masak & jika takda susu, suruh bagi susu formula... InsyaAllah, saya berdoa moga2 susu saya makin banyak... tak nak campur apa2.. just susu ibu @ susu yang terbaik di dunia... (^_^)

P/s : Jika ada sesiapa yang berminat nak tempek banner iklan di blog saya, boleh inform saya yer.. (^_^)


Pengalaman pertama alisha balik kampung selepas bercerai susu..

Kali ni nak cerita pengalaman Alisha balik kampung selepas bercerai susu badan.. hihii... Alaaa bukan jauh sangat pun, balik kampung my dear je.. dekat Parit Buntar.. 2 jam perjalanan lah lebih kurang.. (",)

Sejak alisha dah bercerai susu badan ni, hari Jumaat minggu lepaslah, jauh sikit perjalanannya.. biasa, pusing2 bandar sungai petani je... Normally, alisha akan tidur dalam kereta tau.. kira alisha akan tidur atas riba saya sambil minum susu.. TAPI ITU KETIKA MASIH MENYUSU BADAN...

Masa balik kampung baru ni, boleh pulak alisha terlupa yang dia dah berhenti minum susu badan.. bila time nak tidur, dia boleh pergi cakap "nak.. nak.." sambil nak menyelak baju saya... ahhahah... adoiii laaa anak dara saya ni... terlupalah tu yang dia tu dah besar... hhehheh

Saya tak bagi.. dia boleh menangis dalam kereta.. Lepas tu saya peluk alisha rapat2 ke dada saya sambil saya cakap "Alisha kakak yang baik kan... Alisha kan nak bagi susu ni dekat adik.. Alisha kan sayang adik...".. 2 3 kali saya mengulang ayat yang sama.. last2 alisha diam & terus tertidur.. hihi

Itulah last alisha mintak susu @ menyelak baju saya.... lepas tu dah takda.. sebab alisha dah senang tidur.. takda nak merengek2 lagi.. (",) Good girl lah kakak Alisha nih!! (^_^)

P/s : Nanti baru balas jejak u all (",)


Guling2 last2 tidur dalam rumah sendiri.. hihii


Ni cerita pagi semalam... semalam kan alisha bangun awai... sebab lapar... Lepas dah makan, alisha nak tidur semulalah.. tapi tu la, bukan senang dia nak tidur sekarang ni.. puas bergolek baru tidur... Macam semalam.. sebenarnya dia baring depan TV.. golek punya golek, merengek punya merengek.. last2 dalam rumah dia jugak, dia boleh terlena.. hehehhe

TAPI tu la, rumah dia tu, saya letak atas lantai je.. kalau nak guna baru ambik letak depan TV.. ni kes golek punya pasal.. last2 alisha tertidur atas simen.. alahaiii... kalau tau, saya lapik tilam kecik dalam rumah dia tu... (",) Ohya, saya kesian tengok dia baring atas simen, so, saya angkatlah masuk bilik.. last2 dia merengek + sambung golek lagi.. baru boleh tidur... alahaiiiii

Haaa nak cite u all pasal malam semalam... Badan alisha dah ok.. dah kebah.. tapi tu la u all.. merengek sepanjang masa.. asal terjaga dari tidur merengek.. menangis2.. yela, tidur alisha sekarang dah tak lena.. betoi ke sebab putus susu sampai jadi macam ni yer??.. susah betoi nak tido gayanya...  

Duk merengek je.. kadang2 sampai rasa macam.. "eeeee eeeee eee"... adoi... nasib tahap kesabaran tu tinggi lagi... adehhhh.. Semalam, sampai tak tahu dia nak apa... bagi tu tak kene bagi ni tak kena.. alahaiii.. alisha padahal bukan jenis macam ni tau u all... lepas berhenti menyusu.. lepas tu alisha demam & terus jadi macam ni... Hebat dugaan berhenti menyusu ni rupanya... masa nak hentikan alisha dari menyusu tu senang je.. tapi dugaan selepas tu rupanya lagi hebat... (",)



Dugaan yang tak henti2 untuk Alisha...

Kalau u all perasan, dekat tengah2 bibir alisha ada warna hitam... tu adalah darah yang dah kering...


Saya tak tahu nak cakap apa dah... sejak2 alisha demam ni.. minum susu pun tak nak..!! Semalam, memang tak minum susu langsung.. saya buat punya banyak.. sikit pun tak minum.. Alahaiiii.. saya ni kesian tengok dia.. bibir dia dah merekah2 akibat kering... yang tak boleh tahan tu, siap BERDARAH.... Adoii laa....

Hari ni dah 4 hari dia demam... siang macam ok.. aktif sikit.. malam dia start tak larat.. tapi malam semalam cergas sikit dari kelmarin... hari ni still lagi panas.. Semalam, siang eloklah dia makan nasi bubur + sup yang saya buat tu... tapi malam, dia tak nak makan sebab badan dah lemah.. tu yang tengah2 malam, bangun makan tu... alahaiiiiiii

Bila dia tak minum susu... buat saya susah hati tau.. air pun kurang.. adoiiii... tak tahu nak cakap apa ni... Harap2 alisha cepatlah sembuh...

Cerita Alisha malam semalam...

Malam tadi alisha tido dah awai tau.. tapi dekat pukul 12 tengah malam, dia boleh terjaga pulak... saya & abah dia pun dah separuh lena time tu... Dia terjaga pasal LAPAR la u all.. alahaiiii.. kesian pulak.. sejak2 putus susu ni... sentiasa lapar tengah2 malam or pagi2 buta.. dah lah semalam demam.. (",)

Saya bawak alisha pergi dapur, dia nak MAKAN ROTI CICAH AIR MILO.. so, saya bagilah... dah habis, dia mintak pulak DONUT.. saya bagilah donut... dah habis donut, dia mintak pulak NASI.. alahaiiiii... saya bagi nasi.. dah habis nasi??.. dia mintak pulak OAT... adehhh... saya masak air & bagilah oat segera dekat dia... bila dah habis, dia mintak air masak.. Alhamdulillah.. lega.. dalam hati pikir, mesti alisha akan mintak nak tidur pulak... TAPI RUPANYA... ALISHA BOLEH MINTAK BUKAK LAPTOP... adoiii... Saya terus angkat dia, masuk bilik... mata ngantuk oooo... tak larat nak layan.. hihii

Gambar pukul 6:30 pagi.. bangun terus makan roti..

Pagi ni pulak, dia terjaga pukul 6:30 bagitahu lapar lagi.... adehhhh... terus saya bawak pergi dapur, bagi dia roti... nasib ada stok... (",) 

TAPI kan u all... hikmah disebaliknya, semua kerja, jemur baju, kemas baju & basuh pinggan mangkuk.. semua dah siap semalam, time alisha makan tu... so, pagi ni kemas rumah je la... muahhahha

P/s : Bukan senang anak2 nak lalui pengalaman putus susu rupanya yer...

Hikmah & dugaan...

Ok.. ni nak cerita perubahan alisha yang kedua pulak selepas dah berhenti menyusu badan.. (",) Ohya, nak baca kisah pertama, KLIK SINI... Antara hikmah apabila Alisha berhenti menyusu badan ni kan.. Alisha semakin rapat @ manja dengan abah dia... Yela, kalau sebelum ni, setiap kali nak menyusu badan, dia akan datang dekat saya tapi sejak2 dah minum susu guna botol ni.. bila time abah dia ada dekat rumah, dia akan pergi menyusu dia atas peha abah dia.. hehheh.. Lepas dah minum susu baru terkedek2 cari saya dalam bilik nak tido.. (",)

Yang si abah alisha pulak, perasan siap cakap "Abang rasa anak kita ni, lelaki lah, sebab tu alisha taknak dekat ina"... hahahah.. ke situ pulak abah alisha ni.. hehhe

Walaupun gambar kabur, tetap jugak nak letak.. hihii

Tapi kan u all, yang menjadi dugaan dekat saya tu, sejak2 alisha dah minum susu botol ni, tak pasal2 saya sampai pukul 1 or 2 pagi baru dapat tidur.. yela, bukan senang alisha nak tidur selepas minum susu botol.. habis guling satu katil pun belum tido lagi.. habis pot pet pot pet pun tak tido lagi.. habis main @ kacau kami nak tido pun, dia tetap jugak belum tido lagi... alahaiiiii

Sekarang ni, macam dah jadi kebiasaan pulak, sebelum tido, dia duk buat semua koje yang saya sebut tadi tu.. lepas tu merengek & baru nak tido.. tu pun tertidur sebab saya pergi TUAM dekat dahi dia.. kiranya macam nak bagi dia ralit & terus tertidur la... (",) Ohya, saya duk tuam dahi alisha tu sambil mata saya ni pejam tau... yela, mengantuk yang amat... hehhehe

U all bayanglah, hari sabtu (23/06/2012) baru ni, catat sejarah hokay... Alisha tidur sampai pukul 1:30 tengahari baru bangun..!! terkejut saya... hahhahah... First time camtu.. saya memang sengaja tak nak kejut dia.. maklumlah... tidur pun pagi2 buta.. so, saya biarkanlah dia bangun lambat, sekali tengahari daaa.... hihii.. Biasa dia bangun awal.. kalau dekat rumah opah dia lagilah, pukul 7 pagi dah siap mandi.. (",)

Saya harap moga cepat2lah alisha biasakan diri dengan tidur sendiri selepas minum susu... takdalah berjam2 lepas tu baru nak tido... tak pasal2 saya pun kene biasakan diri jugak dengan situasi alisha sekarang.. (",)

Kisah lucu Alisha selepas berhenti menyusu badan.. hihii

Ini kisah 2 3 hari baru ni... bila tengok gelagat Alisha ni rasa lucu tapi bila dipikir secara mendalam... Alahaiiii kesiannya anak ibu.... (",).. Seperti yang u all tahu, hari ni dah genap 6 hari alisha berhenti daripada menyusu badan.. Ada 2 cerita yang saya nak cerita dekat u all pasal kejadian sejak2 alisha dah berhenti menyusu badan ni... (",)

Mula2 sekali saya nak cerita perkara yang maybe lucu & maybe kesian... Baru2 ni, ketika saya tengah baring2.. tiba2 Alisha menyelak baju saya... lepas tu dia tilik2 nipple saya.. maybe mencari asam jawa kot... hahhahahha... Lepas alisha dah menilik tu.. tiba2 alisha menundukkan kepala & menghampiri dada saya.... pada mulanya saya terpikir yang alisha nak hisap susu semula.. TAPI rupanya sangkaan saya tu salah... DIA BOLEH PERGI KISS DADA SAYA @ "BEKAS BOTOL SUSU" DIA.... lepas tu dia gelak2.. hihii... yang saya ni pulak pergi cakap "iyerkkkk iyerkkk"... (",)

Masa time alisha kiss tu, saya gelakkanlah dia.. tapi lepas tu, tiba2 hati saya terdetik.. kesian alisha.. dah la saya stop kan susu badan dekat dia tanpa bagitahu dia... terus je saya pergi letak asam jawa dekat nipple.. sian pulak... Emmmm maybe alisha rindu dekat "bekas botol susu" dia tu kot.. tu yang dia kiss.. muahahhahha... *tiba2 pulak rasa nak gelak kembali... hihii  Tak naklah gelakkan alisha.. tak baik kan.. Malu alisha nanti... (^_^)


Haaaa inilah wajah alisha yang tersengih selepas dapat kiss "bekas botol susu" kesayangan dia.. hehehhe... Ibu sayangkan kamu ALISHA.. Thanks sebab memahami ibu.. Kamu memang anak & bakal kakak yang baik!! (",)

Second story, next entry yer.. (",)

P/s : Buat pertama kalinya petang semalam (24/06/2012) alisha lena sendiri selepas minum susu FM..


Akibat kekeringan susu.. Alisha terjaga mintak AIR..

Actually saya sepatutnya publish entry ni last week lagi.. tapi tu la, terlupa, duk terperap dalam draft.. Adehhh... Tapi tetap jugak nak publish sebagai tatapan saya di masa akan datang.. (",) Saya nak cerita pasal susu badan saya yang dah kering.. tinggal sisa2 je lagi... perkara ni buatkan saya rasa tak selesa ketika breastfeeding... siap saya sanggup kenakan alisha lagi.. adoii laa....

U all tahu tak, sejak2 susu saya dah tinggal sisa2 ni kan, alisha setiap kali terjaga dari tidur pagi2 buta.... mesti merengek bagitahu nak air... Ya Allah.. time ni saya rasa sangat2 sedih.. yela, anak kita dahaga.. kita pulak dah kekeringan susu... So, saya kejutkan my dear, suruh ambik air untuk alisha... lagi hebat, kadang2 tu alisha siap mintak makanan lagi... thats y rumah saya sentiasa ada roti, kot2 ada kes emergency camni lah... alisha lapar... (",) Lepas dah makan & minum, alisha sambung tidur semula...


Kalau alisha tak terjaga ketika tidur... bila dia bangun tidur pagi2, mesti dia akan mintak air & makanan...


Tengoklah tu.. rambut pun berserabai.. muahhahha... baru bangun tidurlah katakan.. hehheh... Saat ni saya rasa sayunya tengok alisha.. yela, lapar betoi anak saya.. susu saya pulak dah takda... Inilah antara masalah ibu mengandung.. susu kering.. bagi yang ada tu, alhamdulillah.. (",)

Tapi apa2 pun, sekarang ni, mulai semalam, alisha dah tak minum susu ibu dia lagi... dia nak suruh ibu dia simpan susu untuk bagi adik dia minum pulak... muahhahhah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...