Berat badan dah cecah angka 4?

Kan dah kata saya memang jenis manusia susahhhhhhhhhh sangat nak maintain dengan berat badan ideal.... Berat badan selepas sebulan melahirkan Afrina 51.5kg, pergi checkup untuk 2 bulan, berat saya 51kg, lepas tu baru ni pergi checkup lagi untuk 3 bulan, berat saya dah cecah 50kg... Huwaaaa macamana nak maintain dengan angka 5 ni... Macam ada potensi akan cecah angka 4 je nanti ni... eh, ke dah cecah...?! Dengan ketinggian 165cm, berat cecah angka 4, nampak gayanya macam saya berpeluang untuk kelihatan seperti bini popeye lagi lah ni...

Duk berat zaman anak dara tu je haaa... Zaman mak dara ni nak la jugak berangan badan berisi kan... sedap2 peluk la kononya... takdalah rasa tulang sangat... wakkakakka.. saya rasa berat saya yang duk sentiasa turun ni disebabkan saya breastfeeding... takpala nak.... ibu sanggup jadi kurus kering setaraf tiang elektrik asalkan dapat bagi kamu menyusu....

Saya tak tahu nak cakap berat badan turun ni nak suka ke nak sedih ke nak apa... biasalahkan manusia, bila badan besar nak kurus, bila kurus nak besar... Eh, saya bukan nak besar, nak berisi je... (^_^) Cumanya rugilah tak dapat beli baju baru kan... pakai selagi muat.. hehhe... Takda maknanya.. jangan percaya... tau tak peel saya??.. Baju dalam almari berlambak2 tapi duk ulang pakai baju yang sama, lepas tu bagi alasan baju takda nak pakai... beli baju baru lagi... tu yang kes nak kene tadah telinga dengar my dear berleter... sampai penuh satu almari, boleh kata takda, duk pakai baju sama sampai lusuh.... hahhahhaha... Adehhhh!! Eh, u all camni tak ek?


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
Berat badan dah cecah angka 4?

{ 9 comments.. read them below or add one }

Allene ALineWorks Allene ALineWorks December 15, 2014
lama dah tak pergi angka tu.. jelessssssnya...... ish.. sekarang berat lin 60kg.. hukkhukk...
nak turunkan 5kg lagi...
Permatabiru Permatabiru December 15, 2014
hehe..berat naik pun risau berat turun pun kita risau kan..
Maria Firdz Maria Firdz December 15, 2014
mmg resam pmpuan cmtu kot kak ina... takdak baju la nk pkai... hihi
Ann Ishak Ann Ishak December 15, 2014
saya pun sedang berusaha untuk dapatkan berat ideal tapi tak la sampai angka 4 :)
Sya Nadia Sya Nadia December 15, 2014
Haha.. Peel perempuan.. Dah byk baju pun masih kata xde baju.. Sama la mcm sya.. Sampai sendiri pening dgn perangai tah apa² ni..
Alongxp Alongxp December 16, 2014
saya boleh terbaca berat badan cecah 4 angka plak... hahahaha
Fiza Rahman Fiza Rahman December 16, 2014
Saya rasa berat saya dah bertukar dari angka 4 kepada angka 5 dah ni...hehehe...
Puan Kutu Puan Kutu December 16, 2014
bestnya berat turun..sy sejak dua tiga bulan ni asyik naik je.afia pun skang dh mkn macam2 susu pun tak byk dah kan..adoi dok nak diet ssh pulak anak menyusu takut tak cukup zat,dh la dia fully bf.nak senam pun malas..adoi..tensennya bila rasa diri makin gemuk.haha..
ziezah.com ziezah.com December 21, 2014
jenis badan xleh naik kan..bagus la tu.. jijah pon gitu la..nak tambahkan berat badan masih tak boleh gak.. maintain 42kg..huuu