Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman cerai susu badan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman cerai susu badan. Papar semua catatan

Adakah keputusan cerai susu badan itu salah

Sekarang ni saya takda mood nak update blog, nak bw, segalanyalah rasa takda mood... Saya kompius samada keputusan saya untuk cerai susu badan dengan Aqilah tu adakah tindakan yang betul atau tak... Aqilah macam tak boleh terima lagi... Hari2 menangis.. Tido malam pun hanya beberapa jam je u all.... Jenuh memujuk.. dukung dia sambil ulik suruh tidur... Secara peribadinya, badan saya jadi letih... Sangat letih..!! Tido tak cukup..

Susu badan saya dah takda sangat pun.. Aqilah kira macam nak hisap tu sekadar nak mengombeng.. Saya bukan tak nak bagi, tapi saya sendiri dah tak selesa bila Aqilah hisap.. Yela, susu dah takda.. so, kadang2 ia buat saya rasa tak selesa, kadang2 ia buat saya sakit, kadang2 ia buat saya rasa macam nak marah... Ya Allah Ya Tuhanku... Tak tahu nak cakap camne u all... perasaan saya sekarang ni, betoi2 dilema.. Ya Allah.. bagilah petunjuk apa yang terbaik untuk kami bertiga.. Aqilah, saya & kandungan...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."


Aqilah dalam proses cerai susu badan


Firstly saya nak bagitahu, mulai entry ni, saya akan kaburkan anggota badan anak saya jika time tu mereka tak pakai baju or seluar pendek yer.. Walaupun mereka masih lagi kecik sekarang ni, tapi saya rasa ianya perlu untuk anak2 saya.. yela, di masa akan datang, mana nak tahu jika ada kawan2 mereka tengok gambar mereka berseluar pendek or tanpa baju, mesti mereka pun akan merasa segan kan.. gambar yang lepas2, insyaAllah saya akan cari masa untuk edit kembali dengan kaburkan seperti gambar atas ni..

Actually sekarang ni saya dalam proses ceraikan susu badan dekat Aqilah.. Susu badan saya memang dah drop sangat2 dah.. Pendek kata kalau Aqilah hisap pun sekadar nak menggombeng je.. Susu tu pun kalau perah, entah berapa titik je agaknya yang menitik dalam cawan... Alahaiiii.. Kalau dulu, bila anak tak hisap je, mesti breast akan membengkak tapi sekarang tak lagi u all.. takda apa2 effect pun... Kesian jugak tengok Aqilah ni.. Tapi takpa, saya kene pikir positif..!! Setiap yang berlaku samada saya suka atau tak, yang pasti ianya adalah yang terbaik yang dah dirancang oleh Tuhan..

Nanti saya ceritakan lebih lanjut pasal cerai susu badan ni.. Ohya, nampak tak gambar atas tu u all... Sekarang ni untuk bagi Aqilah tidur, saya terpaksa enjut dia... Yela, kalau sebelum2 ni dia terlena ketika menyusu kan... Agak susah jugak nak cerai susu badan dengan Aqilah ni... Nanti2 la saya story yer.. Tiba2 plak rasa perit dekat tekak ni haa.. sebak la plak u all...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Pengalaman pertama alisha balik kampung selepas bercerai susu..

Kali ni nak cerita pengalaman Alisha balik kampung selepas bercerai susu badan.. hihii... Alaaa bukan jauh sangat pun, balik kampung my dear je.. dekat Parit Buntar.. 2 jam perjalanan lah lebih kurang.. (",)

Sejak alisha dah bercerai susu badan ni, hari Jumaat minggu lepaslah, jauh sikit perjalanannya.. biasa, pusing2 bandar sungai petani je... Normally, alisha akan tidur dalam kereta tau.. kira alisha akan tidur atas riba saya sambil minum susu.. TAPI ITU KETIKA MASIH MENYUSU BADAN...

Masa balik kampung baru ni, boleh pulak alisha terlupa yang dia dah berhenti minum susu badan.. bila time nak tidur, dia boleh pergi cakap "nak.. nak.." sambil nak menyelak baju saya... ahhahah... adoiii laaa anak dara saya ni... terlupalah tu yang dia tu dah besar... hhehheh

Saya tak bagi.. dia boleh menangis dalam kereta.. Lepas tu saya peluk alisha rapat2 ke dada saya sambil saya cakap "Alisha kakak yang baik kan... Alisha kan nak bagi susu ni dekat adik.. Alisha kan sayang adik...".. 2 3 kali saya mengulang ayat yang sama.. last2 alisha diam & terus tertidur.. hihi

Itulah last alisha mintak susu @ menyelak baju saya.... lepas tu dah takda.. sebab alisha dah senang tidur.. takda nak merengek2 lagi.. (",) Good girl lah kakak Alisha nih!! (^_^)

P/s : Nanti baru balas jejak u all (",)


Perkembangan terkini alisha...

FIRSTLY, SAYA NAK UCAP TERIMA KASIH DEKAT U ALL.. SEBAB DOAKAN KESIHATAN ALISHA... ALHAMDULILLAH.. BERKAT DOA KITA SEMUA ALISHA DAH BAIK DARI DEMAM.. YANG PALING BUAT SAYA RASA TERHARU SEBAB SEGALA MASALAH YANG SAYA PERNAH BAGITAHU U ALL SEBELUM NI... SEMUANYA DAH SETTLE..!!! TERIMA KASIH SANGAT2... (",)

Untuk pengetahuan u all...

  1. Hari rabu, petang, alisha dah tak demam.. nanti saya buat entry apa yang saya lakukan.. (",)
  2. Alisha dah tak susah untuk tidur
  3. Alisha dah tak berjaga malam sambil merengek2 or berguling2 habis satu katil..
  4. Alisha dah berselera makan
  5. Alisha dah dapat sesuaikan diri dengan ketiadaan 'botol susu' dia yang lama tu..
DENGAN KATA LAIN... SEGALA MASALAH DAH SELESAI... ALHAMDULILLAH... SAYA & ALISHA DIKURNIAKAN SEMANGAT YANG TINGGI UNTUK HADAPI DUGAAN NI.. SO, INILAH GANJARAN KAMI BERDUA.. (",) 

OPSTTTT TAPI SATU MASALAH.... ALISHA TAKNAK MINUM SUSU... MAYBE SEBAB SAYA TUKAR PERASA SUSU UNTUK DIA KOT.. DARI PERASA ORIGINAL, SAYA TUKAR KEPADA MADU... EMMMMM MAYBE SILAP SAYA... TAKPA, AKAN TUKAR KEPADA ORIGINAL... (",)

Ohya, nak bagitahu jugak dekat u all... masalah ni semua selesai selepas saya & my dear bawak alisha jumpa doktor pada petang Jumaat baru ni... disebabkan, muka alisha naik bintik2 macam ruam.. saya perasan dari first day alisha demam lagi yang jadi camni.. mula2 sikit.. lama2 jd makin banyak... & saya jugak perasan, alisha asyik tergaru2... Last2, doktor bagi alisha UBAT GATAL + APA NAMA NTAH,TAPI UNTUK CUCI MUKA & BADAN ALISHA + LOTION UNTUK GATAL2 + MULTIVITAMIN @ TAMBAH SELERA MAKAN... (saya yang mintak)

So, kesimpulannya... saya rasa.. alisha merengek + menangis setiap kali terjaga dari tidur + susah nak tidur adalah BERPUNCA DARI BADAN DIA MENGALAMI KEGATALAN... Sebabnya.. selepas saya sapu ubat gatal... TERUS MASALAH SELESAI..!!!  hihihiiii.... DITAMBAH PULAK DENGAN BADAN YANG LEMAH AKIBAT DEMAM... (",)

Selama ni saya duk pikir alisha tak dapat sesuaikan diri tanpa susu badan.... rupa2nya sebab dia gatal... tu yang tidur tak lena... asyik tergaru2... adoiiiii saya ni tak alert betoi la...

P/s : UPDATE.. jangan salah paham yer... sekarang alisha dah baik sepenuhnya... takda apa2 masalah lagi... gatal tu, sebelum ni.. sekarang semuanya dah BACK TO NORMAL... (",) 

Guling2 last2 tidur dalam rumah sendiri.. hihii


Ni cerita pagi semalam... semalam kan alisha bangun awai... sebab lapar... Lepas dah makan, alisha nak tidur semulalah.. tapi tu la, bukan senang dia nak tidur sekarang ni.. puas bergolek baru tidur... Macam semalam.. sebenarnya dia baring depan TV.. golek punya golek, merengek punya merengek.. last2 dalam rumah dia jugak, dia boleh terlena.. hehehhe

TAPI tu la, rumah dia tu, saya letak atas lantai je.. kalau nak guna baru ambik letak depan TV.. ni kes golek punya pasal.. last2 alisha tertidur atas simen.. alahaiii... kalau tau, saya lapik tilam kecik dalam rumah dia tu... (",) Ohya, saya kesian tengok dia baring atas simen, so, saya angkatlah masuk bilik.. last2 dia merengek + sambung golek lagi.. baru boleh tidur... alahaiiiii

Haaa nak cite u all pasal malam semalam... Badan alisha dah ok.. dah kebah.. tapi tu la u all.. merengek sepanjang masa.. asal terjaga dari tidur merengek.. menangis2.. yela, tidur alisha sekarang dah tak lena.. betoi ke sebab putus susu sampai jadi macam ni yer??.. susah betoi nak tido gayanya...  

Duk merengek je.. kadang2 sampai rasa macam.. "eeeee eeeee eee"... adoi... nasib tahap kesabaran tu tinggi lagi... adehhhh.. Semalam, sampai tak tahu dia nak apa... bagi tu tak kene bagi ni tak kena.. alahaiii.. alisha padahal bukan jenis macam ni tau u all... lepas berhenti menyusu.. lepas tu alisha demam & terus jadi macam ni... Hebat dugaan berhenti menyusu ni rupanya... masa nak hentikan alisha dari menyusu tu senang je.. tapi dugaan selepas tu rupanya lagi hebat... (",)



Dugaan yang tak henti2 untuk Alisha...

Kalau u all perasan, dekat tengah2 bibir alisha ada warna hitam... tu adalah darah yang dah kering...


Saya tak tahu nak cakap apa dah... sejak2 alisha demam ni.. minum susu pun tak nak..!! Semalam, memang tak minum susu langsung.. saya buat punya banyak.. sikit pun tak minum.. Alahaiiii.. saya ni kesian tengok dia.. bibir dia dah merekah2 akibat kering... yang tak boleh tahan tu, siap BERDARAH.... Adoii laa....

Hari ni dah 4 hari dia demam... siang macam ok.. aktif sikit.. malam dia start tak larat.. tapi malam semalam cergas sikit dari kelmarin... hari ni still lagi panas.. Semalam, siang eloklah dia makan nasi bubur + sup yang saya buat tu... tapi malam, dia tak nak makan sebab badan dah lemah.. tu yang tengah2 malam, bangun makan tu... alahaiiiiiii

Bila dia tak minum susu... buat saya susah hati tau.. air pun kurang.. adoiiii... tak tahu nak cakap apa ni... Harap2 alisha cepatlah sembuh...

Cerita Alisha malam semalam...

Malam tadi alisha tido dah awai tau.. tapi dekat pukul 12 tengah malam, dia boleh terjaga pulak... saya & abah dia pun dah separuh lena time tu... Dia terjaga pasal LAPAR la u all.. alahaiiii.. kesian pulak.. sejak2 putus susu ni... sentiasa lapar tengah2 malam or pagi2 buta.. dah lah semalam demam.. (",)

Saya bawak alisha pergi dapur, dia nak MAKAN ROTI CICAH AIR MILO.. so, saya bagilah... dah habis, dia mintak pulak DONUT.. saya bagilah donut... dah habis donut, dia mintak pulak NASI.. alahaiiiii... saya bagi nasi.. dah habis nasi??.. dia mintak pulak OAT... adehhh... saya masak air & bagilah oat segera dekat dia... bila dah habis, dia mintak air masak.. Alhamdulillah.. lega.. dalam hati pikir, mesti alisha akan mintak nak tidur pulak... TAPI RUPANYA... ALISHA BOLEH MINTAK BUKAK LAPTOP... adoiii... Saya terus angkat dia, masuk bilik... mata ngantuk oooo... tak larat nak layan.. hihii

Gambar pukul 6:30 pagi.. bangun terus makan roti..

Pagi ni pulak, dia terjaga pukul 6:30 bagitahu lapar lagi.... adehhhh... terus saya bawak pergi dapur, bagi dia roti... nasib ada stok... (",) 

TAPI kan u all... hikmah disebaliknya, semua kerja, jemur baju, kemas baju & basuh pinggan mangkuk.. semua dah siap semalam, time alisha makan tu... so, pagi ni kemas rumah je la... muahhahha

P/s : Bukan senang anak2 nak lalui pengalaman putus susu rupanya yer...

Hikmah & dugaan...

Ok.. ni nak cerita perubahan alisha yang kedua pulak selepas dah berhenti menyusu badan.. (",) Ohya, nak baca kisah pertama, KLIK SINI... Antara hikmah apabila Alisha berhenti menyusu badan ni kan.. Alisha semakin rapat @ manja dengan abah dia... Yela, kalau sebelum ni, setiap kali nak menyusu badan, dia akan datang dekat saya tapi sejak2 dah minum susu guna botol ni.. bila time abah dia ada dekat rumah, dia akan pergi menyusu dia atas peha abah dia.. hehheh.. Lepas dah minum susu baru terkedek2 cari saya dalam bilik nak tido.. (",)

Yang si abah alisha pulak, perasan siap cakap "Abang rasa anak kita ni, lelaki lah, sebab tu alisha taknak dekat ina"... hahahah.. ke situ pulak abah alisha ni.. hehhe

Walaupun gambar kabur, tetap jugak nak letak.. hihii

Tapi kan u all, yang menjadi dugaan dekat saya tu, sejak2 alisha dah minum susu botol ni, tak pasal2 saya sampai pukul 1 or 2 pagi baru dapat tidur.. yela, bukan senang alisha nak tidur selepas minum susu botol.. habis guling satu katil pun belum tido lagi.. habis pot pet pot pet pun tak tido lagi.. habis main @ kacau kami nak tido pun, dia tetap jugak belum tido lagi... alahaiiiii

Sekarang ni, macam dah jadi kebiasaan pulak, sebelum tido, dia duk buat semua koje yang saya sebut tadi tu.. lepas tu merengek & baru nak tido.. tu pun tertidur sebab saya pergi TUAM dekat dahi dia.. kiranya macam nak bagi dia ralit & terus tertidur la... (",) Ohya, saya duk tuam dahi alisha tu sambil mata saya ni pejam tau... yela, mengantuk yang amat... hehhehe

U all bayanglah, hari sabtu (23/06/2012) baru ni, catat sejarah hokay... Alisha tidur sampai pukul 1:30 tengahari baru bangun..!! terkejut saya... hahhahah... First time camtu.. saya memang sengaja tak nak kejut dia.. maklumlah... tidur pun pagi2 buta.. so, saya biarkanlah dia bangun lambat, sekali tengahari daaa.... hihii.. Biasa dia bangun awal.. kalau dekat rumah opah dia lagilah, pukul 7 pagi dah siap mandi.. (",)

Saya harap moga cepat2lah alisha biasakan diri dengan tidur sendiri selepas minum susu... takdalah berjam2 lepas tu baru nak tido... tak pasal2 saya pun kene biasakan diri jugak dengan situasi alisha sekarang.. (",)

Kisah lucu Alisha selepas berhenti menyusu badan.. hihii

Ini kisah 2 3 hari baru ni... bila tengok gelagat Alisha ni rasa lucu tapi bila dipikir secara mendalam... Alahaiiii kesiannya anak ibu.... (",).. Seperti yang u all tahu, hari ni dah genap 6 hari alisha berhenti daripada menyusu badan.. Ada 2 cerita yang saya nak cerita dekat u all pasal kejadian sejak2 alisha dah berhenti menyusu badan ni... (",)

Mula2 sekali saya nak cerita perkara yang maybe lucu & maybe kesian... Baru2 ni, ketika saya tengah baring2.. tiba2 Alisha menyelak baju saya... lepas tu dia tilik2 nipple saya.. maybe mencari asam jawa kot... hahhahahha... Lepas alisha dah menilik tu.. tiba2 alisha menundukkan kepala & menghampiri dada saya.... pada mulanya saya terpikir yang alisha nak hisap susu semula.. TAPI rupanya sangkaan saya tu salah... DIA BOLEH PERGI KISS DADA SAYA @ "BEKAS BOTOL SUSU" DIA.... lepas tu dia gelak2.. hihii... yang saya ni pulak pergi cakap "iyerkkkk iyerkkk"... (",)

Masa time alisha kiss tu, saya gelakkanlah dia.. tapi lepas tu, tiba2 hati saya terdetik.. kesian alisha.. dah la saya stop kan susu badan dekat dia tanpa bagitahu dia... terus je saya pergi letak asam jawa dekat nipple.. sian pulak... Emmmm maybe alisha rindu dekat "bekas botol susu" dia tu kot.. tu yang dia kiss.. muahahhahha... *tiba2 pulak rasa nak gelak kembali... hihii  Tak naklah gelakkan alisha.. tak baik kan.. Malu alisha nanti... (^_^)


Haaaa inilah wajah alisha yang tersengih selepas dapat kiss "bekas botol susu" kesayangan dia.. hehehhe... Ibu sayangkan kamu ALISHA.. Thanks sebab memahami ibu.. Kamu memang anak & bakal kakak yang baik!! (",)

Second story, next entry yer.. (",)

P/s : Buat pertama kalinya petang semalam (24/06/2012) alisha lena sendiri selepas minum susu FM..


Akibat kekeringan susu.. Alisha terjaga mintak AIR..

Actually saya sepatutnya publish entry ni last week lagi.. tapi tu la, terlupa, duk terperap dalam draft.. Adehhh... Tapi tetap jugak nak publish sebagai tatapan saya di masa akan datang.. (",) Saya nak cerita pasal susu badan saya yang dah kering.. tinggal sisa2 je lagi... perkara ni buatkan saya rasa tak selesa ketika breastfeeding... siap saya sanggup kenakan alisha lagi.. adoii laa....

U all tahu tak, sejak2 susu saya dah tinggal sisa2 ni kan, alisha setiap kali terjaga dari tidur pagi2 buta.... mesti merengek bagitahu nak air... Ya Allah.. time ni saya rasa sangat2 sedih.. yela, anak kita dahaga.. kita pulak dah kekeringan susu... So, saya kejutkan my dear, suruh ambik air untuk alisha... lagi hebat, kadang2 tu alisha siap mintak makanan lagi... thats y rumah saya sentiasa ada roti, kot2 ada kes emergency camni lah... alisha lapar... (",) Lepas dah makan & minum, alisha sambung tidur semula...


Kalau alisha tak terjaga ketika tidur... bila dia bangun tidur pagi2, mesti dia akan mintak air & makanan...


Tengoklah tu.. rambut pun berserabai.. muahhahha... baru bangun tidurlah katakan.. hehheh... Saat ni saya rasa sayunya tengok alisha.. yela, lapar betoi anak saya.. susu saya pulak dah takda... Inilah antara masalah ibu mengandung.. susu kering.. bagi yang ada tu, alhamdulillah.. (",)

Tapi apa2 pun, sekarang ni, mulai semalam, alisha dah tak minum susu ibu dia lagi... dia nak suruh ibu dia simpan susu untuk bagi adik dia minum pulak... muahhahhah

Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar.. (",)


First sekali saya nak melafazkan kesyukuran sebab dikurniakan anak macam Alisha & kawan2 alam maya macam u all yang sentiasa support saya.. Love u all ya... (",)

Untuk pengetahuan u all... INSYAALLAH, ALISHA DAH BERJAYA BERHENTI MINUM SUSU BADAN DENGAN JAYANYA.. Sejak daripada petang semalam, ALISHA LANGSUNG TAK MINTAK SUSU BADAN... SELAK BAJU SAYA PUN TAK... SEOLAH2 DIA TELAH LUPA YANG SUSU DIA MINUM SEBELUM NI ADALAH SUSU IBU DIA.. hihii

Alhamdulillah... saya rasa sangat2 lega... Dia betoi2 bakal seorang kakak yang baik & memahami perasaan ibu dia.. Dia taknak tengok ibu dia bersedih... (",) U all tahu tak, petang semalam, lepas mandi saya bagi alisha minum susu anmum, sambil2 tu saya sembang dengan alisha.. "Alisha dah taknak minum susu ibu kan?... Alisha nak bagi dekat adik pulak kan?.. Alisha nak jadi kakak yang baik kan..."... Kali ni, Alisha tak balas dengan "pot pet pot pet".. Tapi alisha balas dengan sebuah senyuman... senyuman dia tu, ala2 senyum malu2 gitu... hihii

Bila dipikir balik, alisha ni dikira senanglah berhenti susu badan.. sekali buat je terus jadi.. yang tak menahan tu, siap lupa terus... adehhhh.... hihiii Si ibu dia ni, beria bagai menangis tak sanggup nak bercerai susu dengan dia tapi dia boleh pulak gitu... muahhahhahah... Apa2 pun saya tahu.... alisha anak yang baik & bijak... dia sayangkan ibu dia & bakal adik dia... dia sanggup beralah demi "kawan" sepermainan dia nanti... (",)


SO, SECARA RASMINYA ALISHA MENYUSU BADAN SELAMA SETAHUN 9 BULAN 14 HARI

ALISHA LAST MENYUSU PADA PETANG 19/06/2012

Saya rasa Alisha mudah untuk berhenti susu badan sebenarnya tapi yang jadi susah sebab Si ibu alisha ni yang punya pasal... TAK SANGGUP NAK LAKUKANNYA



P/s : BE ke 11 tahun 2012 (Hansaegee Nature Beauty Products) telah melekat di Blog IntaNBerliaN GA & Contest...

Wajah Alisha tidur tanpa merasai susu ibu...



Sampai sekarang Alisha masih lagi belum minum susu badan.. bukan dia tak nak tapi saya yang tak bagi.. Bila dia mintak, saya sentiasa sibukkan diri.. Saya bagi dia minum susu Anmum.. Gambar dekat atas ni, saya baru je ambik.. sekarang ni alisha tengah tidur (",)

Tadi, pukul 1 lebih saya dah siap letak asam jawa dekat nipple.. sebab saya tahu, pukul 2 lebih nanti, alisha pasti nak tidur & saya tahu pasti dia minta susu badan... Memang betoi pun u all.. bila dia nak tidur, dia datang dekat saya & selak baju & dia perasan ada asam jawa dekat nipple.. hahahah... Yang bagus tu, dia siap buang lagi asam jawa tu.. & dia hisap.. sekali, rasa asam jawa tu masih ada, terus tak jadi.. ekkekkek (",)

Last2 dia merengek nak tidur.. tapi entah macamana dia boleh ambik tuala dia & bagi saya... saya sendiri tak tahu apa motifnya.. tapi saya ambik tuala tu & tuam dekat dahi alisha.. itupun sebabnya dia tunjuk kepala dia.. Ohya, tuam yang saya maksudkan tu... kira macam saya gumpal2 tuala tu & hembus nafas dekat tuala tu & tekap dekat dahi alisha... sambil2 tuam tu, saya usap2 rambut dia dari depan ke belakang.. Last2 dia terus terlena di atas peha saya... (",)

Alisha anak yang baik.. Sayang alisha.. walaupun saya rasa macam kejamnya diri ni.. tapi alisha sikit sebanyak macam memahami... Ohya, arini alisha minum susu anmum sampai 10 or 11 oz... banyak dari sebelum ni... (",) Emmm jika Alisha berhenti terus menyusu badan.. Ini bermakna, ALISHA TELAH MENYUSU BADAN SELAMA SETAHUN 9 BULAN 14 HARI... Alhamdullah.. dah bersyukur dengan rezeki yang DIA bagi untuk Alisha... (",)

P/s : Dalam hati tetap masih tak boleh hilang rasa sedih setiap kali tengok muka alisha

Saya rasa sedih kerana ALISHA.. Saya menangis jugak kerana ALISHA...

Sebelum ni saya pernah bagitahu u all yang saya rasa tak selesa ketika menyusu badan Alisha kan.. Sampai saya siap kenakan Alisha lagi... Alahaiiii siannya anak saya... Untuk pengetahuan u all, semalam ketika menyusu Alisha (time tengok tv) , saya masih lagi rasa tak selesa hingga saya ambik keputusan untuk letak lagi sekali asam jawa.. tapi kali ni saya letak di kedua2 belah.. Bila alisha hisap, tiba2 dia rasa pelik, terus dia bangun dari baring atas peha saya...

Malam tadi, ketika nak tidur, biasakan alisha akan minum susu badan... tapi saya bagi dia susu anmum.. alisha minum la susu tu macam biasa kan.. lepas minum, dia guling2 atas katil.. kiranya macam nak ambik time untuk tidurlah kan... biasa kalau susu badan, alisha akan tertidur ketika menyusu.. sedih pulak saya tengok situasi tu.. susah dia nak tidur.. dia datang dekat saya, tengok2 ke arah dada saya tapi dia tak buat apa2 pun... *kalau u all tengok renungan mata alisha waktu ni.. sungguh rasa sayu yang amat... Alisha boleh siap gelak2 + main lagi dengan saya... padahal dalam hati saya ni sebak hanya Tuhan je tahu...

Last2 alisha terlena... pukul 4 lebih pagi, alisha terjaga, merengek2... saya ni konon nak bagilah dia minum susu badan kan.. tapi bila saya baringkan je alisha atas peha saya... TERUS ALISHA MENGGELUPUR.... huwaaaaaaaaaaaaaaaa sedihnya saya.... alisha terus merengek.. sampai my dear marahlah alisha.. Tapi bukan marah beria bagai tau.. sekadar cakap "Haipp" je pun..

Terus alisha daripada berguling tengah2 antara kami bertiga, terus pergi tidur tepi sekali.. kiranya macam ganti tempat dengan saya lah kan... Time ni u all tahu tak, ALISHA MENAHAN PERASAAN NAK MENANGIS SAMPAI SEDU SEDAN SAMBIL PELUK ERAT BADAN SAYA.... huwaaaaaaaaaaa....... lagi saya rasa sedih.... Saya baringkan alisha atas lengan saya sambil saya tepuk alisha... Akhirnya alisha terlena tanpa minum susu...

Ya Allah Ya Tuhanku... saya tak tahu macamana nak cerita dekat u all perasaan saya ni... rasanya hanya mereka2 yang full breastfeeding anak akan paham perasaan saya bila kita cuba untuk bercerai susu dengan anak... Emmmm sekarang ni, saya tak tahulah yang alisha nak menyusu badan lagi or tak.... sebab ketika saya buat entry ni pukul 8:40 pagi, alisha masih belum bangun..





P/s : Entry ni, takda guna hihiiihiii muahahahhah hehhehe ekekekkek hahhahah sebab perasaan saya sekarang sangat2 sedih... lebih2 lagi bila tengok muka alisha...

Tadi saya pergi jenguk alisha yang tengah tidur... masih ada sisa sedu sedan walaupun tengah tidur... mulut jebek seolah2 menangis.. tak pasti alisha mengigau or apa...

U all bayangkan, anak kita punyalah ambik hati kita, macam2 tolong kita, happykan kita tapi bila dia nak menyusu badan @ upah, kita tak bagi... huwaaaaa... sedihnyaaaaaaaa........



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...