Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Bebola ayam bersama sos lada hitam


Minggu lepas punya cite.. Boleh plak tiba2 saya duk terbayang kesedapan bebola daging + sos lada hitam... Duk terbayang yang IKEA punya.. hahahaa.. padahal tak pernah g IKEA & tak pernah makan pun bebola IKEA tu... Dan2 time tu rasa kenapalah dekat tempat saya ni takda IKEA...

Demi nak melunaskan tekak sendiri yang time tu tengah mengada2, terpaksalah saya buat bebola sendiri.. tapi daging takda, so, saya buatlah BEBOLA AYAM.. Masak sos blackpaper bagai lagi ni.. tak hengat siap dengan kentang goreng, sayur salad & tomato.. ahhahha.. hambikkk kata buat sendiri, suka hati nak letak apa.. janji dapat memenuhi tekak sendiri.. (",)

Actually bebola ayam ni, kita boleh letak dalam sup sayur ke.. sup bebola ayam ke.. apa2 je, ikut kreativiti sendiri.. Cara buat sangat sennag... : BLEND ISI AYAM = BLEND KERING TAU.. ISI AYAM YANG DAH DIKISAR +  GARAM + SERBUK PATI AYAM + LADA SULAH + TELUR = GAUL HINGGA SEBATI PASTU MASUKKAN TEPUNG UBI OR TEPUNG JAGUNG = GAUL SEBATI (lagi lama gaul lagi kenyal).. PANASKAN AIR REBUSAN = BILA DAH MENDIDIH, MASUKKANLA BANCUHAN TADI TU.. U ALL BENTUKKAN BULAT2 TAU... BILA BEBOLA TU DAH TIMBUL KIRA MASAKLA TU.. Actually lepas rebus tu saya nak goreng dulu tau.. tapi disebabkan saya belum habis masak lagi tapi anak saya ni duk 2 3 kali ulang alik ambik bebola ayam saya tu, mana boleh tahan.. terus rasa nak makan jugak.. kang habis plak.. muahhahah


TIPS :-

Cara nak bentukkan bebola ayam, u all ambik adunan tadi dengan tangan pastu picit perlahan2 bagi adunan tu keluar ikut lubang antara ibu jari & jari telunjuk tu pastu ambiklah bebola yang terbentuk tadi & masukkan dalam air rebusan..

Lagi satu, kalau u all nak simpan dekat sejuk beku pun boleh jugak lepas rebus & sejuk tau.. nanti nak masak, ambik je letak dalam sayur sup or apa je yang u all nak..



"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Puding sumi jeli berkuah

Baru2 ni jiran saya ada buat kenduri sikit.. Time tu ada dihidangkan agar2 sirap tau u all... Alisha makan punya banyak, dan2 time tu jugaklah saya teringat yang saya dah lama tak masak puding or agar2.. Saya & anak2 memang suka sangat makan puding or agar2 ni.. Lebih2 lagi time panas2 camni, makan yang keluar dari peti ais tu... Ya Allah... sejuk je rasa tekak...


Semalam kami keluar, saya belilah bahan2 untuk buat puding.. PUDING SUMI JELLY BERKUAH.. Suka2 hati je saya bagi nama ni.. ahahha


Puding ni saya masak pukul 11 lebih malam tadi.. Senang masak awai2, hari ni just masak kuah je.. So, tengahari yang panas tak hengat ni, tekak saya dah boleh merasai kesejukan PUDING SUMI JELLY BERKUAH... cewahh ayat... hihi


Cara nak buat sangat senang.. : SUSU CAIR + GULA + AIR = MASAK HINGGA MENDIDIH PASTU MASUKKAN TEPUNG CASTARD LEBIH KURANG 3 SUDU (dah dibancuh dengan air).. BILA MENDIDIH MASUKAN PULAK SEPEKET AGAR2 SERBUK MASAK SAMPAI MENDIDIH.. = MASUKKAN KE DALAM BEKAS BILA DAH SUAM BARU MASUKKAN SUMI JELI DALAM BEKAS TERSEBUT...

UNTUK KUAH PULAK : SUSU CAIR + GULA + ESEN VANILLA = MASAK HINGGA MENDIDIH.. SIAP..!!

Bila nak makan, ambik je puding yang dah dipotong tadi lepas tu masukkan kuah.. kuah tu biarlah sejuk dulu yer.. Nak lagi best biar kedua2nya dari peti ais... Alahaiii sedapnya...  

BACA PESANAN SAYA DI BAWAH...!!!


U all jangan sesekali masukkan sumi jelly ketika agar2 tu tengah panas yer.. Saya takut nanti sumi jelly tu cair.. Macam gambar atas tu haa.. Saya siap buat eksperimen bagai lagi time buat puding ni tau... ahhahahha

P/s : KALAU U ALL NAK MAKAN CAMTU JE TANPA KUAH PUN BOLEH ATAUPUN U ALL NAK KUAH TU PEKAT MACAM KUAH PUDING ROTI KUKUS PUN BOLEH.. IKUT SELERA TEKAK MASING2..



"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Rekod UV or PV di Google Analytics lagi tepat..

Selama ni, otai2 dalam dunia blog ni, kalau ada mana2 pengiklanan yang mintak print screen UV or PV, dorang mesti guna GOOGLE ANALYTICS tau u all... Sepatutnya, kita semua kene tahu pasal Google Analytics ni... Malu saya tau bila saya duk berbalas PM dengan blogger2 otai berkaitan blog, dorang kata ini asas.. saya ni dah 3 tahun baru je daftar Google Analytics ni tak sampai 2 minggu.. adehhh...


Tapi bila saya dah daftar kan, rupanya UV & PV di google Analytics lagi jauh beza banyaknya dari yang saya guna untuk rujukan selama ni.. ke sebab tempat rujukan sebelum ni sebab nak kene bayar duit kat saya... ekekeke. So, u all pun gunalah @ daftarlah Google Analytics tau.. Tapi jangan tanya saya camne nak buat.. Saya pun tak tahu sebab saya ni semuanya saya suruh ECA yang tolong time edit blog hari tu.. U all try la google cara dia tau... 

Ohya, jika u all berniat nak buat pengiklanan di blog or apply apa2 iklan, dorang dah ramai mintak Google Analytics tau.. termasuklah EXABYTES yang banner atas header saya tu... Rasa rugi sangat selama ni saya tak belajar pasal Google Analytics ni.. Sepatutnya dah lama saya berguru dengan otai2.. Bukan pe, selama ni takut2 nak bertanya.. Rupanya mereka semua peramah...

TAMBAHAN :

Pengiklan gtau saya mereka nak print screen UV or PV dari Google Analytics sebab katanya yang Google Analytics lebih tepat..!

Saya daftar sendiri Google Analytics tapi time nak masukkan kod tu di blog je yang saya mintak tolong ECA

CARA DAFTAR & MASUKKAN KOD ID GOOGLE ANALYTICS DI BLOG


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Cucur udang manis

Dah lama ibu Alisha & Aqilah ni tak tempek gambar makanan... Berlambak kat draft tu, nak tulis je malas, idea banyak sangat, beratur semua nak "keluar".. ekekeke


Menu petang kami hari ni, saya buat cucur udang.. Semalam my dear beli udang.. Alaa murah je, sekilo RM8 tapi udang kecik2 je la.. dalam cucur takleh letak udang besar2.. sayang.. hahahaa.. bukan pa, kalau udang besar2 ni, rasa macam lagi bagus masak buat lauk.. Rasanya 300gram ++ jugak saya letak udang dalam cucur ni..


Saya namakan cucur udang saya ni dengan nama CUCUR UDANG MANIS... Maunya tak manis, udang berlambak2.. so, mesti banyak rasa "kemanisan" yang keluar dari udang tu kan...


Bau dia wangi je tau.. Bila makan tu, terasa udang dia... sedaplah... tapi saya buat ni, bahan tak cukup pun u all.. tak kisahla.. takda tak payah letak kan.. (",) CARA BUAT : TEPUNG GANDUM + SERBUK KUNYIT + BAKING POWDER + BAWANG BESAR POTONG DADU + GARAM + TELUR + TAUGE + DAUN KUCAI OR DAUN BAWANG (saya tak letak sebab takda) + AIR MASAK = KACAU RATA LEPAS TU PERAP.. BILA NAK GORENG, MASUKKAN UDANG, KACAU RATA2 & TERUS GORENG...

Ohya, saya ada dengar orang cakap, salah satu fungsi tauge tu adalah untuk lembutkan cucur kita tu, thats y kene perap.. Tapi macam saya ni, saya memang suka letak tauge & memang suka buat awai2 pastu simpan dalam peti ais, bila nak makan petang tu terus goreng je..

UPDATE :-

Fungsi telur dalam cucur = Untuk melembutkan adunan & membuat adunan tidak melekat antara satu sama lain

Fungsi serbuk kunyit dalam cucu = Untuk mewarnakan cucur & memberi aroma serta rasa yang tersendiri dekat cucur

Fungsi air masak or air suam dalam cucur = Untuk melembutkan cucur bukan je sesudah masak ketika masih panas tapi jugak bila cucur tu dah sejuk


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Latih anak jadi anak yang rajin dari kecik


Alhamdulillah saya dikurniakan anak2 yang rajin.. Rajin menolong.. Kalau suruh, terus buat.. Eh, tapi ada jugak time yang kalau saya suruh Alisha tapi dia tak buat.. tu pun tak banyakla.. boleh kira dengan jari je.. biasanya dia rajin.. tak suruh pun dia sendiri buat.. dia dah tahu apa yang patut dia buat.. Macam dalam gambar atas tu, semalam Aqilah main apa ntah pastu tertumpah.. dia pun cakap kat saya "Ibu, nak ambik batang mop.." Saya tanya kenapa.. Alisha jawab "Aqilah buat tumpah".. Itu yang dia masuk tandas ambik batang mop tu... Ohya, perasan tak Alisha angkat @ kepit seluar dia tu.. Pandai plak dia buat camtu sambil mop takut seluar dia kotor.. dah gaya macam orang besar..hihii

Kalau u all pembaca blog saya dari dulu, mesti dah banyak baca kisah pasal anak2 saya yang rajin menolongkan.. siap bergaduh 2 beradik semata2 nak buat kerja tu jugak... Cara saya latih anak2 saya ni, dari dorang kecik2 lagi saya dah bagi dorang buat kerja.. Eh, bukan maksud saya saya bagi batang mop, nah ambik mop umah.. bukan camtu... tapi perangai budak2 ni kan dia suka buat apa yang kita buat.. sebagai contoh, dia tengok kita mop umah, bukan ke budak2 pun sibuk jugak nak main batang mop tu.. So, time ni, bagi dia batang mop tu, suruh dia mop.. bagi dia rasa apa yang dia nak belajar tu... dorang tengah nak explore.. Jangan plak kita sekat dengan tak bagi mereka guna batang mop tu... Lagi satu contoh, macam kalau kita nak bersiang sayur.. anak2 pun sibuk jugak datang dekat kita nak main sayur tu kan.. time ni, jangan kita ambik dia g letak jauh2 suruh tengok TV ke dengan alasan tak ganggu kita... tapi kita ambik sayur, ajar anak kita camne nak siang sayur tu.. tapi suruh dorang guna tangan dah la.. koyak2 camtu je... janji apa yang  mereka nak tahu or nak explore tu tercapai... Dengan kata lain, buat aktiviti kita tu bersama anak2... Itu yang cara saya buat dari anak saya umur belum setahun pun lagi.. sebab time tu dorang dah pandai jalan so dah pandai gerak situ sini nak "mengacau" ibu dia...

Apa2 pun saya harap moga anak saya ni akan kekal rajin sampai besar & bila2 la... jangan plak masa kecik ni je yang rajin.. Tapi saya percaya pada kerajinan seseorang anak or apa2 je, adalah dibentuk sejak dari kecik.. So, jika kita nak anak rajin.. asuh kerajinan tu dari kecik.. nak bagi anak minat buku, asuh minat anak pada buku dari kecik..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Permulaan kisah saya buat duit dari blog..

Baru2 ni, LIZZ ada tanya saya pasal tips or cara nk dapat iklan berbayar @ sponsored post.. maksudnya entry kita yang kita karang dibayar oleh pihak pengiklan.. Alaa dengan kata lain, sebagai contoh, u all ada bisnes jual baju, u all berminat untuk suruh saya promote di blog saya.. so, u all akan bayar untuk entry yang saya promote tu... Secara peribadinya, saya takda tips apa pun.. semuanya berlaku secara kebetulan.. Eh, tak nak sebut kebetulan la, rasanya lebih elok saya tukar perkataan kebetulan kepada perkataan yang telah diatur oleh Tuhan.. InsyaAllah...

Untuk entry ni, saya cerita pengalaman saya sendiri la yer.. nak bagi2 tips, saya pun tak tahu...

Semuanya berlaku pada bulan 09/2012.. Time ni ada yang mintak saya untuk tempek banner jualan dia di blog saya... Time ni saya tak bukak ruang iklan apa pun.. tapi saya dapat kepercayaan dari Anis untuk tempek banner iklan di blog saya... Padahal UV saya masa tu tak tinggi pun u all.. average 500++ je.. (actually time tu dah rasa tinggi dah UV saya tu... kikikiii)... Bermula dari sinilah terdetik di hati saya apa salahnya untuk saya mencuba kan... So, saya bukak ruang iklan seperti yang u all tengok atas entry ni dengan harga RM5 sebulan @ banner iklan saiz 125 x 125.. Eh jap2.. baru ingat, masa tahun 2011, saya ada letak ruang iklan free.. tapi tak lama sebab website tu ada masalah.. so, terus tak buat.. lepas tu baru muncul yang ruang iklan RM5 sebulan.. 

Di bulan 09/2012 jugak, tiba2 saya dapat call dari Karen sebab blog saya di rekemen oleh Abang Ben.. Semuanya berpunca dari komen yang Solehah tinggalkan di status Abang Ben dekat FB.. Tapi yang dengan Karen ni, sampai hari ni kami tak dapat bekerjasama lagi.. Bukan apa, sebab yang saya dapat offer tu, semuanya event yang jauh2 nun haaa.. mana saya boleh g.. so, saya ada gak cakap dekat Karen, kalau boleh saya just nak pengiklanan yang kene tulis entry di blog.. yang pasal event2 ni susah.. dengan anak kecik bagai kan.. Takpala, belum ada rezeki dengan Karen.. (",)

Tapi tu la, Tuhan maha pemurah.. walaupun saya tak dapat bekerjasama dengan Karen, tapi dia gantikan dengan saya dapat emel dari LastMinuteKupon untuk buat entry promote website dia.. Kira ni entry berbayar pertama lah yang saya dapat... Time ni, saya tak reti pun nak letak harga berapa untuk satu entry.. So, saya hanya cakap dekat client2, mereka boleh bagi berapa je yang mereka nak.. Saya tak kisah.. saya terima je.. time mula2 start ni, bayaran yang saya dapat, RM10 ke RM20 ke RM30 ke .. Eh, RM10 - RM30 tu pun rasa dah tinggi gak tau time ni.... Alhamdulillah, entry2 yang saya promote memuaskan hati client...

Selain dari yang saya ambik duit, ada jugak client yang bagi produk dekat saya & suruh saya guna lepas tu review... yang camni pun time tu dah seronok sangat dah u all.. Yela, dapat free kan.. muahaha.. Duit tak mintak pun sebab rasa macam barang yang client bagi tu pun dah free, seganla nak cakap pasal harga bagai ni.. Tapi lepas tu, saya ada buat lagi satu review.. entry ni dikarang oleh client sendiri tau.. harga plak, saya tak letak pun, macam biasa just cakap terpulang nak bagi berapa pun... Tengok2 saya dapat RM50.. Alhamdulillah.. ni pun dah rasa banyak.. dah la entry dikarang oleh client kan.. saya just publish je entry tu di blog..

Dalam bulan 03/2013, dengan takdir Tuhan, saya dapat  SPONSORED POST dari Nuffnang.. Yang sponsored post dari Nuffnang ni macam tak percaya pun yer.. Excited tu terlebih la lagi kan.. Mana taknya, bukan senang nak dapat SPONSORED POST dari Nuffnang.. Syarat untuk dapat sponsored post dari Nuffnang UV dia kene at least 1000 UV sehari.. Sedangkan masa tu UV saya tak sampai 1000 pun.. tapi tu la, dah nama pun rezeki kan... Saya dapat sponsored post untuk buat entry berkaitan HUGGIES DRY PANTS.. Inilah entry pertama yang saya dapat bayaran dengan jumlah RM 3 angka..

Sejak dari tu, saya mula rasa berani untuk buat entry2 berbayar ni.. Rasa yakin bila client bagi feedback yang baik.. UV saya time ni pun dah cecah 4 angka.. saya pun ada tanya blogger2 yang otai @ aktif dengan pengiklanan di blog ni, berapa RM yang blog saya layak letak harga untuk satu entry.. Time ni jugak, saya dah banyak add friend dekat FACEBOOK dengan blogger2 otai @ blogger2 yang aktif dengan pengiklanan ni.. Dari situlah, kadang2 saya jumpa or terbaca status2 mereka yang mereka cari blogger dengan UV sekian sekian untuk offer job berbayar... Macam PRODUK EPHYRA tu, saya terbaca status Eryqazz.. Time tu dia cari blogger yang UV 1000++.. Selain dari tu, saya ada jugak dapat job dari FA & Innanie.. U all pun boleh follow FACEBOOK mereka.. mana tahu kot2 u all pun ada terbaca status berkenaan job berbayar... Biasanya UV yang mereka nak, 500UV sehari.. Yang Eryqazz tu je first time saya jumpa yang UV 1000 sehari.. hihii.. Tapi tengokla plak, yang Eryqazz offer tu company yang keluarkan produk EPHYRA kan... sesuailah UV yang tinggi dia nak.. (",)

Bila kita dah mula dapat kepercayaan client, kita dah boleh letak harga kita sendiri... Tapi jangan main letak je.. Kenelah letak harga yang setaraf dengan UV blog kita & tengok gak feedback dari blog kita camne.. Bila ianya ok, insyaAllah kadang2 mereka plak yang suggest kita dekat kawan2 bisnes mereka yang lain... Apa yang saya belajar ianya biarlah win win situation.. jangan mintak bayaran banyak tapi entry ala kadar... Lagi satu plak, bayaran biarlah setimpal dengan kerja kita... Sekarang ni, yang saya nampak, blogger2 yang buat duit dari blog, tak nak ambik yang free2 camtu je yer.. maksud saya sebagai contoh, bagi barang kita guna & promote tapi mesti nak ada bayaran jugak... Yela, dah nama pun buat duit dari blog... kesianla kan, kalau free, camne nak dikatakan buat duit dari blog.. sebab sekarang dah ramai yang jadikan blog ni sebagai sumber pendapatan...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Didik anak suka baby ketika mengandung

Ketika saya belum mengandung, saya tak nampak pun tanda2 anak solehah si Aqilah ni suka baby... Maksud saya, bila jumpa baby tu, takdalah dia nak g pegang or apa2 kan... Tapi dengan takdir Tuhan, bila saya mengandung je, automatik nampak Aqilah mula sukakan baby...


Pantang nampak gambar baby, mulalah nak pegang sambil mulut pot pet pot pet... Dah mula nampak ciri2 dah ready untuk jadi kakak dalam diri Aqilah ni..


Itu baru tengok gambar.. bila dah nampak baby real, mulalah nak main2 dengan baby tu.. cuma masalahnya cara Aqilah main tu ikut cara untuk umur dia.. lasak la sikit kan... Ohya, tau tak baru ni, dia pegang kedua2 belah kaki baby dalam gambar ni & nak buat macam kayuh basikal tu... hihiii.. Actually, selama ni memang dari kecik saya selalu buat dekat anak2 saya camtu... angkat kaki dorang macam kayuh basikal tu sambil kira 1 2 3... tu yang Aqilah pun nak tiru.. hihi.. Nampak tak ciri kakak kat situ... hihhi


Sejak dari mengandungkan Alisha lagi, saya dah didik anak saya supaya rapatkan diri dekat baby dalam kandungan.. Antara cara yang saya buat, saya akan bagi mereka usap2 perut saya sambil sembang.. Selain tu jugak saya ceritalah yang dalam kandungan saya ni adik mereka.. Dengan kata lain, dari awal lagi saya dah bagitahu yang mereka bakal dapat adik.. So, takdalah nanti bila saya dah bersalin anak2 terkejut dengan kehadiran adik baru kan... Bila mereka dah tahu bakal dapat adik, mesti mereka akan ternanti2 kelahiran adik baru tu kan...

 Alhamdulillah, cara yang saya guna ni, berjaya untuk Alisha.. Alisha memang sayang sangat dekat Aqilah.. Jangan sape2 nak ambik adik dia... Kalau dia nak g jalan pun, mesti bawak adik, kalau kita usik konon2 nak tinggal adik, siaplah dengar Alisha mengamuk.. hihii... Walaupun camtu, gaduh tetap ada.. adat lah tu kan.. Tapinya dari gaduh dengan baik, lebih banyak baik la kan.. Ini satu tips je yang saya tulis, tips lain, u all baca di entry lama saya yer... Malas nak ulas panjang2 benda yang sama.. (",)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Apa petua or tips tak nak bagi anak2 bergaduh?

Anak2 @ adik beradik, tak dapat lari dari bergaduhkan.. Anak2 u all bergaduh tak?.. Kenapa adik beradik time kecik2 suka bergaduh yer..? Masa saya kecik2 dulu, selalu dengar mak saya & kawan2 dia bersembang yang anak2 mereka suka gaduh.. Bukanlah bergaduh beria tu, sekadar bergaduh budak2... time baik, bukan main lagi.. time bergaduh tak tahu nak cakap... Bukan setakat orang lain, saya sendiri pun sama, masa kecik selalu bergaduh dengan adik, dengan baling barangnya, dengan tarik rambutnya... Alahaiiii bila ingat balik, kesian dekat kami adik beradik, boleh bergaduh camgitu plak... Tapi tu semua masa kecik.. dah besar, pikiran semakin matang, takda nak gaduh2 dah.. manja2 adala.. hihii... Sebelum adik saya kemalangan dulu, kalau dia ada apa2 masalah, dia telefonla saya bercerita.. mintak tolong & macam2...


Itu cerita saya dulu, ni cerita anak solehah saya yang baik budi pekerti si Alisha & Aqilah... Mereka berdua dah pandai bergaduh u all... Si kakak kalau bergaduh, ditolaknya si adik, si adik plak kalau bergaduh, hebat sikit cara dia.. dia tarik rambut si kakak, mentang2 rambut kakak tu panjang.. Tapi baru2 ni berlaku lagi kebaboommmmm, Aqilah gigit muka Alisha... amboi..!! Kene jentik mulut Aqilah tu dengan saya.. haa menagis lepas tu.. elok sangat gigit tu...

Si kakak memang dah terkenal dengan manjanya... menangis la apa lagi... saya terkejut tengok Aqilah gigit, first time tu u all... Ohya, selepas dari kejadian tu kan, ada jugak lagi sekali Aqilah nak gigit kakak dia tapi kakak geram, nak gigit adik dia jugak.. ahhah.. Nasib baik saya ada... adehhhh... Time bergaduh camnilah u all, time baik, baik sungguh2.. peluk cium bagai.. orang nak ambik adik dia pun tak boleh... Alamakkk lupa nak tulis, Alisha & Aqilah ni, kalau lepas mereka bergaduh, saya akan suruh mereka mintak maaf tau... Cara mereka mintak maaf, Salam & kiss pipi... Ololooo time ni mulalah rasa suwit jeee.. haha

Kawan2 ada tak cara tak nak bagi anak2 bergaduh?
     "Ya Allah... Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau                              kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku.."                       "Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w..." 

Cara atasi pelat huruf R

Nak cite kat u all ni... Tau tak, pada zaman tok kaduk saya pernah ada masalah pelat huruf R... Serius malu yang amat..!! Lebih2 lagi bila ada kawan yang saja je suruh kita sebut sesuatu perkataan yang ada huruf R.. sampai satu tahap saya pernah terpikir, camnelah nanti kalau saya dah belajar dekat IPTA pastu lecturer suruh berdiri sorang2 kenalkan nama... mesti suara kene kuat kan... dahla nama saya ada huruf R.. NOORZARINA BINTI AHMAR TAZARI... huwaaa rasa macam tak dapat terima hakikat plak.. lebih2 lagi kot2 masa kat IPTA tu ada orang nak ngorat saya ke kan... pastu tanya nama saya.. muahahhahhah.. punya hebat tak hebatnya perasaan takut @ malu saya tu.. (^_^)

Ketika saya masih lagi pelat huruf R, bila sampai je dekat yang ada huruf R, confirm suara saya jadi slow.. sebagai contoh nama abah saya.. bila sebut AHMAD, kuat je suara saya, tapi bila sampai part TAZARI.. terus jadi slow... bila orang tak dengar, mulalah disuruh ulang lagi sekali.. malu..!! 

Tapi satu hari tu kan, ustaz saya ada gtau... saya tak pasti time tu umur berapa.. tapi yang pasti saya lakukannya masa saya sekolah menengah maybe tingkatan 3 *sorry jika silap sebab saya dah lupa... ustaz saya cakap kalau nak sebut huruf RO dengan betoi, selam muka dalam air sambil sebut ro ro ro banyak kali... saya memang betoi2 lakukannya... saya selam muka saya dalam besin yang ada air.. tapi saya takda selam lama2.. kejap2 je.. time mandi saya buatla.. dengan takdir Tuhan, akhirnya saya berjaya sebut huruf RO & R dengan betoi... siap "ketar2" lidah lagi.. hihii.. Malah saya boleh sebut Rrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr lebih lama dari kawan saya yang memang dah pandai sebut huruf R.... Kalau u all or rakan2 u all yang ada masalah sebutan huruf R, bolehla gtau dorang pasal ni.. (",) 

P/s : Saya tak pasti berapa lama baru ianya berjaya.. tapi rasanya tak lama kot.. kejap je.. sebab dalam tahun yang sama gak saya menjadi sebut huruf R...

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Aqilah dah pandai pegang pen dengan betul..

Firstly saya ucap ALHAMDULILLAH.. SYUKUR KEPADA TUHAN sebab kurniakan saya anak2 yang bijak pandai.. mungkin tidak secepat or sepandai anak orang lain tapi bagi saya anak2 saya tetap cepat belajar..

Kalau sebelum ni Aqilah pegang pen dengan cara menggenggam tapi pada hari Sabtu @ 09/11/2013 baru ni, buat pertama kalinya saya nampak Aqilah pegang pen dengan cara yang betul... Belum sampai usia setahun sebulan pun dah pandai pegang pen... Alhamdulillah.. Aqilah memang jenis yang cepat serba serbi... Cepat tangkap apa yang diajar & belajar dari pemerhatian..

Ohya, kakak Alisha pun ajar Aqilah tau.. kadang2 dia ambik buku & pen suh Aqilah tulis... Kadang tu dia pegang tangan Aqilah & ajar Aqilah menulis.. hihii.. Aqilah ni bukan menulis pun menyonteng je la.. (",) Untuk pengetahuan u all, Aqilah ni walaupun dah pandai pegang pen tapi tetap kene perhati sebab dia pun jenis suka masuk mulut..

Macam2 sesetengah orang, mereka tak bagi sangat anak2 main pen ni.. Yela, kan bahaya.. tajam mata pen tu.. tapi bagi saya pulak.. SAYA JENIS BAGI ANAK SAYA GUNA PEN.. GUNA UNTUK MENULIS OR MENYONTENG TAPI DALAM PEMERHATIAN SAYA LA.. BUKAN APA SALAH SATU SEBABNYA NAK BAGI ANAK SAYA CEPAT PANDAI DALAM BAB MENULIS NI... Emmm secara tak langsung, saya dah dapat buktikanlah yang cara saya dengan pendedahan awal tu berkesan kan.. Aqilah belum pun umur setahun sebulan tapi dah pandai pegang dengan betul... Awai sebulan dari kakak dia dulu.. (",)

video
Durasi : 2 saat

U all nak tengok Aqilah pegang pen, tengok video atas ni tau.. saya rakam.. tak leh nak ambik gambar.. bukan pe, baru saya nak fokus kat tangan dia tu, Aqilah dah nak pegang kamera plak..
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Jam tangan Angry Bird untuk alisha

Masa kami pergi UPTOWN SUNGAI PETANI baru2 ni, saya buka je beli tikar evamat ABC tapi saya beli jugak jam tangan angry bird untuk Alisha... Alisha la duk mintak jam.. Jam dia yang sebelum ni tertinggal dekat Chemor.. lagi pun saya memang plan nak beli jam nombor digital.. Dalam proses nak kenalkan Alisha dengan nombor.. Mengenal bukan menghafal..


Jam angry bird ni Alisha yang pilih sendiri.. nak ambik yang design lain, dia tak nak pulak.. mentang2 time tu baru lepas makan steamboat cucuk bentuk angry bird.. hihi.. 

Jam angry bird ni murah je tau.. RM5 je.. murah kan.. teruja tau.. budak2 suka sangatlah jam camni.. Lenkali kalau saya g lagi & beli untuk buat Mini GA untuk anak2 u all ok tak ek... ke u all tak bagi anak2 guna jam murah yang 5 hengget cam nih?.. (^_^) btw, nak tengok time jam ni, ada button tau.. nampak tak yang bucu kanan atas watermark saya tu.. ada button warna merah.. tekan yang tu lah baru keluar.. Tak reti nak explain... u all tengok gambar pertama & kedua, baru u all akan paham apa maksud saya...

Dekat uptown Sungai Petani ni barang2 semuanya murah2 tau.. kalau g time duit banyak memang best la.. hihii.. Lepas ni nak beli shawl glitter la plak.. Nampak cam cantik je orang duk promote dalam FB tu.. (",)
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Cakoi bulat yang sangat lembut & sangat sedap..!!

Saya ni kan, kalau perut lapar otak mesti akan ligat berpikir nak masak apa.. Nampak tak kerajinan saya.. berpikir nak MASAK bukan berpikir nak BELI.. hahha.. Orang tak keluar rumah macam saya ni u all, nak beli apa nyeee.. dunia luar pun tak berapa nak kenal.. Yela, tanpa keizinan suami, mana saya boleh keluarkan.. (^_^) Lagipun malas la keluar sendiri, susah dengan anak2.. nak keluar mesti dengan my dear (",)

Itu mukadimah, sekarang baru masuk entry... petang semalam saya lapar.. terpikir nak buat cakoi.. So, dengan penuh semangat terus la buat.. 


Ni lah cakoi saya.. CAKOI BENTUK BULAT BUKAN PANJANG.. Motif buat bentuk bulat2?? Sebab senang nak makan sekali ngap je..! Sila jangan percaya sebab hakikatnya SAYA MEMANG TAK RETI NAK BENTUKKAN CAKOI JADI PANJANG2... SO SAYA MEMANG DAH NIAT AWAL2 NAK BUAT CAKOI BENTUK BULAT.. hahhah

Apa ada hal..?? Kita yang buat dia.. kita sendiri makan, bukan jual.. so, takda masalah la walau bentuk bulat kan.. hihii.. WALAUPUN BENTUK BULAT JANJI RASA TETAP JUGAK RASA CAKOI. (^_^) Cakoi ni bagi saya SANGAT2 SEDAP.. SANGAT2 LEMBUT...!! WALAUPUN SEJUK TAPI MASIH LEMBUT.. Alahaiiii memang sangat lembut la u all.. lembut macam cakoi yang bentuk panjang2 tu la.. dekat dalam dia ada rongga2 @ lubang2... Sebijik macam cakoi cuma bentuk je la lain.. Memang sedap,.... Adehhh.. nak buat lagilah jap g.. (^_^)


Saya bagi resepi anggaran je ni tau sukatan bahan dia.. pandai2 la u all adjust.. CARA BUAT : SETENGAH CAWAN AIR + SETENGAH SUDU BESAR MARJERIN (cairkan) + SETENGAH SUDU KECIL GARAM + SATU SETENGAH SUDU BESAR GULA + SETENGAH SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS + SATU SUDU KECIL YIS MAURIPAN + SUKU SUDU KECIL SERBUK BIKARBONAT = KACAU SEBATI PASTU MASUKKAN TEPUNG SIKIT2.. LEBIH KURANG 200 GRAM OR SEHINGGA JADI MACAM GAMBAR ATAS TU.. BIARKAN DIA MENGEMBANG.. SEJAM LA LEBIH KURANG.. PASTU ULI LAGI SEKALI & BOLEHLA GORENG BULAT2... (",)

Ohya, kalau ikutkan yang betoi, kena uli lagi sekali lepas tu baru canai panjang2.. contohnya, time canai tu, kita buat saiz 4 cm, tapi bila nak goreng, tariklah hasil canai kita tu bagi lagi panjang & terus goreng. (",)

P/s : Sukatan yang saya bagi ni untuk sekali makan je tau.. cukup2 untuk keluarga kecik saya ni.. Jika u all nak buat banyak, pandai2 la u all buat kira2 yer.. (",)

P/s : Tips tak nak bagi adunan melekat kat tangan, basahkan tangan kita time nak pegang adunan untuk digoreng tu..
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.


Bibir Aqilah berdarah


Sian Aqilah... hari Sabtu baru ni, entah macamana Aqilah boleh terjatuh kene Alisha yang masa tu tengah tidur... Bila abah dia ambik, tengok2 mulut Aqilah dah berdarah... ya Allah.. sian sungguh.. menangis Aqilah... saya cepat2 basuh & ambik ais tekap dekat bibir Aqilah tu.. Nasib darah cepat berhenti..

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Perkembangan terkini Aqilah

Actually perkembangan ni saya dah perasan masa Aqilah umur 10 bulan lebih lagi... Tapi sekarang baru nak buat.. Aqilah sekarang ni dia dah pandai tepuk tangan & lambai tangan tau.. Kalau abah dia g kerja, bukan main lagi duk melambai... Comel je dengan tangan kecik dia tu.. (",)

Aqilah kan jenis susah nak pakai pampers tau, so, sejak2 dia dah pandai tepuk tangan ni, keje saya setiap kali bagi pakai pampers, nyanyi lagu tepuk amai2.. hahah.. dengan alasan tak nak bagi Aqilah pusingkan badan.. so, sambil saya nyanyi, sambil Aqilah tepuk tangan.. (",)

Aqilah dah ada 6 batang gigi... 4 batang gigi atas, 2 batang gigi bawah... Alahaiii comel je kalau Aqilah senyum.. nampak gigi dia tu.. (",).. Ohya, Aqilah jugak dah lama pandai sebut.. BABA, MAMA... Alaaa ini normal la kan.. inikan antara word terawal baby akan sebut.. Opsttt Aqilah gak dah pandai sebut ABAH tau.. pantang dengar abah balik kerja.. mesti duk sebut ABAH... Ni la anak2 saya... semua pakat duk pandai sebut ABAH dulu.. IBU ni berzaman baru nak pandai.. hihii...Eh, tapi sape yang suruh anak2 panggil mereka MAMA, untunglah kan, sebab MAMA tu memang baby cepat sebut.. macam IBU ni lambat sikit...

video

Durasi : 36 saat
Video Aqilah tepuk tangan & melambai.. Nak dengar suara saya menyanyi tepuk amai2, sila tengok video ni yer.. muahhahah
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Cara Aqilah berkenalan dengan buku

Kalau tadi si kakak yang berumur 3 tahun tu menulis dengan penuh bergaya manakala si adik ni pulak, duk sepah2kan buku.... Si kakak kalau ke rak buku, dia akan ambik buku untuk study tapi kalau si adik ke rak buku, dia akan sepah2kan buku tu..

Tapi takpalah... bagi saya ini antara proses untuk Aqilah membesar sebagai orang yang minat buku...  Time umur2 camni, anak2 kita ni, macam2 benda dorang nak explore... saya tak kisah walau rumah bersepah sebab di explore oleh anak2... Lagipun tu semua nanti boleh kemas.. Tak nak nanti kalau dihalang, perkembangan dorang terbantut pulak...


Walaupun nampak anak2 kita just belek2 buku or sepah2kan umah, sebenarnya secara tak langsung.. dorang dah belajar sesuatu... Memang dari Alisha kecik lagi saya biarkan Alisha sepah2kan buku.. Lagipun time ni dorang dah tak koyakkan buku... Macam alisha umur 8-10 bulan & Aqilah 7 bulan, dah pandai hargai buku...

Alhamdulillah... sedikit sebanyak saya nampak usaha or cara saya ni berhasil.. Nampaklah si Alisha tu dah sukakan buku.. & dah pandai menulis *walaupun hanya sekadar pandai menulis ikut garisan... tapi saya tak kisah.. okla dengan umur Alisha 3 tahun.. Nak hantar dorang g school, bagi teacher ajar, rasanya tak berapa nak mampu... Lagipun saya duk umah, apa guna kan jika tak ajar anak... Takpa, pelan2 kayuh... janji target saya nak bagi Alisha dah pandai menulis & membaca sebelum masuk tadika tercapai... InsyaAllah.. Aamiin...

CARA SAYA PUPUK ANAK MINAT BUKU
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Apa cara menangani anak yang tak nak berkongsi barang?

Ya Allah... stress telinga saya sekarang ni tau u all... Boleh kata setiap hari duk dengar Alisha menjerit.. sekali jerit gaya macam setaman ni boleh dengar... adehhh.. Bukan apa u all.. Si Alisha ni.. sekarang dah pandai tak nak kongsi barang dengan adik dia... time angin kus2 dia datang... adik baru je nak g ambik.. belum pegang pun lagi.. dia dah menjerit... Kalau Aqilah dah berjaya pegang pulak.. lagi kuat dia menjerit... Alisha ni, kalau Aqilah ambik barang dia, dia bukan jenis pergi ambik balik or pergi pukul aqilah.. tapi dia menjerit mintak Aqilah pulangkan balik.. Stress telinga saya dengar.. 

Itu kalau time angin kus2 Alisha datang.. Kalau time baik.. dia yang panggil Aqilah ajak main... Lagi satu kan, contohlah, bila Aqilah nak ambik kerusi.. dia pun dan2 nak jugak kerusi tu.. kalau Aqilah tak ambik.. dia takda hati pulak nak ambik.. Pagi tadikan, Alisha siap mengigau tau.. dia mengigau marah Aqilah main barang dia.. sampai macam tu sekali haihhh...

So, nak tanyalah u all.. apa cara nak bagi anak2 ni berkongsi barang.. tak yah nak gaduh.. main sama2... Macam Alisha ni haaa, kadang2 tu, yang Aqilah punya, dia nak tapi yang dia punya, tak nak bagi Aqilah... nasiblah Aqilah ni tak reti lagi bab2 berebut ni.. So, mengalah je la keje Aqilah.. (",)
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Tips FREE DIAPERS @ POTTY TRAIN bila keluar berjalan

Lantak.. nak jugak tempek gambar dengan rambut berserabai.. (",)

Kali ni nak share cara saya train Alisha FREE DIAPERS ketika kami keluar berjalan pulak... Sebelum keluar, saya akan suruh Alisha masuk tandas dulu.. Suruh dia kencing siap2... Bila dah sampai dekat shopping complex pulak.. sebelum keluar dari shopping complex tu.. Saya akan tanya Alisha nak kencing or tak.. tapi kalau dia cakap tak nak pun, saya bawak jugak dia ke tandas.. bukan apa, budak2 ni, kalau bawak ke tandas.. confirm akan terkucil jugak.. so, lepas dah membuang, barulah senang untuk kami merayap ke tempat lain lagi... (",) 

Actually Alisha ni kalau kita tak tanya pun, tapi kalau dia nak terkucil, dia akan inform.. kalau dia tak bagitahu pun, tapi dah nampak dia duk terkepit2, nak terkucil la tu maknanya.. Ohya, anak2 yang dah free diapers ni.. tahap rasa nak terkucil dia pun macam kita yang dewasa ni jugak.. maksud saya macam Alisha ni.. dia bukannya kerap kencing pun.. macam kita la.. bukannya selalu sangat kita nak terkucil kan.. berjam2 baru terasa...

Haaa nak cite kat u all ni.. hari tu kan, saya ada bagi Alisha pakai pampers tau.. sebabnya kami nak balik kampung.. so, risau takut dia nak terkucil time2 dekat takda tandas.. sekali ada yang menegur, "Aik, dah besar pakai pampers lagi".. hahaha.. saya jawablah, biasa tak pakai.. Serius malu hokay orang tegur anak saya camtu... *Opsttt U ALL JANGAN PULAK SALAHKAN ORANG TU CAKAP CAMTU KAT ANAK SAYA TAU... JANGAN KATA PERKEMBANGAN ANAK2 BERLAINAN TAU.. ITU NAMANYA ALASAN..! 

Sebab apa saya kata alasan??.. Sebab.. bagi saya, dalam bab FREE DIAPER @ POTTY TRAIN.. SAYA TAK SUKA KATAKAN IANYA SEBAGAI PERKEMBANGAN ANAK2 BERLAINAN ANTARA SATU SAMA LAIN.. ADA CEPAT, ADA LAMBAT... YAP, MEMANG BETOI PERKEMBANGAN ANAK2 BERLAINAN... TAPI BAGI SAYA, IANYA SESUAI DITUJUKAN UNTUK PERKEMBANGAN SEPERTI MENIARAP.. MERANGKAK.. BERJALAN DLL... MANAKALA UNTUK POTTY TRAIN @ FREE DIAPERS NI.. ANAK2 PANDAI SEBAB KITA YANG AJAR..!! KALAU KITA TAK AJAR, MACAMANA ANAK NAK PANDAI...?? SO, LAYAKKAH IANYA DIKATAKAN SEBAGAI PERKEMBANGAN ANAK2 BERLAINAN DALAM BAB INI...?? ini untuk anak2 yang normallah maksud saya.. tapi kalau anak tu ada masalah kesihatan.. tu lain cite la kan...

Berbalik pada cerita orang yang menegur tu.. yang tegur tu adalah sepupu saya dari Terengganu... Alahaiii.. sekali tu Alisha pakai.. sekali tu jugak yang dia datang melawat & terpandang.. hahahhah.. So, lepas ni, saya dah tak teringin nak bagi pakai dah... Ni alasan la semua ni... kata takut time nak kencing takda tandas.. padahal tak pernah pun jadi camtu... So, jangan sesekali mencipta alasan untuk berjaya.. (",)

P/s : Tips untuk u all.. Memang patut rasa malu jika orang tegur anak dah besar tapi masih pakai pampers.. U all harus jadikan kata2 orang tu SEBAGAI MOTIVASI UNTUK U ALL TRAIN ANAK U ALL TU.. Jangan pulak duk dalam hati sumpah seranah orang tu.. No.. no.. no... itu bad attitude.. belajar jadikan sesuatu perkara itu positif..!!

KLIK SINI UNTUK BACA BERKENAAN FREE DIAPERS ALISHA

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

05/09/2013 genaplah umur Alisha 3 TAHUN

AKHIRNYA.... TARIKH YANG DINANTI2KAN... 05/09/2013... GENAPLAH UMUR ALISHA 3 TAHUN..!! Sekejap je dah 3 tahun Alisha.. rasa macam baru je lagi lahirkan Alisha... Semua kisah Alisha dari kecik tercatat dekat blog ni.. Tengoklah gambar dekat header atas tu... gambar Alisha ketika umur sehari pun ada.. (",)
Alhamdulillah... di usia 3 tahun ni, dah banyak perkembangan anak solehah saya ni.. tak perlu saya senaraikan di sini sebabnya semua perkembangan Alisha, saya dah tulis dekat blog ni... (",) Ohya, cuma ada satu lagi.. ALISHA MASIH BELUM PETAH BERKATA2.. MAKSUD SAYA, ALISHA ADA SEDIKIT PELAT + ADA LAGI BAHASA GERMAN DIA TU... Tapi takpa, itu bukan masalah yang besar.. sebab Alisha faham apa yang kita cakap.. sebab tu dia dah boleh free diapers ketika usia 2 tahun ++...

Ohya, lagi satu, KITA SEBAGAI IBU, JANGAN TERLALU FOKUS PADA KELEMAHAN ANAK2.. TAPI FOKUSLAH PADA KELEBIHAN ANAK2.. BAGITAHU BETAPA BANGGANYA KITA ADA ANAK MACAM MEREKA.. MEREKA AKAN RASA SERONOK.. LAMA2, KELEMAHAN TU AKAN BANGKIT MENJADI KELEBIHAN.. SEBAB MEREKA TAHU, KITA SAYANGGGGGGGGGGG DEKAT MEREKA.. (",)

Doa saya untuk Alisha, MOGA ALISHA MEMBESAR SEBAGAI ANAK YANG SOLEHAH.. ANAK YANG SENTIASA MENDOAKAN KEBAHAGIAAN IBU BAPANYA TAK KIRA DI DUNIA OR DI AKHIRAT.. ANAK YANG SENTIASA MENGHORMATI MEREKA2 YANG LEBIH TUA.. 

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Jangan minum ais kalau tak nak perut buncit..


Komen dari NINA RICCI (cantik je nick macam tuannya..).. Dia pun setuju dengan entry saya yang sebelum ni.. yang pasal TIPS UNTUK ELAK PERUT BUNCIT tu... Kalau u all tak nak orang tegur or tanya u all "dah berapa bulan mengandung?" yang pada hakikatnya u all tak mengandung pun.. U all ingat pesan saya ni.. JANGAN MINUM AIS...!!

Tapi kalau sekali sekala tu.. no hal la.. maksud saya, jangan jadikan AIS SEBAGAI MINUMAN WAJIB... Kalau tak minum langsung, lagi bagusla kan.. (",) Nak dapatkan kata2 motivasi or semangat untuk u all terus berhenti minum ais?? BACA ENTRY SAYA YANG NI...

P/s : Untuk berjaya JANGAN MENCIPTA ALASAN

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Petua or tips tak nak bagi mengandung

Jangan salah paham yer.. Petua or tips ni HANYA UNTUK MEREKA2 YANG SEDANG MERANCANG MENJARAKKAN KELAHIRAN ANAK MACAM SAYA NI SAHAJA YER.. (^_^) Pada u all yang nak cepat mengandung, BACA SINI..

Petua or tips ni, arwah opah saya yang bagitahu.. Katanya, lepas bersama, kita terus bangun masuk tandas & keluarkan "peluru" yang telah terkena sasaran tu yer.. Caranya camni.. Kita masuk tandas & duduk mencangkung lepas tu kedua belah tangan kita tekan2 @ tolak2 bahagian ari2 tu kebawah.. U all buatlah sampai u all rasa dah habis terkeluar... (",)

Eh, tapi bagi kita yang merancang, kita mesti tak nak "peluru" tu terlepas ke sasarankan.. tapi kalau terlepas jugak.. inilah caranya tau.. (^_^).. Saya ni merancang takdalah sampai 4 5 tahun baru nak pregnant lagi.. yela, saya kan nak anak ramai.. muahhaha.. 

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...