AllahuAkbar... Tuhan maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA... Sebenarnya anak solehah Afrina, sikitttttt je lagi nak berusia 2 tahun.. 02/09/2016 nanti genaplah usianya 2 tahun... tapi baru2 ni, 17/07/2016, selepas perjumpaan dengan mereka yang lebih arif, saya dinasihatkan untuk berhenti bagi susu badan dekat Afrina.. my dear pun memang suruh saya stop jugak sebenarnya.. Hati memang terasa berat, tapi.... ada sebab kenapa saya harus saya lakukannya... Oh, mintak maaf, puncanya biarlah buat masa ni hanya kami yang tahu... Saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah & ianya yang terbaik untuk kami.. Sesungguhnya Tuhan itu adalah sebaik2 perancang.. AllahuAkbar...
Dalam kehidupan seorang ibu, cerai susu badan dengan anak adalah salah satu perkara yang buat hati tu sakittttt sangat, tau tak sakit...!! kesakitan yang hanya ditemani oleh air mata... Setiap kali cerai susu badan dengan anak2 saya, memang airmata adalah peneman yang setia... Kalau ketika cerai susu badan dengan anak solehah Alisha & anak solehah Aqilah, ada jugak cabarannya u all... paling hebat ketika Aqilah la... ianya ambik masa.. tapi untuk anak solehah Afrina ni, u all tau tak, Ya Allah Ya Tuhanku... tersangat2 mudah... Ya Allah, sungguh saya tak sangka, Tuhan bagi saya pengalaman semudah ini selepas pernah melalui "kesusahan" ketika cerai susu badan sebelum ini...
Kisah Afrina ni bagi saya, ianya bermain dengan emosi saya tau... seolah2 Afrina redha dengan "ketentuannya".. sampai saya pulak yang meraung tengok Afrina macam tu.. Rasa terharu sangat.. Ya Allah... Ceritanya macam ni, selepas perjumpaan kami dengan mereka yang lebih arif pada hari ahad @ 17/07/2016 tu, my dear bawak kami pergi ke Tesco.. dekat Tesco tu, my dear adalah pergi area susu FM tau untuk tengok harga susu ANMUM.. Pada masa ni saya tak pasti samada Afrina suka or tak, serasi or tak dengan susu tersebut.. makanya saya mintak sample, dapatlah 2 saket sampel susu ANMUM.. Ohya, my dear nak bagi susu ANMUM sebab Alisha & Aqilah sebelum ni memang minum susu ANMUM selepas cerai susu badan...
Bangun pagi 18/07/2016 tu, bila Afrina nak minum susu, saya bagi tapi bagi macam sikit2 je.. kiranya macam elak2 la kan... Lagipun Afrina dah makan & minum macam2, kiranya susu badan tu bagi dia macam sekadar untuk "meralik" kan diri la.. Saya pun tak tahu entah macamana, tiba2 pada hari tersebut, saya boleh pergi buat tips cerai susu badan saya selama ni, iaitu letak ASAM JAWA DEKAT NIPPLE... Pada mulanya saya saja2 je letak nak tengok reaksi Afrina.. kalau ikutkan pengalaman sebelum2 ni, anak2 saya walaupun letak asam jawa hari ni, malam or esok hisap semula... tapi anak solehah Afrina ni, lain ok, lain... tau tak, bila Afrina nak hisap je, lepas tu dia terasa pelik, Afrina tengok2 nipple macam ada sesuatu la kan... terus dia tak nak hisap... Ye u all, terus taknak hisap sampai ke sudah.. sampai ke hari ini... Ada ketikanya, saya buat jugak konon2 nak bagi Afrina hisap tapi dia tak nak.. Okla, sebab nampaklah Afrina ok dengan cerai susu badan ni kan..
Tengahari tu nampaklah macam Afrina ni nak tidur tapi tak dapat tidur.. biasanya dia tidur sambil menyusu tapi kali ni tak dapat so, dia macam tak boleh nak tidur.. Last2 petang tu, saya sengaja keluarkan carseat Afrina yang masa newborn dulu, dia baring2 atas tu, tahu2 je dah terlena... AllahuAkbar.. keluar airmata saya masa ni.. ini adalah buat pertama kalinya Afrina tidur sediri... Ya Allah Ya Tuhanku...
Bila waktu malam pulak, saya dah baring tau u all, Afrina macam payah jugaklah nak tidur, dia guling sana, guling sini... ada satu ketika tu, saya terlena tiba2 saya terasa tangan dekat dada saya, celik mata nampak Afrina macam nak selak baju... Saya pun terus cakap "eee masam"... tau apa reaksi Afrina?? dia tutup kembali baju saya lepas tu dia macam tenung je ke arah dada saya tau u all... tapi lepas tu dia terus baring... AllahuAkbar... sungguh rasa sayuuuuuuu sangat kat hati saya tengok renungan Afrina tu... Last2 Afrina terlena sendiri... Sepanjang hari pertama @ hari Isnin, afrina tak keluarkan airmata walau setitik pun bila tak dapat minum susu badan.. & Afrina jugak tak meragam... AllahuAkbar..!!
Hari Selasa @ hari kedua @ 19/07/2016, Afrina macam biasa je.. takda nak susu badan ke apa ke... tapi saya ada bagi dia minum sample susu ANMUM.. sepeket guna hari Isnin, manakala sepeket lagi guna hari Selasa... tengahari tu Afrina sekali lagi terlena sendiri depan TV... malam tersebut, saya tak tahu Afrina terlena pukul berapa, sebab Afrina tengok video dengan Aqilah, tapi yang pasti, saya dah terlena dulu.. hahha... Nak dijadikan cerita, pukul 1 lebih pagi tu, Afrina boleh terjaga, lepas tu apa lagi meragamla... saya bagi dia minum air tapi lepas tu dia tak lena pun.. boleh pulak dia berjaga.. saya terpaksalah layan Afrina... pukul 4 lebih, barulah Afrina terlena semula.. ingat ke dah tidur pukul 4 lebih, bangunlah pukul 10 ke 11 ke, tapi pukul 8 lebih dia dah bangun semula...
Hari Rabu baru datang dugaan yang sedikit mencabar setiap kali sebelum tidur. Bayanglah, bila dia nak tidur tu, dia duk menangis meraung je tau u all... sampai saya tak larat la, siap suruh my dear pulak dukung @ melayan Afrina... puaslah pujuk itu ini, berhenti sekejap pastu menangis balik... Last2 my dear bagi semula Afrina dekat saya, saya letak Afrina atas lengan saya antara tangan & bahu tu.. Afrina pejam mata tapi saya dengar Afrina seperti menahan sendu tau.. pada pemikiran saya, maybe sebab Afrina taknak abah dia ambik dia semula, makanya dia tahan diri dari menangis.. Ohya, pada hari Rabu, saya tak bagi Afrina susu ANMUM tau sebab sample susu ANMUM dah habis, maka saya bagi Afrina minum sample susu kambing.. tapi susu kambing ni Afrina tak suka sangat, dia just minum gitu2 je.. tak bersungguh pun...
Ermmm, saya dah ingat2 lupa hari apa, tapi hari antara Isnin hingga Rabu tu la, saya terjaga pukul 3 lebih pagi, tengok2 saya dah bengkak susu... Eh, rasanya hari pertama tu kot... hari Isnin, tidur malam tu, terjaga pukul 3 pagi.. saya dah mula rasa sakit, apa lagi, terus bagi Afrina hisap semula.. risau jugak dah berketul2 kan... tapi bila bangun esoknya, saya saja je acah2 Afrina nak tak susu, katanya taknak... padahal tak sedar malam tu waktu dia tidur, dia dah hisap.. hahhaha
Kalau hari Rabu, Afrina dah meraung2 sebelum tidur, hari Khamis pun sama jugak kesnya tau u all... Afrina tetap jugak menangis.. lagi sekali saya bagi Afrina dekat abah dia suruh layan.. kesian sangat bila tengok Afrina duk menangis2 tau.. saya tahu dia nak tidur tapi tak dapat tidur, saya ada jugak nak bagi dia hisap susu badan tapi dia menolak.. kiranya dalam keadaan sedar, last Afrina minum susu badan, hari pertama tu je la u all... lepas dia rasa pelik, terus taknak sampai sudah..
Hari Jumaat tu, my dear keluar pergi beli susu ANMUM untuk Afrina.. Surprise ok sangat surprise.. sejak dari hari Jumaat tu, Afrina dah kembali minum susu ANMUM & sejak hari Jumaat tu jugak, semuanya dah back to normal.. Afrina dah mudah tidur.. seolah2 dah lupa terus pasal susu badan... tidur malam pun mudah.. jangan kata tidur malam, tidur siang pun mudah.. AllahuAkbar... tahulah kami, rupanya punca Afrina duk meragam ketika nak tidur pada hari Rabu dengan Khamis tu, sebab dia nak susu... saya memang ada bagi susu kambing, tapi Afrina tak gemar... bila kami bagi susu ANMUM, maybe pada tekak Afrina sedap, elok je dia tidur... Allah... Selama ni, time tidur kan ada menyusu badan, bila cerai susu, dia tak dapat susu.. hari Isnin & Selasa je dapat susu ANMUM sebab ada 2 saket je sample.. hari lain bagi susu kambing...
Mudah tak mudahnya anak solehah Afrina tidur sekarang ni, u all tengokla gambar atas ni.. saya pulak rasa sayu tengoknya... Pada ketika ini saya masuk bilik sekejap sebab nak bersiap, alaa takdan 5 minit pun u all, saya bukak pintu bilik, tengok2 Afrina dah terlena atas lantai depan pintu bilik... Ya Allah.. sayunya hati saya... Penerimaan Afrina yang sangat bagus ni, ia memang buat saya saya bermain dengan emosi... rasa nak peluk Afrina taknak lepas2... memang sekarang ni Afrina tidur sendiri je u all.. pendek cite, tau2 je dia dah tidur, tak kira siang atau malam.. baiknya kamu duhai anak... pandainya kamu duhai anak... Moga Tuhan merahmati sepanjang kehidupan kamu, moga kamu sentiasa di bawah lindungaNYA.. Moga setiap titisan susu ibu yang masuk ke badan kamu mendapat keberkatan & memberi manfaat.. InsyaAllah..
Disebabkan sikap Afrina yang sangat bagus itu, makanya hari sabtu baru ni, kami keluar, saya belikan Afrina hadiah seperti dalam gambar di atas... Oh, aksesori atas kek tu boleh cabut tau.. bila nak letak cucuk balik.. kek tu boleh dipotong, secara tak langsung permainan ni melibatkan motor halus Afrina la jugak..
Haa lupa nak cakap, sejak Afrina cerai susu badan ni, bangun pagi Afrina akan cari nasi tau.. so, saya memang masak awal la... at least masak nasi, lauk tu kalau tak sempat, saya goreng telur je dulu bagi Afrina makan.. Lagi satu, Afrina dah makan banyak dari sebelum2 ni..
"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
P/s* tetiba je sy trase sesuatu bila bace entry kak ina nih...nak dpt no 4 ke kak ina??