Masih boleh tukar kaedah perancang keluarga yang lain

Prihatin benor misi bila setiap kali appoiment berkenaan kad perancang keluarga mesti dorang tanya nak tukar kepada kaedah lain tak... masa jumpa 2 bulan pun tanya, masa jumpa 3 bulan pun tanya.... Misi kata, kalau dipertengahan jalan tiba2 saya ubah pikiran nak guna kaedah lain, boleh je tukar... Saya bagitahulah dekat misi "buat masa ni saya taknak tukar lagi... lagipun saya dengar ramai yang cakap, lepas guna kaedah yang lain tu, ambik masa pulak nak mengandung kembali"... lepas tu misi cakap "Tapi ada jugak yang tak ambik masa lama... sekejap je boleh mengandung semula"... Saya jawab la pulak "Ooo yeke... tapi kebanyakan yang saya dengar orang bagitahu macam ambik masa sikit"... Misi senyum je la... saya cakap pulak "Saya ni bukan apa, umur saya dah semakin meningkat, tahun depan dah 32... anak lelaki tak nampak lagi ni haaa... nanti akan capai umur 35 dah kategori umur berisiko mengandung"... Pastu misi cakap "Ooo sebab tu lah tak nak tukar ek"... saya gelak2... hahhaha...

Yela u all, kan saya kata nak anak ramai... dah la belum ada rezeki anak lelaki kan... nak kene usaha lebih la moga ada rezeki Tuhan bagi anak lelaki... Alhamdulillah saya sebelum2 ni, plan je bulan ni, bulan depan Tuhan takdirkan terus positif... tapi tu semua atas rezeki yang Tuhan bagi.. bukanlah sebab guna apa2 kaedah nanti lambat pregnant... tak guna cepat pregnant... Saya ni kalau boleh tahun 2016 nak beranak lagi.. wakakka.. Tambah lagi pulak, saya baca entry Mimi, kesan bila kita ambik pil perancang & kita stop, period kita dah tak teratur... susah la sikit untuk bajet waktu subur tu kan... so, bila baca pasal kesan dari pengambilan pil perancang ni, takkan saya nak ambik risiko kan... dah nama pun saya ni makin kertu, kesuburan pun dah sah2 akan berkurangan sedikit demi sedikitkan... kang ambik pil perancang, tak pasal2 secara tak langsung ia membantu lagi mem"baja" ketidaksuburan tu... Apa2 pun ini sekadar alasan saya, tapi yang paling kukuh adalah SUAMI SAYA TAK BAGI.... so, tanpa izin suami tercinta saya tu, mana saya boleh sesuka hati kan...      

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
Masih boleh tukar kaedah perancang keluarga yang lain

{ 20 comments.. read them below or add one }

Maria Firdz Maria Firdz December 12, 2014
Boleh je natural planning... Tapi kat kedah mcm memaksa je suruh amik pil perancang ni... Pernah suami sy hmpir bergduh dgn doctor yg pksa suruh amik ni
CikSiti CikSiti December 12, 2014
betul tu..rezeki anak kurniaan Allah..semoga berjaya seperti yang dirancang =)
Mila Hilas Mila Hilas December 12, 2014
sy pon x amik perancang... hehe.. sbb xnak nantijadi gemuk.sbb bdn mudah naik..ekeke
Mimi Azirah Mimi Azirah December 12, 2014
Hehehe...terima kasih kak ina credit pd entry sy huhuhu...tuhlah kak ina xpyh mik la...nti efek hormon..
Sya Nadia Sya Nadia December 12, 2014
Nurse tak paksa tak apalah kak.. Masa sya dlm wad, hari² doktor dtg tanya, selagi tak jwb selagi tu dia akan tanya. Tp sya xberani nak guna perancang, walau pun rasa juga nak cuba.. lg pun hubby pun X bagi..
Alongxp Alongxp December 12, 2014
yang saya pulak, nak anak perempuan.. hahaha... tapi ok gak buat camtu, maintain je ngan satu kaedah, nantu tukar kaedah lain kang badan lambat nak serasi, payah pulak...
Allene ALineWorks Allene ALineWorks December 12, 2014
pernah nurse cakap camni. Kalau jarak anak kita jauh... tapi, semua sama jantina, try jarak dekat. insyaallah dapat jantina lain.
Contohnya kalau macam saya 2 orang anak lelaki. jarak setahun. Tapi pasni saya jarakkan 3 tahun, mungkin leh dapat perempuan. nurse tu kata la.. tp rezeki Allah yang tentukan... ihihih
eima eima December 12, 2014
saya tak amik ape2 perancang pun .. tak brani la nk amik ...merancang sendri je ,
mami uyun mami uyun December 12, 2014
samalah kita.. tak pernah amik pil perancang walaupon pernah dicadangkan oleh misi..
laki uyun dari dulu tak pernah bagi.. katanya pandai2lah planning kan.. secara natural sudah.. alhamdulillah semua ikut perancangan..
tuelah.. umur makin meningkatkan.. lagi2 macam uyun ada sebelah je ovari sekarang.. memang kena usaha lebih sikitlah.. :)
lynndamya lynndamya December 12, 2014
Salam,semoga dapat baby boy di 2016 nt kak, insyaAllah, amin~ hehe :D
tifa anvar tifa anvar December 13, 2014
skarang saya guna IUD? Pada awal mmng payah sikit badan nak serasi. Alhamdulillah lama2 ok je.
ziezah.com ziezah.com December 13, 2014
mane2 pil perancang ni banyak melibatkan hormon kak.. ada yg gemuk. period xteratur..banyak la kesan.. kalau boleh natural planning la tpp pastikan tahu ms subur supaya tak terlajak lariss..hehe

hehe jijah even czer natural planning je.. so far xde sangkut..wakakaka :p tp sememangnya nak baby lagi
QasehnyaRania QasehnyaRania December 13, 2014
betul tu
sy hri tu masa nk nak keluar wad, dktor dok tnya direct je sy ckp x nk ambil sbb tunggu lama nam tahun.doktor x pksa cuma pesan awak bersalin normal, kna pandai2 k. kesian ank juga. senyum je saya hihi
NaZiRaH @ Ezyra NaZiRaH @ Ezyra December 14, 2014
Sy pun x ambil perancang kak..abg mcm x bg..+ dri sndiri xnak...hihi..saya anggap rezeki Allah nk bg. Spnjng kwin x rancang apa2 pun 3 tahun baru lekat..tu yg berat nk ambil pil perancang tu
Raihanah Ahmad Raihanah Ahmad December 14, 2014
saya pun rancang juga, tapi tak ambil ubat apa2 selain Vita E Complex.
♥ Mrs. Secretary ♥ ♥ Mrs. Secretary ♥ December 14, 2014
Ooo umur kita beza setahun rupanya.. sblm nie dok panggil ina jer kan..huhuhu.. so sorry.. tapi btl la kalau dh sesuai dgn kaedah yg biasa ambik better jgn tukar.. sbb takut nnti masalah pulak ke depan... hehehe.. farah doakan lepas nie akak dapat baby boy pulak..=D
Aisy Nasiha Aisy Nasiha December 16, 2014
Semangat ina nak ada family besar.. tahniah.. sukalah..Moga tercapai hasrat ina nk ada anak lelaki.. tak apalah apa apa pun kaedah perancangannya, asalkan ina dan suami sepakat.. insyaAllah ok.
Fiza Rahman Fiza Rahman December 16, 2014
Saya tak pernah makan pil perancang. Rancang secara sendirian berhad jer. Alhamdulillah masih bertahan tak buncit lagi perut nih...hahahaha....
Puan Kutu Puan Kutu December 16, 2014
baguslah tak makan pil perancang.masing2 ada cara sendiri.niat suci nak ramai anak tu bagus.bertambah umat nabi muhammad
Yana Libra Yana Libra January 22, 2016
natural planning plg selamat..tp sy tak yakin..huhu