Alamakkk hari ni 17/12... Tarikh akad nikah saya dengan suami... (^_^)... Dah 5 tahun usia perkahwinan kami... Alhamdulillah jugak di saat ini kami telah dikurniakan 3 orang anak solehah.. InsyaAllah jika ada rezeki pasti akan menambah bilangan anak di masa depan... hihii... Apa2 pun moga perkahwinan kami ini akan kekal hingga ke syurga... Jika ada apa2 masalah sekali pun di masa hadapan moga kami dapat laluinya dengan tabah...
Orang tua2 kata..
Fasa pertama @ 5 tahun perkahwinan : Kita akan sentiasa diuji dengan kesempitan & kekurangan harta... dengan kata lain, ada je yang tak cukup...
Fasa kedua @ 10 tahun perkahwinan : Tuhan dah mula buka 1001 pintu rezeki ke arah stabiliti.. kira macam kehidupan kita dah mula nak stabil la..
Fasa ketiga @ 15 tahun perkahwinan : Kehidupan kita akan lebih simple tapi stabil dari segala sudut.. InsyaAllah..
Bila tengok kata2 orang tu ni, saya rasa ada betulnya... ianya dari pemerhatian saya dekat parent saya... Dulu memang kami susah sikit.. Eh, bukan susah sangat... biasa2 tu panggil apa ek.. lagipun parent saya dua2 kerja kerajaan... time tu gaji berapa lah sangatkan... Dengan melayan karenah anak2 yang time tu nak itu nak ini tanpa pikir parent tu mampu ke tak... Allahuakbar... saya tak boleh lupa satu perkara, masa kami sekolah, adik lelaki saya pernah nak kasut bola rasanya.. tapi abah macam tak nak beli sebab adik tak guna sangat pun + bukannya dia tu kaki bola pun... tapi adik merajuk... last2 abah saya pergi jugak beli... bila saya pikir balik sekarang ni, ntah2 abah saya tak nak beli time tu sebab time tu abah takda duit kot... Allahuakbar... abah... abah.. besar pengorbanan abah... tapi Alhamdulillah.. syukur sangat2 sekarang kehidupan parent saya lebih dari mampu untuk setakat 3 beranak tu... Pesan mak saya, jangan kedekut untuk tolong orang susah... hari ni hari mereka, satu hari hari kita..
Lastly saya doakan moga rakan2 saya yang dah berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat, moga ada rezeki untuk dapat anak tahun hadapan... Kalau yang nak tambah anak pun sama jugak.. moga termakbul impian... kalau rasa nak sama2 beranak dengan saya, tunggu tahun 2016 yer... muahahhah
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"