Bila anak dah mula pandai merajuk


Saya nak tanya, anak2 umur 4 tahun memang perkembangan mereka ke dah pandai merajuk??... Merajuk bukan yang biasa2 tu.... tapi merajuk ala2 orang besar ni haaa... Merajuk sampai masuk bilik... Tau tak, buat pertama kalinya seminggu or dua minggu yang lepas, Alisha merajuk sampai masuk bilik & tutup pintu... Selama ni saya ingat, anak2 yang dah besar paling kurang pun sekolah rendah la pandai merajuk sampai masuk bilik kunci pintu bagai ni... tapi anak saya si Alisha yang umur 4 tahun lebih ni pun dah pandai buat camtu.... Susah jugak bila pemikiran anak yang matang dari usia ni... cepat belajar... sampai merajuk masuk bilik pun dia belajar.... tapi yang ni tak tahu belajar dari mana...

Tapi rasanya yang tu tak perlu diajar pun kan... automatik jadi sendiri kot... Yela, Alisha kan jenis yang manja... lebih2 lagi dah ada bilik sendiri pulak... Lagilah kan... Masa mula2 ianya berlakukan, serius saya jadi tersentak sekejap... Puncanya pasal saya tak layan dia... yela, benda kecik2 pun nak menangis... lainlah menangis kene pukul ke apa... adik ambik barang dia pun menangis... menangis macam kene dera... Si ibu ni pulak, dah mula rasa grrrr bila duk menangis je... tu yang buat tak layan sebab kalau layan time tu kan, lagi panjang kene dengar ibu berleter.... Bila ibu buat tak layan, alih2 si anak pulak lari merajuk masuk bilik.... Adehhhhh

Last2 saya dari luar bilik ni, panggillah Alisha suruh datang dekat saya.. Alisha dari dalam bilik pulak jawab "Kak Isha merajuk"... Rasa nak gelak pun ada time ni... Yela, orang merajuk gtau dia tengah merajuk...  (^_^)... Dalam masa yang sama saya rasa bersalah... so, saya terus pergi masuk bilik Alisha lepas tu kami salam, hug & kiss... barulah ok.... Terasa macam anak saya ni dah besar sangat dah u all...  Setiap anak berlainan perangai.... macam2 peel... kadang2 mereka buat kita happy, kadang2 mereka buat kita sedih, kadang2 mereka buat kita marah... semua perasaan ada... Lebih2 lagi saya memang dengan mereka 24jam... 

Ya Allah... saya cuba untuk jadi ibu yang terbaik... Mudahkanlah urusan saya Ya Allah... Saya bercita2 nak jadi ibu yang rapat dengan anak2... ibu yang bila anak2 besar nanti mereka akan berkongsi segalanya dengan saya... tak kira pasal apa sekalipun termasuk personal life... Bila Alisha merajuk macam tu hari tu, saya rasa macam... Ya Allah... saya kata saya nak jadi bestfriend kepada anak2 tapi kenapa bila mereka menangis datang mengadu dekat saya, saya buat tak layan... Ya Allah Ya Tuhanku.... Perbanyakkanlah lagi kesabaran dalam diri saya... moga tercapai impian saya untuk jadi kawan kepada anak2... 

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 14 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons December 10, 2014
sue pon macam ina jugak bercita-cita nak jadi ibu yg rapat dengan anak2 dalam masa sama sue tegas dalam setiap segi....tp sue nak jadi kawan2 sue....syawal pon sekarang dah pandai merajuk jugak...
NaZiRaH @ Ezyra NaZiRaH @ Ezyra December 10, 2014
Alahai. Camna la perangai ainul bila besaq nnt..hihi
zazanizam zazanizam December 10, 2014
olooo dh pndai merajuk ye alisha.
zazanizam zazanizam December 10, 2014
olooo dh pndai merajuk ye alisha.
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI December 10, 2014
comel je dia bgth dia tgh mrjuk..

msti dia nak share semuanya dgn maknya.. inshaALLAH..
aizamia3 aizamia3 December 10, 2014
membayangkan kecomelan dia bila dia merajuk..
Apa-apapun moga hubungan kita bersama anak-anak kekal bahagia sepanjang hayat.. ;)
Mila Hilas Mila Hilas December 10, 2014
arfan pn smlm merajuk dgn sy...lg xleh tahan umo baru 20bulan.huhu
siti zawiah siti zawiah December 10, 2014
pandai dah merajuk..hehe..
Sya Nadia Sya Nadia December 10, 2014
Aniq ni pun sama kak ina.. Baru 18bulan.dia punya merajuk tu, xmo pandang kita tu.. Tutup muka dgn tgn..
Puan Kutu Puan Kutu December 10, 2014
bab merajuk biasalah ina..lagi2 gurl ni lagi kuat merajuk..afia yg belum 2 taun tu pun merajuk siap tala muka kt dinding,lagikan pulak budak 4taun..haruslah masuk bilik pastu cakap alisha merajuk.hehe
Maria Firdz Maria Firdz December 12, 2014
Normallah tu... Lagi2 perempuan kan..
ziezah.com ziezah.com December 13, 2014
normal kot kak.. si hakimi pon 1y3m pandai merajuk.. mmg semulajdi la tu..hehe

yg comel siap bgtau dia merajuk..hahaha
♥ Mrs. Secretary ♥ ♥ Mrs. Secretary ♥ December 14, 2014
Ala cianya ibu tak layan alisha yer.. sampai merajuk dah dia.. hehehe.. comel.. sama la mcm emir..dia pn dh pandai merajuk jugak.. tpi belum sampai tahap msk bilik la..dia merajuk konon2 mcm kena selsema.. dok buat bunyi sok sek..sok sek..padahal hidung tak berhingus pn..hahaha.kelakar bila ingat blk..nk marah pn terus tak jadi.. hehehe.. tapi itu la kita nie sebagai ibu kalau boleh nak close dgn anak2..farah pn nak mcm tue jugak.. moga kita dpt jadi BFF utk anak2 kita nanti kan..InsyaAllah =D
Fiza Rahman Fiza Rahman December 16, 2014
ALisha bley gang ngan qahirah, Sket2 nak nangis...sket2 nak nangis. Geram jugak tau ina. Merajik tu dah biasa dah. Tapi tak der lah sampai masuk bilik. Cuma qahirah slalu cakap nak tipon polis sebab ibu buat dia...hehehe...