Anak saya yang nombor 2 siapa lagi kalau bukan Si solehah Nur Aqilah yang bermaksud cahaya kepandaian @ cahaya kecerdasan... Budaknya memang cerdas & pandai.. Pandai cari akai nak buat ibu dia ni berleter je kojenya... Kita larang yang ni, dia buat yang tu, kita larang yang tu, dia buat yang nun... Tapi tu la, kadang2 nak marah pun tak jadi... dia boleh buat muka takda perasaan... kadang2 tu dia boleh pergi sengih pulak.... ahhhahah... terus ibu ni dari nak marah tak jadi marah...
Baru2 ni saya tengah mengadap komputer... tiba2 saya terdengar bunyi suara orang sebut "hai.."... Sekali saya pusing kepala... tu diaaaaa.... Anak saya yang cerdas lagi pandai ni, dia boleh pergi kurungkan diri dia dalam almari TV tu haaaa....
Nak marah tapi takleh marah... rasa nak tergelak... hahhahha... Yela, boleh dia masuk dalam almari tu, siap hai dekat ibu dia ni haaa... Gaya macam nak bagitahu hebatnya dia... wakakkak.. Siap si kakak Alisha pergi skodeng la Aqilah..
Haa tengok tu... ce tengok... nak marah ke nak gelak... boleh pulak dia duduk dalam tu.. bila dia keluar dari almari tu, dia pergi ajar Alisha pulak cara2 nak memasukkan diri dalam almari... si kakak ni buatlah cara yang si adik ni ajar... tapi sebab si kakak dah tinggi, so, tak lepas la nak masuk... adehhhhh... ni baru 2 orang, tunggu Afrina besar sikit lagi... berkolaborasilah mereka bertiga... muahhahha... Si ibu ni jugaklah yang selalu kena urut dada...
P/s : U all buat2 tak nampak dah la ek dengan dinding rumah yang terlebih seni tu (^_^)
P/s : U all buat2 tak nampak dah la ek dengan dinding rumah yang terlebih seni tu (^_^)
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"