Berangan untuk buat BENTO dekat anak2...

Saya ni mempunyai cita2 yang tinggi... Konon2 nanti anak dah sekolah nak buat BENTO untuk anak2 bawak ke sekolah... Kononnya akan bangun awal2 pagi pastu siapkan BENTO mereka... tak semestinya roti je tapi nasi ke buah ke... apa2 je... tapi semuanya dihias dalam berbagai2 bentuk... nak buat cantik2la kononnya....

Cantik macam BENTO2 yang dalam gambar atas ni haaa... Nampak tak, tinggi cita2 saya kan?? Walhal tangan tu langsung tak berseni... Otak pun tak kreatif tapi berangan bukan main tinggi kan...


Walaupun saya tak kreatif, walaupun saya tak berseni tapi saya tetap jugak beli cutter roti ni sebagai persediaan awal saya untuk belajar jadi ibu yang lebih kreatif dalam sediakan BENTO anak2 untuk dibawa ke sekolah nanti... Saya beli cutter ni dekat DIY... Bukan main banyak alat2 nak buat BENTO ni... Azam saya nak beli sikit2 alat2 tu semua & belajar buat BENTO yang cantik2 dulu untuk anak2 dekat rumah ni... So nanti bila dah sampai masa anak sekolah, time tu manalah tahu kot2 dengan takdir Tuhan saya dah mahir ke kan... (^_^)

Tapi saya tak tahulah nak bagi anak bawak bekal ni masa bila... maybe darjah 1 la kot... time tadika ni, dorang dah sediakan makanan kan u all?... Kalau dorang dah sediakan makanan maknanya darjah 1 lah baru boleh bagi dorang bekal... Time tu dah boleh mahir agaknya... lagi 2 tahun anak nak darjah 1.... Memang dari dedulu lagi saya memang berazam nak bagi anak bawak bekal ke sekolah... Ntah, saya pun tak tahu kenapa tapi time saya sekolah dulu, saya seronok tengok kawan2 yang bawak bekal ke sekolah walaupun time tu mereka dah sekolah menengah... saya bayangkan macam mak mereka tu penyayang sangat... Tu yang saya pun berangan nak camtu... konon2 perasankan diri mesti anak2 saya suka bawak bekal ibu mereka masak.... (^_^)

Mula2 dulu, pikir nak buat bekal biasa2 je takda nak hias2 cantik camgini... tapi sejak2 tengok orang bagi bekal anak2 bukan main cantik dorang hias... terus saya rasa teruja... tu yang datang niat nak buat jugak... Actually masa saya sekolah dulu pun memang bawak je bekal.. Mak saya kerja masuk pukul 7 pagi, time tu mak saya kerja hospital, ada shift la kan... bila shift pagi, pukul 4 lebih pagi mak dah bangun masak nasi lemak la... nasi minyak la... macam2 semata2 nak bagi anak2 bawak bekal ke sekolah... tapi time tu bekal biasa je la... takda cantik2 camgini pun... Ingat lagi, kadang2 kongsi makanan dengan kawan2.. sampai kawan2 ingat masakan mak saya tu sampai sekarang.. hihiii.. Best jugak bila tingat zaman kanak2 dedulu ni... haihhhh rindu kat kengkawan la plak...

KELAB BEKAL / BENTO MALAYSIA

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 21 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons December 08, 2014
sue pon nak jadi macam ina jugak...insyallah
Ayoi Kema Ayoi Kema December 08, 2014
wahhh..best nie...nk blaja gakss la..
lynndamya lynndamya December 08, 2014
Salam, haha rasenye ni mmg cita2 semua ibu kot..sy yg belum kawin ni pun dah terberangan camtu jugak :D..klw rajin, untuk husband pun nak buatkan bento bentuk love2 jugak, hahah~
siti zawiah siti zawiah December 08, 2014
ya Allah comelnya..rasa sayang pulak nak makan kalau comel2 cam tu..hehehe
Sheila Salim Sheila Salim December 08, 2014
assalamualaikum kak intan.. sheila suka tengok mak2 kreatif buat bento anak. too cute to eat. hihiii berangan juga ni.. hihi
Masya Masya December 08, 2014
sy dah terjebak jugak hihihi .. tp amir kata kalau kiut camtu dia syg nak mkn .. berbuah btl budak tu tau.. sudahnya xdelah bercorak² mmg koboi je masukkan bekal dia... sejak masuk kelas celik jawi ni.
Lin Azlina Lin Azlina December 08, 2014
hihi..comey..siap ada kelab bento lg
CikSiti CikSiti December 08, 2014
alahai comel sangat ni..orang jepun memang pakar benda2 comel macam ni kan..good to u! he he inshAllah berbekalkan azam yang kental, boleh buat nanti tu=)
QasehnyaRania QasehnyaRania December 08, 2014
menarik.buat tertarik tak sabar juga la.hihi
nak join juga la.
Nur Zayyani Liman Nur Zayyani Liman December 09, 2014
Salam intan..murni niat awak..better kan klu anak makan air tangan kita..
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI December 09, 2014
bila tgk bento comel sgt rasa syg nak mkn..hihi
ziezah.com ziezah.com December 09, 2014
jijah pon berangan nak buat bento camni kat anak2.. harap2 dapat la realisasikan tu..
tifa anvar tifa anvar December 09, 2014
cadangan saya kan ina, since skrang ni kakak alisya dh besar bole lah ina buat bento sama2 dngn alisya. Blh djadikan fun activity at home. Tq
Puan Kutu Puan Kutu December 10, 2014
ala sekarang pun dh boleh buat..bagi alisha aqilah makan kt rumah apa salahnya klu hias cantik2..sy dulu berangan juga nak berbento dekat aiman.sudahnya dia expert membeli kt kantin..ibunya pun malas dh nak bento.huhu
♥ Mrs. Secretary ♥ ♥ Mrs. Secretary ♥ December 14, 2014
Farah pn teringin nk buat bento utk emir.. tapi selagi tak dpt tukar blk sp dalam mimpi jer la.. huhuhu...
Fiza Rahman Fiza Rahman December 16, 2014
Memang cute barang2 bento ni. Saya memula jer rajin berbento. Kena start balik nnt nih.
Tengku Fauziana Tengku Fauziana December 23, 2014
Ah, dh lama xberbento..
Rindu nyer rasa..eemmm..
glazsliper glazsliper August 14, 2015
Ye jom berbento boleh gian tau hehe visit saya ye