Pertemuan 3 generasi

Minggu lepas saya balik Chemor, kebetulan pulak sepupu saya sebelah Terengganu tapi menetap di KL datang... Seronok pulak rasa bila balik Chemor ramai orang camgini..


Mak saya yang baju merah, adik perempuan saya yang berbaju kurung tudung hitam, pastu saya dengan Alisha & Aqilah... yang lain tu semua sepupu & anak sepupu.. 


Ini sepupu sebaya saya... Kami ibu kepada 3 orang anak.. Ohya, nampak tak, saya tinggi kan... hahahaaa nak jugak bagitahu.. kikikiii... bukan apa, selalu readers blog saya ni duk cakap saya ni kecik molek... Takdanya, saya bukan kecik molek tapi saya tiang elektrik yang kurus kering tu haaa... adehhhh... Btw, untuk sepupu saya ni, jika dipanjangkan umur, moga ada rezeki untuk kita bersua lagi...

Opssttt, baru teringat, TERIMA KASIH untuk Izati yang jadi silent readers blog saya ni yer... Actually Izati ni officemate sepupu saya... cousin saya cerita Izati ni follow blog saya terlebih dahulu & tunjuk dekat sepupu saya ni... Sekali sepupu saya tengok, si owner blog IntaNBerliaN ni, sepupu dia... wakaka... kantoi..!!

P/s : Kabel telefon kawasan rumah saya kena curi lagi sekali... Streamyx tak boleh guna, terpaksalah saya aktifkan mobile data untuk on hotspot...

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 13 comments.. read them below or add one }

CikSiti CikSiti December 31, 2014
salam..oo0 tinggi orangnya..muka comel jer macam anak dara lagi hihi
syawalsimpsons syawalsimpsons December 31, 2014
nampak rapat dengan sepupu2 yee
zazanizam zazanizam December 31, 2014
bila jupe sepupu sepapat mmg seronok
♥ Mrs. Secretary ♥ ♥ Mrs. Secretary ♥ December 31, 2014
seronok la dapat berkumpul ramai2 mcmni yer.. =D
siti zawiah siti zawiah December 31, 2014
bestnya dpt kumpul ramai2..:)
tifa anvar tifa anvar January 01, 2015
kat gmbar pertama lagi dh spot ina nie tinggi orangnya
tifa anvar tifa anvar January 01, 2015
kat gmbar pertama lagi dh spot ina nie tinggi orangnya
Sya Nadia Sya Nadia January 01, 2015
Seronok kumpul ramai² ni.. Sya kurang rapat dgn family sepupu sepapat ni. Bila tgk org rapat, jelas I.. Hehe.. Gurau aje kak.. :)
ziezah.com ziezah.com January 01, 2015
meriah..seronok jumpa sepupu2kan ..nak2 yg sebaya
QasehnyaRania QasehnyaRania January 05, 2015
best kan.
sama la mcm su hri tu.jumpa sepupu sepapat masa knduri di sp. dr kl, melaka, kedah, sabah penang semua turun.
Puan Kutu Puan Kutu January 07, 2015
wah seronok kumpul2 ramai camni.mana ada tiang letrik,untunglah badan slim..kite ni makan byk terus debab.haha..

pkai streamyx mmg leceh.kabel asik kena curik ja.huhu