Kad Perancang Keluarga ni biasanya diberikan kepada ibu2 yang lepas bersalin... Time kita pergi checkup sebulan, time tu la misi akan tanya apa kaedah kita nak guna untuk jarakkan anak... Time tu jugak mereka akan bukakkan kita satu buku perancang keluarga... Secara peribadinya, 2 anak sebelum ni, saya tak pernah ada pun kad perancang keluarga ni... sebab malaslah saya nak makan2 ubat bagai tu...
Tapi lepas bersalinkan Afrina, saya "dipaksa" ambik... hahaa.. Saya bagitahu nak merancang sendiri tapi misi macam kurang setuju je... mula2 dia ok, tapi tengah2 dia menulis tu, boleh pulak misi cakap "kalau ambik ____________ bolehkan.. suami tak kisah kot"... Last2 saya setuju je la, lagipun kalau saya taknak guna, bukan misi tahu pun kan... ;p... tapikan, sempat lagi misi cakap "balik rumah pikir2lah yer, takut nak guna kaedah lain"... saya senyum je la...
Tak mungkin saya ubah pikiranlah buat masa ni.. kalau makan ubat ke... suntik ke... saya risau dia ganggu hormon saya time nak mengandung nanti... umur makin meningkat... kalau sekarang, bila saya plan je terus lekat, risau kalau dah makan or suntik nanti, kang tak pasal2 bila plan, bertahun2 pulak nak lekat... Eh, betoi ke makan pil perancang or suntik ni ganggu hormon ek... hahaaa... saya takda pengalaman tapi sekadar dengar pengalaman orang camtulah jadinya....
Saya tahu, merancang macam cakap misi 3 tahun tu memang bagus untuk kesihatan kita... tapi tu la u all... saya ni pikir lain pulak, umur saya dah 3 series sekarang ni... saya kalau boleh nak anak jarak 2 tahun... dengan kata lain 2016 nanti nak bersalin lagilahkan... tahun 2016 tu, umur saya dah penghujung 33 tau... umur 35 nanti, kalau mengandung lagi dah masuk dalam kategori berisiko tau... huwaaaaa tiba2 rasa macam tak dan je nak kejar jumlah anak ramai... muahahaaa...
Yang pasal kaedah makan pil perancang ke suntikan ke... bagi saya ianya atas persetujuan suami jugaklahkan... macam saya yang nak anak ramai memang taknaklah guna kaedah tu + suami pun tak bagi.. kalau setakat kaedah guna K_nd_m tu ok lagilahkan, takda effect kita punya hormon... Ohya, kaeadah merancang keluarga ni banyak tau, malaslah pulak rasa nak taip, u all google je la ek (",)
UPDATE :-
BAHAN KAEDAH YANG KITA PILIH TU, AKAN DI"TAJA" OLEH KLINIK TAU... MAKSUD SAYA CONTOHNYA NAK GUNA KAEDAH MAKAN PIL, SO, TIAP2 BULAN KITA AKAN KE KLINIK UNTUK DAPATKAN PIL TERSEBUT... MISI AKAN BAGI TARIKH TEMUJANJI UNTUK KITA..
UPDATE :-
BAHAN KAEDAH YANG KITA PILIH TU, AKAN DI"TAJA" OLEH KLINIK TAU... MAKSUD SAYA CONTOHNYA NAK GUNA KAEDAH MAKAN PIL, SO, TIAP2 BULAN KITA AKAN KE KLINIK UNTUK DAPATKAN PIL TERSEBUT... MISI AKAN BAGI TARIKH TEMUJANJI UNTUK KITA..
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"