KEK COKLAT MOIST TANPA TELUR yang super moist..!!

Saya ni kalau tak tunaikan permintaan anak berkaitan makanan, memang tak senang duduk dibuatnya... bab lain boleh tahan lagi.. tapi kalau bab makan, seboleh mungkin saya akan tunaikan.. Sekarang ni kan, ekzema Alisha tengah "mengganas" tapi dah semakin okla sekarang.. luka tu dah semakin kering... Si Alisha ni pulak, hari tu ada sebut nak makan kek tapi saya kata tak boleh sebab ada telur kan... So, Alisha ok je la bila saya cakap camtu... Cuma tu la, saya ni je la rasa kesian dekat Alisha.. so, saya google la cara nak buat KEK TANPA TELUR... Last2 terjumpa kek coklat moist dekat blog Dayang Jack.. 


U all MEMANG KENA TRY KEK COKLAT MOIST TANPA TELUR yang tersangat moist & tersangat sedap...!!! Serius memang moist sungguh2 ni u all... Saya buat malam tadi, pagi ni kek tu jadi bertambah moist... makin sedap..!! Memang tak rugi u all try sebab sedap, sebab moist & sebab yang paling bagus sekali adalah jimatttttt!!!


Bahan2 dia macam dekat bawah... tapi saya buat 2 adunan.. yang tulisan merah tu yang saya buat yer... Kalau satu adunan macam sikit pulak untuk peminat2 kek dekat rumah saya ni haaa... (",)
  • 1 cawan tepung gandum _______________ * 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder ____________________ * 2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat ____________________ * 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko ________________________ * 3/4 cawan serbuk koko cap TESCO
  • 2 sudu besar susu tepung ______________________ * 4 sudu besar susu tepung Anmum
  • 1 1/4 cawan air sejuk dari peti ais _________________ 2 1/2  cawan air sejuk dari peti ais
  • 1 cawan gula perang ______________________ 3/4 cawan gula pasir yang saya blend kering
  • 1 sudu kecil esen vanilla _____________________ 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco @ chocolate emulco __________________ 1 sudu kecil nescaffe
  • Secubit garam ______________ 2 cubit garam
  • 1/2 cawan minyak sayuran @ minyak jagung @ mentega cair __________________ 3/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil cuka @ jus lemon _____________ 2 sudu kecil cuka kurma

CARA : SEMUA BAHAN YANG BERTANDA * U ALL AYAK YER... PASTU MASUKKAN GARAM + GULA = KACAU RATA... PASTU MASUKKAN AIR SEJUK SIKIT2... PASTU MASUKKAN MINYAK MASAK + ESEN VANILLA + NESCAFFE... KACAU2 JE GUNA WHISK ATAU APA JE SEHINGGA ADUNAN TAK BERKETUL.. PASTU MASUKKAN CUKA & KACAU2... MASUKKAN DALAM LOYANG & BAKAR DENGAN SUHU 160 C SELAMA 40 MINIT.. Suhu & masa tu, ikut pada oven masing2 yer... pandai2lah u all adjust.. 


# Sebelum bakar kek, pastikan u all dah panaskan oven terlebih dahulu lebih kurang 15 minit...

# Cuka berfungsi supaya kek tidak melimpah keluar dari loyang ketika bakar.. Lagi satu, kek akan jadi naik sekata je... kira macam sama level je la ketinggiannya... takdalah dekat tengah tinggi dekat tepi rendah

# Jika takda susu tepung boleh ganti dengan susu segar.. tetap jugak moist & rasa dia lemak2 manis

# Jika takda coffee emulco @ chocolate emulco boleh ganti dengan nescaffe atau pes coklat

# Jika guna koko yang pure, kurangkan sukatan koko or lebihkan gula.. sebab pure ni rasa dia pahit sikit 

# Jika guna minyak masak @ marjerin, kurangkan sukatan takut kek jadi terlebih berminyak

# Jika terlebih lama bakar, kek boleh jadi kering or berderai

# Kalau lepas bakar jangan potong lagi tunggu sejuk dulu sebab minyak dia tak keluar lagi & kek belum mampat 

U all try la kek ni tau.. memang tak rugi sebab sangat sedap & sangat moist..!! Padahal kek tu bakar tapi tetap jugak moist... Kalau takda oven, kukus pun boleh...

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 

{ 20 comments.. read them below or add one }

Falsya Falsya December 23, 2014
Yeayyyy..boleh try nie..alahaiii sian alisha kecik2 dh dpt ekzema..sedangkan yg tua nie bile ekzema dtg menyerang kemain seksa xselesa..
Fiza Rahman Fiza Rahman December 23, 2014
Owhhh...baru tau fungsi cuka dalam kek. 1st time tau ni.

Cantik jer naik kek tu.
Sheila Salim Sheila Salim December 23, 2014
Assalamualaikum kak intan.wahhh tergoda sheila tengok gambar kek. nak buat takde oven pula. nanti nak try yang kukus la. hehehhee
IbuNoey IbuNoey December 23, 2014
Sedapnye..yg penting,boleh buat cara kukus gak..hehe..
Diana Rashid Diana Rashid December 23, 2014
Saya pun pernah try guna resepi ni dulu..memang sedap..rasa tak lari la....lagi sedap dari yang ada telor bagi sesetengah orang yang memang tak suka bau telur dalam kek..resepi ni sesuai sangt..
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI December 23, 2014
Nyum2
Mudah dn sedap.yg pntg.alisha blh mkn =)
tifa anvar tifa anvar December 24, 2014
tq buat ntri ni skali dngn tips yg sngt brguna.prnah buat kek ni, mmng sngt2 sedap
Maria Firdz Maria Firdz December 24, 2014
wah.. boleh cuba juga nih..
QasehnyaRania QasehnyaRania December 24, 2014
blm pnh buat kek coklat moist tanpa telur
thanks ina berkongsi..
deno deno December 24, 2014
nyum2.. kalau bleh makan time2 ujan camni beshnya
ziezah.com ziezah.com December 25, 2014
waoooo sedapnyaa.. gebu aihh... balik semennanjung nanti nak masak kek banyak2..hehee
Sya Nadia Sya Nadia December 25, 2014
Kita ni xde oven.. Sebabnya dah rosak.. X dpt nak mem baking.. So, akk pos kat sya sikit lah ye.. Teringin ni.. Hahaahaa
Puan Kutu Puan Kutu December 26, 2014
sedapnya ina..tak guna telur pulak tu..jimat dh budget..sy klu pasal jimat2 ni mmg suka.muahaha..
Norsalmi Ramli Norsalmi Ramli December 08, 2015
Boleh kukus x? Sy x de oven tapi nak buat kek....
zie erniza zie erniza December 02, 2016
mekasih share resepi. buat dah dan memang sedap.
jemput baca perkongsian saya pasal ibu hamil at sini

http://suzysyahimi.blogspot.my