Biskut roti mudah & sedap

Semalam Alisha bagitahu saya "Ibu, biskut dah habis"... Dekat rumah saya ni memang sentiasa ada biskut kering 4 segi tu... Tapi semalam dah habis so tak dapatlah anak saya tu makan.. Kami nak balik kampung hari ni so tak sempatlah nak pergi beli kan... Last2 saya terpikir nak buat BISKUT ROTI DINASOUR... Alaa bentuk je pun macam dinasour... Roti tu biasa je... Walaupun biskut roti ni teramat mudah nak buat, anak2 tak berenti cakap "Sedap"... Nampak tak anak2 yang luhur ni camne menghargai masakan seorang ibu walaupun masakan simple sangat...


Mula2 sekali saya potong roti gardenia guna sandwich cutter bentuk dinasour.. Lepas tu saya sapu dengan marjerin & letak atas tray yang saya dah lapik dengan kertas pastu saya tabur dengan gula perang... Sajalah taknak guna gula putih... Gula perang ni kurang manis..



Dah siap, saya bakar dengan suhu 150 C selama 15 minit... Dia akan tukar warna jadi perang... Bila makan krup krap krup krap bunyi dia... Untuk anak2 kecik pun boleh jugak bagi... Tapi saya lupa start umur berapa... Tapi yang pasti umur Afrina 7 bulan ni tak boleh makan lagi la... U all boleh letak marjerin yang unsalted tu... pandai2lah u all adjust kalau nak bagi anak yang belum sesuai makan makanan yang ada garam & gula tu yer... Lagi satu kalau takda cutter, u all potong je panjang2 macam jejari tu pun boleh je... (",)

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 13 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons April 10, 2015
boleh buat untuk syawal ni...syawal sekarang pandai, suke minta roti bakar sekarang
mummy_ayu mummy_ayu April 10, 2015
comei..nak try buat gak la..tq for sharing!!
mummy_ayu mummy_ayu April 10, 2015
comei..nak try buat gak la..tq for sharing!!
azizah green line azizah green line April 10, 2015
menarik utk kudap2 anak makan kan..buat sarapan/ bekal anak2 pun leh..
nusha fasha nusha fasha April 10, 2015
Sdp n snng nak buat =)
Diana Rashid Diana Rashid April 10, 2015
saya selalu buat yang celup coklat tu..tak sampai 2 hari mesti habis..
Ina Haireina Ina Haireina April 11, 2015
sedap nampaknya.. boleh la cube..simple je cara nak buatnya.. hehe.. terima kasih share.. :)
Cik Mun Cik Mun April 11, 2015
boleh cuba buat utk anak buah mun nnti :)
Puan Kutu Puan Kutu April 11, 2015
comel ka bentuk dinasour,.oatutlah anak2 Ina suka..sy dah lama juga nak Cuba buat ni dari Afia belum ada smp Sekarang tak terbuat.haha..
Sya Nadia Sya Nadia April 11, 2015
sya kalau buat, tak potong dah, bagi je sekeping tu terus..haha..namnpak sangat tak berseni..
m4zs m4zs April 12, 2015
Sedapnya .....blh try ni rasa pun mesti sedap kan ina
QasehnyaRania QasehnyaRania April 14, 2015
sllu buat sekeping terusjust potong buang kulit tepi je..
nnti blh la buat utk anak. hihi
thanks ina berkongsi idea ;)
shahdiana shahdiana April 22, 2015
oh..ina guna cutter bentuk dino ek..ingat gunting sendiri terus jadi macam tu..kreatif sungguh la ina ni...kadang2 salute dengan ketabahan ina ni tau...bila datang malas tu kekadang teringat macam mana ina boleh handle semuanya....cuba untuk dapatakan kembali semangat tu...