Resepi pes tomyam

Ingat lagi masa mula2 kawen dulu, saya nak beli pes tomyam tapi my dear tak bagi sebaliknya disuruhnya saya buat pes sendiri.. dah la baru kawen kan, masak pun tak berapa nak reti... memang my dear suka betoi bab2 mencabar isteri dia ni tau... Tapi takpala, kalau bukan kerana my dear, rasanya sampai sekarang saya tak reti masak kot... hehhe.. Ohya, tau tak, masa mula2 kawen kan saya memang tak reti masak, so, saya buatlah pes tomyam sendiri.. time tu tengok dekat google dia punya resepi... Yang jadi masalahnya bila saya masak pes tu sekejap je.. time tu tak tahu lagi bab2 nak kene masak sampai pecah minyak la sampai cili masakla.. Last2 my dear sakit perut... adehhh.. Pengalaman betoila... Memang dalam bab masakan, saya banyak belajar dari pengalaman... hari ni saya nak catat dekat blog ni pasal pes tomyam homemade @ yang saya buat sendiri.. kalau u all google bahan2 dia lagi banyak tapi saya ni buat just guna bahan yang ada di rumah je.. tapi rasa dia tak mengecewakan...

Warna gambar tak sama seperti warna sebenar yang lebih gelap 

CARA : BAWANG BESAR + SERAI + DAUN LIMAU PURUT + CILI KERING = BLEND... PASTU TUMIS BAHAN BLEND + GULA + GARAM + AIR ASAM JAWA = TUMIS SAMPAI CILI MASAK @ BERTUKAR WARNA MERAH GELAP.. SIAP..!! Kalau dah kering, u all tambah je air.. sampai cili masak... guna api kecik je... Saya masak hampir 2 jam la jugak.. Sukatan dia u all agak2 sendirila, saya masak tak reti sukat2 ni.... main agak2 je... Saya buat banyak sebab boleh simpan dalam peti ais... Ketika masak ni kan, bau dia wangi sangat... bau daun limau purut tu...

Warna gambar tak sama seperti warna sebenar yang lebih merah.. Kuah nampak cair sebab terletak air banyak.. hahha

Ini Tomyam ayam antara contoh yang saya guna pes yang saya buat tu... Saya masak tomyam ayam ni pun main campak je ni u all... AIR + AYAM + BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH KETUK + CILI KETUK + DAUN LIMAU PURUT + SERAI KETUK + AIR PERAHAN LIMAU KASTURI + GARAM + PES TOMYAM = MASAK HINGGA AYAM TU HAMPIR MASAK LEPAS TU MASUKKAN SAYUR2 YANG U ALL NAK, MACAM SAYA MASUKKAN LOBAK MERAH... BILA LOBAK DAH HAMPIR EMPUK, SAYA MASUKKAN BROKOLI & TUTUP API = SIAP..!!

My dear tanya saya, "masak guna perencah apa"... saya jawablah "buat sendiri"... Saya tanya pulak "sedap or tak", My dear cakap "tak pedas"... Lepas tu saya jawab pulak, "Memang nak buat pedas tapi memandangkan anak2 nak makan jugak, so, Ina takla buat pedas"... Lepas tu my dear cakap "Bolehla tare ni"... maksud my dear tu kiranya, bolehla tahap yang saya masak tu... My dear sebut bolehla tu pun bagi saya my dear maksudkan sedap cuma tak pedas... Sekadar sebut bolehla tu pun dah cukup kembangkan lobang hidung... hahahh.. mahunya tak, my dear bukan jenis yang senang nak puji apa yang saya masak... kalau tak sedap memang laju je cakap... keluar perkataan bolehla tu pun dah kira bagus... hahhaha... Biasa kalau tanya dia diam je..

Masak untuk kali kedua guna baki pes yang sama dengan masakan pertama yang di atas... Lebih umphhh..!!

P/s : Nak lagi sedap letak lengkuas ketika blend bahan untuk pes & tomyam

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 10 comments.. read them below or add one }

All About AnaYna All About AnaYna April 07, 2015
Slalu masak tomyam guna pes tomyam adabi tu je..tp skrg harga makin mahal.dulu 7osen je.skrg dah rm1.2o kot..so cara terbaik buat pes tomyam sendiri laa kn hahaha.Yesss ptg ni nak buat sendiri..simpan stok. tq intan berlian utk rsepi mabeles nie.
Unknown Unknown April 07, 2015
macam sedap ni ina.. insya allah nanti nak cuba buat.. husband saya suka tomyam..
Sheila Salim Sheila Salim April 07, 2015
Assalamualaikum kak ina, ritu ada gak mak kasi resepi. mana ntah letak, lupa dah. ingat nak cuba buat pes sendiri. ritu try pes sedia ada, tak sodap. hahahhaa
Unknown Unknown April 07, 2015
menarik! bahan sesimple ye kak.. nice..
AnonymousAnonymous April 07, 2015
Pandainya ina akk beli yg adabi puya tu he hihi
syawalsimpsons syawalsimpsons April 08, 2015
boleh try ni...sebab akob suke makan tomyam
zeera lily zeera lily April 09, 2015
best nye.. boleh buat sendiri.. nk try la..
mommyfiqa mommyfiqa May 08, 2015
Boleh try nnti nie..
nurmisnan nurmisnan May 08, 2015
Lengkuas n daun ketumbar sgt penting dalam masakan tomyam.. jika ada akarnya jgn dibuang.