Puding bandung cincau

Dah lama saya tak buat puding, akhirnya minggu lepas saya buat PUDING BANDUNG CINCAU... Tak beragak tau, siap berlapis bagai... hahahaa... Dah lama tak buat puding, tiba2 wujud pulak bakat seni... biasanya puding saya semuanya jenis campak2... Tiba2 masa nak buat puding bandung cincau tu teringat teknik yang orang buat puding oreo tu haaa.. Tapi saya tak pernah pun buat sebab saya tahu takkan menjadi punya saya nak lapis2 bagai tu.. Satu perangai yang buruk kan, belum cuba tapi dah kata tak boleh...


Cumanya puding bandung cincau saya ni kekurangan cincau la pulak... Udah gaya orang kedekut cincau pulak.. hahaaa... Actually saya tuang puding ni dalam bekas warna pink, so, saya tak nampaklah kejadian puding tu... sepatutnya saya letak dalam bekas yang natural... baru nampak lapisan puding tu... Takpala, maybe next time... Yang ni pun dah ok untuk orang yang macam saya yang hanya pandai campak2 je selama ni... 


CARA : SEPEKET SERBUK AGAR2 + 1 LITER AIR + GULA = MASAK HINGGA GULA LARUT... SETIN SUSU CAIR + 2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG + VANILA = KACAU BAGI LARUT PASTU MASUKKAN DALAM PERIUK TADI.. BILA DAH GELEGAK BAHAGIKAN KEPADA 2 BAHAGIAN... 1 BAHAGIAN LETAK SIRAP ROSE & SATU BAHAGIAN LAGI U ALL GUNA UNTUK LETAK LAPISAN TENGAH2 NANTI.... LEPAS TU U ALL LETAK SEPARUH ADUNAN WARNA PINK TU DALAM BEKAS, TUNGGU KERAS SEKEJAP & MASUKKAN PULAK CINCAU YANG DAH DISAGAT & TUANG ADUNAN YANG TAK CAMPUR SIRAP TU... PASTU TUNGGU KERAS JUGAK.. BILA DAH KERAS, TUANGKAN SEMUA ADUNAN WARNA PINK TADI... OHYA, JIKA LAPISAN TU TERLAJAK KERAS, U ALL BOLEH TOREH2 SIKIT DENGAN GARFU BARU TUANG ADUNAN LAIN... SUPAYA LAPISAN TU BERCANTUM... SIAP..!!

P/S : KERAS YANG SAYA MAKSUDKAN TU BUKAN BETOI2 KERAS TU TAU... SEKADAR BOLEH UNTUK DILETAK LAPISAN KEDUA TU JE, SUPAYA LAPISAN PERTAMA & KEDUA TU TAK BERCAMPUR...

P/S : LAPISAN TU NAK CEPAT KERAS PUNYA PASAL, SAYA LETAK DEKAT TEMPAT BEKU... TAK LAMA PUN, 3 4 MINIT JE...

P/S : ADUNAN YANG BELUM GUNA TU, SAYA BIARKAN ATAS DAPUR DENGAN API YANG PERLAHAN SEMENTARA TUNGGU LAPISAN KERAS

P/S : 2 GAMBAR DI ATAS BERBEZA WARNA ATAS FAKTOR PENCAHAYAAN 

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 9 comments.. read them below or add one }

lynndamya lynndamya April 23, 2015
Salam, wahhhhh cantik gila lengkongnyee...ini sayang nak makan nih! hahaha
GREENJADE GREENJADE April 23, 2015
cantiknya...kalu saya rasa sayang nak makan..hahaha!!
Ibu Lala Ibu Lala April 23, 2015
Sedapnya. Terus terliur. Nak sikit.
m4zs m4zs April 23, 2015
wah nmpk sedap la jeli ina...panas2 mmg xsedar abis dimknnya...hehe
azizah green line azizah green line April 23, 2015
cantiknya warna dia..sedappnya.. suka lah..nk buat tah bila tahun agaknya..emmm
cik mah cik mah April 23, 2015
Telan air liur malam2 ni...nk try jugaklah..suka air bandung..sedapnyer..
Spirogyra Spirogyra April 23, 2015
sy tak suka agar-agar.tapi yg ni betul nampak sedap.thanks for resepi.rasa nak cuba. ^_^
syawalsimpsons syawalsimpsons April 24, 2015
cantik nampak...tp sue tak suke makan cincau..nak tukaq benda lain la
AnonymousAnonymous June 13, 2015
dah cuba tapi olah resipi sikit..menjadi jg wat agar agar lapis