Pesanan untuk mereka yang ada ECZEMA or ASMA

Hanya entry ini je yang sempat saya karang, entry kisah Alisha sesak nafas tu tak sempat sebab saya terlena ketika tidurkan anak malam tadi.. Terjaga dah pukul 6 pagi... settle apa yang patut & karang entry ni pukul 6:30 pagi sepantas yang mungkin sebelum ketiadaan elektrik pukul 7 pagi kejap lagi... Berbalik kepada tajuk entry, kisah hari Selasa Alisha tu, lepas ambulance bawak dia ke Hospital Sultan Abdul Halim, Alisha ditempatkan di zon Kuning... Zon kuning ni kiranya untuk pesakit yang separa kritikal... First sekali zon merah, lepas tu zon kuning, zon hijau.. Nampak tak? Saya tengok anak saya biasa tapi dah tak pasal2 zon kuning.... Nanti saya story entry lain kisah Alisha supaya kita ibu2 lebih beringat lagi.... Pengajaran untuk saya benda2 macam ni...

Ketika Alisha kene neb, Doktor ada tanya saya, "Siapa dalam keluarga ada eczema?"... Saya terdiam sekejap... Lepas tu doktor sambung "Eczema ni berpunca dari keturunan"... Saya jawab "ermmm maybe saya lah kot sebab saya pun ada masalah kulit sensitif tapi tak pernahlah dapat pengesahan dari doktor kata saya eczema cuma kulit saya je jenis alergic"... saya kan jenis manusia yang suka bertanya, saya terus tanya doktor "Doktor, kalau seseorang yang ada eczema, mereka ada kemungkinan akan dapat asma kan?" doktor jawab "ya".. Pastu saya terdiam sekejap or saya bertanya pasal lain... Lupa pulak... 

Tapi yang saya nak bagitahu, bila saya dah nak balik, saya tanya doktor lagi "Doktor, tadi doktor kata, kalau orang ada eczema boleh dapat asma, tapi kalau orang yang ada asma, boleh dapat eczema tak?... Doktor jawab "Ya... boleh jugak, ada asma boleh dapat eczema, ada eczema boleh dapat asma"... Saya tanya lagi "Apa yang saya boleh kawal dari kena asma ni"... Doktor cakap "Kita panggil trigger... Trigger ni kiranya benda yang boleh mencetuskan asma... yang pertama BULU HAIWAN PELIHARAAN SEPERTI KUCING.... KEDUA KARPET SEBAB KARPETKAN ADA HABUK... KETIGA SEJUK SEPERTI MINUMAN SEJUK OR CUACA SEJUK... SELAIN DARI TU MACAM ANAK2 AKTIF SEPERTI BERLARI YANG BANYAK KELUARKAN PELUH TU KE..."... Time ni saya terpikir, patutlah zaman sekolah sape yang ada asma tak payah merentas desa... Lepas tu, doktor sempat lagi ingatkan saya "AWAK KENA BERJAGA-JAGALAH SEBAB ANAK AWAK ADA RISIKO UNTUK KENA ASMA... TAPI BIASANYA ASMA DIA HANYA MENYERANG KANAK2 PADA USIA 6 TAHUN KE ATAS... ANAK AWAK BARU 4 TAHUN KAN"...

Kesimpulannya itulah... apa yang doktor pesan dekat saya, saya nak pesan jugak dekat u all... Sebab saya tahu ramai rakan2 saya yang ada anak eczema... kita kena berjaga2 sebab eczema & asma ni kawan baik.... baik hatikan eczema & asma ni... taknak main sorang2... nak berkawan baik bagai pulak.... Apa2 pun, mintak anak2 kita semua sihat2 selalu.... 

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
Pesanan untuk mereka yang ada ECZEMA or ASMA

{ 12 comments.. read them below or add one }

Norma NML Norma NML April 16, 2015
Tq for sharing info...akak pun ada eczema tapi sebelum ni hanya tahu yg ada asma boleh kena eczema rupanya the other side pun boleh jadi...tapi alhamdulillah so far takde asma..nauzubillah..
syawalsimpsons syawalsimpsons April 16, 2015
waktu syawal kena warded tahun 2011 daolu....sue pon tahu yg asma ni kire adik beradik la ngan eczema ni...kalo ada eczema, tak mungkin akan kena asma...sama jugok ngan asma, klo kena asma, tak mungkin akan kena eczema...tp apa2 pon kena cegah kan...mmg kat umah sue langsung tak da karpet lepas syawal discharged...umah pon sentiasa sapu...pastikan tak da habuk..sanggup la sue ngan akob abiskan duit beli air pufier tu....lepas tu mmg syawal kami kawal sesungguhnya air sejuk, berais, dan dalam bilik kalo tidoq pon, mmg tak bukak kipas kuat2..klo G hotel duduk dalam air cond, mmg pakai sweater n stokin..mmg jaga sungguh wajtu tu sampai la sekarang dah selaloo ajar..mmg syawal ke mana saja akan cari air suam....di katanya..."ibu nak air putih.."...tak pe la ina ...ina seorang ibu yg sangat2 pentingkan kesihatan dan kebajikan anak2...sue tau ina boleh atasi benda ni lagi baguih dr sue atasi sebelom ni
Rai OurKizuna Rai OurKizuna April 16, 2015
doktor lupa nak bagitau la tu.. vaksinasi juga boleh trigger asma dan eczema..
ieza ashaari ieza ashaari April 16, 2015
Kesiannya alisha. Semoga cepat sembuh. Macam saya ada alergi, tapi bila kena kulit jarang nak keluarkan tanda alergi, tapi saya akan macam sakit dada. Bila check, kira macam bengkak di dalam. Tu sakit dada macam sesak nafas bila duduk dalam bilik beraircond.
Fai Nardir Fai Nardir April 16, 2015
thanks kak atas info ni.. fai baru tahu eczema dgn asma tu ade kaitan rapat... sangat2 membantu..
Sya Nadia Sya Nadia April 16, 2015
Owh... baru tahu mcm tu rupanya..ty for sharing kak
Diana Rashid Diana Rashid April 16, 2015
oo.baru tahu...kakak saya ada asma.mujur dia tak de eczama..
azizah green line azizah green line April 16, 2015
jadi kena elakkan benda2 yg boleh sebabkan asma n ezema tu kak.. sama jesbb mmg dorang kawan baik
bearyblossom bearyblossom April 18, 2015
Laaa eczema ni penyakit keturunan ke? Emi sendiri mmg jenis kulit yg terlampau sensitif. senang gatal2, merah2, pastu tggl parut. Dari kecik mmg cmtu. Dalam family emi, kulit emi la yg plg bermasalah. Adik beradik emi yg lain tak pun. Emi taktau la emi ni eczema ke apa sebab tak pernah refer kat doctor. Selalunya beli je ubat sapu kat kedai...now emi amalkan skin bar ephyra tu masa mandi. jadikan sabun badan. Pastu guna nivea inshower conditioner tu. Alhamdulillah makin kurang mslh kulit. Tapi tak totally hilang la..
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH April 20, 2015
Assalam naniey,
my boboboy masa baby ada la mild eczema
sekarang ni dah jarang sangat kena
kena hati2 ni
izzeyda izzeyda April 22, 2015
tq sudi berkongsi info nih..
Puan Kutu Puan Kutu May 04, 2015
ohh sy pun baru tau yg ekzema ni kawan baik ngan sama..mmg sejarah keluarga sebelah en suami ada sama..ekzema pun mungkin ya..madam Ina kulit sensitive cuma tak pernah dpt rawatan n klasifikasi ekzema..takut juga ye..Afia tu Jenis kulit sensitif agak..tak boleh makan benda pelik2..TQ at as peringatan