Masalah bila anak suka menangis..!!!

Sape yang ada anak suka menangis?.. Macamana nak atasi anak yang suka menangis ek? Anak saya suka menangis gaya macam kena dera... padahal bukannya saya pukul ke apa... tapi bila ada benda yang tak kena, mulalah ia semakin melarat... kita boleh tahan lagi bila buat2 "pekak" telinga... tapi yang jadi masalah bila jiran pun dah mula ketuk2 sana ketuk2 sini nak suruh anak kita diam... siap dengan jerit2... 

Tau je lah, Alisha & Aqilah ni kalau tak bergaduh, kalau tak menangis dalam sehari tak sah.... Si Alisha tu pulak kalau menangis suka melarat2... puncanya A je tapi melarat2 sampai ke B C D E sampai Z... kadang2 geram jugak... tapi bila dah hari2 menangis dah jadi kalih... dah takda mood dah nak marah2 sebab dah tau sangat perangai budak2... kalau marah bukannya makin diam, makin riuh setaman adala... Nak tengking2 anak bagi suara saya pun 2 x 5 kuat dengan suara anak menangis, menang takla... saya bukan jenis marah2 riuh setaman... 

Cuma yang jadi masalah sekarang ni, dalam tempoh sebulan ni, jiran sebelah rumah saya ni dah mula bising.. ketuk2 sana, ketuk2 sini, nak bagi anak saya diam... kiranya macam dengan harapan bila anak saya dengar, dorang diamla... tapi dah namanya budak2, ada masa diam, ada masa teruskan jugak menangis tu.... Sampai satu tahap, jiran saya cakap kuat2 dari depan rumah saya suruh budak2 ni diam... Hari ni pulak, jiran saya jerit "Hoi, diamlah... orang nak tido"... Time tu Alisha yang menangis... puncanya bergaduh 2 beradik... Alisha dengar jiran saya tu jerit, tapi dia teruskan jugak menangis... haihh!! Lepas tu jiran saya keluar rumah naik motor, sampai depan pagar saya, dia bunyi hon motor lama2 sebanyak 2 kali sambil pandang dalam rumah saya... 

Apa yang saya rasa??? Saya rasa nak menangis.... rasa tertekan...!!! Saya takut sampai satu tahap setan berjaya hasut saya... Yela, secara tak langsung jiran dah bagi tekanan dekat saya kan, so, tak mustahil satu hari tangan saya akan laju je hinggap ke badan anak2 saya sebab nak suruh mereka diam.... Yela, cakap elok2 taknak diamkan.... Jiran saya ni pulak, 10 kali jumpa saya dengan anak2, 10 kali la tanya "sape yang suka menangis"...

Rumah saya ni rumah teres, jiran yang tegur tu, jiran yang berkongsi dinding dengan kami... Umur 40 lebih kot... anak semua dah besar2lah... Suami isteri yang sama2 tegur anak2 saya... Ya Allah... rasa segan pun ada, sampai rasa macam nak pindah rumah... Dalam keadaan kami yang berkurung dalam rumah, keluar pintu rumah pun tak, saya dah rasa segan @ malu macam ni... Kalau u all ada apa2 pendapat or pandangan, bagitahulah saya... apa cara nak atasi anak saya dari suka menangis ni yer.. apa cara nak atasi dari anak2 yang suka bergaduh ni...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 
Masalah bila anak suka menangis..!!!

{ 9 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons April 02, 2015
nnak menegur pon ada gaya la jiran tu...tu jiran baru ke lama ina....kalo jiran lama, of coz la dorang kenai family ina macam mana....kata pon bebudak...standard la nangis2 bagai, jerit2 bagai..nak memekak pehal...deme beruntung dapat jiran macam ina, jenis sabar...diam, polite je...kalo dapat jiran macam sue ni, mau sore petir sue kasi tu....ada cara nak menegur pon...bukan gitooo gayanya...biadap dah tu...walaupun berkongsi dinding sekalipon, cuba la bertimbang rasa..gaya macam anak2 dorang tak penah kecik...besar je dari dolu, so tak tau kerenah budak2 macam mana....deme pon ada anak2...harus N sepatutnya dah alert N tahu keadaan bebudak macam mana....

sabar ina..pandangan sue...ina seorang yg sangat2 la pandai bermain psikologi dengan anak2...sue tahu N yakin ina mampu atasinya....ina seorang yg sangat2 care pada anak2...cuba la bila alisha nangis tu, ina pujuk N bercakap N pelok dia...supaya dia rasa di hargai di sayangi lebey....N bagitau nangis untuk sesuatu perkara tak perlu berlarutan...ina sue tau seorang yg sangat2 pandai bermain kata2 dengan anak2...sue tahu ina mampu lakukan...

tapi kalo part jiran tu...mmg makan nya...kena dapat jiran macam deme gak...br kena buku dan ruas tu....sabar ye ina...
Rai OurKizuna Rai OurKizuna April 02, 2015
dah nama budak budak.. umur rapat pulak tu.. memang la kuat gaduh dengan menangis.. anak kami pun sama je ina.. dah la masing2 suara boleh tahan. bangla depan rumah asyik sound je.. kitorang buat derk je.. takkan nak pukul anak..
Fiza Rahman Fiza Rahman April 02, 2015
Isshhhh...macam kurang ajar plak jiran tu. Dah nama pon budak. Tak sah kalau tak menangis dan tak sah kalau tak bergaduh hari². Kalau tak nak bising, dok jer dalam hutan.

Kalau dah anak tu memang jenis kuat menangis tak boleh nak buat apa ina. Lama² nanti benti lah tu. Macam qahirah jugak. Salah sket, nangis. Asal bergurau, nangis. Memang kerja nak nangis jer lah. Memang agak stress jugak lah.

http://www.doktorbudak.com/2013/12/01/mengendalikan-sikap-anak-kerap-mengamuk/
Ayu Zan Ayu Zan April 02, 2015
memang kalau sy jd akak pun mesti stress bila jiran buat cmtu.. kalau dia dtg tolong pjuk anak xpe gak... ni tlg tambah stress ibu. huhu. bawa bersabar kak..mudah2an akan jmpa penyelesaian.. xdpt bg idea sbb lum ada pengalaman...
azizah green line azizah green line April 03, 2015
pun xtahu camner kan..hakimi gan marissa pun kuat gado kuat nangis..memang malu di buatnya jiran..sbb jiran sebelah ada anak kecik pun xde nangis2..xde marah anak2nya tapi kita ni..bertekak2 dengan anak suh diam..huuu
mOoN IzzaN mOoN IzzaN April 03, 2015
huhu.. skang ni aisya pun suka sangat nangis.. tegur sikit nangis.. huhu.. umo nak masuk 3 tahun jun ni..
Diana Rashid Diana Rashid April 03, 2015
Budak2 biasa la suka menangis..yang jadi masalah nya jiran tu...Anak saya yang lelaki ni suka menangis sambil jerit2..mujur jiran tak de bunyi apa...hari2 pesan kat dia,pujuk ,cakap baik2 supaya jangan mennagis jerit2 nanti orang marah..tak de dia peduli nya..time mengamuk lupa semua apa kita pesan..
tapi memang tak best la kalau jiran buat macm tu .kita sendiri rasa bersalah..kan??susah dapat jiran yang tak memahami..
Diana Rashid Diana Rashid April 03, 2015
Budak2 biasa la suka menangis..yang jadi masalah nya jiran tu...Anak saya yang lelaki ni suka menangis sambil jerit2..mujur jiran tak de bunyi apa...hari2 pesan kat dia,pujuk ,cakap baik2 supaya jangan mennagis jerit2 nanti orang marah..tak de dia peduli nya..time mengamuk lupa semua apa kita pesan..
tapi memang tak best la kalau jiran buat macm tu .kita sendiri rasa bersalah..kan??susah dapat jiran yang tak memahami..
Puan Kutu Puan Kutu April 05, 2015
biaq betui ina.kejamnya jiran awak.anak2 ina klu nangis tak mkn pujuk ke..budak2 ni biasanya nangis melarat sbb nakkan perhatian.cuba la pujuk..peluk dan minta dia diam.bgtau kata keadaan bising bley ganggu kententeraman org lain.klu aqilah tu mgkin la tak faham.alisya dh besar insyaallah klu pujuk n ckp baik2 dia diam.sy mmg tak suka dengar anak nangis.rimas..mmg akan cuba apa cara pun bg dia diam.biasanya klu kita pujuk n peluk mesti anak akan perlahankan suara..nk cakap byk pun tak pandai sbb tak pnah ada pngalaman anak kuat nangis..harap ina bersabar ye.jadi ibu ni bukan mudah