Naluri seorang ibu

Naluri seorang ibu... Ibu yang saya maksudkan di entry ni adalah EMAK saya... Sebelum saya bersalin, nak jugak buat entry ni.. kang duk tangguh2 terus terlupa.. penting bagi saya untuk coretkan cerita ni di sini, baca sepintas lalu, maybe ianya tak mempunyai apa2 makna... tapi kalau kita baca dengan hati pasti kita akan merasai "sesuatu"... TERHARU...!!

Sebelum ni, saya ada nampak sorang hamba Allah di FB post gambar aiskrim malaysia tau u all... tapi bukan aiskrim malaysia yang biasa tu... ni aiskrim jeruk pelam pedas... jeruk pelam pedas ni biasanya dekat Terengganu adala... kalau negeri lain saya tak pasti.. Nak dijadikan cerita, mak buyung ni bila dah nampak jeruk pelam camgitu mulalah terasa air liur memenuhi mulut tu haa... so, saya adalah tanya hamba Allah tersebut cara nak buat dia camne... hakikatnya saya memang pernah buat tapi dia tak sesedap yang saya pernah makan di Terengganu... maklumla, saya kan dah lama tinggalkan Terengganu.. hamba Allah tersebut cakap "itu resepi mak dia"... secara peribadinya, saya ada sedikit rasa kecewa dengan jawapan dia tu... tapi takpala.. saya diam je la... bukan rezeki saya lah tu nak tahu resepi tu kan.. Saya tak cerita dekat sape2 pun pasal ni u all... eh jap, kalau cerita pun maybe kat my dear... eh, ke tak cite... ntah, lupa dah..

Nak dijadikan cerita jugak, ketika kami balik Terengganu bulan 6 hari tu, sepupu saya yang duduk di Pahang, bawak balik jeruk pelam tau... banyak bekas jugaklah... tapi semua bekas tu kuah manis hanya sebekas je kuah pedas @ jeruk pelam pedas... Sepupu saya bagitahu saya, "Kaklong ada buat jeruk pelam kuah pedas untuk kakyong, mok sah (mak saya) yang suruh buat.. mok sah kata kakyong mengandung"... Allahuakbar...  rasa macam nak peluk mak time tu jugak... Ya Allah... menahan sebak saya tau... Saya tak cerita pun pasal tu dekat orang lain, tapi Tuhan "sampaikan" keinginan saya tu dekat mak saya... Inilah mak... setiap mak akan sentiasa ingat dekat anak... akan sentiasa ambik berat dekat anak walaupun kita dah kawen....


"Mak... kakyong sayang mak... tak dapat bayangkan kehidupan tanpa mak & abah... moga Tuhan panjangkan usia mak & abah..."...

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 15 comments.. read them below or add one }

Izwa Kamaruddin Izwa Kamaruddin August 05, 2014
ah...touching pulak baca ni >_<
Unknown Unknown August 05, 2014
siapa lagi yang faham hati kita kalau bukan ibu kita..sayang mak kita jugak!! huhu..
Ibu Lala Ibu Lala August 05, 2014
Itulah dia mak mak kita. Setiap hajat anak akn dipenuhi sedaya mungkin.
DYatie ABakar DYatie ABakar August 05, 2014
Eh. Eh.

Kita pun turut sebak sekali. :')

Selamat hari raya awak. :)
mila mila August 05, 2014
sweetnye mak sis..mmg pn sis..mak mmg dpt rasa ape yg kite nak.. untung sis :-)
Syamimi Saad Syamimi Saad August 05, 2014
Sebak pula baca.. Sbbnya sy first prgnt. Apa yng sy teringin pun msti mak buat. Smpaikn suh sy balik awal smntara tunggu msa. Mak nk msak apa yng sy nak.. :(
AnonymousAnonymous August 05, 2014
sebaknya bc ntri ni. Dhlah tngh period silap2 blh meleleh airmata

tifaanvar
Puan Kutu Puan Kutu August 06, 2014
ibu mana tak syg anak ina..macam kita sygkan anak2 kita juga
Fiza Rahman Fiza Rahman August 06, 2014
Naluri seorang ibu memang kuat.
emarieys emarieys August 06, 2014
Selamat hari Raya untuk Ina sekeluarga...
QasehnyaRania QasehnyaRania August 06, 2014
naluri seorang ibu lbh mengetahui
mcm sy la hri tu la nk mkn ketupaat palas tp xda ckp.tup tup mak nak pos je..
Mimie Mimie August 07, 2014
naluri seorg ibu memg kuatkan kak...tau aje apa yg anak teringin
Unknown Unknown August 08, 2014
sebak jijah baca entry kak ni.. teringat mak kat kampung pon sama selalu dapat baca apa terlintas dalam hati kita ni kan kak.. itulah naluri seorang ibu
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ August 11, 2014
salam k.ina..

huhu..sebak pulak rasa.. mmg mak ada aura yg super power dgn anak2 nya..
Maria Firdz Maria Firdz August 12, 2014
Naluri mak ni mmg smpai syurga dan tiada bnding..